LILY MASIH TEKUN MELAKUKAN pekerjaannya. Sesekali matanya menjeling ke arah garaj kereta. Hatinya berdegup laju apabila melihat kereta milik Nicholas tersadai di garaj. Makna kata, lelaki kejam itu ada di rumah sekarang.
Dia mula mengangkut pakaian yang sudah siap di basuh ke dalam bakul sebelum di bawa menuju ke belakang rumah untuk di jemur.
Sedang leka menjemur pakaian tiba - tiba,
"Lily!!!" Suara petir milik Nicholas bergema di tingkat atas memanggil dirinya.
"Ya, Encik!" Sahut Lily dari belakang rumah. Pakaian yang baru hendak di sidai di letakkan semula sebelum dia terkocoh - kocoh menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas. Vila mewah milik Nicholas ini ada disediakan lif peribadi. Tetapi bagi Lily, itu lah adalah mimpi buatnya. Awal - awal lagi Nicholas sudah memberi amaran untuk tidak menggunakan lif ketika mahu naik ke tingkat atas. Hanya di benarkan naik atau turun dengan menaiki tangga sahaja.
Dia mengatur langkah dengan hati-hati, bimbang jika Nicholas semakin naik marah kerana lambat. Nafasnya mula terengah-engah ketika tiba di tingkat atas. Matanya melilau mencari kelibat lelaki itu.
Nicholas sedang berdiri di hadapan pintu bilik utama, wajahnya bengis seperti biasa. Jas yang dipakainya tidak sempurna, seolah-olah dia baru sahaja melepasnya dengan kasar.
"Apa lambat sangat? Kau tak dengar aku panggil tadi?" Herdik Nicholas, matanya tajam menikam wajah Lily.
Lily menundukkan kepala.
"Maaf, Encik. Saya sedang jemur pakaian di belakang tadi."
Nicholas mendekat, langkahnya berat dan penuh amarah. Dia menyerahkan satu baju kemeja putih yang kelihatan kusut.
"Kau gosok baju ni sekarang. Aku ada mesyuarat penting dalam masa setengah jam. Jangan buat aku malu dengan penampilan buruk."
Lily segera mengambil baju itu tanpa membantah.
"Baik, Encik. Saya akan selesaikan segera."
Dia berpaling untuk kembali ke tingkat bawah, tetapi suara Nicholas menghalangnya.
"Lily."
Langkahnya terhenti.
"Ya, Encik?"
Lelaki itu memandangnya lama sebelum berkata,
"Ingat. Jangan pernah lambat bila aku panggil. Kau faham?"
Lily mengangguk perlahan.
"Faham, Encik."
Dengan hati yang berat, dia segera menuju ke bilik seterika untuk menyelesaikan tugasan itu. Hatinya terasa perit setiap kali berhadapan dengan Nicholas, namun dia tahu, dia tiada pilihan. Hidupnya kini di bawah telunjuk lelaki itu.
LILY melepaskan lelah di kamar kecilnya ini. Ya... Inilah tempat tidurnya sekarang. Hanya ditemani dengan bantal, toto yang nipis dan sehelai selimut yang nipis. Itu pun dah cukup buat dirinya. Hatinya sayu bila teringat akan neneknya sekarang. Sejak menjadi tawanan Nicholas hampir sebulan yang lalu, wajah Nek Di sentiasa menjadi tatapan ruang matanya. Air mata yang mengalir di sekat perlahan.
Tak payah kau nak bersedih sekarang!
Kau patut selesaikan tugas kau sebelum lelaki kejam itu pulang kerja!
MATA LILY terpaku pada seseorang yang terhendap - hendap di sebalik tembok tinggi yang memagari vila milik Nicholas ini. Dia menegak kan tubuhnya untuk melihat siapa kah gerangan yang terhendap itu. Matanya di picing ke arah susuk tubuh amat di kenali itu sebelum,
"Ja.." Belum sempat Lily mahu bersuara, tekupan di mulut nya membuatkan dia tersentak. Dia di bawa masuk secara kasar ke dalam rumah. Meronta - ronta Lily mahu melepaskan diri dari tekupan anak buah Nicholas ini.
BERUBAH MERAH WAJAH Nicholas saat diberitahu apa yang berlaku di vilanya.
"Susan... Kau batalkan semua meeting aku dengan client petang ni... Aku ada urusan dekat luar..."Selepas memberi arahan pada setiausahanya, kot yang tersangkut di kerusi di capai sebelum bergegas keluar dari pejabatnya. Susan hanya menggeleng sahaja Melihat tingkah majikannya itu. Cakap tak pernah habis! Ikut mood dia sahaja!
SAMPAI DI VILA, dia bergegas masuk ke dalam rumah sebelum kamar kecil Lily di cari. Berdentum pintu kamar Lily bila di buka secara kasar dari luar. Lily yang sedang duduk melutut di satu sudut mula menggigil ketakutan melihat wajah menyinga Nicholas. Tanpa bertangguh, rambut panjang milik Lily di cekau laju. Menjerit Lily bila rambut dicekau kasar oleh Nicholas.
Nicholas menarik rambut Lily dengan kuat, membuatkan tubuh kecil gadis itu terdorong ke hadapan. Tangisannya pecah, namun tiada belas kasihan di wajah lelaki itu. Mata Nicholas bersinar kemerahan, penuh amarah yang sukar di jinakkan!
"Berani kau buat macam ni, Lily?" Bentaknya dengan suara garau, penuh tekanan. Tangannya menggenggam rambut Lily semakin erat, membuatkan gadis itu mendesis kesakitan.
"Sa - saya tak buat apa - apa, encik!" Suara Lily teresak, memohon belas.
Namun, Nicholas tidak peduli. Dia mencampakkan Lily ke atas lantai, seperti anak patung yang tidak bernyawa. Tubuh gadis itu terhempas, namun dicuba untuk bangkit walaupun rasa sakit menjalar di serata tubuhnya.
" Kau cakap tak buat apa - apa.. Ni apa?" Video yang dimainkan di dalam telefon pintar itu di sua ke arah muka Lily.
"Kau sengajakan nak burukkan nama aku sampai kan kau suruh kawan tak guna kau tu datang rumah aku ni!" Jerkah Nicholas lagi. Lily pula sudah menikus di satu sudut. Tubuhnya sudah menggigil kuat bila amarah lelaki sudah berada di tahap maksimum.
"Baik... Ini yang kau nak kan!" Tapi pinggang melilit di pinggang di buka.
"Jangan, encik! Tolong... Saya merayu... Jangan encik!" Rayu Lily bila melihat lelaki itu sudah bersiap sedia mahu melibas tubuh nya dengan tali pinggang. Nicholas hanya tersenyum sinis sahaja sebelum,
"ARGHH!! Sakit encik! Tolong! Jangan encik! Sakit!" Melolong Lily bila libasan demi libasan tali pinggang mengenai tubuh mungilnya. Ini adalah kali kedua dia mendapat habuan tali pinggang dari lelaki ini.
Nicholas menghentikan libasan bila melihat Lily sudah merengkot kesakitan. Habis tubuh kecil Lily penuh dengan lebam!
"Lain kali kau jangan cabar aku lebih - lebih, Lily! Kalau nak nenek dengan kawan kesayangan kau tu arwah cepat, kau buatlah... Silap hari bulan... Diorang aku bakar hidup - hidup!" Cemuh Nicholas sebelum berlalu keluar dari kamar kecil Lily ini.
Dan membiarkan gadis itu merengkot kesakitan akibat perbuatannya tadi.
Ya Tuhan... Selamatkan gadis yang tidak berdosa ini!
Nick!!! Bilalah kau nak dapat balasan ni
Share this novel