BAB 48

Mature Content Series 5932

HAMPIR SEMINGGU berada di hospital, Lily di benarkan pulang ke rumah. Cik Salla setia menemani dirinya di hospital. Termasuk rakannya Janny!

Menangis - nangis Lily bila mengetahui Janny berada di sisinya. Dan begitu juga dengan Janny! Berjurai -jurai air mata nya bila mengetahui kesengsaraan dan kekejaman yang di lalui oleh sahabatnya ini.

Dan sekarang, dengan bantuan Bernard... Mereka berdua termasuk Cik Salla dalam perjalanan menuju ke kediaman milik Dr. Erdy. Hendak ke rumah Denny dan Alex, rumah kedua - duanya tiada kelengkapan yang secukup nya walaupun kedua - duanya lengkap dengan kemewahan. Termasuk Ramon! Ketiga - tiga lelaki itu di ketahui duduk serumah. Lagipun, ketiga - tiganya lelaki ini bujang! Kadang - kadang kelengkapan rumah atau seumpamanya kurang di ambil kira. Jai pula tinggal dengan Janny dan ibu mereka.

Hendak tinggal lagi vila mewah milik Nicholas... Dia sudah tidak sanggup! Dia sudah tiada hati hendak tinggal di rumah lelaki yang banyak menyeksa jiwa dan raganya. Dan Dr. Erdy menawarkan vila mewahnya yang terletak jauh di hutan ini untuk di huni oleh Lily dan Cik Salla.

Lily tidak banyak kerenah. Di mana - mana pun dia tidak kisah. Asalkan bukan vila mewah lelaki kejam itu.

Dan sekarang mereka pun sudah berada di kediaman milik Dr. Erdy.

DR. ERDY MEMBUKA PINTU SEBUAH BILIK di tingkat bawah. Vila mewah milik Dr. Erdy ini mempunyai dua tingkat. Jadi untuk memudahkan keadaan Lily nanti, Dr. Erdy memberi kan wanita itu sebuah bilik yang luas dan lengkap dengan segala kemudahan dan kelengkapan untuk Lily menginap di situ.

"Ni bilik saya dah ubah suai untuk keselesaan awak nanti, Lily..." Ujar Dr. Erdy sebelum langkah nya di atur masuk ke ruang bilik itu. Lily bersama Cik Salla serta Janny turut mengikuti langkah lelaki bergelar doktor ini. Meliar bebola mata Lily mengitari sekeliling bilik ini. Cantik!

"Terima kasih Dr. sebab sudi tumpangkan saya dekat rumah doktor ini... Minta maaf sebab susahkan doktor..." Ujar Lily dengan nada segan. Segan sebab orang sekaya dan berpangkat seperti Dr. Erdy ini sudi membantu dirinya.

Dr. Erdy yang mendengar ayat Lily tergelak kecil.

"Tak payah lah nak cakap macam tu... Awak tak susahkan saya pun... Saya lagi suka adalah..." Ujar Dr. Erdy.

Lily hanya tersenyum nipis sahaja.

"Okaylah... Awak rehat dulu... Saya nak tunjuk bilik Cik Salla pula... Mari Cik Salla..." Ajak Dr. Erdy kepada Cik Salla.

"Saya nak ikut, Cik Salla..." Pinta Janny.

"Okay... Jom.." Dr. Erdy dan Cik Salla mula beredar dari raung bilik Lily.

"ILY... Aku ikut Cik Salla dulu... Kau rehatlah dulu.." Janny menepuk perlahan bahu sahabat nya sebelum turut beredar dari bilik Lily. Meninggalkan wanita itu merehatkan diri dulu.

Setelah ruang bilik barunya ini kembali sepi, Lily perlahan - lahan duduk di birai katil. Dia mengalih pandangan ke arah perut nya yang masih kempis lagi. Sekarang, kandungan nya sudah memasuki usia dua bulan. Perutnya di elus perlahan.

Kata - kata Cik Salla tempoh hari terngiang - ngiang di telinganya.

"Maafkan mummy baby sebab hampir nak tamatkan riwayat baby... Mummy terlalu sakit hati waktu tu... Mummy terlalu benci kan dia sampai mummy tak boleh berfikiran waras waktu tu... Sebabkan dia... Hidup mummy hancur... Sebabkan dia jugak... Maruah mummy jugak musnah... Dia buat mummy macam patung tak bernyawa... Dia buat mummy macam bola... Yang boleh di sepak ke sana ke sini... Dan hasil dari kekejaman dia... Kamu yang tidak bersalah hadir dalam rahim mummy... Maafkan mummy ya baby... " Setitik demi setitik air mata Lily mulai jatuh membasahi pipinya. Dia mula teresak - esak.

"Mumny janji... Mummy akan jaga baby sepenuhnya... Sebab kekuatan mummy sekarang adalah baby... Janji dengan mummy ya, baby..." Lily mengusap lagi perutnya. Suasana hening menguasai bilik itu sekarang.

DI LUAR KEDIAMAN MILIK DR. ERDY INI, perasaan sayu dan hening turut menguasai suasana hati Nicholas sekarang. Dia di larang sama sekali oleh Dr. Erdy untuk berkunjung ke kediaman lelaki itu atas beberapa faktor. Dan faktor utamanya adalah Lily. Dr. Erdy takut yang Nicholas akan menyesakkan lagi suasana hati Lily sememangnya tengah panas sekarang.

Dan sekarang, lelaki itu sekadar berada di luar sahaja sambil memerhati arah kediaman Dr. Erdy ini. Orang - orang Dr. Erdy yang berada di luar kediaman hanya mematuhi arahan Dr. Erdy sahaja walaupun mereka tahu di hadapan mereka ini adalah anak mendiang mafia yang amat digeruni.

Ramon yang berada di sisi Nicholas perlahan - lahan menepuk bahu lelaki itu. Hanya Ramon sahaja berada di sisi nya saat ini. Alex dan Denny masih lagi dengan amarah mereka walaupun kejadian itu sudah seminggu berlalu.

Jai pula, masih lagi mengelakkan diri dari bertembung dengan dirinya. Dan lelaki itu masih bekerja di kedai bunga ibu lelaki itu sendiri. Bernard sentiasa membantu Cik Salla dengan bantuan Dr. Erdy.

Nicholas seperti tiada apa - apa sekarang. Apa yang dia ada, dia miliki sebelum ini di sia - siakan begitu sahaja. Semua orang yang pernah rapat dengan dirinya seorang demi seorang mengelakkan diri angkara sikapnya yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Air mata yang hampir mengalir di kesat laju.

'Aku tunggu, Lily... Aku tunggu... Aku tunggu sehingga hati kau terbuka untuk kau maafkan aku sepenuhnya! Aku sayang kau, Lily.. Aku sayang kau!' Bisik Nicholas di dalam hati sebelum berlalu menuju ke arah kereta Audinya dengan di ikuti oleh Ramon.

Akan kah ada kemaafan buat Nicholas dari Lily nanti?

Hadaplah Nick... Seorang demi seorang sahabat - sahabt yang setia dengan kau dah mula menjauhi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience