Series
11143
SUARA RIUH RENDAH DARI KAWASAN LUAR rumah membuatkan Lily yang sedang duduk termenung di tepi jendela tersentak.
Langsir di selak untuk melihat apa yang berlaku di luar!
Kelihatan anak - anak buah Nicholas termasuk Nicholas, Jai dan Denny berada dalam keadaan kelam kabut. Wajah ketiga - tiga lelaki itu kelihatan cemas dan tegang!
Pandangannya pantas teralih pada daun pintu biliknya yang terkuak lebar dari luar! Wajah cemas Cik Salla terpacul di hadapan pintu bilik!
"Lily ikut Cik Salla sekarang ya?" Pinta wanita berusia pertengahan usia 40 - an itu.
"Ikut Cik Salla? Ada apa sebenarnya ni? Apa yang berlaku?" Soal Lily dengan dahi yang berkerut tidak mengerti dan bingung.
Dia bingung dan keliru bila melihat keriuhan di luar rumah tadi.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Cik Salla tidak menjawab soalan wanita kesayangan Nicholas ini sebaliknya, dia terus menyumbat barang keperluan milik Lily ke dalam satu beg galas.
"Mari kita pergi..." Tangan Lily di tarik perlahan dan mereka pantas menapak keluar dari bilik wanita ini.
Lily hanya menonong sahaja mengikuti rentak Cik Salla ini.
Di tangga, mereka bertembung Dr Erdy. Wajah Dr. Erdy itu juga sama seperti Cik Salla. Cemas dan tegang!
" Dah siap Cik Salla?"
"Dah.."
"Mari kita pergi sekarang!" Arah Dr. Erdy dengan nada tegas! Dan itu membuatkan Lily sedikit kaku! Tidak pernah dia melihat Dr. Erdy dalam versi sebegini!
"Korang gerak dulu... Nanti aku, Denny dan Jai akan menyusul korang!" Suara garau milik Nicholas yang baru tiba di ruang tamu menghentikan langkah mereka bertiga!
"Dan tolong jagakan Lily untuk aku ya..." Pinta Nicholas dengan suara yang sungguh sayu sekali!
"Don't worry, bro... Aku akan jagakan dia!" Balas Dr. Erdy dengan nada yakin.
"Thanks..."
"Dah... Gerak sekarang... Diorang dah kesan tempat kita ni..." Arah Nicholas.
Diorang?
Siapa diorang yang di maksud kan oleh Nicholas ini?
Tanpa bertangguh, mereka bertiga terus melangkah pergi dari ruang tamu dan menuju ke arah belakang rumah. Di situ, Bernard sudah bersiap siaga menunggu mereka.
Manakala Nicholas, Jai dan Denny kembali semula keluar rumah.
Lily sempat menoleh sekilas ke belakang.
Hanya belakang tubuh Nicholas sahaja menyapa pandangan matanya saat itu. Susuk tubuh lelaki yang kelihatan cemas dan tegang di matanya.
Mereka sudah sampai di tempat Bernard menunggu sebelum ketiga - tiganya meloloskan diri masing - masing ke dalam perut kereta tersebut.
Kereta yang dipandu oleh Bernard mula meninggalkan kawasan tersebut dengan di ikuti oleh beberapa buah lagi kenderaan milik anak buah Nicholas.
"Macam mana dengan Alex? Dia dah bawak Janny ke sana ke?" Soal Dr. Erdy kepada Bernard.
"Dah... Alex dengan Ramon dah bawak Janny ke sana dulu... Sekarang diorang dah on the way ke sini balik... Bantu Nick dengan yang lain!" Balas Bernard.
Dr. Erdy mengangguk mengerti sebelum bersuara semula.
"Mari kita gerak sekarang sebelum keadaan tak terkawal!" Arah Dr. Erdy lagi. Bernard menuruti perintah sahabatnya ini.
Laju sahaja Bernard mengawal kenderaan yang di bawa menuju ke arah destinasi yang bakal mereka tiba nanti!
Lily pula hanya duduk membatu di sebelah Cik Salla. Tapak tangan nya yang berada di dalam genggaman wanita pertengahan usia 40 - an itu di kerling sekilas. Sejak dari mereka meninggalkan kawasan vila tua milik Nicholas tadi, genggaman tangan Cik Salla langsung tidak terlepas dari tangannya.
Wajah tegang ketiga - tiganya masih lagi menjadi tanda tanya nya!
"THANK YOU Ms. Jia, for helping us... Nick's house area has been surrounded by Derry Mafia henchmen... I hope... We won't make things difficult for Ms. Jia later..." Ujar Dr. Erdy dengan nada ikhlas pada ibu saudara Nicholas ini.
Ya... Sekarang mereka terpaksa berlabuh di tempat Jiavarry dulu. Vila tua milik kepunyaan keluarga Nicholas telah di kepung oleh konco - konco Mafia Derry.
"Jangan berterima kasih pada I... I just jalankan tanggungjawab I sahaja... By the way... Rumah ni bukan kepunyaan I ya... This house belongs to my brother... And the automation belongs to Nick... So, korang semua jangan segan - segan ya untuk buat macam rumah sendiri... " Ramah ibu saudara Nicholas ini menyapa.
" Come... Masuk... Nanti kena angin malam lagi susah..." Ujar Jiavarry lagi sebelum perlahan menarik lengan Lily masuk kediaman mewah itu. Janny, Dr. Erdy, Cik Salla dan Bernard hanya memerhati sahaja.
"Er dan Cik Salla masuk lah dulu... Jaga Lily dan Janny... Aku nak keluar... Bantu Nick dan yang lain..." Pinta Bernard pula. Tadi Alex dan Ramon... Dan sekarang, giliran Bernard pula! Beruntung Nicholas mendapat sahabat sejati seperti mereka semua ini!
"Kau pun hati - hati, Nard..." Balas Dr. Erdy sambil menepuk bahu sahabatnya itu. Dr. Erdy tidak menyertainya yang lain kerana dia harus menjaga kawasan vila ini. Walaupun kawasan vila ini di kelilingi dengan ramai pengawal bawahan Jiavarry, tapi kehadirannya tetap harus ada.
Bernard mengangguk mengerti sebelum melangkah pergi ke pintu utama dengan di ikuti oleh beberapa orang bawahan milik Nicholas. Berderum bunyi enjin kereta Bernard meninggalkan perkarangan vila milik mendiang bapa Nicholas ini! Yes... Orang kaya dan berpengaruh seperti Nicholas mampu untuk miliki rumah sebesar ini!
"BOLEH UNTIE MASUK?" Terhenti seketika tingkah Lily yang sedang menyusun baju nya yang sempat di capai ketika berada di vila tua tadi ketika suara elegan Jiavarry Bergema di muka pintu.
"Boleh Untie Jia... Masuk lah..." Pelawa Lily kepada wanita itu. Lily membetulkan duduknya Kerana merasa Sedikit lenguh di pinggang.
Jiavarry melangkah masuk sebelum duduk di birai katil bersebelahan dengan Lily. Riak Lily yang sedikit gelisah itu di perhati.
"Kenapa darling? Tak selesa ke?" Soal Jiavarry dengan sungguh prihatin.
Lily tersengih sambil mengangguk perlahan.
"Dah nak masuk berapa bulan ni?" Soal Jiavarry kepada Lily. Perut Lily yang mula memboyot Itu di usap perlahan.
"Dah nak masuk lima bulan..."
Ya.. Jiavarry soal tentang berapa bulan kandungan Lily sebab dia bukan selalu ada dengan wanita kesayangan anak saudara nya ini.
"Lily..."
"Ya, untie..."
"Untie nak cakap sikit dengan Lily boleh?" Wajah comel wanita ini di perhati dengan lembut sekali.
"Boleh... Untie nak cakap apa ya dengan Lily?" Wajah wanita elegan dan cantik di tatap dengan penuh minat. Malah senyuman manisnya tidak lekang dari bibir kecil nya ini.
"Lily... Maafkan Nick ya..." Senyuman manis Lily serta merta terpadam bila nama Nicholas meniti di bibir wanita elegan ini.
"Maafkan dia? Apa maksud untie Jia ni?" Soal Lily dengan riak yang sudah mula berubah.
"Nick dah berubah Lily... Dia bukan Nick yang dulu... Dia dah insaf... Dia dah menyesal apa yang dia dah buat dekat kamu dulu..." Terang Jiavarry tanpa bertangguh. Dengan Lily, tiada panggilan I, you - untie seperti yang dia selalu gunakan pada Nicholas.
Lily masih membatu di tempatnya.
"Maafkan untie Lily sebab membuka topik ini di hadapan Lily... Tapi percayalah... Nick dah berubah... Dia dah menyesal apa yang dia lakukan dulu pada kamu... Untie beritahu ini bukan sebab dia anak saudara untie... Darah daging untie... Tak... Untie sebagai ibu saudara dia pun marah dan kesal apa yang dia lakukan itu terhadap kamu... Untie kesal sangat... Untie gagal untuk bimbing dia ke arah jalan yang betul... Untie gagal untuk ajar dia hormat dan lindungi orang yang dia sayangi..." Jiavarry mengalir kan air matanya. Dan itu membuatkan Lily tersentak dan terkedu.
"Ya... Memang keluarga kami di lahirkan dalam golongan keluarga mafia... Keluarga yang di geruni oleh ramai orang... Tapi... Walaupun jiwa dan darah mafia itu ada di dalam diri Nick... Mendiang daddy dan mummy Nick tidak pernah mengajar Nick untuk bersikap kejam pada orang yang paling di sayangi dan patut di lindungi... Dan maafkan Nick jugak... Disebabkan salah faham yang terjadi, Nick tergamak menyakiti kamu... Satu - satu kesayangannya yang dia cintai..." Luah Jiavarry dengan panjang lebar.
Terbungkam Lily saat mendengar luahan ibu saudara Nicholas ini!
" Dan satu lagi... Untie harap... Jangan pisahkan bayi dalam kandungan tu dengan bapa kandung dia... Walau seburuk apa pun perangai Nick pada Lily... Dia tetap bapa pada kandungan kamu ini..." Ujar Jiavarry lagi.
Lily masih membungkam di tempatnya.
"Haih... Banyak pulak mulut untie ni menceceh... Dah... Kamu rehat ya... Jangan lasak sangat... Kesian dekat baby tu nanti... Untie keluar dulu ya..." Usai berkata, kepala Lily di usap perlahan sebelum dia menapak keluar dari kamar yang di huni oleh Lily ini.
Pintu di katup perlahan Dan kini tinggallah Lily bersendirian di kamar mewah ini.
Walaupun kelibat Jiavarry sudah tiada di dalam kamar ini, tetapi ayat wanita itu kembali terngiang di gegendang Telinganya.
'Nick dah berubah Lily... Dia bukan Nick yang dulu... Dia dah insaf... Dia dah menyesal apa yang dia dah buat dekat kamu dulu...'
Lily mengeluh berat. Air mata nya mula bertakung di tubir mata.
Ya... Memang dia akui...
Nicholas sudah berubah seratus peratus sejak dari kejadian hospital tempoh hari. Walaupun waktu itu hanya kata cacian Dan makian sentiasa meniti dibibir buat lelaki itu... Tapi Nicholas langsung tidak melawan. Malah, dia sentiasa memohon ampun atas kesalahan nya pada dirinya. Setiap masa, mulut lelaki itu tidak henti - henti keluar rasa menyesal yang amat dahsyat.
Air mata nya sudah mula mengalir di pipi di kesat perlahan.
Ya Tuhan... Tolong lah hambamu ini..
Jangan kau persulitkan lagi kehidupan ku ini...
Doa Lily di dalam hati...
Hola... Hi... Helo... Update bab terbaru ya.. Stay tuned.. Muaaahhhh???
Share this novel