Riana memandang lama ke arah cincin bertatahkan batu mata biru yang tersarung di jari manisnya. Kini, dia telah pun menjadi tunangan orang, yakni Daim. Tidak menyangka semuanya akan berlaku dengan pantas.
Jujur di sudut hatinya, dia masih lagi trauma dengan apa yang terjadi pada pernikahannya yang lalu. Dia masih belum boleh melupakan perbuatan Faiq terhadapnya. Namun, kini terpaksa pula menerima lamaran Daim dan dalam tempoh beberapa minggu, dia bakal menjadi isteri Daim.
Riana mencapai telefonnya. Dia segera mencari nombor Daim untuk dihubungi. Dia tiba-tiba terasa ingin saja membatalkan semua perancangan. Dia perlu berbincang lagi sekali dengan Daim.
Tut..Tut..Tut..
Lama panggilan berdering, barulah panggilan diangkat oleh Daim. "Hello..ha ada apa call aku ni?". Soal Daim dingin. "Assalamualaikum. Maaflah saya ganggu awak. Tapi saya ada benda nak bincang". Ujar Riana.
"Bincang apa?". Soal Daim acuh tidak acuh. "Saya rasa saya nak batalkan perkahwinan kitalah..". Jawab Riana terus terang. "Apa? Kau gila ke? Kau jangan bukan-bukan, Riana". Jawab Daim terkejut mendengar pernyataan Riana itu.
"Awak buat semua plan ni, awak tak pernah fikir pasal perasaan saya, Daim! Awak cuma fikir untuk bahagiakan mama awak je. Perasaan saya ni, macam mana?". Soal Riana.
"Tak, sekarang ni kenapa kau macam tak puas hati je eh? Dari awal kau dah bersetuju kan? Lepastu sekarang kau cancel macam tu je?". Bidas Daim. "Bila masa awak minta persetujuan saya? Bukan ke semua benda ni awak sendiri yang rancang. Awak paksa saya untuk follow je semua plan awak". Bidas Riana pula.
Daim tidak menafikan kata-kata Riana itu kerana memang semua ini pun atas rancangannya sendiri. Dia hanya menyuruh Riana mengikuti sahaja semua rancangannya.
"Fine! Memang aku suruh kau follow je semua plan aku. Tapi aku buat semua ni demi mama. Sampai masanya nanti, aku akan lepaskan kau juga". Jawab Daim.
"Senangnya awak cakap. Oh sebab awak fikir saya ni janda lepas tu semudah tu awak nak mainkan perasaan saya? Tak, saya takkan biarkan awak buat macam ni ke saya. Apapun jadi, saya tetap nak batalkan pernikahan kita! Saya takkan terus bersekongkol dengan awak untuk menipu mama awak". Jawab Riana penuh yakin.
Dia tidak akan biarkan Daim mempermainkan dirinya. Dia bukannya boneka Daim yang akan terus mengikuti apa saja arahan Daim.
Belum sempat Daim menyambung kata-katanya, panggilan telah pun dimatikan oleh Riana. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Masak dia macam ni! Ini memang tak boleh jadi. Dia tidak akan membiarkan Riana membatalkan pernikahan mereka begitu sahaja.
Dia perlu memikirkan cara untuk memujuk hati Riana kembali. Walauapapun jadi, rancangannya ini perlu berjaya. Daim tidak akan biarkan mamanya kecewa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Riana datang ke pantai di mana Daim membawanya ke sini dulu. Sejak Daim membawanya ke sini, dia terus mencari tempat ini jika hatinya sedih atau kecewa.
Hatinya terasa tenang ketika melihat ombak kecil di pantai dan diringi oleh angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup wajahnya. Dia memejamkan matanya buat seketika. Telinganya pula menikmati suara ombak dari pantai.
Dia terasa sedikit tenang seusai membuat keputusan untuk tidak menikah dengan Daim. Dia lebih rela menjanda daripada perlu menikah bersama seseorang yang hanya menjadikan kehidupannya sebagai percaturan.
Apa Daim fikir dia tiada masa depan? Apa Daim fikir dia ini seorang perempuan yang mudah diperkotak-katikkan sebegitu sahaja? Jangan hanya disebabkan dia pernah gagal dalam perkahwinan, dan dia akan menerima kegagalan lagi.
"Ehem". Dehem seseorang dari arah belakang Riana. Riana lantas memandang ke arah sang pemilik suara deheman. Tergamam dia ketika mendapati, Daim yang sedang berdiri di belakangnya.
"Awak? Buat apa dekat sini? Dan...macam mana awak boleh tahu saya dekat sini?". Soal Riana bertalu-talu. Dia mengerutkan dahinya tatkala melihat kelibat Daim. Daim pula sekadar tersenyum nipis.
"Aku cari kaulah. Aku call kau, tak angkat. Aku dah boleh agak kau mesti healing dekat sini". Jawab Daim seraya mengambil tempat duduk di sebelah Riana, di atas sebatang pokok yang agak besar.
Riana tidak menjawab sebaliknya hanya menundukkan sedikit kepalanya. Dia terfikir bagaimana Daim boleh tahu dia berada di situ sedangkan dia tidak memaklumkan sesiapa pun tentang keberadaannya di situ.
"Lagi satu...firasat yang membawa aku ke sini". Jawapan Daim itu membuatkan Riana memandang sekejap wajah Daim. "Kau ni kenapa sebenarnya nak batalkan pernikahan kita?". Soal Daim lagi.
"Awak tanya lagi kenapa? Awak tak sedar ke kata-kata awak tu buatkan saya terguris perasaan? Awak memperlekehkan status saya. Awak ingat saya ni apa?". Soal Riana pula dengan penuh emosi.
"Ok fine. Aku minta maaf kalau apa yang aku cakap buatkan kau terasa. Aku tak ada niat pun nak perlekeh status kau, aku cuma nak yakinkan kau yang aku takkan biarkan kau terseksa dengan pernikahan kita ni. Aku akan lepaskan kau dengan baik". Jelas Daim penuh serius.
"Jadi? Kita tak payahlah menikah! Saya atau awak pun takkan terseksa. Kan senang macam tu!". Bantah Riana. "Aku nak tanya kau. Kau sampai hati tak untuk tak penuhi impian mama kau kalau dia memang teringin sangat nak sesuatu tu?". Soal Daim.
"Mama aku ni baik sangat orangnya. Dari aku kecil sampai sekarang, tak pernah ada satu permintaan aku dia tak penuhi. Sedaya upaya dia akan penuhi. Aku ingat lagi, dulu masa aku umur 5 tahun, aku pernah teringin sangat nak pergi Finland. Masa tu pula, business papa tak begitu elok. Tapi mama pujuk papa untuk bawa aku melancong ke sana". Sambung Daim lagi.
"Jadi sekarang...biar aku pula yang penuhi impian dia. Lagi pun kau tahu, mama tak begitu sihat. Aku sendiri tak tahu selama mana mama boleh bertahan...". Sambung Daim lagi bernada lirih. Matanya juga mulai berkaca mengenangkan mamanya.
Riana hanya setia mendengar cerita Daim itu. Baru kali ini dia melihat Daim kelihatan sedih sebegitu. Biasanya hanya riak wajah dingin saja yang ditayangkan. Riana dapat mengagak yang Daim benar-benar menyayangi mamanya.
"Sayang betul ya awak dekat mama awak. Saya tak sangka orang sedingin awak ada perasaan juga". Jawab Riana. "Apa kau fikir aku tak ada perasaan ke?". Soal Daim sambil menjeling ke arah Riana.
"Jadi, berbalik soal topik kita tadi. Aku ulangi ya yang aku minta maaf atas semua kata-kata aku ke kau selama ni. Aku cuma nak minta jasa baik kau, tolonglah aku. Kali ni je". Sambung Daim lagi.
Daim lantas mengeluarkan sekotak kecil tempat cincin dari kocek seluarnya. Dia membuka kotak cincin tersebut di hadapan Riana. "Jadi, sudi tak kau teruskan pernikahan kita ni?". Soal Daim lagi.
Riana sudah terkelu lidah, tidak tahu untuk berkata apa lagi. Matanya memandang ke arah sebentuk cincin bermata itu. Dia juga memandang cincin yang sudah sedia tersarung di jari manisnya.
Adakah dia perlu meneruskan saja pernikahannya bersama Daim demi membahagiakan hati seorang wanita yang bergelar ibu?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Khaleel dan Mellina menjamu selera di sebuah kafe western pada malam itu. Ini pun Khaleel yang mengajaknya makan. Kalau Mellina ikutkan malas mahu ikut kerana dia berasa penat hari ini. Mungkin kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan barangkali.
Mellina meletakkan sudu dan garfu ke bahagian tepi pinggannya. Makanannya masih tersisa separuh namun dia sudah tidak berselera untuk menghabiskannya. Khaleel yang sedang makan hanya melihat gerak geri Mellina itu.
"Kenapa tak habiskan? Tak sedap ke?". Soal Khaleel. "Saya tak ada selera. Sorry". Jawab Mellina. Dia terus bersandar di kerusi dan memeluk tubuhnya.
"Awak okey tak? Rasa tak sihat ke?". Soal Khaleel lagi dengan penuh prihatin. "Saya okey je cuma tak ada selera makan". Jawab Mellina ringkas. Sebenarnya salah satu punca dia tidak berselera makan adalah kerana dia sedang merancangkan sesuatu untuk membalas semua perbuatan dan perkataan Daim terhadapnya.
Khaleel turut meletakkan sudu dan garfunya. Dia kini memandang wajah Mellina. "Awak ada masalah cuba cerita dengan saya. Kan saya dah cakap saya akan selalu ada untuk awak". Ujar Khaleel.
"Saya okey je, Khaleel. Cuma kalau saya nak cakap satu benda ni, saya harap awak tak bantah atau marahlah ya?". Jawab Mellina. "Apa?". Soal Khaleel.
"Saya tetap nak pindah keluar dari rumah awak. Saya tak nak dah terhutang budi banyak-banyak dengan awak. Awak tak perlu risau dengan saya, saya tahu macam mana nak jaga diri". Jelas Mellina.
"Kan saya dah cakap awak tak boleh pindah keluar dari rumah saya! Saya tak nak apa-apa jadi awak, Mel!". Tegas nada suara Khaleel. "Apa hak awak nak halang saya?". Bidas Mellina bersama renungan tajam.
Fikirnya jika dia berjaya keluar dari situ dan duduk di rumah sewa baharu, dia akan lebih mudah untuk memantau gerak geri Daim dan merancangkan sesuatu buat Daim.
"Awak jangan degil boleh tak? Memang saya tak ada hak untuk halang awak, tapi saya dah janji saya akan jadi sayap pelindung awak. Saya sayang awak, Mel". Ucap Khaleel dengan suara yang mulai mengendur.
Mellina sekadar menjeling terhadap Khaleel. "Okey sekarang ni, kalau mungkin awak tak selesa saya selalu datang jenguk awak, apa kata kita halalkan hubungan ni?". Kata-kata Khaleel itu membuatkan Mellina memandang tajam kedua mata Khaleel.
"Awak ni dah tak betullah, Khaleel. Awak sedar tak saya ni sakit? Saya ni perempuan yang ada kanser, yang tinggal tunggu waktu je nak mati". Bidas Mellina.
"Kenapa awak yakin awak akan mati, Mellina? Saya ni sebolehnya nak tengok awak terus hidup, makin sembuh dan ceria kembali". Jawab Khaleel tenang. Dia tahu Mellina sedang beremosi saat ini jadi dia tidak mahu menambahkan minyak pada api yang sedang membarak.
"Apa lagi pengakhiran untuk pesakit kanser tahap 4 macam saya ni? Dahlah Khaleel. Stop berangan nak hidup bahagia dengan saya. Saya takkan pernah bahagia pun. Hidup saya dah terlalu hancur". Jawab Mellina bernada lirih.
"Sebab itu saya nak teman awak, Mellina. Saya nak beri semangat pada awak time awak give up macam ni lah". Sambung Khaleel masih tidak mahu berputus asa.
"Saya tak perlu awak pun. Terima kasih jelah ya". Bidas Mellina. "Ke sebab awak masih belum boleh lupakan ex-boyfriend awak, sampai susah awak nak terima saya". Soal Khaleel sengaja ingin menduga kesabaran Mellina.
"Tak ada kaitan langsung dengan ex-boyfriend saya tu lah! Lagipun kalau betul saya tak boleh lupakan dia lagi, apa masalah dengan awak? That's my privacy!". Bidas Mellina lagi
"Jadi betullah, awak memang belum boleh lupakan dia sebab tu awak bermati-matian tolak saya kan?". Tiba-tiba ada rasa cemburu melingkar dalam sanubarinya.
"Awak ni kenapa tiba-tiba macam jealous? Awak kena sedar, sampai bila-bila pun saya takkan boleh terima awak. Oh pasal keputusan saya nak pindah tu dah muktamad. Saya tetap akan pindah, no matter what happen!". Putus Mellina lantas dia bangun dan berlalu pergi dari situ.
Tadi datang memanglah dia datang bersama Khaleel. Namun kini dia balik dengan menaiki sebuah teksi yang kebetulan lalu di hadapan kafe itu.
Khaleel berusaha untuk mengejar Mellina namun gagal kerana teksi yang dinaiki oleh Mellina telah pun berlalu pergi dan hilang dari pandangan matanya.
Khaleel melepaskan keluhan berat. Dia sedar dia telah agak melampaui batas tadi. Dia tidak seharusnya menyebut mengenai bekas kekasih Mellina tadi. Perkara itu sudah tentu sensitif buat Mellina.
Khaleel meraup wajahnya. Walaubagaimana pun dia perlu menghalang Mellina daripada keluar daripada rumahnya itu. Jika Mellina sudah keluar dari situ, maka susah untuk dia memerhatikan Mellina dan sentiasa menjaga kebajikan Mellina.
Khaleel masuk semula ke kafe tadi untuk membuat pembayaran dan segera bergegas menghidupkan enjin keretanya lalu bergerak menuju ke kondominiumnya. Dia sudah tidak menghiraukan pasang mata yang memerhati 'drama' antara mereka tadi. Persetankan semua itu! Yang penting dia dapat menghentikan Mellina daripada berpindah keluar.
Share this novel