TANPA MENUKAR PAKAIAN NYA, NICHOLAS TERUS MASUK KE bilik kerjanya. Sebelum berada di bilik kerjanya, dia telah berpesan kepada Cik Salla untuk melihat keadaan Lily.
Tubuh penatnya terus di henyak di atas kerusi empuk! Belakang badan mula di sandar ke dada kerusi. Kepalanya di dongak melihat lelangit siling! Lama dia merenung sebelum kembali menegakkan poster tubuhnya. Tiba - tiba matanya tertancap pada sebuah kotak bersaiz sedikit kecil di terletak elok di atas meja kerjanya. Matanya mula meliar memandang sekeliling bilik kerjanya itu. Dia bingkas bangun dari kerusi yang di duduki dan terus berjalan laju menuju ke arah pintu. Pintu dibuka sebelum nama Bernard di seru!
"Bernard! Bernard!" Panggil Nicholas.
"Bernard!" Sekali Nicholas menjerit nyaring nama lelaki itu.
"Minta maaf, bos... Encik Bernard belum balik dari semalam!" Beritahu salah seorang bodyguardnya berada di tingkat bawah.
"Tak balik? Dia pergi mana?" Soal Nicholas dengan dahi berkerut seribu.
"Bukan ke bos suruh dia uruskan mayat Jai semalam?" Bodyguard itu menyoal kembali.
Nicholas berfikir seketika! Oh ya! Dia terlupa yang dia ada menyuruh Bernard untuk melupuskan mayat Jai! Haih! Padahal dia, tak sedar yang member tu dah selamatkan nyawa si budak rambut tempurung kelapa ni! Hidup - hidup dia, kena tipu dengan si Bernard!
"Takpelah... Kau boleh pergi sekarang!" Halaunya selamba pada lelaki itu. Lelaki itu hanya mengangguk mengerti sebelum berlalu menuju ke luar vila semula.
Dia menutup pintu dan kembali menuju ke meja kerjanya semula! Kerusi empuk di duduki kembali. Bebola matanya mata lagi tertala pada kotak bersaiz kecil itu. Dengan perasaan ragu - ragu, dia mula membuka kotak itu. Berkerut dahinya bila menjumpai sebuah pendrive dan satu hardisk di dalam kotak setelah dibuka. Dia mula mengambil kedua - duanya dari dalam kotak itu. Dan ketika dia membawa keluar kedua - duanya, dia menjumpai satu nota bertulis tangan. Pendrive dan hardisk itu di letak di atas meja sebelum nota kecil itu di ambil dan dibaca!
'BUKA BENDA NI DAN KAU AKAN TAHU KEBENARANNYA... DAN BILA KEBENARANNYA TERBONGKAR... HARAP KAU BERSEDIA UNTUK MENJALANI HARI KEINSAFAN KAU NANTI"
Tersentak hati Nicholas saat mendengar ayat pedas itu! Seolah - olah ayat itu tertuju pada dirinya! Nota kecil itu diletakkan kasar di sisi meja sebelum pendrive pula dicapai dan terus di cucuk ke komputer nya. Satu klip rakaman mula terpapar pada skrin komputer.
Makin lama dia menonton rakaman itu, makin dia rasa keliru! Dia kemudian mencari fail bukti yang masih tersimpan di dalam komputer pemberian dari Denny tiga bulan lepas. Dia mula membandingkan klip rakaman kedua - duanya. Kedua - duanya hampir serupa tetapi yang klip Denny bagi itu adalah sebahagiannya sahaja. Klip rakaman itu hanya ada bahagian Denny menyelamatkan Lily sahaja di luar gudang. Itu sengaja Denny mengedit untuk mengenakan Lily. Itu waktu si mata kucing ini masih benci kan Lily. Sekarang dia dah jatuh sayang pada gadis itu. Bukan sebagai kekasih tetapi sebagai seorang sahabat. Yang klip dia baru terima ini adalah keseluruhan berlaku di dalam gudang sebelum kejadian kebakaran terjadi.
"Sial!" Marah Nicholas sambil menghentak meja kerjanya setelah klip rakaman itu habis di lihat! Wajah nya habis merah menahan amarah yang membuak di dada.
Selama ini, dia sudah menawan orang salah! Dia menyeksa dan menghukum orang yang salah! Segala apa yang berada di atas meja kerja di libas sesuka hati!
Habis berterabur barang di atas meja jatuh ke lantai.
"Arghhh!!!" Dia mula menumbuk dinding di sekitar sehingga tangannya berdarah!
Dia tidak tahu lagi apa yang terjadi dalam dirinya! Dia mula terpunduk keletihan di sisi meja kerja. Rambut nya yang sentiasa tersisir kini kelihatan kusut sekali.
"Sial!!! Sial!! Apa yang aku dah buat!! Sial!!" Jeritnya lagi. Belakang kepala nya mula di hentak ke dada meja kerja.
Dia tidak tahu apa yang hendak di katakan lagi! Dia sudah menyakiti orang yang salah! Orang yang pernah dia sayangi dan dicintai telah di hancurkan dengan kejam sekali angkara satu salah faham yang dia langsung tidak mahu tahu akan kebenarannya!
"Siall!!! Sial!!! Bodoh!!!" Jerit Nicholas lagi!!
Air matanya sudah mula menitik di pipinya! Rasa sakit mula mencengkam hatinya!
Agak lama dia terpunduk begitu sebelum dia bingkas bangun. Air mata yang mengalir di pipi di kesat laju! Dia mula mara ke arah pintu bilik kerja nya sebelum pintu itu dibuka. Sebelum keluar, senjata api kesayangan yang berada di laci meja sempat di capai sebelum dia bergegas menuju ke lantai bawah. Cik Salla yang baru keluar dari dapur hanya memerhati sahaja gelagat majikannya yang kelihatan tergesa - gesa sebelum dia berlalu menuju ke tingkat atas dengan menatang dulang berisi bubur ayam dengan segelas air putih. Manakala nicholas pula bergegas menuju ke Porsche Panamera 976 kesayangannya.
"Hubungi orang - orang kita! Cari Dex sampai dapat! Dan bawak dia ke tempat biasa!" Arah Nicholas kepada anak - anak buahnya! Mereka mengangguk mengerti sebelum masing - masing masuk ke dalam kenderaan. Termasuk Nicholas sendiri!
Sebelum pergi, Nicholas sempat menghubungi Bernard!
" Aku perlukan kau sekarang! " Ujar Nicholas sebaik sahaja talian di sambung!
"Baik, bos!" Jawab Benard di talian sebelah sebelum talian di matikan!
Tidak lama selepas itu, berderum enjin kereta Porsche milik Nicholas keluar dari perkarangan vila tua ini!
CIK SALLA yang melihat perilaku Nicholas melalui jendela dari kamar yang di huni oleh Lily ini hanya mengulum senyum sahaja. Dia tahu, kebenarannya sudah terbongkar. Dia kembali menuju ke arah Lily yang kelihatan payah mahu menyandarkan belakang tubuhnya di kepala katil.
Cepat - cepat dia membantu gadis itu menyandarkan tubuh nya di kepala katil.
"Sakit lagi ke?" Soal Cik Salla perlahan bila di lihat gadis itu mengerutkan dahi bila mahu mengesot ke atas. Lily hanya tersenyum pahit sahaja. Langsung tidak menjawab pertanyaan wanita ini. Angkara perbuatan kejam Nicholas malam tadi, Lily langsung tak mampu untuk bergerak! Kesakitan do serata tubuhnya masih lagi di rasa sehingga sekarang!
"Dah... Makan bubur ya... Cik Salla ada buat bubur untuk ILY dan baby... Mesti ILY laparkan!" Ujar Cik Salla cuba untuk menceriakan suasana! Lily hanya tersenyum kecil sebelum bubur yang di sua oleh Cik Salla itu di makan dengan perlahan walaupun selera nya mati saat ini. Tetapi demi anak dalam kandungan nya ini, hendak tak hendak dia harus makan juga!
"ILY... Kalau satu hari nanti kebenarannya dah terbongkar dan Nick menyesal... ILY akan terima balik semula ke?" Soal Cik Salla secara tiba - tiba dan suapan bubur Lily terhenti serta merta. Lily menghentikan suapan Cik Salla ke mulutnya dan terus bersuara.
"Walaupun kebenarannya akan terbongkar... ILY tetap takkan terima semula lelaki sekejam dia Cik Salla... Dia pisahkan Ily dari nenek... Dia buat ILY macam takde harga diri... Dia perkosa ILY... Pukul ILY... Pijak maruah Ily... Cemuh dan maki Ily... Buat tubuh badan Ily macam patung tak bernyawa... Dan Cik Salla nak tahu apa yang Ily rasa saat ini... "Mata bening nya sudah menatap sayu ke arah wajah Cik Salla yang sudah mula mengalirkan air matanya.
"Ily rasa menyesal sangat sebab kenal lelaki kejam dan tak berhati perut macam dia! Lelaki yang terlalu kejam... Terlalu kejam sehingga hati Ily rasa kosong sekosongnya... Dan Ily juga berharap... Yang dia akan mati dengan bawa segala kekejaman yang dia dah buat pada Ily! " Lily mula teresak - esak menangis mengenangkan penderitaan nya. Cik Salla yang sudah tidak menahan mendengar luahan hati gadis ini sudah mula memeluk erat tubuh kurus itu.
"Maafkan Cik Salla sayang.. Maafkan Cik Salla... Sebab tak mampu untuk menyelamatkan Ily dari cengkaman Nick! Maafkan Cik Salla!" Pohon Cik Salla pada Lily. Lily hanya mampu menangis sahaja.
Kalaupun kebenaran yang menimpa Lyla lima tahun lepas terbongkar, hati nya sudah parah dan hancur dengan perbuatan Nicholas dan dia berharap yang lelaki itu akan menghilang di muka bumi ini!
Dia benci Nicholas! Dia benci!
Akhirnya... Kebenaran terbongkar dan Nicholas sudah mula tidak tentu hala...
Share this novel