BAB 34

Romance Series 2256

KAWASAN BANGLO MILIK Denny kedengaran amat sunyi dari kebiasaan nya. Biasanya, sekeliling banglo ini riuh dengan suara garau dan gurau senda dari anak - anak buah Denny. Hanya beberapa orang sahaja yang Denny upah. Itu pun, setimpal dengan bayaran nya. Untuk mencari orang upahan yang berkaliber, dia tidak secukup kaya dan mewah seperti Nicholas. Cukuplah dia bersederhana dalam kemewahan nya ini.

Hati Lily sudah mula tidak enak. Dia bangun dari katil dan terus melangkah menuju ke arah tingkap kamar. Langsir yang menutupi tingkap itu di selak sedikit. Matanya meliar memandang ke luar. Langsung tiada kelibat anak - anak buah Denny. Hati Lily mula berlagu bimbang. Langsir di lepaskan sebelum dia mula melangkah laju keluar dari kamar itu.

Pintu bilik di buka dan kelibat Denny di cari. Belum pun jauh kakinya dari ambang pintu,

PRANG!!

Kedengaran, benda seperti kaca pecah di tingkat bawah. Dia mula meninjau ke kawasan tingkat bawah. Kelihatan Denny sedang bergelut dengan beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam. Wajah mereka semua langsung tidak kelihatan gara - gara topeng muka yang dikenakan.

"Denny!!" Tanpa sedar, Lily menjerit nama lelaki itu. Denny yang ketika itu sedang bergelut pandai menoleh bila namanya di panggil. Denny terleka seketika. Dan dalam kesempatan itulah dirinya telah di tendang oleh salah seorang dari mereka yang berpakaian serba hitam itu.

Terpelanting Denny ke belakang bila dadanya di tendang. Terbatuk - batuk dia bila mendapat tendangan padu itu.

"Kau pergi, Lily! Jangan pedulikan aku! Tempat ni dah di kepung!" Arah Denny keras pada Lily sebelum dirinya mula di serang oleh lelaki - lelaki yang berpakaian serba hitam satu persatu.

Arahan Denny itu jelas kedengaran di telinganya. Tetapi langkah langsung tidak berganjak dari tempat nya berdiri.

"Now, Lily! Now!" Suara jerkahan Denny masih lagi bergema untuk menyuruh gadis itu pergi dari situ. Dan itu membuatkan lily tersentak! Langkah nya pantas di undur ke belakang dan tanpa disedari, belakang tubuh nya melangkah tubuh kekar seseorang. Dia membatu bila menyedari tubuhnya sudah berlanggar dengan seseorang!

"Lily! Jangan toleh! Lari cepat dari situ!" Denny masih lagi mengarahkan Lily untuk pergi. Dia masih lagi berlawan dengan sisa lelaki yang berpakaian serba hitam ini walaupun tubuh sudah hampir kehabisan tenaga.

Lily cuba untuk tidak menoleh ke belakang. Kakinya cuba untuk melangkah pergi dari situ tetapi tidak kesampaian bila tangan lelaki yang berada di belakang mula menyauk pantas tubuh kecilnya.

"Arghh!!!" Lily mula menjerit nyaring bila tubuhnya sudah diheret pergi dari situ.

"Lily!!" Seru Denny bila dia mendengar suara jeritan gadis itu tadi. Dia cuba untuk mendapatkan Lily yang sudah dibawa pergi tetapi tidak sempat bila belakang tubuh sudah dipukul dengan kuat.

Denny tidak dapat mengimbangi tubuhnya sebelum jatuh melutut di atas lantai. Kepala nya sudah terasa pusing saat itu. Kelibat Lily yang sudah semakin jauh di bawa pergi tidak mampu untuk dia gapai.

BUKK!!

Sekali lagi belakang kepala nya mendapat habuan sebelum dia jatuh terlungkup di atas lantai.

LILY YANG di bawa pergi tadi sudah di sumbat ke dalam sebuah kenderaan mewah. Hampir tertiarap Lily bila di paksa masuk sebegitu. Mujur tubuhnya jatuh di atas tubuh seseorang. Kalau tak, mahu muka dan tubuh nya mencium kaki kusyen kereta ini.

"Hi dear. Miss me?" Suara yang amat dikenali membuatkan Lily pantas memagung kepalanya untuk melihat wajah orang ini. Wajah Lily terus berubah ketakutan saat melihat wajah dingin milik Nicholas yang sedang merenung tajam ke arah wajahnya. Tubuhnya yang jatuh di atas dada lelaki itu pantas dijauhi sebelum tangannya mula menggeletar ke arah pintu kereta. Hatinya mula tidak keruan bila mendapati pintu kereta mewah sudah dikunci secara automatik.

Lily tidak mengalah! Cermin tingkap diketuk dengan kasar! Berharap ada orang untuk selamatkan dia dari lelaki ini!

"Kau ketuk macam tu pun.. Takkan ada orang akan selamatkan kau, dear!" Suara garau Nicholas mula bergema di dalam ruang kereta itu.

Nicholas mengangkat tubuhnya sedikit, menyandarkan belakang pada kusyen kulit yang mewah sambil satu senyuman sinis bermain di bibirnya.

“Kau lari jauh mana pun, tetap akan aku dapatkan semula. Dunia ni kecil, Lily. Terlalu kecil untuk kau sembunyi dari aku.”

Lily masih memukul cermin, meskipun tahu usahanya sia-sia. Nafasnya semakin laju, dada turun naik menahan panik yang mula menghimpit.

“Lepaskan saya, Nicholas! Saya mohon.. Lepaskan saya!” Pohon Lily.

Nicholas ketawa perlahan, tapi ketawanya langsung tidak memberi ketenangan. Sebaliknya, menambah getar dalam jiwa Lily.

“Lepaskan kau?” Suaranya menjadi hambar.

“Kau fikir aku akan lepaskan kau setelah apa yang kau dah buat dulu, hah?”

“Saya dah tak nak jadi 'hamba' awak lagi! Tolong lah lepaskan saya! Saya merayu dekat awak! " Rayu Lily lagi tanpa henti. Kedua - dua belah tangannya di satukan. Memohon untuk Nicholas melepaskan dirinya.

" Nope.. Aku takkan lepaskan kau sampai aku puas tengok kau menderita! "Serentak itu satu picagari pantas di suntik pada leher Lily sehingga menyebabkan gadis itu terkulai lemah di dalam dakapan nya.

Dia kemudian memberi isyarat pada pemandunya untuk pergi ke destinasi seterusnya. Pemandunya mengangguk mengerti sebelum kenderaan itu mula bergerak meninggalkan kawasan tersebut.

Ketika dalam perjalanan, Nicholas memberi arahan pada anak - anak buahnya yang lain untuk membawa pergi Denny ke tempat di mana Alex dan yang lain di tawan.

Selesai memberi arahan, wajah Lily masih tidak sedarkan akibat suntikan yang di beri tadi di kerling sekilas.

'Calm down, dear! Kau akan tahu apa yang aku akan buat nanti.. Itu adalah ganjaran untuk kau yang cuba langgar perintah aku!' Desis Nicholas di dalam hati sebelum kembali merenung ke luar tingkap sambil menikmati paronama malam.

Wait and see...

Hmm.. Balik - balik Lily kena tangkap jugak dengan Nick...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience