Bab tigapuluhsembilan

Drama Completed 7961

Sedari tadi, Daim asyik mengubah posisi tidurnya. Dia tidak dapat melelapkan matanya pada malam itu. Matanya begitu segar padahal dia tidak mengambil sebarang minuman kaffeine pada hari itu.

Sekejap dia terlentang, sekejap dia mengiring ke kiri dan ke kanan dan sekejap lagi meniarap. Namun dia masih lagi gagal untuk melelapkan matanya. Tekaknya pula terasa kering. Fikirannya juga melayang mengingat kembali pertelingkahannya dengan Riana.

Mungkin memang sikapnya terlalu keterlaluan terhadap Riana membuatkan Riana bengang dan sebal terhadap dirinya. Mungkin dia perlu berbaik semula dengan Riana supaya ibu bapanya tidak mengesyaki sebarang perkara.

Daim akhirnya mengagahkan diri untuk bangun ke dapur dan mengambil minuman. Sempat dia mengerling jam di dinding, jarum jam menunjukkan pukul 2 pagi.

Daim berjalan perlahan menuju ke dapur namun dia dapat menangkap bunyi daripada dapur. Dia dapat merasakan ada seseorang di dapur namun dia tidak pasti siapa.

Baru sahaja kakinya menapak di dapur, dia melihat kelibat Riana pun sedang mengambil minuman di penapis air. "Kau buat apa kat sini?". Tegur Daim membuatkan Riana tersentak. Dia langsung tidak menyedari akan kehadiran Daim di situ.

"Ya Allah, terkejut saya. Saya nak minumlah. Saya tak boleh minum ke?". Soal Riana sebal. "Bukan tak boleh cuma aku terkejut je. Ingatkan ada cik ponti tadi". Jawab Daim bersahaja. "Ish merepeklah awak ni!". Bidas Riana lantas berlalu ke sinki untuk mencuci gelasnya.

"Kau nak pergi mana?". Soal Daim yang mulai duduk di meja makan. "Nak masuk tidurlah. Apa punya soalanlah awak ni". Jawab Riana sebal. "Buatkan aku hot chocolate boleh? Aku tak boleh tidurlah malam ni. Mana tahu lepas minum air hot chocolate buatan kau, aku boleh tidur ke?". Luah Daim.

Riana sudah membuat riak wajah meluat dengan permintaan Daim itu. "Hot chocolate di pukul 2 pagi ni? Awak ni kadang-kadang tak betullah, Daim. Tapi saya rasa baik awak buat sendiri jelah sebab risau awak jijik pulak minum air tangan saya". Jawab Riana.

"Riana, please. Buatkan aku hot chocolate eh? Aku suami kau tau, kau kena patuh dengan arahan aku". Daim mulai mengeluarkan 'tiket'nya itu.

Akhirnya dengan oenuh rasa jengkel Riana membuatkan hot chocolate buat Daim. Dalam hatinya dia sudah membebel-bebel namun tidak diluahkan, bimbang Daim melabelnya isteri derhaka pula.

"Nah. Siap awak kalau tak minum eh. Saya nak masuk tidur dulu". Pamit Riana namun Daim pantas memegang pergelangan tangan Riana. "Duduklah sini, teman aku kejap. Esok pun kan weekend, nak tidur sangat tu kenapa?". Ajak Daim.

"Awak ni dah buang tabiat ke Daim? Saya ni mengantuk tau, nak sambung tidur balik. Kalau awak tak boleh tidur, tu masalah awaklah, tak payah libatkan saya sekali!". Riana mulai berleter kerana terlalu bengang dengan sikap aneh Daim malam ini.

"Riana, kau boleh tak sekali ni je dengar cakap aku? Aku suami kau tau". Lagi sekali Daim menggunakan 'tiket'nya itu untuk membuatkan Riana patuh kepadanya.

"Ish awak ni asyik guna tiket awak tu je. Ada apa sebenarnya sampai nak saya teman ni?". Leter Riana sambil mengambil tempat duduk berdepan dengan Daim. Dia duduk sambil memeluk tubuh dan menahan rasa mengantuknya.

"Aku sebenarnya nak minta maaf dengan kau sebab dah selalu tuduh kau bukan-bukan. Aku pun tak faham kenapa aku jadi macam tak puas hati tengok kau jumpa dengan ex husband kau tempoh hari". Ucap Daim bernada serius. Perlukah dia mengaku yang sebenarnya dia cemburu melihat Riana berhubung semula dengan bekas suaminya. Tapi betul ke dia cemburu? Lantas cemburu untuk apa?

"Terjumpa, bukan berjumpa. Manalah saya tahu awak tu kenapa asyik nak tuduh saya macam-macam lately ni. Lain kali nak cakap tu, pakai akal fikiran dan bukti yang jelas dulu". Leter Riana lagi.

"Ya, sebab tu aku minta maaf. Tapi memang kau terserempak je dengan dia hari tu kan?". Soal Daim yang masih menginginkan klarifikasi daripada Riana.

"Ya, saya terserempak dengan dia. Saya sendiri pun tak tahu dia datang dari mana dan untuk apa. Tahu-tahu depan saya dah. Lagi pun saya dah lama sangat tak jumpa dia, apatah lagi untuk contact. Jadi tak ada istilah nak plan jumpa kat situ". Jawab Riana menceritakan hal sebenar.

"I am wondering kenapa kau cerai dengan dia ya dulu? Siapa yang bermasalah sebenarnya? Kau atau dia?". Soal Daim. "Saya rasa tak perlu kot untuk awak tahu punca sebenar kami bercerai. Saya dah jadi isteri awak pun sekarang. Dia adalah masa lalu saya je". Jawab Riana yang tidak akan menceritakan punca penceraiannya dengan Faiq kepada Daim.

"Fine. Aku pun nak buat clarification pasal ex aku, Mellina tu. Kau tanya aku kan kenapa aku tak buat report police?". Ujar Daim. "Actually aku dah paksa dia suruh explain balik kepada public yang itu semua plan dia. Aku memang nak settle tepi je benda ni sebab aku still ada perikemanusiaan". Sambung Daim lagi.

"Aku tak naklah dia kena sampai kena tahan and masuk penjara atau kena denda. Aku tahu dia orang susah. Duit apa dia nak buat untuk bayar denda tu kan?". Sambung Daim lagi.

"Tapi saya yakin dia buat plan ni bukan seorang atau secara percuma. Mesti ada orang tolong dia. Tak mungkin orang yang tolong dia tak dapat 'gula-gula' kan?". Jawab Riana.

"But still aku nak settle tepi hal ni. Aku akan make sure dia buat pengakuan kat public pasal hal ni. Aku tahu dia akan buat sebab dia mesti masih ada perasaan ke aku". Jawab Daim.

Riana sudah mengerutkan dahinya. "Perasanlah awak ni! Kalau dia masih sayang awak, dia takkan buat awak macam ni tau. Lepas dia burukkan nama awak, awak cakap dia masih sayang awak? Awak ni memang masih belum move on daripada dia ni". Jawab Riana bengang.

"Mungkin sebab dia nak pay attention aku je kan? Dia fikir aku nak get back dengan dia ke? Tak mungkin. Aku dah menyampah tengok dia pun". Jawab Daim. "Hmm terpulang pada awaklah nak fikir macam mana pun. Saya malas nak cakap lebih-lebih, nanti awak bukan nak terima pun". Jawab Riana yang sudah mulai malas melayan Daim.

"Kalau saya jadi awak memang saya buat report police je. Dah settle masalah. Tak perlu fikir pasal dia pun, sebab dia pun tak fikir pasal awak masa buat semua ni". Sambung Riana lagi.

Dia lantas bangun dan berlalu pergi meninggalkan Daim berseorangan. Malas pula melayan Daim secara berterusan. Masih lagi berpegang teguh dengan egonya itu.

Daim pula segera menghabiskan hot chocolatenya sambil cuba menghadam kembali kata-kata Riana tadi. Ada benarnya juga. Jika dilihat dari gaya Mellina, kelihatan Mellina sudah tidak menyimpan perasaan lagi terhadapnya. Mungkin hanya dia saja yang syok sendiri.

Tidak dinafikan juga hot chocolate buatan Riana sedap. Daim lantas berlalu meninggalkan dapur kerana berasa seram pula bersendirian di situ.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Faiq duduk termenung di muka pintu rumahnya pada malam itu. Di dalam otaknya dia memikirkan bermacam-macam perkara yang membuatkannya jadi serabut.

Faiq melepaskan keluhan berat. Sudah hampir sebulan sejak dia keluar dari penjara dan sehingga kini dia masih belum mendapatkan kerja. Semua itu terjadi kerana sejarah hitamnya yakni seorang bekas banduan.

Rumah yang pernah dibeli dulu ketika masih bersama Riana juga sudah ditarik semua oleh pihak bank kerana kes mahkamahnya. Jadi sekarang, dia hanya duduk menumpang bersama ibu dan bapanya.

"Faiq, jauh termenung. Fikirkan apa tu?". Sapa Puan Yasmin dari arah belakang Faiq. Faiq yang jauh termenung tadi tersentak mendengar suara mamanya. "Tak ada pun ma. Saja nak ambil angin malam". Dalih Faiq.

"Faiq ada masalah apa sebenarnya? Cuba cerita dengan mama. Mana tahu mama boleh membantu ke?". Soal Puan Yasmin. "Tak ada apa pun ma cuma Faiq dah buntu, tak tahu nak cari kerja dekat mana lagi". Cerita Faiq.

"Faiq, jangan terlalu risaukan sangat hal kerja tu. Ya mama faham, zaman sekarang ni susah nak cari kerja tapi Faiq tak boleh terlalu stress sampai tertekan hanya disebabkan nak cari kerja". Nasihat Puan Yasmin.

"Hmm entahlah ma. Faiq ni dah banyak sangat susahkan papa dan mama. Tambah pula Faiq ni bekas banduan, memang ramai majikan takut nak ambil Faiq". Jawab Faiq yang mulai berputus asa.

"Mama yakin, Faiq akan dapat kerja juga lambat laun. Faiq kena percaya dengan rezeki Allah. Dah, Faiq tak payah fikir sangat pasal ni ya. Mama ni sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mama". Jawab Puan Yasmin lembut.

"Ma, Faiq nak tanya sikit. Agak-agak kalau Faiq rujuk semula dengan Riana okey tak?". Soal Faiq tidak teragak-agak.

"Faiq?! Kamu ni kenapa? Riana tu dah jadi isteri orang, Faiq. Kamu nak rujuk macam mana?". Leter Puan Yasmin. Tidak menyangka soalan begitu akan keluar daripada mulut Faiq.

"Ala, Faiq tengok dia macam tak bahagia je dengan suami baru dia tu. Riana nampak lebih bahagia masa dengan Faiq dulu, ma". Jawab Faiq lantang. "Macam mana kamu tahu Riana tak bahagia? Kamu ni stalk dia orang ke?". Soal Puan Yasmin ragu.

"Taklah ma. Cuma ada sesekali Faiq ternampak dia orang. Kalau jalan sekali pun nampak macam tak mesra. Faiq agak mesti dia orang tak bahagia ma, nampak macam kena kahwin paksa pun ada". Jawab Faiq sambil tersenyum kecil kerana mengganggap perkara itu agak lucu baginya.

"Faiq rasa kelakar ke bila cakap macam tu? Tolonglah Faiq, mama merayu ni. Tolong lupakan Riana dan mulakan hidup baru. Riana dah bahagia dengan hidup baru dia, Faiq". Rayu Puan Yasmin.

"Ma..bukan senang Faiq nak lupakan dia. Faiq sayang Riana sangat. Hampir setiap hari masa dekat dalam penjara, Faiq teringatkan Riana. Teringat semua kenangan kami berdua. Mama tahu tak betapa tak sabarnya Faiq ni nak jumpa Riana lepas Faiq bebas? Tapi rupanya Faiq kena terima pula satu kenyataan yang paling susah untuk Faiq terima". Panjang lebar Faiq meluahkan perasaannya.

"Kamu asyik fikirkan Riana, ada kamu terfikirkan pasal Farah dan Danish? Ada kamu tanya khabar mereka selepas kamu dah bebas dari penjara ni?". Soal Puan Yasmin ingin menduga Faiq.

Faiq tersentak mendengar nama Farah dan Danish. Memang diakui dia tidak pernah lagi bertanya khabar Farah sejak dia bebas daripada penjara. Dia tidak boleh menafikan yang dia tidak berminat untuk mengambil tahu mengenai Farah biarpun Danish itu adalah anak kandungnya.

"Kenapa diam? Betul kan apa mama tanya ni? Faiq jangan lupa tanggungjawab Faiq kepada Danish tu ya walaupun kamu bukan lagi suami Farah". Puan Yasmin mengingati Faiq.

"Tunggu Faiq dapat kerjalah ma, insha Allah nanti Faiq datang jumpa dia orang". Jawab Faiq ringkas. "Tapi macam mana pun, Faiq akan tetap usahakan untuk Riana kembali pada Faiq, ma". Sambung Faiq.

"Mama dah tak tahulah nak cakap macam mana dengan Faiq. Takkanlah Faiq tak jadikan perkara yang dah jadi sebelum ni sebagai pengajaran dalam hidup Faiq? Sampai sekarang pun Faiq masih belum berbaik dengan adik kandung Faiq sendiri. Sekarang Faiq nak buat apa lagi? Nak runtuhkan masjid orang pula?". Leter Puan Yasmin.

"Bawa berubahlah Faiq. Mulakan hidup baru. Jangan nak buat malu papa dengan mama lagi. Fokus perbaiki diri sendiri". Sambung Puan Yasmin lagi lantas bangun dan berlalu pergi meninggalkan Faiq bersendirian lagi.

Faiq melepaskan keluhan lagi. Dia tahu, dia bersalah dalam semua hal ini, tetapi tidak salah sekiranya dia ingin perbetulkan semuanya lagi.

Dia akan mendapatkan Riana semula walaupun agak payah. Dia perlu menyakinkan hati Riana kembali bahawa dia akan setia pada Riana selama-lamanya.

Itu janjinya. Janji untuk mendapatkan Riana kembali dan menjadikannya miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience