Daim memicit sedikit kepalanya. Kepalanya mulai terasa sakit dek tertekan oleh pekerjaan yang bertimbun di hadapannya. Baru seminggu bercuti sahaja kerjanya sudah bertimbun.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik Daim diketuk. Daim melihat sedikit siapa gerangan yang mengetuk pintunya. PAnya ternyata.
"Masuk". Mendatar sahaja nada suara Daim. "Encik Daim, ada orang nak jumpa Encik". PAnya bersuara. Daim sudah mengerutkan dahinya. Seingatnya petang ini dia tidak mempunyai sebarang temujanji dengan mana-mana kliennya pun.
"Who?". Soal Daim ringkas. "Cik Mellina". Mendengar nama itu sahaja membuatkan Daim meluat. "Jangan bagi dia masuk. I tengah busy ni, you nampak kan kerja I banyak. Suruh dia balik". Arah Daim tegas. Dia kembali mengalihkan pandangannya ke arah fail-fail bertimbun di hadapannya.
Belum sempat PAnya bersuara, Mellina telah pun muncul di muka pintu bilik Daim. "Kenapa you nak suruh I balik?". Soal Mellina membuatkan Daim kini memandang Mellina.
"Yus, you keluarlah dulu". Arah Daim kepada PAnya yang dikenali sebagai Yus. Gadis itu hanya menurut sahaja perintah Daim dan berlalu pergi meninggalkan Daim dan Mellina.
"You kenapa main terjah ni?". Soal Daim bersuara datar. Dia berpura-pura sibuk dengan membelek fail-failnya. "I yang patut tanya you, you kenapa ignore I eh? I call you tak angkat, I text, you ignore je. Why? What happen to you, Daim?". Soal Mellina sambil memeluk tubuhnya.
"I busylah, Mel. You pun nampak sendiri kan I tengah banyak kerja. Banyak consent and contact I kena sign, you tahu?". Jawab Daim bersahaja. "Tapi bukan ke you ambil cuti seminggu, last week? You pergi mana? You tak inform I pun". Soal Mellina sambil mengangkat keningnya.
"Mana you tahu I cuti for a week? Siapa inform you?". Soal Daim tegas. Dia tidak suka jika ada orang yang cuba bertanya tentang privasinya.
"I datang office you lsst week, than your personal assistant, inform I. Dia cakap you cuti seminggu but she don't know you go to where". Jawab Mellina panjang lebar. Daim menjeling sekali lagi ke Mellina.
"Baik you be honest with me, Daim. You pergi mana? You jumpa siapa? You ada perempuan lain ke?". Soal Mellina bertubi-tubi seraya duduk di hujung meja Daim. Dia menanti-nanti jawapan daripada Daim.
Daim melepaskan keluhan berat sebelum bersuara, "You jangan nak overthinking sangat boleh tak? Plus, please jangan busybody. I nak pergi mana, nak jumpa siapa, that's my bussiness, not yours!". Tegas sahaja jawapan Daim membuatkan Mellina tersentak.
Minggu lepas dia mendatangi pejabat Daim untuk mengajaknya makan dan keluar berjalan-jalan. Dia berbuat demikian selepas pulang daripada temujanji di hsopital dan menerima berita baik mengenai kesihatannya.
Sel kanser dalam badannya sudah semakin berkurang serta dia juga sudah jarang jatuh sakit. Buat masa sekarang dia hanya perlu fokus makan ubat dengan teratur. Oleh sebab itu, dia hendak meraikan hari bahagia itu bersama Daim walaupun Daim tidak tahu menahu tentang penyakitnya itu.
"You kenapa nak marah I? Lama kita tak jumpa, tahu-tahu you dah berubah kan? How come, Daim? Mana Daim yang I kenal sebelum ni?". Soal Mellina kecewa. Daim tidak menjawab sebaliknya meraup wajahnya.
Daim melepaskan nafas berat. Dia tersedar dia sudah sedikit berkasar dengan Mellina. Dia perlu kekal tenang dan tidak menampakkan yang dia sudah tahu serba sedikit mengenai kebenaran Mellina.
"Ok I am sorry, Mel. I terlalu stress dengan kerja. I am really sorry". Ucap Daim lantas bangun buat menghampiri Mellina. Dia berdiri di hadapan Mellina. "Sampai hati you marah I. You pun tahu kan, before this tak pernah ada rahsia antara kita". Sambung Mellina.
"You yakin tak ada rahsia antara kita?". Soal Daim bernada sindiran. Dia sengaja untuk menguji Mellina. Mellina hanya membuat muka tanpa reaksi. Tak mungkin Daim dapat tahu mengenai realiti kehidupannya. "Yes! I am very sure 100%. Kalau you yang ada rahsia tu, I tak tahulah..". Jawab Mellina meleret.
Daim tersenyum nipis. Dia tahu Mellina sedang cuba untuk berpura-pura di hadapannya. "Okey, sebagai tanda permintaan maaf I, next week, you pakai baju cantik-cantik then datang ke location yang I akan share later. Ada surprise untuk you". Ujar Daim sambil memegang lembut pipi Mellina.
"Surprise? Surprise apa?". Soal Mellina tidak mengerti. "Kalau I bagitahu, tak surpriselah namanya. You datang je, I am pretty sure, you takkan lupakan surprise yang I bagi kali ini". Ujar Daim sambil tersenyum.
Mellina mulai menguntum senyuman. Dia baru ingat yang minggu hadapan, genap 2 tahun perhubungannya dengan Daim. Dia yakin Daim pasti ingin memberi kejutan kepadanya pada anniversary mereka seperti kebiasaannya.
"Okey sayang. I tunggu". Jawab Mellina bersama senyuman. Daim juga tersenyum sambil di benak fikirannya, dia sedang merancang sesuatu buat Mellina. Yang pastinya rancangan yang akan dikenang oleh Mellina selamanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sudah seminggu sejak kejadian tempoh hari. Tipulah jika kejadian itu sudah dilupakan oleh Faiq. Hari itu, akan sentiasa segar diingatannya. Sudah hampir seminggu juga dia tidak menghubungi isteri-isterinya. Dia sedar, dia perlu memberi masa kepada mereka dan berharap mereka dapat memaafkannya semula.
Faiq turun dari keretanya. Dia melihat rumah papan yang berada di hadapannya. Itulah rumah Mak Som, rumah ibu saudara Farah. Di tangannya dia membawa beberapa bungkusan plastik yang di dalamnya ada beberapa barang keperluan dapur.
Dia membaca bismillah sebelum melangkahkan kakinya menuju ke rumah Mak Som. Keadaan agak sunyi di situ memandangkan rumah Mak Som agak terpencil ke dalam. "Assalamualaikum". Ucap Faiq di hadapan pintu rumah Mak Som.
"Waalaikumusalam". Jawab Mak Som dari dalam. Ketika Mak Som membuka pintu dan melihat kelibat Faiq, beliau sedikit tergamam. "Faiq?". Itu sahaja yang terkeluar dari bibir Mak Som.
"Faiq jemputlah duduk dulu. Mak Som buatkan air kejap ya, sambil panggil Danish jap". Pamit Mak Som selepas mempelawa Faiq untuk duduk di ruang tamunya. "Tak payah susah-susah Mak Som. Faiq datang sini nak jenguk keadaan Farah dengan Danish. Faiq rindu dengan dia orang". Luah Faiq.
"Papa!!". Jerit Danish sambil berlari keluar dari biliknya. Kakinya laju melangkah menuju ke Faiq. Pantas Faiq memeluk anak lelakinya itu. Air matanya keluar. Dia rindu dengan Danish. Walaupun selama ini dia kurang memberikan kasih sayang kepada Danish, namun jauh di sudut hati dia sayang dan rindu dengan anak tunggalnya itu.
"Danish dah makan?". Soal Faiq. "Dah mamam. Danish lama tak jumpa papa, Danish rindyuu". Ucap Danish dengan pelatnya. Faiq memeluk lagi sekali tubuh Danish.
Dia bukanlah seorang ayah yang baik. Dia sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami serta ayah. Dia mulai menyesal dengan apa yang telah dia lakukan selama ini.
"Ni, papa ada belikan makanan sikit untuk Danish. Ada chocolate cake, pergilah makan". Ujar Faiq lantas menyua sepotong kek kepada Danish. Mata Danish bersinar-sinar melihat makanan kegemarannya itu, yakni kek coklat.
"Thank you papa!". Ucap Danish seraya mencium pipi Faiq. Dia lantas berlari anak menuju ke dapur untuk menikmati kek kegemarannya itu. "Seronok kan Danish? Macam mana Faiq boleh abaikan anak Faiq sendiri". Luah Faiq kesal.
"Betullah orang kata tu, Faiq. Kita selagi belum merasa kehilangan, kita tak akan hargai orang tu". Ujar Mak Som. "Tapi Faiq tak akan hilang Danish kan, Mak Som? Faiq juga tak akan hilang Farah, kan?". Soal Faiq dengan mata membulat.
"Kalau Danish, kamu tak akan hilang dia sebab macam mana pun dunia ni cuba pisahkan kamu dan Danish, Danish tu tetap anak kamu, tetap darah daging Faiq. Tapi kalau pasal Farah, Mak Som pun tak boleh nak cakap apa. Itu terpulang kepada Farah. Terpulang pada keputusan dia". Panjang lebar Mak Som berkata.
"Farah mana, Mak Som? Faiq nak jumpa dia". Soal Faiq ketika tidak melihat kelibat Farah dari tadi. "Dia ada, tengah berehat kat bilik". Jawab Mak Som ringkas.
"Faiq nak jumpa dia boleh? Faiq nak jelaskan semua ke dia". Pinta Faiq. Mak Som lambat-lambat mengangguk atas permintaan Faiq itu. "Yelah, Mak Som panggilkan dia kejap". Jawab Mak Som lantas mengangkat punggung melangkahkan kaki menuju ke bilik Farah.
"Farah, Faiq kat luar tu. Dia nak jumpa Farah kejap. Farah keluar ya?". Mak Som bersuara sambil berdiri di muka pintu bilik Farah. "Farah tahu dia datang tapi Farah tak nak jumpa dia. Farah tak sedia lagi". Jawab Farah lagi.
"Farah, jangan macam ni. Faiq tu masih suami kamu. Mak Som faham, Farah kecewa tapi Farah kena jumpa dia, cuba dengar apa yang dia nak sampaikan". Panjang lebar Mak Som menasihati Farah.
Dia faham Farah sedang dalam fasa kecewa ditambah pula sekarang sedang berpantang tanpa bayinya. Itu pasti menyakitkan buat Farah, namun dia juga tidak mahu Farah derhaka terhadap suaminya itu.
Farah terpaksa akur dengan permintaan Mak Som itu. Lambat-lambat Farah bangun dari katilnya dan berjalan keluar menghampiri ruang tamu. Farah mengambil tempat duduk di sofa sebelah kiri Faiq.
"Farah. Awak okey tak ni? Saya minta maaf atas apa yang terjadi. Saya tahu saya dah buat salah yang teruk. Saya punca anak kita tak dapat diselamatkan". Ucap Faiq. Wajah Farah hanya membeku tanpa reaksi. Dia juga langsung tidak memandang wajah Faiq.
"Saya okey". Itu sahaja jawapan Farah. Itupun dengan nada mendatar. "Farah, jom kita balik. Kita mulakan semula seperti dulu. Saya janji saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak dan jadi ayah terbaik untuk Danish". Ajak Faiq.
"Mula semula? Senang kan awak nak mula semula lepas awak hancurkan semuanya". Jawab Farah datar. "Ya saya tahu bukan mudah nak lupakan semuanya. Tapi saya masih sayangkan awak Farah. Saya nak perbaiki hubungan kita". Jawab Faiq penuh yakin.
"Tak payah pura-pura lagilah, Faiq. Kalau betul awak sayang saya, awak tak akan buat macam ni. Awak tak akan biarkan saya berjuang seorang diri masa mengandungkan Danish dulu. Saya sakit masa nak bersalin, awak tak ada pun dekat sisi saya. Saya besarkan Danish seorang diri. Saya berjuang cari duit untuk sara hidup saya dengan Danish. Sedangkan awak? Awak culas bagi nafkah untuk saya dan Danish. Dalam diam, awak duakan saya. Dan sekarang awak bunuh anak kita, Faiq. Awak tau tak sakitnya berpantang tanpa anak saya". Ungkit Farah. Air matanya sudah laju turun ke pipinya.
Dia tidak suka mengungkit sebenarnya tetapi dia perlu menyedarkan Faiq hakikat sebenar yang dihadapi oleh Farah. "Ya saya tahu. Sebab tu saya datang sini, saya nak minta maaf dekat awak atas semua salah silap saya. Saya memang gagal jadi suami awak, Farah". Rayu Faiq sambil menangis juga.
"Kata maaf awak tu boleh kembalikan anak saya semula ke? Tak boleh kan. Jadi, dah tak ada guna maaf awak tu. Tak ada guna!". Bidas Farah. Renungan tajam diberikan ke Faiq.
"Tolonglah Farah, saya tak tahu macam mana saya nak sembuhkan luka di hati awak. Tapi saya akan cuba. Saya akan cuba untuk bahagiakan awak, Farah". Ucap Faiq lagi merayu. "Lepas tu, isteri awak tu? Awak boleh ke nak jadi suami yang terbaik untuk saya dan dia?". Cabar Farah.
"Saya akan cuba yang terbaik, sedaya mampu saya". Jawab Faiq dengan penuh keyakinan. Walaupun dia tidak tahu bagaimana keadaannya nanti dengan beristeri dua, namun dia akan cuba berlaku adil terhadap Farah dan Riana.
Farah mengambil nafas dalam-dalam sebelum menyambung kata-katanya. "Ceraikan saya". Ringkas sahaja katanya tetapi membuatkan jantung Faiq ingin gugur. Permintaan yang pernah dipinta oleh Farah dahulu dan kini dipinta lagi sekali oleh Farah.
"Tak. Saya takkan ceraikan awak, Farah". Jawab Faiq tegas. "Lepas tu, sampai bila awak nak seksa saya dan Danish? Kalau kami berdua pun awak tak boleh nak jaga dengan baik, apatah lagi awak jaga lagi sorang isteri?". Soal Farah lagi. Dia merenung tepat ke arah mata Faiq.
"Lagi pun cukuplah atas apa yang awak buat sebelum ni. Cukuplah, Faiq. Saya dah tak mampu nak simpan dan pendam sendiri lagi. Saya minta jasa baik, tolong lepaskan saya, Faiq. Saya pun nak merasa bahagia". Pinta Farah sekali lagi.
Faiq menggelengkan kepalanya. "Tak, saya takkan ceraikan awak, Farah. Saya takkan!". Tegas Faiq. Dia segera bangun untuk meninggalkan Farah. Dia tidak akan menceraikan Farah walau apapun yang terjadi.
"Saya takkan ceraikan awak. Awak kena ingat tu!". Tegas Faiq mengingatkan Farah lagi sekali. Dia lantas keluar dari kediaman Mak Som. Farah membiarkan tangisannya berlarutan.
Entah bagaimana agaknya pengakhitan hubungan mereka, hanya Tuhan yang tahu.
Share this novel