Faiz memberhentikan kereta Perodua Bezzanya di hadapan rumah ibu bapanya. Di sebelahnya ada Farah dan di belakang ada Danish. "Tadi hukan Faiz cakap nak bawa Danish jalan-jalan ke. Ni kenapa berhenti depan rumah ni? Rumah siapa ni?". Soal Farah bingung.
"Ni rumah parents Faiz". Ringkas sahaja jawapan Faiz sambil menguntum senyum nipis. "Maknanya ni rumah parents abang Faiq and Faiz? Faiz kenapa ajak akak ke sini? Faiz jangan buat kerja gila. Jom kita balik. Hantar akak dengan Danish balik". Rayu Farah.
"Tak. Kali ni Faiz takkan dengar apa je rayuan akak. Kita kena bongkarkan semuanya hari ni". Putus Faiz. "Tak Faiz. Tolong jangan buat kerja gila. Akak tak nak. Akak tak sedia lagi. Ni kalau abang Faiq tau, dia mesti akan marah". Nada suara Farah sudah mulai getar.
"Kenapa abang nak takut dengan abang Faiq tu? Sampai bila lagi abang tu nak rahsiakan hubungan korang? Akak tu isteri sah dia tau tak? Boleh tak kali ni je akak jangan fikir pasal abang tu?". Tanpa disedari suara Faiz mulai meninggi. Dia sudah hilang kesabarannya.
"Tak apa Faiz. Akak redha dah dengan semua ni andai macam ni takdir akak. Tolong Faiz, akak merayu ni. Tolong jangan buat kerja gila". Rayu Farah lagi. Dia sudah mulai menangis. Faiz tidak lagi menghiraukan rayuan Farah itu.
Dia turun dari keretanya dan membukakan pintu untuk Farah. "Cepat turun kak". Arah Faiz tegas. Farah lambat-lambat melangkah keluar dari kereta. Kemudian, Faiz menurunkan Danish di belakang pula. Pagar rumahnya segera dibuka. Dia memimpin tangan Danish.
"Assalamualaikum pa, ma". Ucap Faiz yang kini sudah berada di muka pintu rumah. Encik Syukri dan Puan Yasmin yang sedang duduk di ruang tamu terus menumpukan arah ke Faiz.
Tidak lama kemudian terjengul pula Farah dari belakang Faiz. "Waalaikumusalam...". Jawab mereka serentak. "Pa, ma tengok Faiz bawak siapa ni?". Faiz berkata sambil menunjukkan Danish ke arah orang tuanya itu. Riana yang baru dari dapur bergegas keluar tatkala mendengar suara Faiz.
"Siapa ni Faiz?". Soal Puan Yasmin bingung. Tak mungkinlah Faiz telah berkahwin senyap-senyap tanpa pengetahuannya. "Ni cucu mama. Dan yang ni, menantu mama". Jawab Faiz riang. Dia sepertinya senang melihat situasi sekarang.
Riana sudah mengerutkan dahinya. Cucu? Menantu? Faiz dah berkahwin ke? Hatinya mulai berdebar-debar. Puan Yasmin dan Encik Syukri juga saling berpandangan. "Cucu dan menantu? Kamu dah kahwin ke Faiz? Kahwin senyap-senyap?". Soal Encik Syukri bertalu-talu. Dia bingung dengan perlakuan anak lelakinya itu.
"Bukan Faiz, tapi Faiq". Begitu lancar kata-kata itu keluar dari mulut Faiz. Semua yang ada di situ terkejut. Debaran di hati Riana bertambah kuat. Matanya juga sempat bertentang dengan mata Farah. Farah sekadar menundukkan kepalanya.
"Kamu merepek apa ni, Faiz? Mana pula ni isteri dan anak Faiq? Isteri Faiq tu Rianalah". Jawab Puan Yasmin cuba menafikan apa yang dikatakan oleh Faiz tadi. "Riana? Untuk pengetahuan semua orang dekat sini, inilah isteri pertama abang Faiq. Dan ni, Danish, anak dia orang". Terang Faiz.
Riana terpempan mendengar pernyataan Faiz itu. Faiz sedang bergurau kah?
"Ni, Farah namanya. Menantu rahsia papa and mama. 4 tahun kak Farah jadi menantu rahsia tau. Lama tu". Sambung Faiz lagi. "Kak, akak bagitau hal sebenar sekarang". Arah Faiz ke Farah. Farah lambat-lambat untuk membuka mulutnya.
"Makcik, pakcik, nama saya Farah dan saya isteri Faiq...". Ujar Farah tersekat-sekat. "Cukup! Apa semua ni? Faiz, apa kamu nak sampaikan sebenarnya? Bila masa Faiq kahwin ha?". Soal Puan Yasmin menghentikan kata-kata Farah tadi. Nafasnya sudah mulai turun dan naik.
"Itulah yang papa dan mama tak tau. Pandai kan abang simpan rahsia sebesar ini selama ni? Faiz pun tak sangka abang ni bijak juga orangnya. Bijak menyembunyikan rahsia". Jawab Faiz dengan nada sinisnya.
"Abang Faiq dah menikah dengan kak Farah masa abang study lagi ma. Semua ni pun berpunca dari abang. Kalau abang tak rampas kehormatan kak Farah, semua takkan jadi macam ni". Jelas Faiz.
Encik Syukri mengucap panjang mendengar penjelasan Faiz itu. "Dia sembunyikan semua ni sebab dia tak nak nama dia nampak buruk. Dia kan nak sentiasa nampak sempurna depan mata semua orang. Sampai-sampai mengaku single depan orang lain". Sambung Faiz lagi.
"Disebabkan kak Farah dah mengandung masa tu, abang terpaksalah bertanggungjawab. Ingatkan bila dah berkahwin, abang akan sedar diri, rupanya tak. Sekarang, kak Farah tengah mengandung anak kedua dia orang. And guess what? Abang Faiq tak tau lagi pasal hal ni". Sambung Faiz lagi.
Hanya Faiz sahaja yang berbicara daripada tadi. Semuanya hanya diam membisu seribu bahasa. Air mata Riana mulai turun laju membasahi pipinya. Kakinya juga semakin lemah. Terasa dirinya begitu ringan saat ini. "Betul ke semua ni?". Soal Puan Yasmin ke Farah sambil memandang wajah Farah dengan penuh pengharapan.
Farah hanya mengangguk. Air matanya juga mulai jatuh berguguran. Dia tidak menyangka begini pula jadinya. Dia yakin, pasti semua perkara ini akan susah dihadam oleh keluarga Faiq.
"Tak payah cakap banyak. Ni bukti gambar nikah dia orang dulu". Ujar Faiz sambil menunjukkan gambar Faiq dan Farah semasa akad nikah mereka dahulu di telefon bimbitnya.
Puan Yasmin sudah menekup mulutnya. Dia tidak boleh mempercayai semua ini. Dia tidak percaya Faiq menyimpan rahsia yang begitu besar daripada mereka, ibu bapanya sendiri.
"Sekarang terpulanglah papa and mama nak percaya atau tidak. Tapi inilah hakikatnya". Sambung Faiz lagi. Danish yang tadi dipimpin oleh Faiz kini memeluk erat Farah. Riak wajahnya sedikit bingung dan ketakutan dengan apa yang terjadi.
"Dan kau Riana! Kau dah tau kan kenapa aku benci sangat dengan kau? Inilah sebabnya. Sebab kau memang perampas! Dasar perempuan perampas!". Bentak Faiz kepada Riana.
Riana sudah menangis semahu-mahunya. Dia sudah pun terduduk di tepi dinding. Kepalanya digeleng-gelengkan tanda tidak mempercayai semua ini. Tergamaknya Faiq menipu dirinya sedemikian rupa.
"Cukup Faiz! Sudah sudahlah tu. Akak nak balik! Kalau Faiz tak nak hantarkan akak, tak apa, akak balik sendiri". Rayu Farah tegas bersama sisa tangisannya. Dis sudah memimpin tangan Danish dan ingin berlalu pergi. "Tunggu kak! Sampai bila akak nak lari daripada kenyataan? Akak kena hadap juga". Faiz melarang Farah daripada pergi.
"Tak nak! Akak tak nak dengar apa-apa lagi dah. Akak nak balik!". Tegas Farah berkata dan terus berlalu pergi dari situ. Dia tidak sanggup berlama di situ. Hatinya sendiri terluka melihat reaksi keluarga Faiq. Dirinya tidak menyangka Faiq akan bertindak sejauh ini. Merahsiakan hubungan mereka daripada ibu bapa dan juga isterinya.
"Mama, kita balik dengan Acu lah". Danish bersuara lembut. Mereka berdua telah pun duduk di sebuah perhentian bas yang tidak jauh daripada kawasan perumahan kekuarga Faiq. "Tak payah sayang. Kita balik sendiri je ya. Acu tengah sibuk". Dalih Farah bersama tangisannya.
"Why mama crying?". Soal Danish lurus. Tangisan Farah semakin menggila. Dia segerap mendakap erat Danish. Yang dia ada sekarang hanyalah Danish. Danishlah dunianya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daim memberhentikan Audi miliknya di hadapan sebuah syarikat automobil yang tertera nama di hadapannya, Craft Automobil Sdn Bhd. Daim turun dari keretanya seraya membuka kaca mata hitamnya.
Dia melihat sekeliling bangunan tersebut, banyak kenderaan disusun rapi. Kelihatannya, perniagaan ini perniagaan yang berjaya. Dalam hatinya dia memuji keluarga Mellina yang begitu berpengalam dalam bidang perniagaan sehingga perniagaan keluarga mereka boleh berjaya.
Daim membuka langkahnya menuju ke syarikat tersebut. Dia perlu berjumpa dengan pemilik syarikat tersebut yakni, 'bapa' Mellina. Ketika tiba di lobby bangunan, seorang penyambut tetamu datang mengampiri Daim
"Yes sir, may I help you?". Soalnya gadis penyambut tetamu berusia lingkungan 20-an itu dengan mesra. "I want to meet the owner of this company". Ujar Daim.
"Do you have any appointment, sir?". Soal penyambut tetamu itu ramah. Wajahnya tidak lekang daripada senyuman. "Nope. I don't have any appointment to meeting with him. By the way, I am Daim from Yusran Berhad". Daim memperkenalkan dirinya pula.
Dia tahu bukan mudah untuk penyambut tetamu ini membenarkan dirinya untuk bertemu dengan pemilik syarikat ini. Oleh sebab itu dia pelru perkenalkan dirinya serta perniagaan bapanya itu, Yusran Berhad, syarikat tekstil yang terkenal.
"Oh okay sir, let have sit first. I will arrange your meeting with Tuan Hamdan personal assistant". Putus penyambut tetamu itu. Daim mengangguk perlahan lantas mengambil tempat duduk di sofa yang tidak jauh daripada situ.
Daim mengetuk jarinya di sofa. Matanya melilau melihat persekitaran syarikat Craft Automobil ini. Ternyata ayah Mellina namanya Hamdan. Setelah dua tahu berkenalan dengan Mellina, inilah kali pertama dia mengetahui nama ayah Mellina.
"Sir, Tuan Hamdan awaiting you at his room. You can go by our server there". Penyambut tetamu itu menunjukkan seorang lelaki yang bertugas sebagai escort tetamu di situ yang akan menghantar Daim ke bilik Tuan Hamdan.
"Thanks". Ucap Daim ringkas lantas mengikuti langkah lelaki tadi. Butang lift ditekan menuju ke ke tingkat 8 bangunan itu. Setibanya di hadapan bilik Tuan Hamdan, lelaki tadi mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum mempersilakan Daim untuk masuk.
"Yes?". Soal Tuan Hamdan yang duduk di mejanya. "You ni mesti Daim kan? Anak Tan Sri Yusran, owner Yusran Berhad isn't right?". Soal Tuan Hamdan sambil memandang wajah Daim.
Daim menguntumkan senyuman. "Correct. Nice to meet you Tuan Hamdan". Ucap Daim. "Please have a sit. Tak kan kita nak berbincang sambil you berdiri macam tu kan?". Pelawa Tuan Hamdan seraya tergelak kecil. "Last week your company ada hantar an email to me about your dad plan untuk beli kereta dari my company. I dah tengok and I bersetuju". Tuan Hamdan bersuara memula bicara.
"Thank you Tuan. My dad and I really appreciated atas persetujuan Tuan". Jawab Daim sambil tersenyum. "By the way, may I know, you tahu syarikat I ni dari mana?". Soal Tuan Hamdan ingin tahu. "From your daughter, sir". Jawab Daim bersama senyuman.
"My daughter? Yang mana satu? I ada 3 orang anak perempuan". Jawab Tuan Hamdan. Lelaki berusia lingkungan 50-an itu menduga Daim. Daim sedikit bingung dengan persoalan Tuan Hamdan itu. Masakan tidak, Mellina pernah bercerita bahawa dia adalah anak tunggal dan sekarang ini apa?
"Mellina". Ringkas sahaja jawapan Daim. Tuan Hamdan mengerutkan dahinya. "Mellina? Who is she?". Soal Tuan Hamdan. Daim sedikit tersentak mendengar persoalan Tuan Hamdan. Tak kan beliau tidak mengenali anak perempuannya sendiri?
"Ya, Mellina. Dia anak you kan, Tuan? Dia selalu cerita pasal company you ke I". "But I don't have daughter with name Mellina. Anak I, tiga orang perempuan. No one here. Mereka semua study and bekerja di oversea. Balik sini pun, setahun 2 or 3 times only". Jelas Tuan Hamdan.
"Lagi pun, anak I tak ada cerita dia ada kawan lelaki. Lagi-lagi you, Daim. Papa you ada pengaruh besar". Sambung Tuan Hamdan lagi.
Daim sedikit terpempan mendengar penjelasan Tuan Hamdan itu. Masakan dia salah orang? Tak mungkin. Dia yakin dia tidak tersalah syarikat dan tersalah orang. "Okey Tuan. Sorry for my bad. Maybe I tersalah orang". Jawab Daim mengalah. "It's okay Daim. Cuma satu je I nak pesan, better you investigate first when you know someone". Pesanan Tuan Hamdan itu membuatkan Daim rasa tertampar.
Tapi tidak mungkin Mellina menipunya. Dia sendiri tahu rumah keluarga Mellina itu bagaimana. Jadi masakan Mellina menipu dirinya?
Share this novel