TERSENYUM MANIS JIAVARRY MELIHAT Nicholas dan Lily sudah sah menjadi suami isteri. Senyuman nya makin melebar melihat cincin yang tersarung di jari manis kedua - duanya.
Reaksi Nicholas hanya biasa sahaja! Hanya riak dingin dan tegang sahaja yang terpamer saat ini!
Bagaimana dengan reaksi Lily? Adakah dia gembira dengan perkahwinan nya denyan nicholas ini?
Tidak! Lily langsung tidak gembira dan teruja dengan perkahwinan ini! Dia dipaksa oleh wanita bernama Jiavarry ini yang merupakan ibu saudara kepada Nicholas untuk berkahwin dengan Nicholas kerana dia telah mengandungkan anak lelaki itu!
Tetapi Lily tidak sedar, yang perkahwinan ini terjadi adalah kerana mahukan anak di dalam perutnya sahaja! Ya... Macam apa yang Jiavarry katakan tempoh hari. Kesemua ketua kumpulan mafia di bawah kendalian keluarga Stan mahukan waris dari keluarga Stan untuk menjaga aset tersebut. Dan kebetulan pula Lily sedang mengandung kan pewaris keluarga Stan walaupun dengan cara yang kejam itu sudah cukup untuk menahan aset itu dari jatuh ke pihak musuh!
"Okay... Semua dah settle kan... Sekarang I nak balik!" Tiba - tiba Nicholas bersuara kepada ibu saudaranya.
"Heiii you ni... Kenapa nak balik cepat sangat... Lagipun Lily tak makan lagi kan... Tunggulah Lily makan dulu baru balik... Lagipun majlis ni masih berjalan lagi..." Cepat sahaja Jiavarry membantah.
"Dekat rumah ada saja makanan... Dah... I malas nak tunggu lama - lama dekat sini... Majlis masih berlangsung ke atau tak... Itu terpulang pada you, untie...I nak balik! Okay? Dah jom, Bernard!" Usai berkata, lengan kecil dan kurus milik Lily yang di lapik dengan kardigan berwarna putih sama seperti gaun yang di kenakan oleh gadis itu di cengkaman sebelum di heret kasar menuju ke arah Porsche Panamera 976 nya yang berwarna hitam pekat!
Pintu kenderaan itu dibuka sebelum tubuh Lily di humban kasar ke dalam. Lily hanya mampu menikus sahaja walaupun dirinya kesakitan akibat di humban kasar oleh lelaki ini. Bernard yang berada di bahagian pemandu hanya mampu memandang sahaja. Nicholas pula terus menuju ke bahagian penumpang di belakang pemandu.
"Kita terus ke destinasi seterusnya, Bernard." Arah Nicholas kepada orang kanannya ini. Lily yang berada di sebelah masih mendiamkan diri sahaja seperti tadi. Melawan tidak. Apatah lagi membantah!
Bernard mengangguk mengerti sebelum menderum enjin Porsche Panamera 976 kepunyaan Nicholas meninggalkan perkarangan majlis perkahwinan mereka tadi. Riak tegang Jiavarry yang sedang memandang mereka langsung tidak di hiraukan. Yang penting sekarang, dia harus sampai ke destinasi yang di tuju!
Ada sesuatu yang hendak dia mahu Lily saksikan!
JERITAN DAN RINTIHAN KESAKITAN SESEORANG menusuk ke gegendang telinga Lily ketika dia diheret dan dipaksa masuk oleh Nicholas ke bilik bawah tanah ini.
Riak ketakutan jelas terpancar di wajah cengkung gadis ini. Bebola matanya langsung tidak berganjak dari memerhati kawasan bilik bawah tanah yang kelihatan kusam dan usang ini.
"Dah.. Stop pukul dia lagi!" Nicholas memberi arahan pada anak - anak buahnya untuk menghentikan pukulan mereka.
Anak - anak buah Nicholas mengangguk mengerti sebelum tubuh seseorang yang terikat di atas kerusi di jauhi.
Mata Lily yang meliar memerhati sekeliling ruangan ini jatuh terpaku pada tubuh seorang lelaki yang agak lemah terikat di atas kerusi.
"Jai???"
Sekilas nama abang Janny terbit di mulutnya. Membulat bebola matanya melihat keadaan Jai itu. Dia mahu meluru ke arah lelaki itu tetapi pantas di tahan oleh Nicholas.
"Tuan... Tolonglah lepaskan saya! Saya nak tengok dia.. Dia cedera teruk tu!" Rayu Lily kepada Nicholas. Cengkaman besar Nicholas pada lengan nya cuba untuk di leraikan tetapi tidak berjaya bila Nicholas menguatkan lagi cengkamannya.
"Kenapa? Kalau aku lepaskan kau, kau nak tolong dia ke? Hei, dengar sini perempuan! Dia takkan pernah terlepas dari aku lah!" Tengking Nicholas sebelum mengarahkan lagi anak - anak buahnya untuk membantai tubuh Jai.
"Jangan! Tolong lah! Jangan! Tuan... Saya merayu... Jangan buat dia macam tu!" Jerit Lily dengan rayuan kepada Nicholas.
Dia tidak tahu apa motif Jai berada dalam genggaman Nicholas ini. Tetapi bila melihat keadaan Jai yang diperlakukan kejam oleh orang - orang Nicholas ini membuatkan hati nya sedih dan pedih.
Nicholas memberi isyarat kepada anak - anak buahnya untuk menghentikan tindakan mereka dahulu. Cengkaman nya pada Lily di lepaskan sebelum matanya mengisyaratkan pada Bernard untuk menahan Lily. Bernard mengangguk mengerti sebelum kedua - dua belah lengan Lily di capai. Sementara itu, Nicholas pula perlahan - lahan mendekati Jai yang sudah semakin lemah dengan kesan lebam dan darah yang bersimpang siur wajah tampannya.
Nicholas mencangkung di hadapan Jai. Wajah lelaki yang berlumuran darah itu dipandang dengan senyuman sinis.
"Setelah bertahun kau menghilang diri... Kau muncul kan diri kau balik! Kau nak apa sebenarnya Jai?" Soal Nicholas.
Jai hanya tersenyum sinis meskipun keadaan nya kelihatan lemah dan longlai saat ini.
"Untuk lepaskan Lily dari cengkaman kejam kau!"
Berdesing telinga Nicholas saat mendengar ayat pedas yang keluar dari mulut lelaki ini.
"Habis tu? Dia patut berada di tangan siapa? Dekat tangan kau ke?"
"Ya! Dia sepatutnya berada dalam genggaman aku! Kalau dia berada dalam genggaman aku, aku tak kan sakitkan dia macam kau sakitkan dia sekarang!"
BUKK!!!
Satu tumbukan padu hinggap di wajah Jai.
"Kau ingat kau sesuai sangat ke dengan dia, hah? Eh, kau kena ingat kau tu BEKAS MAFIA... BEKAS MAFIA!!" Cemuh Nicholas kepada Jai. Kepala Jai di tujal sesuka hati!
Tertawa sinis Jai mendengar ayat si Nicholas ini!
"Kau jangan nak kata kat orang lah! Kau pun sama jugak macam aku.. BEKAS MAFIA... Dan lelaki kejam dan takde hari perut macam kau ni langsung tak layak untuk perempuan sebaik Lily tau tak?" Jai bersuara dengan sengaja mencurah minyak ke dalam api kemarahan Nicholas.
Makin bengis wajah Nicholas mendengar ayat pedas sekali lagi dari lelaki ini. Dia bangun dari mencangkung nya sebelum berlalu menuju ke arah mej kecil yang berada satu sudut. Sepucuk pistol jenis model Glock 19 Suppressed yang kedap bunyi di capai sebelum di tala ke arah Jai.
Tanpa amaran,
Zappp!!!
Peluru dari senjata api itu keluar dan terus mengenai dan menembusi dada kanan Jai.
"Jangan!!" Terjerit nyaring Lily melihat Nicholas menembak Jai. Dia mahu menolong Jai tetapi kepungan kuat Bernard pada dirinya tidak mampu untuk di leraikan.
Jai jatuh tersungkur di atas lantai dengan tangannya masih terikat pada dada kerusi sudah tidak sedarkan diri. Darah mula membuak keluar dari bekas tembakan yang dibuat oleh Nicholas tadi.
"Nick!! Apa yang awak dah buat ni?? Jai!! Jai!!" Jerit Lily bersama tangisan yang mula pecah. Tiada sudah panggilan Tuan yang selalu digunakan kepada lelaki kejam ini!
Pangg!!
Satu tamparan padu hinggap di wajah cengkung Lily. Terus terteleng kepala Lily ke arah kanan akibat tamparan padu Nicholas ini. Nasib baik dia berada dalam dakapan Bernard, kalau tidak mahu tersungkur dia di atas lantai.
Nicholas memberi isyarat pada kedua anak buah nya untuk membawa Lily pergi dari situ. Kedua - duanya mengangguk mengerti sebelum mengheret tubuh lemah dan longlai milik Lily menuju ke arah pintu untuk di bawa ke kenderaan mewah lelaki ini.
Nicholas mencapai sapu tangan sebelum mengesat tapak tangannya yang terlekat dengan darah dari bibir Lily yang pecah hasil dari tamparan padunya tadi.
"Kau Bernard... Kau 'uruskan' si tak guna ni! Faham?"
Bernard hanya mengangguk mengerti!
Nicholas pantas mengatur langkah untuk pergi dari situ.
"Err... BOS... Tunggu dulu..." Langkah Nicholas terhenti bila salah satu dari anak buahnya bersuara.
"Ada apa?" Tanya Nicholas dengan nada dingin.
"Masa kami tangkap Jai tadi... Ada satu beg silang berwarna hitam ada dengan dia.. Jadi bos nak ambik ke atau nak lupuskan?" Soal lelaki itu dengan nada teragak - agak.
Nicholas memandang tajam ke arah orang bawahannya ini sebelum bersuara.
"Kau serahkan benda tu dekat Bernard.. Biar dia yang uruskan!" Usai memberi arahan, dia meneruskan langkahnya kembali. Sekarang hal berkaitan Jai sudah di selesaikan! Kini hal berkaitan Lily pula akan dimulakan.
Bernard hanya memandang sahaja kelibat Nicholas yang sudah menghilang itu. Dia mengatur langkah menuju ke arah Jai yang sudah diam tidak berkutik.
"Dia ni biar aku uruskan! Korang bersihkan tempat ni!" Arah Bernard pada beberapa orang bawahan Nicholas yang berada di situ.
Mereka semua tidak banyak bicara. Arahan dari Bernard segera di laksana. Sementara itu Bernard pula mengheret pergi tubuh longlai Jai pergi dari ruangan bawah tanah itu. Beg silang yang berwarna hitam yang di beri oleh salah seorang dari orang bawahan tadi sudah berada di dalam genggaman nya. Tubuh longlai Jai di masukkan ke dalam perut kereta mewahnya. Dia menutup pintu bahagian belakang sebelum menuju ke bahagian pemandu pula.
Telefon pintar di buka.
Satu mesej di taip dan di hantar ke seseorang.
'Aku nak kau selamatkan dia malam ni... Aku takut dia tak mampu untuk bertahan sehingga hari esok' - Jai -
Tidak lama kemudian,
Ting! Satu pesanan mesej masuk.
'Okay... Bawak dia dekat alamat yang aku bagi ni' - Unknown -
Setelah mendapat alamat yang diberi, menderu enjin kereta mewah milik Bernard membelah kegelapan malam.
Laju sahaja Bernard membawa kenderaannya menuju ke destinasi seterusnya.
Harap Jai selamat lah... Tapi siapa ya orang hendak selamtkan Jai ni...
Share this novel