DI SUATU TEMPAT YANG TERASING...
"Bos... Kita dah tahu dekat mana Nicholas tinggal!" Beritahu orang kanan itu kepada lelaki yang di panggil 'Bos' itu. Bos hanya mengangguk mengerti.
"Kita hendak buat apa dengan dia, bos?" Soal orang kanan itu kembali.
"Biarkan dia dulu... Kita perhati kan dulu tindak tanduk dia... Kalau keadaan dah okay nanti... Baru kita bertindak!" Balas Bos itu dengan suara garau nya.
Suasana di tempat itu suram, hanya diterangi cahaya lampu kecil yang berkelip-kelip. Lelaki yang dipanggil 'Bos' itu duduk di kerusi kayu yang kelihatan uzur, namun aura yang terpancar daripadanya cukup untuk membuat orang sekeliling menggigil. Orang kanan itu berdiri tegak, menanti arahan seterusnya.
"Faham, bos. Tapi... Nicholas bukan jenis orang yang mudah dijangka. Kalau kita lambat, dia mungkin akan bertindak dulu," ujar orang kanan itu dengan nada ragu-ragu.
Bos itu memandangnya dengan mata yang tajam.
"Jangan pandai-pandai. Kita tak akan buat gerakan terburu-buru. Sebab itu kau ada di situ-pantau dia. Aku tak mahu ada sebarang kesilapan. Faham?"
Orang kanan itu menelan liur sebelum mengangguk.
"Faham, bos. Saya akan uruskan."
Bos mengisyaratkan agar dia beredar. Setelah orang kanan itu meninggalkan tempat tersebut, Bos mendongak, merenung kipas usang yang berputar perlahan di atas kepala. Dia berbisik perlahan, seolah bercakap dengan dirinya sendiri.
"Nicholas... aku tahu kau dekat mana... Sampai bila kau hendak bersembunyi dari aku?." Bisik lelaki yang di gelar 'Bos' itu. Wajah bergaya Nicholas yang terpapar di atas meja di kerling bersama senyuman sinis yang tidak lekang dari bibirnya.
VILA MEWAH NICHOLAS..
SEJAK KEJADIAN TEMPOH HARI, Lily di larang sama sekali untuk berada di luar rumah. Perjalanan nya terhad. Hanya berada di dalam rumah dan di belakang rumah. Itu pun kalau di belakang rumah, dia akan di awasi oleh orang - orang Nicholas.
Selepas mengerjakan pekerjaan rumah, dia mula kepanasan. Dia kembali ke bilik kecilnya untuk mengambil kain batik dan tuala. Dia mencongak seketika. Sekarang, Nicholas tiada dirumah. Dan orang - orang suruhan lelaki itu sudah tentu berada di depan. Mereka akan berada di belakang ini melainkan atas arahan Nicholas. Jadi boleh lah dia berkemban keluar dari bilik mandi nanti. Pintu bilik di buka dan kepala di jenguk melihat kiri dan kanan. Tiada kelibat seorang diluar! Dia mengeluh lega. Dia bergegas berjalan menuju ke bilik mandi yang bet sebelahan bilik kecilnya. Dia tidak sedar yang mata helang Nicholas memerhati dirinya.
Entah bila agaknya lelaki berada di situ. Bunyi kenderaannya juga langsung tidak kedengaran!
Eh, kejap! Bukan ke lelaki ni ada dekat pejabat... Jam bru menginjak pukul 6... Bukan ke selalu balik lewat malam lelaki ni!
Tidak lama kemudian, pintu bilik mandi dibuka.
Lily melangkah keluar dari bilik mandi dengan kain batik yang diikat kemas di dadanya, rambutnya yang basah menitis air, memberikan aura santai dan segar. Dia tidak menyedari bahaya yang mengintainya dari balik dinding dapur itu.
Langkahnya terhenti mendadak apabila matanya bertembung dengan sosok Nicholas yang sedang bersandar di dinding dengan tangan disilangkan. Mata lelaki itu tajam, seperti helang yang menangkap mangsanya.
Lily terkedu. Wajahnya mula berubah pucat!
"Encik... Encik Nicholas?" suaranya hampir berbisik, dan jantungnya mula berdegup laju.
Nicholas tidak menjawab. Hanya senyum sinis terukir di bibirnya.
"Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat, Lily?" Suaranya rendah, tetapi penuh dengan nada mengancam.
Lily menggenggam kain batiknya erat, cuba menutup kegugupannya.
"Saya... saya cuma mandi. Encik Nicholas tak kata pun saya tak boleh mandi..." Dia cuba mempertahankan diri, walaupun dia tahu alasan itu mungkin tidak cukup untuk lelaki yang kejam ini.
Nicholas melangkah menghampiri, matanya tetap terkunci pada wajah Lily yang kini semakin memerah.
"Aku tak larang kau mandi. Tapi aku juga tak pernah izinkan kau berkemban berkeliaran sesuka hati."
"Saya cuma keluar sebentar... tak ada orang pun yang nampak," jawab Lily perlahan, tetapi jelas cuba meyakinkan dirinya sendiri lebih daripada lelaki di hadapannya ini.
Nicholas mengangkat keningnya, wajahnya kini penuh teka-teki.
"Tak ada orang nampak, ya?" Dia mendekat sehingga Lily dapat merasakan kehangatan tubuhnya yang hampir dengannya.
"Lily, jangan lupa... aku selalu ada di mana-mana."
Lily menelan air liur, tubuhnya kaku seperti batu. Dia tahu, Nicholas bukan jenis yang mudah memaafkan. Jenis kemaafan di hati lelaki beku ini langsung tiada!
"Tutup diri kau elok-elok sebelum aku hilang sabar," ujar Nicholas dingin sebelum melangkah pergi, meninggalkan Lily yang terdiam kaku di hadapan bilik mandi, dengan perasaan bercampur-baur antara takut, malu, dan marah pada dirinya sendiri yang sewenang - wenangnya berkemban! Dan membuatkan mata lelaki kejam itu menjamah sebahagian tubuh mungil nya!
Apa yang dah kau lakukan ni Lily!
Bermulanya Lily menjadi mangsa kerakusan Nicholas...
Share this novel