MENDENGUS GERAM NICHOLAS bila melihat kelibat Denny yang sedang enak bersantai di atas sofa di dalam ruang kerjanya.
Kali ini, Denny datang sendirian... Tanpa di temani Ramon...
Kalau ada mamat tu... Tau - taulah apa yang akan jadi nanti...
Eh... Kenapa Denny nampak santai aje hari ni!
Musykil juga ni bila tengok muka selamba badak mamat ni!
Lelaki licik macam Denny ini bukan boleh dipercayai sangat!
"Kau ada apa datang sini... Kalau takde hal penting... Kau boleh blah dari sini!" Tanya Nicholas dengan nada kasar.
"Amboiii... Mulut kau!! Relaks lah bro... Chill boleh tak... Jangan cepat naik angin sangat... Karang berkedut awal muka tu... Hilang terus ketampanan kau tu!" Balas Denny dengan jenaka hambarnya!
Mengekek dia mendengar jenaka hambarnya itu!
Sendiri buat lawak! Sendiri yang gelak! Gila!
"Dah! Tak payah kau nak buat lawak kau yang tak berapa laku tu dekat sini... Sekarang aku nak tahu... Ada apa kau datang sini..." Potong Nicholas tanpa berbasa basi.
Denny berdehem sebelum bangun dari tempat duduknya. Sampul surat berwarna coklat yang berada di sisinya sejak tadi di lempar kasar ke arah Nicholas yang sedang duduk menyandar di kerusi empuknya.
"Apa benda ni?" Soal Nicholas dengan nada acuh tak acuh.
"Hadiah special untuk kau! Nanti kau tahulah siapa dia perempuan yang kau sanjung sangat tu!"
"Perempuan yang aku sanjung sangat? Apa benda yang kau mengarut ni hah, Sial!"
Denny hanya menjungkit bahunya sahaja walaupun lepas di maki oleh Nicholas.
"Kau tengok lah sendiri ya... Aku blah dulu..." Ujar Denny bersama sengihan sinisnya sebelum dia berlalu pergi dari bersama siulan yang sengaja menyakitkan hati Nicholas.
Nicholas hanya memandang sahaja kelibat Dayri yang sudah menghilang sebelum matanya kembali memandang ke arah sampul coklat tersebut.
Hatinya bagai di garu - garu untuk membuka sampul tersebut. Seperti ada sesuatu yang dia perlu tahu. Setelah agak lama berfikir, barulah sampul coklat itu dicapai sebelum tali yang melilit di belakang sampul itu di buka perlahan.
Tangan nya mula menyeluk ke dalam sampul sebelum beberapa keping gambar dan juga satu pendrive di tarik keluar dari dalam sampul. Merderau darah nya bila melihat gambar - gambar tersebut. Pendrive yang berada di longgokan gambar di capai sebelum di cucuk ke arah komputer nya. Satu fail di buka.
Matanya tajam memerhati ke arah satu rakaman yang mana rakaman itu adalah rakaman terakhir sebelum kematian Lyla.
Penumbuk nya sudah di genggam erat dan urat di lehernya timbul menandakan kemarahan nya sudah berada di tahap maksima.
"Kau memang perempuan tak guna, LILY!!!" Deram Nicholas dengan amarah yang sudah mula menguasai diri.
Dia tak menyangka yang gadis di puja nya ini adalah manusia bertopeng kan syaitan!!
Kau memang syaitan!!
Kau tunggu nasib kau nanti!!
Aku akan pastikan yang kau takkan hidup aman!! Aku akan hancurkan hidup kau sebagaimana kau hancurkan hidup Lyla!! Dendam Nicholas!
Tak sedar, dendam mula merajai hatinya saat ini!
Jahat betullah Denny ni... Ada saja nak trick kawan tu...
Share this novel