BAB 16

Romance Series 1727

LILY TERJAGA dari lena nya bila tiba -tiba batuk menyerang. Terasa perit tekaknya. Dengan rasa malas, dia bangun juga dari katil dan terus melangkah lemah menuju ke dapur.

Jag yang berisi air putih terus di tuang ke dalam gelas. Belum sempat tangannya mahu mencapai gelas tersebut, satu tekupan oleh tangan kekar milik seseorang menekup mulutnya.

Dia tersentak!

Tubuhnya meronta - ronta mahu melepaskan diri dari tekupan tangan kekar lelaki ini!

Sejenak bau wangian yang dikenali menerobos masuk ke dalam lubang hidungnya.

Otaknya mula memikirkan seseorang sebelum dia terkulai lemah dalam dakapan lelaki itu!

Melihat Lily terkulai tidak sedarkan diri, tubuh kecil si gadis terus di gendong dengan mudah. Dia mula mengisyaratkan pada orang -orang nya untuk 'membersihkan' kesan yang dia lakukan sebelum tubuh Lily dalam kendongan nya di bawa keluar dari rumah itu.

Orang - orang nya mula melakukan pekerjaan mereka!

MATANYA MASIH lagi tunak memandang Lily yang masih tidak sedarkan diri!

Kuatnya juga kesan chloroform yang dia tekap pada mulut gadis ini tadi walaupun sudah dua jam berlalu.

Bibir nya tersenyum sinis sebelum dia mula melangkah keluar dari ruang kedap yang menempatkan tubuh Lily ini!

BLUSSSH!!!

SERTA MERTA Lily terjaga bila tubuh di simbah kasar dengan sebaldi air.

"Uhukk!! Uhukk!!"

Dia terbatuk - batuk bila air memasuki rongga hidung nya.

"Bangun pun kau... Ingatkan dah jadi mayat tadi..." Suara garau seseorang menyapa gegendang telinganya.

Perlahan - lahan bebola matanya memandang ke arah depan. Figura kabur seorang lelaki yang sedang duduk menyapa pandangan matanya. Bebola matanya di pejam celik untuk menghilang kan rasa kaburnya.

Dan bila pandangan sudah mula ke keadaan asal, berubah pucat mukanya bila melihat susuk tubuh Nicholas yang sedang enak duduk bersantai di hadapannya. Automatik tubuh nya di ngesot ke belakang!

Ooo... Rupanya orang menculik Lily malam tadi adalah Nicholas!

Padan lah Lily macam nak kenal dengan wangian seseorang malam tadi! Rupanya wangian yang di pakai oleh Nicholas!

Nicholas memberi isyarat pada orang - orang nya untuk meninggalkan dia dengan Lily di ruang kedap ini sendirian!

Orang - orangnya mengangguk mengerti sebelum mereka berlalu keluar dari ruang kedap itu!

"Kenapa saya ada dekat sini?" Soal Lily dengan suara Terketar - ketar! Matanya meliar memandang sekitar ruang kedap ini!

Tertawa sinis Nicholas mendengar soalan Lily itu!.

"Kau dah jadi macam ni pun masih nak berlagak bertanya soalan macam tu..." Sindir Nicholas.

Dia bangun dari tempat duduknya sebelum mencangkung dihadapan Lily. Tidak semena - mena, rambut panjang gadis itu di cekau kasar.

"Arghhh!! Sakit!!" Terjerit kecil Lily bila rambutnya di cengkam kasar oleh Nicholas.

"Tahu pulak kau sakit!" Ejek Nicholas sebelum dia rambut Lily di cengkam dengan lebih kuat lagi.

Terpejam mata Lily bila rambutnya di cengkam dengan lebih kuat lagi oleh Nicholas. Bibir nya sudah di gemam menahan rasa sakit itu! Air matanya juga sudah mengalir laju membasahi pipinya!

Rasa mahu tercabut kulit kepalanya saat ini!

Melihat keadaan Lily itu, serta - merta rambut Lily yang di cengkam tadi dilepaskan dengan kasar. Hampir tersungkur Lily di atas lantai. Tangannya yang terikat ke belakang menyukarkan dia untuk menggerakkan Tubuhnya.

"Ini baru sikit aku buat dekat kau, Lily... Akan datang... Banyak lagi akan aku buat... Setimpal apa yang kau dah buat 5 tahun lepas dekat orang yang aku sayang!" Ujar Nicholas sebelum dia bangun dari mencangkung nya. Tapak tangan yang terlekat dengan rambut Lily di tepuk laju.

" So... Sementara tu... Kau mereput lah dekat sini dulu ya... Kalau ada benda merayap tu... Kira nasib kau lah!" Ujar Nicholas lagi bersama senyuman sinis nya sebelum dia berlalu pergi dari ruang kedap itu!

Esak tangis Lily mula kedengaran sebaik sahaja kelibat Nicholas mula menghilang.

Apa yang dia takuti selama ini, akhirnya menjadi kenyataan!

Nicholas akan mencari dirinya sebaik sahaja perihal 5 tahun lalu yang berkaitan dengan Lyla terbongkar!

Tapi... Apa yang terjadi pada Lyla 5 tahun lalu bukan yang di fikirkan oleh Nicholas saat ini! Bukan!

Tapi... Nak ke Nicholas mahu mendengar penjelasan dari mulut dia sedangkan lelaki itu sudah mempercayai bulat - bulat kepalsuan yang di cipta?

Esak tangis nya masih lagi kedengaran!

Dia tidak tahu apa yang akan terjadi pada dirinya akan datang kerana dia telah pun berada dalam "Sangkar maut" ciptaan Nicholas!

Nicholas dah mula berubah! Kesian Lily...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience