BAB 9

Romance Series 1727

"KENAPA KAU pergi sana hah, Lyla? Aku dah larang kan jangan ikut kitorang kalau aku dengan Denny keluar dari bengkel ni!" Herdik Nicholas.

Berderau darahnya bila mendapat tahu yang si Lyla ni cari tahu pasal mereka sehingga ke tempat pertemuan mereka dengan geng lain...

Nasiblah si Ramon dan Alex ikut rentak si Lyla ni... Kalau takde makhluk dua ekor ni, tahu lah apa yang akan jadi dengan minah keras kepala ni!

"Aku pergi sana pun sebab kau tau tak! Apsal kau berani sangat hah masuk geng tu! Kau tak sayang nyawa ke?" Marah Lyla pada Nicholas.

Tajam matanya menikam wajah Nicholas yang sudah merah menahan marah.

"Itu aku punya hal! Kau tak payah nak masuk campur!" Balas Nicholas semula.

"Ooo... Kau cakap aku tak payah nak masuk campur! Habis... Aku ni... Siapa pada kau hah, Nick! Siapa?" Herdik Lyla.

"Kau bukan sesiapa pun dekat aku! Kau tak bermakna pun dekat aku, Lyla!" Balas Nicholas kasar.

Tersentak hati Lyla saat mendengar ayat pedih yang keluar dari mulut lelaki ini!

Tidak terkecuali juga Ramon dan Alex yang mendengar pertelingkahan kedua - dua nya dari tadi.

Terutama sekali Denny! Menggelegak hatinya bila Nicholas berkata dengan lancang tanpa memikirkan perasaan Lyla yang terguris.

Denny pantas meluru ke arah Nicholas sebelum kolar baju sahabatnya itu dikecau kasar.

"Kau cakap apa tadi hah? Kau apa? Kau cakap... Lyla ni takde makna dekat kau? Hei! Otak kau ni dah tak waras ke apa hah Nick sampaikan sanggup kau cakap macam tu dia!" Sembur Denny.

"Kau apa hal nak masuk campur urusan aku! Baik kau jaga urusan kau sendiri lah!" Itu pula yang di balas oleh Nicholas.

Makin menggelegak hati Denny melihat lagak Nicholas itu sebelum satu tumbukan pagi tepat mengenai wajah tampan milik Nicholas itu.

BUKK!!

Terus Nicholas tersungkur jatuh di atas lantai bila mendapat tumbukan padu dari Denny.

Ramon dan Alex yang melihat terus meluru ke arah Dayri bila dilihat lelaki itu mahu menghayun kan penumbuknya pada Nicholas.

"Woo... Woo... Bro... Sudah!!" Ramon pantas menghalang tindakan Denny manakala Alex pula menahan tubuh Nicholas yang sudah bangkit dan mahu menyerang Dayri semula.

"Aku kata sudahlah! Tak malu ke bergaduh sesama sendiri hah?" Tengking Lyla kepada kedua - dua lelaki ini.

Kedua - dua tubuh lelaki yang sudah mahu berlaga semula ditolak kasar.

"Kalau macam nilah perangai korang berdua... Aku lebih rela keluar dari geng ni... Aku dah tak payah nak fikirkan pasal korang lagi..." Tengkingan yang keluar dari mulut Lyla membuatkan kedua - dua nya pantas berpaling ke arah gadis itu.

"Eh... Ila... Kau merepek benda apa benda ni?" Giliran Denny pula bertanya.

"Dah... Aku nak keluar... Tak guna lagi aku stay sini lagi... Aku bukannya bermakna pun dalam hidup korang!" Sindir Lyla kasar.

WAJAH Nicholas yang lebam itu di dekati.

"Untuk kau, Nick! Oops! Sorry! Mr. Nicholas... Thank you untuk semua yang kau dah buat untuk aku... Lepas ni... Kau tak payah dah nak tengok muka aku lagi..." Usai berkata, Lyla terus berlalu pergi dari situ.

Berubah wajah Nicholas mendengar ayat yang keluar dari mulut gadis kasar ini!

" Ila... Hey!! Jangan pergi lah! " Panggil Denny lantang. Tetapi Lyla tetap jua melangkah pergi dari situ.

Wajah kelat Nicholas ditatap tajam.

"Aku belum habis lagi dengan kau, Nick!" Ugut Dayri sebelum melangkah laju untuk mengejar langkah Lyla yang sudah pun menghilang.

Ramon dan Alex sudah mula tidak keruan bila melihat Lyla nekad dengan keputusannya untuk keluar dari group mereka.

Kedua - dua nya mengerling tajam ke arah Nicholas yang sejak dari tadi membatu di tempatnya.

Kalau nak diikutkan hati, dah lama si Nick ni kena hempuk dengan mereka berdua!

Cakap main ikut dan aje! Langsung tak fikir perasaan Lyla!

Tanpa berniat mahu menyapa Nicholas, kedua - dua nya terus pergi dari situ...

Malas mereka nak layan perangai berlagak si galah panjang ni!

HAMPIR SEMINGGU sejak perang dingin terjadi, keadaan di bengkel masih lagi sunyi.

Alex dan Ramon masih lagi melakukan kerja mereka di bengkel walaupun tanpa kehadiran ketiga - tiga teman mereka...

Entahlah...

Mereka pun tidak tahu nak berkata apa lagi pada ketiga - tiga sahabat mereka ini...

Pekerjaan Alex dan Ramon terhenti bila bengkel mereka di kunjungi dua buah kereta mewah...

Pintu kenderaan mewah itu terbuka dan muncul beberapa orang lelaki berpakaian hitam dari perut kereta. Mereka bukan keluar dengan tangan kosong...

Terselit kayu baseball dan juga batang besi di tangan masing - masing...

Alex dan Ramon sudah mula tidak sedap hati!

Alex pantas mengerling ke arah dua pekerjanya memberi isyarat kepada kedua -dua nya untuk pergi dari situ!

Kedua -duanya mengerti dengan kerlingan tajam Alex sebelum bergegas pergi dari situ!

Tapi langkah mereka tidak semudah itu bila orang -orang dari kereta mewah itu mula mahu menahan langkah kedua - duanya...

Alex tidak diam!

Langkah orang yang mengejar dua orang pekerjanya pantas di layang dengan spanar ke belakang badan sehingga menyebabkan orang itu tersungkur di atas tanah! Mengerang kesakitan kedua -dua bila spanar yang di lempar oleh Alex tepat mengenai belakang badan mereka!

Spanar ooo!!!

Jangan buat main-main! Salah langkah, Mahu pecah kepala mereka nanti!

"Kalau orang nak kacau... Jangan kacau diorang... Kacau kit orang!" Marah Alex.

Matanya masih lagi menikam tajam ke arah lelaki yang masih lagi tersungkur akibat makan penagannya tadi...

"Wow!! Amazing!" Tepuk salah seorang dari mereka yang berbaju hitam itu!

"Tak sangka pulak aku yang member si Nicholas ni handal dalam baiki kereta!" Ujar si penepuk tangan dengan nada bersahaja.

Dia mula mara ke arah Alex dan Ramon yang sudah bersiap siaga dari tadi.

Bila nama Nicholas meniti di si bibir yang Di yakini si ketua ini, tahu lah Alex dan Ramon bahawa orang ini adalah dari geng yang Nicholas dan Dayri sertai.

"Aku nak Tanya... Mana Nicholas pergi?" Tanya si ketua tanpa banyak bicara.

"Bukan ke Nick dah keluar dari group tu? Apa lagi yang korang nak dari dia?" Soalan si ketua di balas dengan soalan.

Tersenyum sinis si ketua bila soalannya langsung tak di jawab malah di balas pula dengan soalan yang di rasakan paling bodoh!

"Aku ingatkan si Nick tu aje bodoh! Ada juga yang paling bodoh dari dia dekat sini!" Cemuh si ketua tanpa segan silu.

"Aku rasa dekat sini... Bukan kitorang yang bodoh... Tapi kau yang bodoh! Dah tahu si Nick tu dah keluar dari group tu... Yang korang cari dia lagi buat apa!" Nah! Setepek si Alex ni 'memperbodohkan' si ketua!

Si ketua dah menderam marah bila 'diperbodohkan' oleh Alex! Berubah kelat wajah nya...

"Ooo... Korang berani ya bodohkan aku! Dah... Apa lagi! Serang lah diorang!" Arah si ketua dengan nada keras pada anak - anak buahnya untuk menyerang Alex dan Ramon!

Apa lagi... Sebaik sahaja mendapat arahan dari ketua mereka, berdesup laju mereka berlari ke arah Alex dan Ramon yang sudah siap siaga sejak dari tadi.

Klung klang!! Klung klang!!

Bunyi besi dan spanar berlaga!

Bertungkus lumus Alex dan Ramon bergabung tenaga menangkis serangan seorang demi seorang sehingga menyebabkan 6 dari 8 meringkuk kesakitan! Hanya dua sahaja yang kekal bertahan sekarang!

Tersengih sinis lagi si ketua bila melihat serangan anak - anak buahnya dapat di patahkan oleh dua rakan Nick ini!

Bukk!!

Tanpa sedar, satu pukul an hingggap di belakang kepala Ramon sehingga menyebabkan lelaki tersungkur di atas tanah!

"Ramon!!" Jerit Alex.

Belum sempat dia berlari ke arah sahabatnya, kakinya pula di sadung oleh salah seorang dari anak buah si ketua sebelum dia turut tersungkur berhampiran Ramon!

Bukk!!

Satu pukulan hinggap di tubuhnya menyebabkan muka nya terus tersembam di atas tanah! Bukan itu sahaja, tubuh mereka berdua hampir lunyai di kerja kan oleh anak - anak buah si ketua ini!

Ceh! Main sadung Kaki orang! Pastu, pukul curi pulak! Main kotor!

"Laaa... Aku ingatkan... Korang kuat!! Kena dua kali pukul dah jadi lembik!!" Cemuh si ketua lagi!

Tendangan anak - anak buah si ketua pads tubuh Ramon dan Alex tidak lama bila satu persatu tubuh mereka terpelanting mendapat tendangan dari Nicholas yang entah muncul dari mana!

Mendesis kesemuanya akibat mendapat habuan padu dari Nicholas!

Nicholas pantas mendapatkan kedua - dua rakannya sebelum membantu membangunkan kedua - duanya!

"Kau..." Deram si ketua.

Tajam panahan si ketua pada Nicholas yang sedang berdiri tegak di hadapannya!

"Apsal korang datang sini? Aku dah cakapkan hari tu! Jangan libatkan rakan - rakan aku dalam hal ni! Kalau nak cari pasal... Cari aku!" Suara garau Nicholas mula bergema di ruang bengkel itu!

Tersenyum sinis si ketua saat mendengar ayat si Nicholas ini!

"Kau tak payah banyak cakap lah, Nick! Sekarang aku nak kau bayar balik atas apa yang buat dekat group tu!"

Tergelak besar Nicholas mendengar ayat di ketua.

"Apa kau cakap? Nak suruh aku bayar balik apa yang aku buat! Weh buat - buat sedar lah, Tar! Siapa yang dah perdajalkan aku, hah? Siapa?" Jerkah Nicholas dengan mata membesar!

"Kau tau tak! Sekarang kau dengan senang lenangnya datang sini mintak aku suruh bayar balik! Banyak cantik muka kau!" Cemuh Nicholas lagi.

Sakit hatinya masih lagi terasa saat ini!

Gara - gara ulah si Tarsi tak guna ni, dia di buru oleh geng itu!

Sekarang, dengan selambanya, si Tarsi ni minta dia untuk bayar kerugian yang si penyangak ni buat!

Memang tak lah dia nak tebus! Bukan salah dia pun!

"Kau blah dari sini sebelum kau..." Lurus jadi telunjuk Nicholas menunding jari ke arah Tarsi sebelum di tunding ke arah anak - anak buah lelaki itu pula.

"Dengan anak - anak buah kau ni aku lunyaikan satu persatu!" Ugut Nicholas!

Tajam matanya menikam wajah Tarsi yang kelihatan tersenyum sinis pada nya.

"Okay... Baik... Aku akan blah! Tapi kau kena ingat, Nick! Kau dengan geng kau takkan Selamat selamanya selagi kau dengan aku! Kau dengan geng kau akan aku hancurkan! Kau ingat tu!" Ugut Tarsi sebelum memberi isyarat kepada anak -anak buahnya untuk pergi dari situ.

Nicholas melepaskan lelahnya bila kenderaan milik Tarsi dengan gengnya telah pergi dari situ.

Dia menoleh ke belakang sebelum membantu Ramon membangunkan Alex.

"Kau masih buat kerja tu ke lagi, Nick?" Soal Alex tanpa bertangguh.

Nicholas hanya diam tanpa berminat Mahu menjawab soalan rakannya itu.

"Nick! Kau tahu kan diorang tu macam mana! Tapi kau masih lagi join diorang!" Alex masih lagi dengan soalannya.

"Aku dah berhenti, Lex!"

"Hah? Dah berhenti? Tapi kenapa si penyangak tu datang sini tadi..."

Nicholas masih membatu lagi.

"Nick! Cuba kau bagitau kitorang! Apa yang dah berlaku sebenarnya!" Alex menggesa.

Tapi Nicholas masih lagi dengan riak membatunya.

"Nick..." Belum sempat Alex Mahu menghabiskan ayatnya, deringan telefon milik Ramon mula kedengaran.

Pantas Ramon menjawab panggilan itu. Telefon di tekap pada telinganya.

"Halo..." Suara garau milik Ramon kedengaran.

"Hah? Apa??" Hampir melengking suara Ramon mendengar khabar dari orang di talian sebelah. Suara lengkingan Ramon menarik perhatian Nicholas dengan Alex yang ketika itu masih lagi dengan isu Nicholas tadi.

"What's wrong, Mon?"

"Lyla..." Nama gadis itu mula terbit di bibir milik Ramon!

"Lyla... Kenapa dengan dia?"

Nicholas dengan Alex mula tidak sedap hati.

"Lyla... Dia mati dalam kebakaran!"

"Apa??"

"What??"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience