ALEX, DENNY DAN RAMON BERPECAH MENGIKUT rancangan yang telah mereka atur sejak dua hari lalu!
Alex akan pergi ke rumah Janny, sahabat karib Lily! Hanya Janny sahaja yang belum di bawa ke tempat selamat sekarang! Ramon akan mengunjungi nenek Lily di kampung dan akan membawa wanita separuh abad itu bersama Lily mengikut rancangannya menggunakan orang dalam! Dan Denny pula akan tinggal bersama Lily sehingga kesemua selesai dengan misi masing - masing!
SETELAH HAMPIR DUA JAM memandu, akhirnya Ramon tiba di kampung nenek Lily.
Matanya terpaku pada satu sosok lelaki yang baru keluar dari rumah usang itu — Bernard. Orang kanan Nicholas. Lelaki itu berjalan tenang sambil memayungi seorang wanita separuh abad yang tidak lain ialah Nek Di.
"Cis! Kenapa Bernard ada di sini pula?" rungut Ramon dengan suara geram, hampir mencakar dada sendiri.
Nek Di kelihatan ceria, tersenyum lebar seperti tidak menyedari apa-apa. Sungguh dia tidak tahu bahawa senyuman manis Bernard itu membawa racun. Ramon menelan liur. Tidak sedap hatinya semakin menjadi-jadi.
Tak boleh jadi! Detik hati Ramon. Dia mesti selamatkan Nek Di!
Tanpa berlengah, dia menukar gear dan menekan pedal minyak. Keretanya mula meluncur perlahan, mengekori kenderaan yang membawa nenek itu. Dia ingin tahu ke mana Bernard hendak membawa wanita tua itu.
Namun belum sempat dia merapatkan jarak, tiba-tiba sebuah kereta muncul entah dari mana dan memintasnya dengan laju sebelum berhenti mengejut di hadapan. Ramon menekan brek sekuat hati.
"Shittt!!" makinya sambil tubuhnya terdorong ke hadapan akibat hentakan mengejut.
Belum sempat dia menarik nafas, satu lagi kereta berwarna hitam berhenti rapat di belakangnya. Dia terkepung!
Pintu kedua-dua kenderaan terbuka serentak. Beberapa lelaki bertubuh sasa melangkah keluar, wajah mereka keras dan dingin. Di tangan masing-masing terhunus kayu besbol dan batang besi yang menyilau di bawah cahaya matahari.
Jantung Ramon berdegup kencang.
Perangkap!
Ramon sudah tidak mampu untuk melarikan diri lagi! Dia harus menamatkan semuanya di sini walaupun orang - orang Nicholas ini lebih dan lebih besar dari dirinya!
Pertarungan pun bermula!
SEMENTARA ITU, ALEX masih lagi berada di rumah Janny!
"Kita nak ke mana ni, Lex?" soal Janny sebaik melihat Alex muncul di dalam rumahnya.
"Kau tak payah banyak cakap. Cepat kemas pakaian dalam beg tu!" arah Alex dengan nada dingin. Pandangan matanya masih terarah keluar rumah, penuh berjaga-jaga. Dan nasib baik juga, ibu dan abang Janny tiada di sini sekarang. Kedua - duanya berada di luar kawasan sekarang. Itu pun susah cukup melegakan hati Alex sekarang!
Janny mendengus geram, tapi tetap akur. Dengan malas, dia mula menyumbat satu persatu pakaian ke dalam beg sederhana besar.
"Eh! Kau boleh cepat sikit tak? Masuk pakaian pun ambil masa setahun!" herdik Alex, suaranya tegas dan tergesa.
Tangannya mula mencapai pakaian Janny yang bertaburan di atas katil lalu menyumbat pakaian itu kedalam beg mengikut caranya. Terbeliak bebola matanya melihat cara Alex itu.
"Apa yang awak buat ni, Lex?" Hampir melengking suara Janny bila melihat tingkah si Alex ini.
Alex tidak menjawab! Dia masih sibuk menyumbat pakaian milik Janny ke dalam beg. Selesai menyumbat, beg diangkut ke bahu sebelum lengan Janny di tarik kasar keluar dari kamar gadis ini.
"Hish.. Boleh perlahan sikit tak? Sakit tau tangan saya!" Decit Janny. Dahlah kita ni pendek! Dia tu galah panjang! Macam mana lah dia ikut kalau dok heret begini!
Alex masih seperti tadi. Rungutan dan decitan si gadis langsung tidak di hiraukan! Pintu bahagian sebelah pemandu dibuka. Tubuh kurus milik Janny di bawa masuk sedikit kasar ke dalam perut kereta.
"Auch!!" Janny mengaduh bila tubuhnya dipaksa masuk kedalam perut kenderaan Alex ini. Jelingan tajam di beri pada Alex.
"Lembab sangat!" Gerutu Alex sebelum berlalu menuju ke arah bahagian pemandu. Pintu kereta di buka sebelum menghenyakkan tubuh sasanya pada tempat duduk bahagian pemandu. Janny hanya mendengus kesal sahaja dengan tingkah Alex ini!
"Pakai seatbelt.. Aku tak nak kena saman dengan polis gara - gara kau nanti!"
Janny mendengus lagi sebelum tali pinggang keledar di tarik kasar melilit batang tubuhnya.
Kereta mewah milik Alex mula berlalu pergi dari halaman rumah gadis ini.
HANYA KEHENINGAN SAHAJA YANG melingkari suasana di dalam kereta yang di naiki Alex dan Janny sekarang. Tiada langsung perbualan keluar dari mulut kedua - duanya ini. Alex masih fokus pada pemanduan nya. Sesekali bebola matanya meliar kan memandang cermin sisi dan juga cermin pandang belakang.
Janny?
Baik dia hadap permandangan di luar tingkap dari hadap muka asam kecut si Alex ni!
Sedang kedua - dua dalam keadaan masing - masing, tiba - tiba..
"BAMMM!!"
Kereta yang dipandu Alex dihentam kuat dari arah belakang. Tubuh Alex dan Janny hampir terhumban ke hadapan akibat hentaman mengejut itu.
"Arghhh!!"
Jeritan Janny memecah suasana. Kepalanya berpaling ke belakang, matanya membulat. Sebuah kereta sedang meluru laju ke arah mereka, seolah-olah mahu melanggar lagi!
"Kenapa dengan kereta tu, Lex?"
Suara Janny bergetar ketakutan. Matanya tidak lepas memandang kerakusan kenderaan misteri itu.
Alex tidak menjawab. Tangannya cekap memutar stereng, cuba melepaskan diri daripada diburu. Semakin dia memecut, semakin laju kereta itu mengejar!
Sehinggalah...
"DANGGG!!!"
Kereta mereka melanggar sebuah kenderaan hitam yang entah dari mana muncul, tiba-tiba berhenti di tengah jalan!
"ARGHH!!"
Kedua-duanya menjerit nyaring apabila kereta mereka meluncur laju ke hadapan—kemudian berguling beberapa kali, terhumban ke sisi jalan.
Kenderaan itu akhirnya terhenti, tersangkut di antara pembahagi jalan dan tebing yang curam. Asap dari kenderaan yang remuk itu mula berkepul - kepul keluar! Suara dengusan kesakitan mula kedengaran di dalam perut kenderaan yang remuk itu!.
Wajah Alex dan Janny sudah di basahi darah!
Hanya Alex yang sedar sekarang. Janny pula sudah tidak sedarkan diri!
"Jan.. ny.." Alex memanggil gadis itu tetapi langsung tiada jawapan. Gadis itu langsung tidak berkutik di tempat nya! Alex meliar memandang sekeliling. Dia mula berusaha untuk memecahkan tingkap kereta. Dalam usaha untuk memecahkan cermin tingkap kereta nya itu, beberapa derap langkah orang mula bergema di cuping telinganya. Dia menoleh ke sebelah kanan. Dalam kesamaran matanya, beberapa orang lelaki bertubuh kekar mula menghampiri dirinya.
Alex mula panik! Cermin tingkap itu dipecahkan sekuat tenaga! Seatbelt yang melingkari tubuh Janny di buka sebelum tubuh longlai si gadis di bawa keluar dari kenderaan itu. Kesakitan di suruh badannya tidak dihiraukan! Yang dihiraukan saat ini, adalah keselamatan Janny! Dengan kudrat yang masih bersisa, tubuh Janny di gendong terus berlalu pergi dari situ. Tetapi malang masih menghantui dirinya. Belum sempat dia dan Janny mahu melangkah lebih jauh lagi, belakang tubuh nya telah di libas dengan sebatang kayu. Serta merta dia dan Janny rebah kembali ke atas jalan tar.
Dia ingin bangkit semula sebelum satu lagi libasan mengenai belakang kepala nya dan membuatkan dia rebah tidak sedarkan diri. Lelaki yang melibas tubuh Alex tadi mula memberi arahan kepada beberapa orang yang berada di sisinya untuk membawa pergi Alex dan Janny pergi dari situ. Alex dan Janny sudah tewas dan tidak sedarkan diri! Tidak tahu lagi nasib Ramon macam mana sekarang.
TERNYATA, NASIB Ramon juga sama seperti Alex dan Janny! Dia juga sudah berada dalam genggaman kumpulan lelaki yang mengepung nya tadi. Seluruh wajah nya sudah berlumuran darah! Dia tidak mampu untuk melawan mereka yang bertubuh kekar sekali gus! Tambahan lagi, dia hanya seorang diri! Tenaganya sudah habis bergelut dengan kesemuanya!
Dan sekarang, tubuh longlai nya sudah di tarik masuk kedalam 4 X 4 milik salah seorang dari mereka ini!
Salah seorang dari mereka mula mendail nombor seseorang sebelum suara garau milik seorang lelaki menjawab panggilan tersebut di talian sebelah.
"Bos.. Semua dah settle.. Saya akan bawak dia ni ke tempat biasa!" Lelaki itu mula memberi laporan kepada majikannya. Dia mengangguk mengerti sebelum talian diputuskan.
Dalam keadaan separuh sedar, Ramon masih lagi menelinga perbualan antara orang ini dengan majikannya. Dan dia tahu siapa 'BOS' yang di maksudkan oleh orang ini tadi!
Dia sudah di tangkap! Tidak tahulah keadaan Alex dan Janny macam mana sekarang! Kalau kedua - dua mereka gagal menjalankan misi masing - masing, harapan terakhir adalah pada Denny sekarang!
Dia tidak mampu lagi untuk bertahan. Pandangan nya mula kabur beransur gelap sebelum dia sudah tidak sedarkan diri!
Harapan terakhir sekarang pada Denny... Harap Denny dapat menyelamatkan Lily
Share this novel