BAB 41

Mature Content Series 4353

LILY MENDESIS KESAKITAN bila di humban secara kasar oleh anak - anak buah Nicholas ini di tepi kaki katil. Nicholas mengisyaratkan kan kedua - duanya untuk berlalu pergi dari kamar mewah. Kedua - duanya mengangguk mengerti sebelum berlalu pergi dari situ.

Pintu kamar mewahnya di kunci dari dalam sebelum dia menghampiri Lily tertunduk lemah di sisi katil.

"Kenapa awak buat Jai macam tu? Apa salah dia sampai awak tembak dia macam tu sekali?" Soal Lily bersama suara yang serak bercampur tangis.

Nicholas hanya tersenyum sinis sahaja mendengar ayat Lily itu. Dia mula mencangkung tu hadapan Lily. Rambut panjang si gadis di cengkam sebelum muka Lily di paksa menghadap ke arah wajahnya.

"Wooo... Kau panggil aku pun takde rasa hormat... Lagi nak tanya soalan macam tu? Hei! Kau ingat, kau tu layak ke nak soal aku macam tu, hah? Layak ke?"

"Awak memang binatang lah, Nick! Awak memang takde rasa hati perut! Saya benci awak! Saya benci awak!" Jerit Lily dengan lantang. Wajah dan dada milik Nicholas menjadi sasaran tamparan dan tumbukan kecil nya! Hampir terjelepok juga Nicholas dengan tindakan secara tiba - tiba Lily terhadap dirinya. Tetapi akan daya! Tindakan Lily itu langsung tidak memberi kesan pada Nicholas! Tindakannya itu mengundang amarah pada Nicholas.

Pangg!!!

Sekali lagi tamparan padu hinggap di wajah Lily. Dan bibir si gadis yang sedia pecah kembali mengalir darah.

"Kau memang nak kena dengan aku lah kan, perempuan! Kenapa kau perlu hidup hah? Kenapa dia yang patut mati? Bukannya kau?" Tengking Nicholas.

Tali pinggang di buka sebelum di libas ke arah tubuh kurus Lily.

"Arghhh!! Sakit!! Tolong lepaskan saya!! Kalau dah benci kan saya sangat... Kenapa tak bunuh aje saya?? Kenapa perlu seksa saya macam ni??" Buat kali pertama, jeritan nyaring Lily yang penuh amarah menyentak gegendang telinganya.

Tali pinggang yang membahan tubuh kurus Lily di campak ke tepi. Tubuh lemah gadis itu di heret sebelum di campak ke atas katil.

"Kau memang tak pandai simpan mulut ya, perempuan... Kau nak aku berkasar dengan kau guna cara ni ke? Okay... Aku buat!" Kemeja putih yang tersarung di tubuh mula di buka kasar lalu di campak ke atas lantai. Terserlah dada bidang nya di hadapan Lily.

Kaki Lily di tarik menghadap dirinya lalu tubuh kecil dan kurus si gadis di tindih kasar. Gaun yang di pakai oleh gadis itu di koyak rakus.

Lily yang kesakitan akibat di libas tadi sudah tidak mampu bersuara untuk menghalang tindakan gila lelaki ini. Kudrat nya tidak mampu untuk menghalang tindakan kurang ajar Nicholas dari menghancurkan diri nya lagi.

Hanya jerit kesakitan sahaja yang keluar angkara ulah Nicholas ini!

WAJAH PUCAT JAI yang masih lagi terbaring di atas katil di tenung lagi sebelum pandangan nya teralih ke arah Dr. Erdy pula. Kelihatan lelaki itu sibuk mengemas peralatan yang digunakan untuk merawat Jai tadi.

Ya... Orang yang Bernard hantar pesanan ringkas tadi adalah Dr. Erdy, doktor peribadi Nicholas! Jai berjaya di selamatkan oleh Dr. Erdy dengan bantuan Bernard. Kalau tidak, dah lama si Jai tinggal nama di dunia ini!

Eh, kejap!

Kenapa Dr. Erdy ni yang membantu Jai? Bukan ke lelaki ini doktor peribadi merangkap sahabat universiti si mamat tak guna tu?

Ya... Memang Dr. Erdy ni doktor peribadi dan merangkap sahabat Nicholas. Tetapi dia tidak sekejam Nicholas! Dia masih ada lagi hati perut! Dia tahu apa yang telah terjadi. Dan sebab itulah dia ikut saranan Bernard untuk membantu Jai ini.

"Macam mana keadaan dia, Er?" Soal Bernard kepada Dr. Erdy.

"Semua nya okay... Just tunggu untuk dia sedar sahaja.." Komen Dr. Erdy.

Walaupun Dr. Erdy ini berpengalaman, tetapi tidak mudah untuk dia mengeluarkan peluru yang tertanam di dada kanan lelaki ini. Tetapi akhirnya dia berjaya juga.

"Lepas dia sedar nanti... Kau bawak dia sembunyi jauh dari Nicholas... Kau bukan tak tahu perangai si lahabau tu macam mana!" Nasihat Dr. Erdy kepada Bernard. Dalam menasihati Bernard, sempat lagi dia mengutuk Nicholas!

"Habis kau macam mana? Aku takut kau akan hadapi masalah nanti!" Soal Bernard kembali kepada Dr. Erdy. Terpancar riak kerisauan di wajah nya saat ini.

Mana tak risaunya!

Kalau si Nicholas tu tahu dia menyelamatkan si Jai ini dengan bantuan Dr. Erdy, nahas mereka nanti!

"Don't worry... Kau tak payah lah nak risaukan aku... Aku tahu macam mana handle nanti!" Jawab Dr. Erdy. Peralatan yang di gunakan tadi sudah selesai di kemas kan.

"Okay... Kalau takde apa lagi, aku blah dulu... Si Jai ni biarkan dia di sini dulu... Ada orang - orang aku akan jagakan dia.. Kau jangan risau..."

"Er... Tunggu kejap... Kau jangan pergi dulu... Ada orang nak jumpa kau dan ingin bergabung dengan kau!" Halang Bernard secara tiba - tiba bila di lihat Dr. Erdy sudah berura - ura mahu pergi dari situ.

Tak jadi Dr. Erdy mahu pergi dan terus berpusing kembali ke arah Bernard.

"Siapa?" Soal Dr. Erdy dengan dahi mula berkerut.

"Kami..." Jawab suara garau seseorang di balik pintu kamar yang menempatkan tubuh kaku si Jai ini.

Terus Dr. Erdy memaku pandangan nya ke arah pintu. Muncul Denny diikuti oleh Alex dan Ramon di belakang.

"Wait... Macam mana korang boleh tembus masuk kawasan aku ni?" Soal Dr. Erdy.

Punyalah banyak kawalan ketat dia pasang di setiap sudut kawasannya ini. Alih - alih, tiga - tiga ekor ini boleh tembus macam tu aje!

"Well... Kau macamlah tak tahu siapa punya kerja!" Jawab Alex sambil mengerling ke arah Bernard. Bernard hanya mempamerkan senyuman tipis sahaja! Kantoi sudah!

Dr. Erdy hanya mampu menggeleng kepala sahaja. Tak mampu untuk berkata apa lagi.

"Tu... Dah nyawa - nyawa ikan ke?" Soal Denny tak bertapis ke arah Jai yang masih terbaring di atas katil.

Papp!!

Laju sahaja kepala Denny di lempang kasar oleh Alex!

"Aduh! Sakitlah bangang!" Marah Denny sambil menggosok kepalanya yang sedikit sengal akibat penangan si Alex ini tadi. Sakit gila! Dahlah tangan macam besi!

"Lain kali mulut tu biar bertapis sikit, bodoh! Dah sah dia terbaring macam tu... Mestilah dia selamat... Kau kalau nak savage sangat pun... Agak - agak lah!" Balas Alex tanpa bertangguh. Ramon sudah menjuling matanya ke atas! Malas nak layan babak bodoh kedua - dua sahabat nya ini!

" Dah! Stop it! Ni... Aku ada jumpa sesuatu masa Jai kena tahan dengan Nick tadi! " Bernard pantas me leraikan pertelingkahan kedua - duanya sebelum lebih melarat lagi nanti. Bukan boleh percaya sangat di Alex dengan Denny ni!

Beg silang yang berada di tangan di letakkan di atas meja yang di kelilingi oleh mereka berlima! Sebenarnya, dalam bilik yang menempatkan tubuh kaku di Jai ni, terdapat sebuah meja dan sofa mewah. Malah, televisyen juga. Termasuk peralatan keperluan yang lain. Kiranya, bilik ini bilik VIP lah. Kemudahan dan kelengkapan semua ada.

Dan mereka sekarang berada di atas sofa.

"Apa benda ni?" Soal Alex sambil membelek beg silang berwarna hitam itu.

"Bukti!"

"Bukti? Maksud kau?"

"Bukti berkaitan kematian Lyla lima tahun lepas!"

"Hah?"

Haaa... Terkejut bukan.. Hehehe... Jom ke bab seterusnya... Selamat membaca semua ?❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience