BAB 26

Romance Series 1727

KESEMUA SAHABAT NICHOLAS mendapat ancaman dari Nicholas sendiri. Mereka - Denny, Alex dan Ramon sedaya upaya untuk cuba melepaskan Lily dari cengkaman Nicholas tetapi tidak berjaya bila Nicholas mendapar hidu rancangan mereka itu.

Penyudahnya, mereka hampir kehilangan aset dan ahli keluarga bila mendapat ancaman dari Nicholas. 

"Aku dah cakap kan... Kalau korang cuba nak selamatkan perempuan tu... Korang akan terima akibatnya..." Dendam Nicholas. Ya... Dendamnya masih tidak habis lagi pada Lily walaupun dua benda penting yang di campak oleh Alex pada dia tempoh hari dia dah lihat... Tapi... Itu masih lagi tidak merubah hatinya.

Nicholas berdiri di tengah-tengah bilik itu dengan wajah penuh dendam dan mata yang berkilau seperti kaca tajam. Suaranya mendatar, tetapi sarat dengan ancaman yang tidak perlu dijelaskan lagi. Denny, Alex, dan Ramon hanya mampu memandang satu sama lain dengan keresahan yang tidak terungkap.

"Aku dah cakap," ulang Nicholas sambil melangkah perlahan ke arah mereka.

"Kalau korang cuba nak selamatkan perempuan tu, korang akan terima akibatnya."

Denny mengepal tangannya, menahan diri daripada bertindak melulu. Ramon, yang biasanya penuh keyakinan, kelihatan tegang, sedangkan Alex hanya menghela nafas panjang, cuba mencari ruang untuk berbicara.

"Kiorang tak boleh biarkan kau terus buat macam ni, Nicholas," suara Alex akhirnya pecah, walaupun dia tahu risiko yang bakal dihadapi.

"Lily tak bersalah. Kau cuma terlalu taksub dengan dendam kau."

Mata Nicholas menyepet tajam.

"Taksub, kau kata? Dia dah buat aku kehilangan orang yang aku sayang. Dan korang semua masih nak pertahankan dia?" Nicholas menunduk sedikit, seperti mengimbas kembali luka lama yang membuatkan hatinya jadi kelam.

"Dia tak buat apa-apa!" Denny akhirnya bersuara. Suaranya keras, namun getarannya menunjukkan dia cuba menyembunyikan rasa amarah yang kian memuncak.

"YANG kau nak bela sangat dia tu dah kenapa... Kau kena ingat, Denny... Kalau tak disebabkan kau... Dia takkan jatuh ke dalam sangkar ciptaan aku... Faham? .. "

"Sebab aku dah insaflah... Aku nak lepaskan dia dari cengkaman kau!" Balas Denny semula. Matanya mencerlang tajam memandang wajah Nicholas yang kelihatan selamba itu.

Nicholas hanya tersenyum sinis sebelum mengangkat tangannya, memberikan isyarat kepada anak buahnya. Pintu bilik itu terbuka luas, dan beberapa lelaki berbadan sasa masuk dengan langkah berat, membawa dokumen dan foto ahli keluarga mereka. Denny tersentak melihat gambar makciknya. Ramon terdiam, matanya melekat pada foto adiknya yang sedang bergelak ketawa. Alex pula hampir menggigil melihat kertas yang jelas memaparkan ancaman terhadap perniagaan nya yang diusahakan saat ini.

"Ini baru permulaan," kata Nicholas dingin.

"Korang pilih nak terus mencabar aku, atau lepaskan Lily dan kembali kepada hidup korang yang kononnya selamat. Pilihlah. Aku tak peduli."

Suasana menjadi tegang, dan pilihan itu terasa seperti perangkap maut. Bagi mereka bertiga, mempertahankan Lily bukan sekadar pilihan, tetapi tanggungjawab. Namun, ancaman Nicholas yang semakin gila ini mungkin membawa bencana yang lebih besar daripada yang mereka bayangkan.

"Kalau korang masih mahu Lily terlepas... Silakan... Tapi ingat... Segala apa yang korang tengok ni nanti... Akan jadi abu pada korang..." Ugut Nicholas sehinggakan membuatkan ketiga - tiga sahabatnya ini terdiam sepi.

Dan mereka bertiga harus pilih? Selamatkan Lily atau mereka akan menghadapi bencana yang bakal melanda hidup mereka nanti!

Why nick? Why?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience