Daim dan Riana berjalan laju tatkala tiba di ruang kecemasan. Mereka mencari kelibat Zariff, dan akhirnya mereka ternampak Zariff sedang duduk di tempat menunggu.
"Zariff, macam mana keadaan Adya?". Soal Daim sejurus mereka tiba di situ. "Tak tahu. Doktor masih belum keluar lagi". Jawab Zariff lemah. Dia memandang lemah ke arah pintu bilik rawatan yang menempatkan Adya di dalamnya.
"Macam mana boleh jadi ni, Zariff?". Soal Daim yang kesal akan kejadian ini. "Dia drive sendiri hari ni. Dah banyak kali larang dia drive sendiri sebab aku tahu dia bukannya mahir drive tapi dia degil juga". Cerita Zariff kesal.
"Ya. Tadi pun saya terkejut bila tahu dia drive sendiri. Lagi pun dia pregnant, risau apa-apa jadi". Celah Riana pula. "Ada rakaman dashcam aku dapat dari driver lain. Dalam dashcam tu tunjuk kereta Adya terbalik beberapa kali sebelum akhirnya terbabas dalam parit". Cerita Zariff lagi.
Pipinya sudah basah dek air mata yang terus mengalir. Riana juga sudah menangis kerana membayangkan keadaan Adya sekarang ini. Andai saja petang tadi dia mendekati Adya atau memaksa Adya untuk mengikutinya sahaja.
Kau sabar ya, Zariff. Inshaallah isteri dan anak kau akan selamat". Pujuk Daim menenangkan hati Zariff. Dia tahu benar bagaimana kegelisahan Zariff saat ini. Sudah tentu Zariff tidak senang duduk memikirkan Adya dan juga anak dalam kandungannya.
Pintu bilik kecemasan akhirnya dibuka setelah hampir sejam mereka menunggu di situ. Terjengul doktor bersama seorang jururawaf keluar daripada bilik kecemasan tersebut.
"Doktor, macam mana dengan isteri saya?". Soal Zariff yang pantas bangun menghampiri doktor wankta tersebut. "Encik ni suami Puan Adya ke?". Soal doktor tersebut. "Ya, saya suami dia. Isteri saya baik-baik saja kan doktor?". Soal Zariff cemas.
"Puan Adya mengalami kecederaan yang agak serious. Dia mengalami patah tulang rusuk kiri, retak tulang belakang serta ada sedikit darah beku pada bahagian otaknya". Jelas doktor tersebut.
Kaki Zariff mulai terasa lemah mendengar perkhabaran dari doktor tersebut. Mujur Daim berada di sisinya. Daim memegang bahu Zariff kerana bimbang Zariff akan jatuh pengsan.
"Puan Adya juga perlu menjalani pembedahan segera untuk membuang darah beku tersebut kerana bimbang akan membahayakan nyawanya. Nanti encik tolong isi borang kebenaran pembedahan ya". Sambung doktor wanita tersebut.
"Anak saya macam mana doktor? Anak saya selamat kan?". Soal Zariff bernada lemah. "Maafkan kami encik, kandungan Puan Adya tidak diselamatkan. Puan Adya mengalami hentakan yang terlalu kuat dan berulang kali". Jawapan doktor tersebut membuatkan Zariff terus jatuh terduduk.
"Ya Allah...anak aku....". Rintih Zariff sambil meraung. Daim tidak henti-henti menggosok belakang badan Zariff untuk menenangkannya. "Sabar Zariff, ni ujian untuk kau". Pujuk Daim lagi.
"Terima kasih ya doktor. Nanti kami akan tandatangan surat kebenaran tu. Saya minta tolong, segerakan pembedahan tu ya doktor". Ucap Riana. Riana sendiri sudah lencun dek air mata.
"Anak aku, Daim..Anak aku...Adya..maafkan abang tak jaga Adya sebaiknya". Rintih Zariff lagi. Dia sudah tidak menghiraukan sekiranya orang sekelilingnya melihatnya sebegitu.
Sekarang ini, beribu penyesalan muncul. Mengapa dia gagal menjaga Adya dan anak mereka di dalam kandungan Adya dengan baik? Mengapa dan mengapa?
"Sabar Zariff. Pasti ada hikmah Allah uji kau macam ni. Dah, sabar". Pujuk Daim lagi tanpa lelah. Dia memeluk erat tubuh Zariff yang sudah terkulai lemah itu. Zariff masih lagi hanyut dalam esakan tangisannya.
Riana sendiri terduduk di kerusi menunggu dan masih tidak mempercayai apa yang telah terjadi. Baru sahaja petang tadi dia masih berjumpa dengan Adya dan berbual seperti biasa. Kini Adya hanya terbaring dengan pelbagai kecederaan.
Riana sesal kerana dia tidak memaksa saja Adya mengikutinya petang tadi. Jika tidak, sudah tentu Adya sudah pulang ke rumah dalam keadaan selamat. Namun siapalah dia untuk menidakkan takdir Tuhan. Pasti ada hikmah disebaliknya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mellina membaringkan dirinya di sofa ruang tamunya. Sudah sebulan lebih sejak kejadian itu namun dia masih lagi trauma mengingatinya.
Mellina memegang wajahnya. Masih terasa agak sakit walaupun lebam dan dan luka semakin pudar dan membaik. Mellina begitu sesal kerana telah bekerjasama dengan orang yang salah.
Dia langsung tidak menduga Sally sebahaya itu. Dia tidak menyangka juga Sally akan bertindak sebegitu kepadanya hanya disebabkan perkara dia belum habis membayar upahnya kepada Sally.
Sekarang, dia sendiri yang perlu menanggung akibatnya. Daim pula sudah berjaya membersihkan namanya dan sedang bahagia bersama isterinya. Sedangkan dia? Masih lagi diselubungi trauma angkara perbuatan Sally.
Sedang Mellina asyik menerawang jauh, pintu rumah sewanya diketuk dari luar. Mellina segera duduk dan melihat pintu rumahnya. Entah siapa pula yang datang di waktu senja begini.
Mellina terpaksa melangkahkan kaki menuju ke pintu utama untuk membukanya. Ketika pintu dibuka, terjengul Khaleel berdiri di luar.
"Awak rupanya. Saya ingatkan siapa yang datang tadi". Soal Mellina sambil membuka 'grill' rumahnya. Dia lantas menjemput Khaleel untuk masuk ke rumah dan membiarkan saja pintu terbuka kerana bimbang juga ada jirannya yang akan bersangka buruk.
"Awak dah sihat, Mel? Sorry lama saya tak datang. Busy sikit this lately". Ujar Khaleel sambil mengambil tempat duduk di sofa ruang tamu. Dia datang dengan membawa dua beg kertas.
"Saya dah sihat. Awak pula, okey ke? Kerja okey?". Soal Mellina pula. "Saya okey je, no worries. Oh ya, ni saya bawakan makanan sikit untuk awak. Just in case awak nak dinner kan". Ujar Khaleel sambil menghulurkan beg kertas yang dibawanya tadi kepada Mellina.
"Thank you, Khaleel. Buat susah-susah je. Ni, awak dah makan ke? Kalau belum, bolehlah kita makan sekali". Pelawa Mellina mesra. "Eh it's okay. Saya dah makan dah tadi. Awak jelah makan". Tolak Khaleel lembut.
"Oh ya Khaleel, kebetulan awak dah ada dekat sini, saya memang nak cakap sesuatu dengan awak". Ujar Mellina yang duduk di sebelah Khaleel. "Apa dia tu?". Soal Khaleel menanti soalan daripada Mellina.
"Saya ada hutang 5 ribu ringgit dengan awak kan? Boleh tak kalau saya bayar secara beransur setiap bulan? Maklumlah, awak pun tahu saya kerja biasa je. Gaji pun tak tinggi mana. Nak bayar commitment lagi". Ujar Mellina berhati-hati.
Khaleel terdiam sejenak untuk menghadam kata-kata Mellina itu. "Mel, awak tak payahlah bayar hutang-hutang tu. Saya dah ikhlaskan pun. Asalkan dengan satu syarat".
"Syarat apa?". Soal Mellina seraya mengerutkan dahinya. Jangan dia minta yang bukan-bukan sudah!
"Awak memang dah berubah dan takkan ulangi lagi kesilapan yang sama. Awak dah takkan kenakan orang lagi dan belajar untuk menerima, boleh?". Soal Khaleel sambil tersenyum manis memandang wajah Mellina.
"Ya. Saya memang nak berubah. Saya menyesal sebab dah buat macam ni. Saya sedar pada akhirnya yang merana tu saya sendiri". Jawab Mellina ikhlas.
"Alhamdulillah, lega saya mendengarnya". Jawab Khaleel menarik nafas lega. Dia lega kerana pada akhirnya Mellina sudah menyesali perbuatannya dan berniat untuk berubah.
"Terima kasih ya Mel sudi juga untuk berubah. Saya hargai sangat. Saya akan sentiasa sokong apa jua niat baik awak tu. Ingat, saya akan sentiasa temani awak dan ada untuk awak". Ucap Khaleel lembut.
"Saya yang sepatutnya bedterima kasih dengan awak sebab awak dah selamatkan saya tempoh hari. Kalau awak tak ada, saya tak tahu apa akan jadi pada saya". Ucap Mellina pula bernada sebak.
"Dah, jangan diingat lagi kejadian tu. Anggap saja kejadian tu sebagai pengajaran untuk awak berubah jadi lebih baik. Ni saya bawakan sesuatu untuk awak". Ujar Khaleel lantas menyerahkan sebuah lagi beg kertas berukuran agak besar kepada Mellina.
Mellina menerima huluran Khaleel itu dan melihat isinya. Isi di dalam beg tersebut terus membuatkan air mata Mellina jatuh. Telekung serta sejadah.
Sudah cukup lama dia tidak menunaikan kewajipan yang satu itu yakni solat. Dia ingat lagi, kali terakhir dia menunaikan solat ketika dia masih lagi menuntut di universiti dulu. Selepas daripada itu, dia tidak pernah lagi solat.
Mellina merasa lebih sebak kerana sedar yang dirinya terlalu banyak dosa dan jauh daripada Tuhan. Sudah diberi ujian penyakit namun dia masih belum kunjung sedar.
"Khaleel...terima kasih untuk pemberian awak ni. Sebak terus saya jadinya". Ucap Mellina sebak. Dia cuba menyeka air mata yang bertakung di tubir matanya.
"Sama-sama kasih, Mel. Saya harap awak akan lebih tenang selepas ni ya?". Jawab Khaleel lembut dan dibalas anggukan oleh Mellina.
Khaleel hanya ingin melihat Mellina jadi lebih baik daripada sekarang. Semua itu dilakukan kerana dia ikhlas menyayangi Mellina. Namun dia sedar, tidak semudah itu untuk Mellina menerimanya. Tidak mengapa, Khaleel percaya pada takdir Tuhan. Apa yang sudah ditetapkan untuknya pasti akan jadi miliknya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Zariff duduk termenung di kerusi tempat menunggu tersebut. Adya telah pun selamat menjalani pembedahan sebentar tadi dan kini Adya ditempatkan di wad Unit Rawatan Intensif(ICU) untuk pemantauan.
Daim yang baru tiba di hospital segera berjalan menghampiri Zariff. Daim simpati melihat keadaan Zariff sebegitu. Kelihatan pandangan Zariff juga kosong dan hanya termenung sahaja.
"Zariff jom kita uruskan pengebumian anak kau. Aku dah call orang masjid untuk uruskan semuanya". Ujar Daim.
Zariff tidak menjawab sebaliknya hanya menggeleng lemah. "Zariff, jangan macam ni. Tu anak kau. Kau sebagai bapanya kena uruskan pengebumian anak kau, Zariff. Jangan macam ni, Zariff". Pujuk Daim lagi.
"Kalaulah aku tak biarkan Adya drive sendiri, semua ni takkan jadi kan? Aku ni suami jenis apa, Daim? Biarkan isterinya memandu sendiri. Aku memang pentingkan diri!". Luah Zariff.
"Tak Zariff. Tak ada siapa pun tahu akan jadi macam ni. Ni semua ujian daripada Allah. Kau jangan salahkan diri sendiri. Kau tak salah pun". Jawab Daim menenangkan sepupunya itu.
"Akulah punca anak aku mati. Aku puncanya!". Ujar Zariff yang masih menyesali segalanya. "Dahlah tu Zariff. Sedarlah Zariff. Semua ni dah ketentuan Allah. Berhenti salahkan diri". Pujuk Daim lagi yang mulai sebak melihat Zariff.
Tidak pernah lagi dia melihat Zariff sebegini. Lemah, tidak berdaya. "Tapi kenapa aku, Daim? Kenapa aku? Aku tak sanggup". Rintih Zariff sambil menangis semahunya.
Daim segera memeluk tubuh Zariff dengan erat. Dia juga turut menangis mendengar rintihan Zariff. Betapa Zariff bagaikan hilang separuh nyawanya dengan kejadian ini.
"Sekarang aku mohon sangat kau uruskan pengebumian anak kau untuk kali terakhir ni ya? Kau kena sedar anak kau sekarang dah tenang dan bahagia di taman Syurga". Pinta Daim lagi.
Zariff tidak menjawab sebaliknya terus menangis sepuasnya. Daim membiarkan Zariff menangis semahunya agar dia kembali tenang selepas ini.
Zariff akhirnya terpaksa akur mengikuti langkah Daim menuju ke masjid yang menempatkan jenazah anaknya. Suasana hiba mengiringi proses pengebumian anak Zariff dan Adya yang seharusnya belum lahir ke dunia.
Selesai proses pengebumian, Zariff memandang sepi pusara anaknya yang masih belum diberi batu nisan itu. "Aisyah, tenanglah dekat sana ya nak. Tunggu mummy dan papa dekat sana". Ucap Zariff sambil terus menangis.
Mereka berdua sudah memberi nama untuk bakal bayi mereka. Namun sudah ketentuan Tuhan, bakal anak mereka menjadi anak syurga.
Zariff memegang kayu penanda di pusara anaknya itu sambil menangis semahunya. Daim juga tidak dapat membendung tangisnya. Begitu berat ujian buat sepupunya itu. Jika dia berada di posis Zariff, belum tentu dia dapat kuat seperti itu.
"Banyakkan bersabar ya Zariff. Kau kena kuat untuk Adya. Adya perlukan kau". Ujar Daim memberi kata-kata semangat buat Zariff. "Kau tahu hampir setiap hari aku dah bayangkan macam mana bahagianya kami bila Aisyah dah lahir nanti. Tapi, Aisyah pergi dulu tinggalkan kami". Jawab Zariff lemah.
"Ya aku faham perasaan kau. Tak apa Zariff, kau kena percaya pasti ada rezeki lain dan hikmahnya buat kau dan Adya. Kau kena terus tabah dan kuat, aku merayu ni Zariff". Ujar Daim lagi.
Zariff thanya diam sambil terus memandang pusara Aisyah dan meratapinya. Daim hanya mampu mendoakan untuk kekuatan Zariff serta Adya. Ini Zariff, dia tidak tahu pula bagaimana Adya jika dia sedar nanti dan mengetahui bahawanya Aisyah tidak dapat diselamatkan.
Daim tidak mampu membayangkannya. Cukup sekarang dia sendiri terluka melihat Zariff begitu terpukul dan meratapi.
Share this novel