YA... MEMANG BETUL APA YANG DIKATAKAN TADI!
Ada sesuatu berlaku dekat Lily!
Lily mengalami pendarahan yang agak banyak ketika cuba untuk ke tandas tadi. Wanita itu mengalami pendarahan ketika dia yang perutnya terasa sakit.
Dan Cik Salla dengan bantuan Bernard bergegas membawa Lily ke hospital sebaik sahaja melihat keadaan Lily yang semakin lemah. Takde masa nak buat panggilan ke Dr. Erdy kerana nyawa Lily yang lebih penting.
DAN MEREKA PUN BERADA DI HOSPITAL SEKARANG INI! Dan rawatan terhadap Lily juga selesai. Mujur juga pendarahan yang berlaku tidak menjejaskan kandungan wanita itu. Dan pendarahan itu berlaku disebabkan sikap kejam Nicholas kepada Lily semalam!
Cik Salla hanya memerhati sahaja wajah Lily yang masih lena itu. Rambut ikal dan lebat milik gadis itu di usap perlahan. Bernard yang berada di sisi kanan Lily turut memandang ke arah wanita ini.
Pandangan ke dua - duanya terus teralih ke arah pintu bila pintu di buka kasar oleh seseorang dari luar. Terpacul wajah cemas Nicholas di balik pintu sebelum bergegas menuju ke arah Lily dengan diikuti Ramon dari belakang. Sebelum melangkah, dia sempat menutup pintu bilik. Kemudian dia melangkah lalu terus berdiri di sisi Bernard.
"Apa yang berlaku dekat Lily?" Soal Nicholas sebaik sahaja sampai di sisi katil yang menempatkan tubuh kurus wanita ini. Tapak tangan Lily di genggam dengan sungguh erat.
"Tuan.." Cik Salla bersuara bila terperasan akan sesuatu yang membalut dada lelaki itu.
Ramon yang menyedari suara Cik Salla itu hanya menggeleng kepala nya sahaja menyuruh Cik Salla untuk berhenti bertanya. Cik Salla mengangguk mengerti.
"Dia mengalami pendarahan yang agak banyak semasa dekat rumah tadi..."Beritahu Bernard.
Pendarahan? Apa yang telah berlaku?
" Pendarahan? An... Anak aku macam mana? "Soal Nicholas dengan nada terkesan. Wajahnya sungguh cemas!
"Kandungan Cik Lily selamat... Dan sekarang... Cik Lily tengah rehat sebab doktor dah selesai rawat dia tadi..." Lapor Bernard lagi.
Nicholas hanya mendengar sahaja. Matanya terarah pada perut Lily yang masih kempis. Perlahan - lahan perut wanita yang sudah menjadi isterinya semalam di usap. Walaupun pernikahan secara paksa pada awalnya atas alasan wanita ini mengandungkan anak nya, sekarang Nicholas ingin menjadi kan pernikahan itu dengan nyata. Mahu menjaga Lily dengan sepenuh hatinya. Dia mahu menebus kesalahan nya yang terlalu kejam terhadap wanita ini. Melihat kebisuan Nicholas bersama air mata nya masih mengalir, Bernard memberi isyarat kepada Ramon dan Cik Salla untuk beredar dari situ. Kedua - duanya mengangguk mengerti sebelum perlahan - lahan keluar dari ruang bilik yang menempatkan tubuh kurus Lily ini.
"Lily... Aku minta maaf dekat kau... Aku dah berlaku kejam dekat kau... Aku dah hancurkan jiwa kau... Aku sakiti kau... Aku hancur maruah kau... Maafkan aku, sayang... Maafkan aku!" Esak Nicholas sambil mencium lembut tangan Lily. Habis tangan Lily basah dengan air matanya. Di kala ini, air matanya terlalu murah. Selama ini, hanya sifat dingin, angkuh, ego dan kejam sahaja yang menyaluti hati dan jiwa nya! Sehingga dia sanggup menyakiti jiwa dan raga wanita tidak bersalah ini! Tapi hari ni, jiwa dan hatinya sungguh rapuh! Rapuh dengan meratap penyesalan dan kekejaman yang dia lakukan pada wanita ini. Betullah apa yang di katakan sahabat - sahabatnya dahulu! Jangan menjunjung sangat ego dan sikap kejam nya! Takut tersungkur nanti!
Dan tengok apa yang di rasakan sekarang!
Dia dah benar - benar jatuh dan tersungkur akibat kekejamannya!
Matanya kembali teralih pada perut kempis Lily. Tangan nya langsung tak beralih dari perut wanita itu. Muka nya di arah ke perut Lily sebelum perut kempis itu di cium lembut.
"Maaf kan daddy sayang... Maafkan daddy... Daddy hampir buat kamu juga hilang nyawa... Kami ada di dalam akibat sifat kejam daddy pada mummy kamu... Di sebabkan sifat kejam daddy... Mummy kamu dan kamu sakit... Maafkan daddy... Maafkan daddy..." Ucap Nicholas berulang - ulang.
"Kuat dengan mummy ya sayang... Supaya daddy boleh jaga kamu dengan mummy nanti..." Bisik Nicholas lagi. Perut kempis Lily di cium untuk sekian kalinya.
Perlakuannya itu menjadi tatapan rakan - rakan nya di balik kaca pintu wad yang menempatkan Lily.
Itu bukan wajah Bernard dan Ramon sebalik nya adalah wajah Alex dan Denny. Manakala Jai pula diam membatu di sisi Dr. Erdy yang turut berada situ. Cik Salla pula masih mematung di sisi Bernard.
Ya... Denny dan Ramon ada datang ke hospital setelah mengetahui keadaan Lily. Turut mengikuti mereka adalah Dr. Erdy dan Jai. Walaupun ada perbalahan hebat antara mereka tadi, tetapi bila berada dalam keadaan sebegini, mereka tetap berada di belakang lelaki itu.
Dan apa yang mereka katakan dulu adalah benar belaka!
Nicholas akan jatuh tersungkur akibat perbuatan nya!
Dan sekarang, keadaan lelaki jauh lebih parah dari ramalan mereka!
Dan Nicholas benar - benar menghadapi hari penyesalan nya!
Nick dah insaf... Kita tengok nanti macm reaksi Lily pula... Jeng... Jeng... Tunggu bab seterusnya... Maaf lambat update... Maklum... Sibuk sedikit dengan kerja hakiki... Stay with me❤️
Share this novel