3 BULAN KEMUDIAN...
KEADAAN DENNY DAN DUA RAKANNYA, ALEX DAN RAMON dalam keadaan membaik sekarang. Termasuk juga Janny! Dalam frasa pemulihan mereka berempat, mereka telah dikejutkan oleh satu berita! Berita tentang kematian tragis Lily dalam kemalangan jalan raya! Dan ternyata berita menimpa gadis itu membuatkan Janny dan Nek Di, nenek Lily terkejut besar! Tak habis meraung Nek Di mendengar berita yang menimpa cucu kesayangannya itu!
Malah, jenazah Lily yang sudah tiada rupa yang sempurna di hantar ke rumah nenek gadis itu! Makin kuat Nek Di meraung melihat keadaan Lily yang menyayat hati itu! Tidak terkecuali juga Janny! Dia terkedu dan terkelu melihat keadaan jenazah sahabat baiknya ini!
Tetapi tidak pada Denny, Alex dan Ramon! Mereka yakin, itu adalah 'mayat palsu' dan bukan milik Lily yang sebenar! Mereka tahu modus operandi ini hanya Nicholas sahaja mampu untuk melakukan! Termasuk dalam perancangan untuk 'kematian palsu' dan termasuk 'surat kematian palsu', itu adalah trick dari Nicholas sendiri! Mereka yakin, Lily yang sebenar masih berada di dalam genggam lelaki kejam itu!
MEREKA BERTIGA PULANG KEDIAMAN MILIK DENNY. HANYA Janny sahaja yang di tinggal bersama Nek Di..
"Makin melampau dah Nicholas ni!" Ujar Ramon dengan riak wajah yang sudah berubah tegang. Denny dan Alex hanya mengerling sekilas sahaja riak wajah tegang Ramon itu.
Setelah apa yang terjadi dengan mereka tiga bulan lepas, ugutan demi ugutan sentiasa mengiringi diri mereka! Siapa lagi kalau bukan dari Nicholas!
Sehinggalah, 'kematian palsu' Lily ini menjadi kemuncak ugutan Nicholas buat mereka bertiga!
"Heeyy... Aku tak boleh diam begini sahaja lah... Aku kena selamatkan Lily jugak!" Ramon sudah berada di puncak kesabarannya! Dia sudah bangun sebelum suara garau milik Denny menghalang tingkah nya!
"Kau nak selamatkan Lily macam mana? Cuba bagi tau aku? Cara apa lagi yang kita ada?" Terdiam Ramon saat mendengar suara garau Denny itu.
"Kau tak tahu yang kita lawan ni, BEKAS MAFIA! Tau tak, BEKAS MAFIA! YA... Aku akui yang aku dulu pun bekas mafia jugak.. Tapi aku sekadar bawahan sahaja.. Dan Nicholas pula... Dia adalah atasan... Orang yang terkuat dalam organisasi berkait rapat dengan mafia!"
Pandangan Alex dan Ramon pantas terarah pada Denny!
"Apa maksud kau ni Denny? " Soal Alex curiga.
Denny hanya terdiam seketika sebelum matanya terarah pada kedua - dua sahabatnya ini sebelum mengarah bebola matanya ke arah Alex pula.
"Mesti kau pelik kan Lex bila aku cakap macam ni! Kau dah bertahun - tahun ikut dia tetapi kau tak tahu siapa dia sebenarnya. Kalau korang nak tahu, arwah bapa Nicholas, Tuan Javier Stan tu adalah ketua mafia yang amat di geruni dalam dunia mafia.. Dan tidak terkecuali Nicholas sendiri! " Denny mula membuka mulut. Kisah silam berkaitan keluarga Nicholas mula di buka.
Ya.. Mendiang Tuan Javier Stan adalah seorang ketua mafia yang sangat digeruni ketika zaman kegemilangan lelaki berpengaruh itu! Nicholas, satu - satunya putera tunggalnya juga turut berkecimpung dalam dunia itu! Selain dari menjadi mafia yang di geruni, Tuan Javier Stan juga mengusahakan perniagaan yang mampu untuk menampung keturunannya ke masa hadapan. Dan sekarang, perniagaan nya itu di turun kan kepada Nicholas setelah beliau dan isteri, Madam Arainy meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Pendek kata, sampai 7 keturunan pun harta takkan habis!
"Kita bertiga memang bersahabat dengan Nick tetapi kita tak tahu diri yang sebenar! Ya... Memang misi kita adalah nak selamatkan Lily dari Nicholas tapi... Dengan status dia walaupun dia bekas mafia, sekelip mata saja kita di hapuskan!" Ujar Denny.
Lihatlah apa yang Nicholas buat pada mereka tiga bulan lepas! Ke seluruh keluarga Denny, Alex dan Ramon hampir menjadi mangsa kekejaman Nicholas! Termasuk Janny sekali! Walaupun mereka ada bukti yang membolehkan Lily tidak bersalah, mereka tetap tidak dapat menyelamatkan gadis itu dari Nicholas!
"Tapi, macam mana dengan Lily? Kau sanggup ke tengok dia menderita dalam sangkar neraka Nicholas tu?" Alex pula menyoal.
Denny mengeluh lagi.
"Aku tak sanggup nak tengok penderitaan Lily tu, Lex.. Mon.. Tapi kalau kita masuk campur lagi... Apa yang akan terjadi dekat kita nanti? Family kita? Janny? Nek Di?" Satu persatu orang - orang yang rapat dengan mereka di sebut oleh Denny. Ramon dan Alex terus terdiam saat mendengar ayat Denny itu.
"Buat masa ni.. Kita hold kan dulu tentang Lily... Kita akan cari cara untuk selamatkan dia dari Nicholas!" Putus Denny lagi. Alex dan Ramon juga turut menutup mulut masing - masing.
Mereka bukan tidak mahu menolong Lily lagi. Tetapi pengaruh Nicholas terlalu kuat dan sukar untuk di tembus!.
Dan sekarang...
Mereka harus cari cara lain untuk menembus kawalan ketat lelaki itu terhadap Lily!
Stay Lily... Stay Lily...
Aku janji... Aku akan selamatkan kau...
Demi Lyla!
Detik Denny di dalam hati!
Di manakah Agaknya Lily sekarang?
Share this novel