LILY DI BAWA KE suatu tempat yang terasing. Tempat yang jauh dari vila mewah milik Nicholas. Dan itu hanya ada dia dengan Nicholas sahaja.
Lily masih terlentang tidak sedarkan diri di atas tilam empuk itu. Kawasan sekitar kamar itu kelihatan mewah dan ekslusif. Tetapi hanya di dalam sahaja yang kelihatan mewah dan ekslusif sedangkan di luar, kawasan ini adalah bangunan kosong yang terbiar. Dan mereka sekarang berada di bilik bawah tanah.
Matanya Nicholas masih lagi tunak merenung tajam tubuh kurus dan halus milik Lily ini. Rokok yang terkepit di celah jari di bawa ke bibir sebelum di hisap rakus. Tidak lama kemudian, berkepul - kepul asap keluar dari mulut dan hidung nya. Dia kembali melabuhkan punggung nya di atas sofa mewah. Seluar dikenakan tubuh bersama kemeja yang berwarna sama dengan seluar jeansnya. Warna hitam. Bahagian dadanya bidang nya di biarkan terdedah dengan butang kemeja tidak di kancing keseluruhannya.
Getaran telefon pintar miliknya yang berada di atas meja sisi di capai. Panggilan dari orang bawahan di jawab.
"Korang biarkan dulu diorang tu.. Jangan buat apa - apa lagi. Kalau aku suruh settle kan... Baru korang buat. Faham?" Nicholas memberi arahan sebelum talian di matikan.
Dan ketika itulah, batuk keras dari Lily mula kedengaran!
Gadis mula menggeliat lemah sebelum tangannya mula memegang kepalanya yang masih lagi terasa pusing.
"Aku dekat mana ni?" Bisik Lily perlahan. Bebola matanya mula meliar memerhati sekelilingnya. Tetapi dengan rasa pusing yang masih mencengkam kepalanya, membuatkan dia tidak mampu untuk menghadam di mana dia berada sekarang.
"Bangun dah pun kau.. Aku ingatkan dah terus gol tadi!" Suara seseorang yang amat dikenali menyentak jantungnya. Pantas di berpaling. Kelihatan figura Nicholas yang mendekati dirinya yang sedang terduduk di atas tilam empuk ini mengenakan baju kemeja tanpa butang di kancing terpampang di hadapan matanya.
"Macam mana? Seronok tak kau dapat aku tangkap balik?" Ejek Nicholas. Lily sudah tidak keruan! Tubuhnya mula menggigil melihat figura lelaki yang amat di takuti ini! Dia mula mengesot ke belakang bila Nicholas merendahkan tubuhnya dan semakin mara ke arahnya.
" Tapi.. Kalau kau nak lepaskan diri dari aku jugak.. Aku tak jamin dengan keselamatan diorang.." Nicholas menegakkan kembali tubuhnya sebelum dia berjalan menuju ke arah meja kecil. Satu remote control di capai sebelum televisyen besar di hadapan di nyalakan. Terpampang figura tiga orang lelaki yang amat di kenali oleh Lily dengan kedua - dua belah tangan mereka di gantung ke belakang. Terbeliak mata Lily keadaan Denny, Alex dan Ramon itu!
“Jangan apa-apakan mereka! Tolonglah, Nicholas!” jerit Lily dalam keadaan terketar-ketar. Suaranya serak dan penuh ketakutan. Air matanya sudah menitis laju.
Nicholas hanya tersenyum sinis. Dia bersandar santai di birai meja, memerhati reaksi Lily dengan puas hati.
“Kau tahu kan, aku boleh buat apa saja. Kalau aku nak, malam ni jugak boleh jadi malam terakhir mereka…” ujar Nicholas sambil menekan butang pada remote itu. Paparan di skrin mula bertukar, menunjukkan seorang gadis yang berada di dalam sebuah kolam terbiar dengan air yang mulai memenuhi sekitar ruang kolam tersebut. Keadaan gadis itu juga sama seperti dengan keadaan ketiga - tiga lelaki tadi. Tangan terikat ke belakang.
"Janny!!" Jerit Lily. Mulutnya sudah ditekup laju.
Dan jantung Lily seakan mahu terhenti bila Nicholas beralih lagi ke paparan selanjutnya. Kali ini, memaparkan figura belakang seorang wanita separuh abad yang sedang duduk di atas sofa dengan keadaan seperti menunggu seseorang.
"Nenek??" Hampir tidak bersuara Lily bila melihat figura neneknya turut menjadi tawanan lelaki kejam ini.
"Atau kau nak perempuan tua ni mati.. Mana satu kau pilih. Aku on sahaja.." Sengihan sinis Nicholas lagi bergayut di bibirnya.
"Tolong! Jangan! Jangan apa - apa kan nenek saya! Saya mohon, Nicholas! Jangan!" Rayu Lily lagi.
"Boleh... Aku boleh lepaskan nenek kau asalkan kau ikut apa yang aku cakap!"
"Ya... Saya akan ikut cakap awak asalkan awak lepaskan mereka semua!" Tanpa tertangguh, Lily mula mengikat janji dengan lelaki kejam ini. Dan tanpa sedar juga, dia telah menyerahkan dirinya untuk di hancur kan dan di hakimi oleh lelaki ke arah lebih yang mendalam lagi!
Nicholas tersenyum sinis mendengar suara getar Lily yang mengikat janji itu! Dia menjauhkan seketika dari Lily mencapai telefon pintarnya di atas meja kecil di sisi katil.
Nombor seseorang yang di percayai di dail.
"Halo.." Suara garaunya mula kedengaran.
"Lepaskan mereka semua termasuk perempuan tua tu sekali! Faham?"
Usai memberi arahan, talian di sebelah dimatikan dan telefon pintar nya yang mahal itu di letakkan di tempatnya kembali. Dia kembali merenung ke arah Lily yang menikus sejak tadi.
"Okay... I’ve done my part. Now it’s your turn to keep your promise to me." Senyuman misteri dan tajam Nicholas mula membuatkan Lily kecut perut!
Kemeja hitam yang tersarung di tubuh tanpa di butang di lepaskan. Terserlah dadanya yang bidang dan berotot di pandangan Lily. Tali pinggang yang melingkari pinggangnya mula dibuka lalu di campak ke atas lantai.
Dia perlahan - lahan mara ke arah Lily. Lily mula mengesot ke belakang bila Nicholas sudah mula merangkak ke arah dirinya. Tubuhnya tidak mampu untuk melarikan diri bila Nicholas mengepung dirinya. Nicholas pantas menarik tubuh Lily mendekat ke arahnya sehingga lekuk tubuh Lily terasa di tubuhnya walaupun tshirt lengan panjang dan tracksuit yang menyaluti tubuh gadis ini. Nafsu nya mencanak naik saat lekuk tubuh kecil molek milik Lily mendekat di tubuhnya.
"Kau layan aku dulu, okay?" Bisik Nicholas dengan suara yang mendalam. Lily yang melihat wajah Nicholas yang semakin hampir ke dirinya di tambah pula dengan suara mendalam lelaki ini membuatkan dia tidak mampu untuk melarikan diri. Kalau dia cuba untuk melarikan diri. Dia yang akan jadi mangsa nanti! Mangsa kekejaman lelaki ini!
Dia pasrah dengan kekejaman lelaki pada dirinya asalkan kesemua orang yang dia sayangi terlepas dari cengkaman lelaki ini.
Lily... Lily... Sampai bila kau harus bertahan dengan kekejaman Nicholas ni?
Sampai bila Lily? Sampai bila?
Lily tidak tahu sampai bila dia harus berkeadaan begini!
Jiwa dan mental sudah hancur akibat kekejaman yang di lakukan oleh Nicholas ini! Satu saat nanti dia harus keluarkan diri nya dari sangkar neraka ciptaan Nicholas ini!
Share this novel