"ENCIK TAK DI BENARKAN MASUK... TUAN masih dalam urusan lagi!" Kedengaran suara setiausaha Nicholas berusaha menghalang seseorang dari memasuki ruang pejabatnya. Tetapi halangan suara setiausaha itu tidak diendahkan sebelum pintu pejabat milik Nicholas di rempuh masuk!..
Terpacul wajah tegang Alex di sebalik pintu pejabatnya.
"Maaf, Tuan Nicholas.. Saya dah cuba halang tadi.." Suara setiausaha nya mula kedengaran bergetar menahan rasa bersalah akibat kecuaian nya yang gagal menahan Alex dari memasuki ruang pejabat lelaki ini.
Nicholas hanya memberi isyarat pada setiausahanya untuk beredar dari situ termasuk dua staff nya berada di dalam ruangan tersebut. Kesemua mereka mengangguk faham sebelum bergegas beredar dari situ.
"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" Soal Nicholas dengan gaya santai nya. Memeluk tubuh sambil merenung tajam ke arah wajah tegang Alex.
"Kau memang tak berhati perut ya, Nick! Sampai bila kau nak tawan Lily lagi hah? Eh! Mana kau letak kepala otak kau tu, Nick!" Tanpa tertangguh, Alex terus menyembur Nicholas.
Dia sudah tidak tahan lagi dengan perangai kejam Nicholas ini! Sakit hati dan telinga nya bila mengetahui yang Lily menjadi mangsa lelaki tidak berhati perut ini! Yang paling tak di sangka, maruah gadis malang itu diperkotak - katik kan oleh Nicholas sesuka hati!
Nicholas yang mendengar semburan Alex hanya tersengih sinis sahaja. Dia bangun perlahan - lahan dari tempat duduknya sebelum berdiri di hadapan Alex.
"So? Ada masalah ke?" Selamba Nicholas bersuara dengan muka yang minta di tampar! Alex yang melihat wajah bersahaja Nicholas itu terus meluru ke arah lelaki itu. Kolar kemeja lelaki itu di cekau laju!
"Kau ni memang tak gunalah, Nick! Kau kena ingat satu perkara.. Apa yang kau buat sekarang akan dapat balasan dia..."
Nicholas ketawa kecil, seolah-olah tidak gentar langsung dengan ugutan Alex. Tangannya menepis kasar genggaman lelaki itu dari kolar kemejanya.
“Balasan?” Nicholas mengulang perkataan itu dengan nada mengejek.
“Aku dah buat macam-macam dosa, Alex. Tapi kau rasa aku kisah ke dengan semua tu?”
Alex mengetap giginya menahan marah. Nafasnya naik turun dengan laju, menahan keinginan untuk menumbuk wajah lelaki di hadapannya.
"Kau fikir kau boleh terlepas, Nick? Lily bukan barang permainan kau!" Alex menekankan setiap bait perkataannya.
Nicholas menjeling sinis.
“Kalau kau nak jadi hero, pergilah selamatkan dia, Alex. Aku nak tengok jugak cara korang nak selamatkan perempuan tak guna tu!"
Satu tumbukan padu mendarat di rahang Nicholas, membuatkan lelaki itu tersandar ke meja di belakangnya. Alex menggertapkan tangan, bersedia untuk menyerang lagi.
"Kau dah melampau, Nick!" suara Alex bergetar dengan amarah.
Nicholas menyeka darah di hujung bibirnya sebelum tersenyum sinis.
"Bagus, Alex. Tunjukkan kebencian kau lagi. Tapi kau kena ingat... aku tak akan berhenti untuk menyeksa dia!"
Alex menahan nafasnya. Dia tahu, Nicholas bukan sekadar bercakap kosong. Lelaki itu benar-benar kejam.
Dan dia perlu melakukan sesuatu sebelum segalanya menjadi lebih buruk.
"Kau boleh hadap dengan kekejaman kau tu sorang - sorang, Nick! Lily, aku dan yang lain akan sedaya upaya selamatkan dia dari sangkar kejam ciptaan aku tu! Ingat kata - kata aku dan sematkan dalam kepala otak kau yang dah berkarat tu!" Tunding Alex tepat ke wajah selamba Nicholas sebelum berlalu pergi dari situ. Dia harus menunaikan misinya sekarang. Misi membawa Lily keluar dari sangkar kejam milik Nicholas!
Nicholas yang melihat kelibat yang sudah menghilang di sebalik pintu pejabatnya hanya tergelak kecil sahaja.
'Korang ingat, korang mampu ke untuk bawak perempuan tak guna tu keluar dari vila aku... Korang tak kenal lagi Nicholas yang sebenar... Wait and see..." Detus Nicholas di dalam hati.
Wajah wanita yang amat di benci mula bermain di minda!
Share this novel