Bab tigapuluh

Drama Completed 7961

Sejak mengetahui mengenai penyakitnya tempoh hari, Puan Sri Ainnur banyak mendiamkan diri dan wajahnya terlihat sugul. Kebiasaannya, beliau akan duduk sekali ketika mereka sekeluarga santai di ruang tamu. Namun kali ini berbeza. Puan Sri Ainnur lebih gemar menyendiri di biliknya.

Tan Sri Yusran dan Daim ada juga terperasankan akan hal ini. Tan Sri Yusran ada juga cuba bertanya kepada isterinya sekiranya beliau mempunyai sebarang masalah. Namun jawapannya, tiada apa-apa. Isterinya masih tidak menceritakan hal sebenar kepadanya.

Kali ini beliau tekad untuk bertanya lagi sekali kepada isterinya. Beliau tahu, sikap isterinya itu bukan pada kebiasaannya. Puan Sri Ainnur bukanlah seorang yang suka menyendiri sebegitu

Tan Sri Yusran masuk ke bilik mereka. Terlihat Puan Sri Ainnur sedang duduk di bucu katil merenung ke luar tingkap. Tan Sri Yusran lantas menghampiri isterinya dan mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Ainnur...awak okey tak ni? Kenapa sejak kebelakangan ni awak murung semacam? Awak ada masalah ke nak share dengan abang?". Soal Tan Sri Yusran lembut cuba menyelami hati sang isteri.

Puan Sri Ainnur perlahan-lahan memalingkan tubuhnya menghadap ke arah suaminya. Matanya berkaca. Dia menatap lama wajah suami yang disayangi. "Abang...saya sebenarnya tak nak cerita hal ni ke sesiapa sebab saya tak nak hal ni akan buatkan kita semua bersedih". Ujar Puan Sri Ainnur bernada sebak.

"Kenapa? Apa yang awak simpan? Abang ni suami awak kan? Tak pernah ada rahsia antara kita". Soal Tan Sri Ysuran lagi. Lama Puan Sri Ainnur mendiamkan diri. Beliau cuba mencari kekuatan untuk meluahkan apa yang terbuku di dadanya.

"Abang..saya diagnos kanser ovari..". Jawapan Puan Sri Ainnur membuatkan Tan Sri Yusran tercengang. "Apa...? Kanser? Ya Allah...sejak bila ni Ainnur?". Soal Tan Sri Yusran yang masih tidak mempercayai kata-kata isterinya itu.

"Saya pun baru je tahu bang. Abang pun tahu, saya rutin buat medical check up. Tapi kali ni resultnya pula tak okey. Saya sendiri pun masih tak sangka". Jawab Puan Sri Ainnur bersama tangisan yang menggila keluar. Tan Sri Ysuran menggelengkan kepalanya beberapa kali, tanda beliau tidak mempercayai semua ini.

"Sekarang ni..apa treatment yang awak boleh dapatkan supaya awak sembuh? Saya nak awak sembuh, Ainnur. Saya tak nak apa-apa jadi pada awak". Ujar Tan Sri Yusran bersungguh-sungguh.

Katakan saja berapa pun harga rawatan, tak kira di mana pun akan diusahakan olehnya asalkan isterinya kembali sembuh. Tidak sanggup jika perlu melihat isterinya menanggung kesakitan.

"Buat masa sekarang saya ada dapat ubat-ubatan. Next follow up doktor akan suggest prosedur yang paling terbaik untuk saya". Jawab Puan Sri Ainnur lembut. "Ya tak apa. Saya ikut saya apa pun treatment, asalkan awak kekal sihat, sayang". Ucap Tan Sri Yusran lantas memegang tangan Puan Sri Ainnur erat.

Sedang mereka begitu leka berbual, tanpa disedari Daim mendengar semua perbualan mereka berdua. Dia hanya diam kaku berdiri di tepi pintu bilik ibu bapanya. Matanya mulai memerah menahan tangisan.

"Ma...apa yang Daim dengar ni tak salah kan?". Soal Daim dengan nada bergetar. Tan Sri Yusran dan Puan Sri Ainnur hanya mendiamkan diri, tidak mampu untuk menjawab persoalan Daim tadi.

"Ma..pa.. Tolong jawab Daim. Betul ke mama sakit?". Soal Daim lagi. Matanya sudah mulai berkaca. "Daim meh sini". Ajak Puan Sri Ainnur lembut. "Tak nak! Mama jawab dulu!". Ujar Daim tegas. Puan Sri Ainnur lantas berjalan menghampiri anaknya yang berada di muka pintu itu.

"Daim jangan macam ni. Kalau Daim menangis macam ni, macam mana mama nak kuat lawan penyakit mama?". Soal Puan Sri Ainnur sambil mengusap lembut rambut anaknya.

"Tak mungkin mama sakit! Daim tak percaya. Mama tipu je kan? Semua ni prank je kan?". Soal Daim bertubi-tubi sambil menangis semahunya. "Shh..Daim. Ya memang apa yang Daim dengar tak salah. Sekarang ni mama mohon sangat Daim tolonglah jadi sumber kekuatan mama ya?". Ujar Puan Sri Ainnur lembut.

"Mama nak Daim sentiasa doakan untuk mama. Daim dengan papa je yang paling mama sayang. Jadi mama nak lawan sakit ni dengan orang-orang yang mama sayang ya?". Sambung Puan Sri Ainnur sebak. Dia mengusap air mata yang membasahi pipi anak lelakinya itu.

"Kenapa mama yang kena penyakit ni? Kenapa? Sekarang ni, mama bagi tahu Daim, mama nak apa. Daim akan penuhi hasrat dan impian mama. Mama cakap je". Jawab Daim bersama sedu sedannya.

"Mama nak Daim doakan mama je supaya mama sentiasa kuat nak lawan sakit mama ni. Daim anak yang baik kan? Doakan mama ya?". Ujar Puan Sri Ainnur. Daim lantas memeluk tubuh mamanya sekuat hati.

Seangkuhnya seorang Daim, dia sebenarnya amat menyayangi ibu dan bapanya. Baginya, hidupnya cukup sempurna seperti sekarang pun berkat Tan Sri Yusran dan Puan Sri Ainnur.

Dia melimpahkan semua air matanya di bahu mamanya. Dia tidak akan membiarkan mamanya melawan kesakitannya berseorangan. Walau apapun yang terjadi, dia akan sentiasa memberikan sokongan serta doa buat kesihatan mamanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Keadaan ruang tamu di rumah setinggan itu sepi. Farah dan Riana sama-sama duduk ruang tamu tersebut untuk pertemuan pertama kalinya. Setelah hampir enam bulan sejak kejadian terbongkarnya rahsia Faiq, inilah kali kedua Riana berjumpa semula dengan Farah.

Memang Riana telah pun berpisah dengan Faiq, namun sejak itu dia masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan Farah secara empat mata. Dan kini, masanya tiba. Riana sendiri yang datang untuk menemui Farah.

"Akak sihat..? Saya minta maaf kalau saya datang secara mengejut macam ni. Tapi akak kena tahu yang sebenarnya dah lama saya cari akak". Riana mulai bersuara memecah kesunyian.

Memang dia mengalami kepayahan untuk berjumpa dengan Farah. Dia tidak tahu Farah tinggal di mana, asal usul dari mana. Dia dapat berjumpa dengan alamt rumah sewa Farah ini pun berkat bertanya dengan bekas mertuanya.

"Alhamdulillah akak sihat. Riana dapat jumpa rumah akak ni dari mama papa Faiq ke?". Soal Farah. "Ya betul. Saya tanya dengan dia orang. Maaf ya kak kalau akak tak selesa dengan kedatangan saya". Ujar Riana berasa serba salah.

"Tak apa akak okey je. Riana pula macam mana? Sihat?". Soal Farah kembali. "Saya pun sihat alhamdulillah". Jawab Riana ringkas. "Akak...sebenarnya tujuan saya ke sini nak minta maaf dengan akak atas apa yang dah terjadi sebelum ni". Sambung Riana lagi.

"Apa yang dah terjadi sebelum ni? Akak tak faham maksud Riana". Soal Farah. "Saya menikah dengan Faiq tanpa saya sedar yang Faiq tu suami akak..Saya minta maaf kak. Saya betul-betul tak tahu pasal akak". Ucap Riana.

"Semua ni bukan salah awak pun. Kita ni mangsa keadaan je, Riana. Akak tahu awak ni orang yang baik, awak memang tak ada niat buat semua tu kan?". Jawab Farah tenang.

"Kalaulah saya tahu dari awal yang Faiq tu suami orang, tak mungkin saya nak menikah dengan dia kak. Saya minta maaf sekali lagi. Hati saya ni takkan tenang selagi saya tak jumpa akak". Ujar Riana bernada sebak.

"Dah..dah. Awak tak salah. Faiq punca semuanya. Tapi sekarang ni, tak ada gunanya pun kita nak salahkan dia je. Memang sifat manusia tak pernah lari daripada berbuat kesilapan". Sambung Farah lagi.

"Akak pun nak minta maaf andai cara akak dah buatkan Riana terkejut dan terluka. Akak sendiri pun tak sangka, Faiz akan bawa akak ke sana dan bongkarkan semuanya". Sambung Farah lagi.

"Tak. Akak tak salah pun. Faiz pun tak salah. Kalau tak sebab Faiz, mungkin sampai sekarang saya masih bahagia atas penderitaan akak. Syukurlah, semuanya dah terbongkar kak". Jawab Riana.

Farah sekadar mengukir senyum nipis. Memang diakui, hatinya masih lagi terluka dengan perbuatan Faiq itu, namun itu tidak menjadi penghalang untuknya berdamai dengan Riana. Baginya, Riana tidak bersalah, hanyalah manga keadaan seperti dirinya.

Farah sendiri sekarang sudah mampu menyewa sebuah rumah setinggan untuk tempat berlindung dia dan anaknya, Danish. Memanglah dia boleh saja tinggal bersama Mak Som, namun dia sebolehnya ingin berdikari dan tidak mahu menyusahkan Mak Som.

Hasil jualan donutnya jugak semakin meningkat. Malahan Farah mulai menawatkan servis pesanan secara dalam talian untuk donutnya. Sambil-sambil meniaga, Farah juga ada menjual produk kecantikam secara dalam talian. Semuanya dilakukan demi memberikan kehidupan yang lebih baik buat dirinya dan Danish.

"Akak sekarang kerja apa?". Soal Riana menukar topik perbualan mereka. "Akak berniaga je. Akak meniaga donut pelbagai perisa dengan jual skincare dalam online". Jawab Farah jujur. "Alhamdulillah. Akak memang kuat kan? Entah macam manalah akak boleh kuat hadap perangai Faiq dulu?". Ujar Riana.

"Akak selalu berserah pada Allah je Riana. Walaupun ada masanya akak rasa marah dengan Faiq, tapi akak sabarkan hati. Akak yakin, semua yang jadi pasti ada hikmahnya". Jawab Farah tenang menandakan dia sudah berdamai dengan takdir hidupnya.

"Kalau saya kat tempat akak, tak mungkin saya akan sekuat akak. Ya Allah, berdosanya saya selama ni sebab rosakkan kebahagiaan akak". Jawab Riana penuh sesal.

"Riana, jangan salahkan diri sendiri. Andai awak tak bersama Faiq sekali pun, Faiq tetap akan buat akak kecewa sebab akak tahu akak ni bukan pilihan dia. Dia kahwin dengan akak atas dasar tanggungjawab je. Awak kena ingat tu". Jawab Farah.

Riana menganggukkan kepalanya. Kini hatinya tenang kerana telah pun bertemu dengan Farah dan meminta maaf secara langsung. Walaupun bukan niatnya untuk merosakkan rumah tangga orang lain, namun jiwanya tidak tenang selagi dia tidak meminta maaf kepada Farah.

Kini, Riana dan Farah sudah sama-sama saling berdamai dan ingin memulakan langkah baru. Kenangan yang pahit biarlah kekal tersemat di hati sebagai penyemangat untuk menciptakan kenangan manis.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daim merenung jauh ke luar tingkap bilik pejabatnya. Tangan kanannya menongkat dagu dan pandangan dibuang jauh melihat ke arah kereta-kereta yang bergerak di atas lebuhraya.

Pintu biliknya diketuk beberapa kali, membuatkan lamunannya terhenti. Kelibat Zariff muncul di muka pintu pejabatnya. Zariff lantas masuk dan duduk di kerusi, di hadapan meja kerja Daim.

"Kau kenapa ni? Serabut je aku tengok". Sapa Zariff sambil matanya ralit memerhati Daim yang kelihatan serabut dan tidak bermaya riak wajahnya. Daim pula melepaskan keluhan kecil dan tangannya memicit tepi kepalanya.

"Kau tahu pasal mama?". Soal Daim. Zariff mengerutkan dahinya dan menggeleng. "Kenapa dengan aunty Ainnur?". Soal Zariff ingin tahu. "Mama kena kanser ovari, Zariff". Jawapan Daim itu membuatkan Zariff terlopong.

"Aunty Ainnur kena kanser? Habis tu macam mana keadaan dia sekarang?". Soal Zariff bertalu. "Mama okey sekarang. Dia tengah under treatment untuk kecutkan sel kanser. Aku pun tak sangka mama aku boleh kena kanser". Jawab Daim kesal.

Dia tahu benar bagaimana mamanya itu menjaga kesihatan dirinya. Namun entah bagaimana mamanya boleh disahkan menghidap kanser ovari. Syukur masih berada pada tahap awal dan masih boleh dirawat.

"Ya Allah, aku tak sangka aunty Ainnur tengah diuji sebegini. Kau bawa bertabah ya Daim. Jangan pernah putus doakan untuk mama kau. Kau pun tahu doa seorang anak ni, insha Allah makbul. Aku pun akan doakan semoga aunty Ainnur cepat sembuh". Nasihat Zariff lembut.

Dia tahu hati sepupunya itu sedang gundah memikirkan masalah kesihatan mamanya. Buat masa sekarang dia hanya mampu menasihati Daim sahaja.

"Insha Allah. Aku pun harap sangat mama cepat sembuh. Aku tak sanggup tengok mama tahan sakit macam tu. Tapi aku ada masalah lain juga". Luah Daim seraya melepaskan keluhan kecil.

"Masalah apa tu?". Soal Zariff. "Mama suruh aku kahwin dengan perempuan tu". Daim menjawab dengan nada kesal. "Perempuan mana pula ni?". Soal Zariff tidak faham. Terlalu umum sebutan Daim itu.

"Rianalah siapa lagi?". Jawab Daim sebal. Masih terngiang jelas lagi perbualannya dengan Puan Sri Ainnur mengenai permintannya ini.

'Mama nak sangat tengok Daim menikah dengan Riana. Daim pun tak ada sesiapa lagi kan sekarang? Memang sepadanlah dengan Riana'.

'Ish apa mama ni! Tak nak Daim dengan dia tu'. Jawab Daim dengan dahinya yang dikerutnya.

'Tapi hari tu Daim cakap Daim nak penuhi apa saja permintaan mama kan? Daim, mama mungkin tak banyak masa lagi kat dunia ni. Mama nak tengok anak mama satu-satunya ni menikah. Riana tu perempuan yang baik, nak. Mama yakin dia dapat bahagiakan dan jaga Daim bila mama tak ada nanti'. Panjang lebar Puan Sri Ainnur menasihati Daim.

'Ada pula mama cakap macam tu! Mama mesti akan hidup lebih lama dengan Daimlah!'. Bidas Daim.

"Then apa decision kau?". Soalan Zariff itu mematikan lamunan Daim. Daim sekadar mengangkat kedua bahunya. Dia sendiri buntu, tidak tahu hendak berbuat apa.

"Orang tua kata, firasat seorang ibu ni sentiasa betul. Jadi instinct aunty Ainnur pasal Riana, mungkin tak salah". Sambung Zariff lagi membuatkan Daim berfikir lagi. Adakah benar Riana itu sepadan untuknya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience