Bab empatpuluhsembilan

Drama Completed 7961

Daim memandang sepi ke arah pusara Puan Sri Ainnur yang telah pun ditabur oleh bebunga oleh sanak saudara yang turut menghadiri ke pengebumian Puan Sri Ainnur.

Air matanya sudah kering untuk keluar lagi. Sekarang yang ada hanyalah sebuah kerinduan yang takkan pernah padam terhadap mamanya itu.

Riana yang berada di sebelah masih lagi menitikkan air mata disebabkan rasa sedih kehilangan sosok seorang ibu mertua yang baik.

Perginya Puan Sri Ainnur dalam keadaan yang tenang, seperti orang sedang tidur. Itu yang membuatkan Daim terkilan kerana tidak dapat berbual bersama mamanya untuk kali yang terakhir.

Tan Sri Yusran juga hanya mampu memandang sepi ke arah pusara isterinya. Matanya sudah sembab dek terlalu banyak menangisi pemergian isterinya.

30 tahun lebih hidup bersama, sudah tentu banyak kenangan yang dicipta bersama dan kehilangan Puan Sri Ainnur ini seperti membawa separuh jiwa Tan Sri Yusran pergi. Kini yang tinggal hanya kenangan dan rasa rindu yang takkan pernah terpadam.

"Awak..banyakkan bersabar ya.. Mama dah tenang kat sana, kita sentiasa kirimkan doa buat mama ya". Ucap Riana sambil menggosok belakang badan Daim.

"Kenapa cepat sangat mama pergi tinggalkan kita...? Saya masih belum sempat minta ampun ke dia pun". Luah Daim kesal. Air matanya kembali bergenang tatkala mengenangkan tentang itu.

"Saya yakin, mama dah ampunkan awak dan ikhlaskan semuanya. Mama pun pergi dalam keadaan yang tenang je, awak. Sekarang ni, kita kena banyak doakan untuk arwah ya?". Ujar Riana lagi.

Akhirnya, mereka bertiga beransur pulang. Ketika sudah sampai ke kereta, Tan Sri Yusran berpaling semula memandang pusara isterinya. Hatinya terasa berat untuk beransur daripada situ. Namun apalah dayanya kerana dunia mereka telah berbeza.

Mahu tidak mahu, Tan Sri Yusran perlu mengikhlaskan pemergian isteri yang tercinta. Begitu juga Daim yang merasa begitu terpukul dengan pemergian mamanya itu.

Walaupun Puan Sri Ainnur bukan ibu kandungnya yang melahirkannya, namun Puan Sri Ainnur itu sudah seperti ibunya sendiri. Dia tidak tahu bagaimana hendak meneruskan hidup tanpa Puan Sri Ainnur lagi selepas ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebulan kemudian....

Khaleel memegang lengan Mellina ketika mereka ingin duduk di taman rekreasi pada petang itu. Khaleel begitu menjaga Mellina dengan sepenuh hatinya.

"Awak okey tak sayang?". Soal Khaleel ketika mereka sudah melabuhkan punggung. "Saya okey je awak. Awak ni risau sangatlah". Jawab Mellina.

"Mestilah risau, awak tu kan tengah mengandung. Saya tak nak apa-apa jadi pada awak". Jawab Khaleel. "Ala, pregnancy saya baru masuk 3 bulan. Belum sarat lagi. Tengok ni, perut saya pun tak nampak lagi". Bantah Mellina.

"Memanglah belum sarat, sayang tapi dah jadi tugas saya untuk sentiasa lindungi awak tak kira masa dan macam mana pun keadaan awak". Jawab Khaleel lagi. Itu sedikit sebanyak membuatkan Mellina kagum terhadap sikap Khaleel yang begitu menghargai dirinya.

"Awak, saya kan sebenarnya ada sesuatu nak cakap". Ujar Mellina bernada serius. Khaleel sudah mengerutkan dahinya tanda menunggu pernyataan daripada isterinya itu.

"Saya rasa kan, dah sampai masa untuk saya berjumpa dengan orang-orang yang pernah saya buat salah dan minta maaf pada dia orang". Ujar Mellina senafas.

"Maksudnya? Siapa orangnya?". Soal Khaleel yang masih tidak begitu mengerti akan apa yg disampaikan oleh Mellina itu.

"Daim. Saya banyak sangat salah silap dengan dia. Saya sampai ke tahap nak malukan dia dan nak jatuhkan reputasi dia. Betapa teruknya perangai saya ni". Terang Mellina lagi.

"Boleh je. Saya bersyukur sangat sebab finally awak nak berbaik dah dengan dia orang. Nanti kita jumpa dia ya?". Jawab Khaleel sambil tersenyum dan dibalas anggukan oleh Mellina.

"Tapi ada lagi satu orang yang saya nak jumpa sangat". Mellina bersuara lagi. "Siapa?". Soal Khaleel.

"Mak saya. Terlalu banyak dosa saya dengan mak saya. Saya tak tahulah dia akan maafkan saya atau tidak". Luah Mellina sebak.

Sejak dia keluar daripada rumah ibunya itu, tidak pernah sekali pun dia menghubungi Puan Haida atau bertanya khabar ibunya itu. Mellina seolah-olah membuang terus ibunya dari kehidupannya.

"Betul ke ni awak nak jumpa mak awak? Ya Allah syukur, akhirnya awak terbuka hati nak jumpa mak awak. Saya yakin mak awak akan maafkan awak walaupun setinggi mana pun kesilapan awak. Hati seorang ibu ni lembut, takkan boleh dendam terhadap anaknya lama-lama". Jawab Khaleel lembut.

Tidak terkira rasa syukurnya kerana pada akhirnya Mellina ingin jua bertemu dengan Puan Haida. Dia sendiri pun semenjak berkahwin dengan Mellina, belum pernah berkesempatan untuk bertemu dengan Puan Haida. Puas juga Khaleel memujuk Mellina supaya bertemu dengan ibunya namun seringkali itu Mellina membantah dengan alasan belum bersedia.

"Ya. Saya rasa saya dah terlalu banyak sangat dosa dengan mak saya, dengan semua orang. Saya kena minta maaf. Andai ada apa-apa jadi saya, sekurangnya saya pergi dengan keadaan yang tenang". Luah Mellina sebak.

"Awak cakap apa ni sayang? Awak tahu kan saya sayang awak sangat? Saya takkan sanggup untuk kehilangan awak. Awak akan tetap berada depan mata saya, kita sama-sama besarkan anak kita ya?". Jawab Khaleel tegas.

Mellina sudah mulai mengalirkan air mata tanda sebak dan terharu. "Nanti kita jumpa mak awak ya? Dia mesti happy bila dapat tahu nak dapat cucu dah". Sambung Khaleel seraya memeluk tubuh Mellina erat.

Mellina juga membalas pelukan Khaleel sambil memejamkan matanya tanda mensyukuri semua hal indah ini. Beruntung dirinya mendapatkan seorang Khaleel yang baik serta penyayang. Dia berasa dihargai dan dilindungi apabila bersama Khaleel.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Riana turun daripada katil di dalam bilik rawatan klinik tersebut. Kemudian dia mengambil tempat duduk di hadapan meja doktor yang baru memeriksanya tadi.

Kelihatan riak wajah ceria di wajah Riana serta doktor wanita yang baru memeriksa Riana. Daim pula setia menanti Riana di meja doktor tersebut.

"Doktor, isteri saya okey tak?". Soal Daim cemas. Sejak beberapa hari ini Riana sering mual dan tidak beberapa sihat. Baru hari ini Riana terpujuk untuk dibawa ke klinik.

"Encik tak perlu risau pun, encik sepatutnya happy sekarang ni". Jawab doktor wanita itu ramah. Daim mengerutkan dahinya. "Happy? Kenapa doktor?". Soal Daim yang tidak faham akan maksud doktor tersebut.

"Alhamdulillah encik, Puan Riana mengandung 7 minggu. Biasalah tu dengan simptom-simptom yang dia alami pada awal kehamilan ini. Paling penting Puan Riana kena dapatkan rehat secukupnya dan makan makanan yang berkhasiat".

Daim membuntangkan matanya lantas terus mengucapkan syukur. "Ya Allah syukur. Baik terima kasih doktor. Terima kasih sangat-sangat". Ucap Daim bernada sebak.

Riana yang berada di sebelah gembira namun dalam masa yang sama dia juga sebak kerana pada akhirnya mereka bakal mendapatkan zuriat selepas hampir setahun mereka menikah.

Daim dan Riana lantas keluar daripada bilik konsultasi doktor dan duduk di ruang menunggu. Sebaik sahaja duduk, Daim terus meraih tanga Riana dan digenggam olehnya.

"Riana, terima kasih. Terima kasih sebab awak boleh bersabar dengan sikap saya sehingga pada akhirnya kita akan dapat anak". Ucap Daim sebak. "Saya yang sepatutnya berterima kasih sebab awak boleh bersabar. Yelah saya ingatkan dulu saya ni...."

Daim lantas meletakkan jarinya di bibir Riana. Dia tidak mahu Riana meneruskan kata-katanya. "Cukup. Awak okey je, Riana. Salah saya pernah menyalahkan awak dulu. Saya minta maaf ya? Sampai bila-bila pun saya takkan lupa apa kata-kata saya pada awak masa tu". Jawab Daim.

"Dahlah tu awak. Benda dah lepas pun. Sekarang ni yang penting, sekejap lagi kita akan dapat baby. Awak rasa baby kita ni girl or boy?". Soal Riana dengan nada suara ceria. Tidak mahu Daim terus berlarut dalam kesedihan dan penyesalannya.

"Girl or boy, saya tak kisah pun. Yang penting anak kita keluar dengan selamat nanti. Awak dan baby, sama-sama selamat. Awak jaga diri selalu tau. Jangan stres-stres". Nasihat Daim.

Riana hanya menguntum senyum manis. Daim lantas mengusap halus kepala Riana. Dia memandang lama wajah isterinya. Dalam hatinya dia tidak henti memanjatkan kesyukuran ke atas Ilahi atas kurniaan rezeki yang satu ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daim mengenggam tangan Riana untuk mencari kekuatan ketika dia perlu berhadapan dengan Mellina serta Khaleel. Riana yang berada di sebelahnya membalas genggaman tangan Daim itu.

Akhirnya, mereka bertemu secara depan mata atas permintaan dan rayuan daripada Mellina. Ikutkan hati Daim, dia sudah malas mahu berjumpa dengan Mellina lagi kerana mengenangkan perbuatan Mellina dulu.

"Daim, sorry sebab I dah minta masa you sikit. I tak nak cakap banyak pun. Tujuan I nak jumpa you dan Riana sebab nak minta maaf. I do a lot of mistakes to you all". Ucap Mellina perlahan.

"Bermula dari I tipu you sampailah ke I malukan you, Daim. Terlalu banyak silap I. Riana, maafkan I juga ya?". Sambung Mellina lagi.

"It's okay Mel. I dah lama maafkan you. Manusia mana kan tak pernah buat silap?". Jawab Daim. Dia tersenyum sebaris. "Thank you and alhamdulillah bila you all boleh maafkan I. I harap lepas ni kita sama-sama boleh jadi kawan ya? Betul tak?". Soal Mellina kepada Khaleel yang berada di sebelahnya.

Khaleel menganggukkan kepalanya. "Betul tu, Daim. Kita sama-samalah jangan putuskan silaturahim ni ya?". Jawab Khaleel. Daim dan Riana seraya mengangguk.

"Mel, awak dah pregnant berapa bulan?". Soal Riana kerana sedari tadi dia asyik melihat ke arah perut Mellina yang mula membukit itu.

"Alhamdulillah dah masuk 7 months pun. Doakan urusan bersalin I nanti lancar ya". Jawab Mellina lembut sambil mengusap perutnya.

"Congrates to both of you. Kami berdua pun sekejap lagi nak ada family baru juga". Jawab Daim lantas memaut bahu Riana. "Seriously? Alhamdulillah and tahniah. Dah berapa bulan?". Soal Mellina pula.

"Nak masuk 5 bulan dah. Nanti bolehlah anak kita berkawan kan". Seloroh Riana sambil tertawa halus.

Kelihatan mereka sudah bahagia dan ikhlas menjalani takdir hidup masing-masing. Semoga perhubungan baik mereka akan kekal selamanya tanpa rasa dendam dan ketidakpuasan hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tengah hari itu, Riana mengajak Adya intuk menikmati makan tengahari bersama di sebuah restoran tidak jauh daripada kawasan perumahan mereka.

Sudah agak lama Riana tidak bertemu dengan Adya disebabkan Adya juga madih dalam proses pemulihan daripada kecederaannya. Ingatan Adya sendiri pun belum begitu pulih.

"Adya, kau okey tak? Kau dengan Zariff macam mana?". Soal Riana bertubi-tubi. "Aku okey je sekarang. Alhamdulillah getting better daripada sebelum ni". Jawab Adya perlahan.

"Cuma ingatan aku belum pulih sangat. Aku belum boleh ingat Zariff lagi sepenuhnya". Sambung Adya lagi. Dia sendiri kecewa dengan dirinya yang masih belum mampu mengingat kembali memorinya yang telah hilang.

"Tak apa, Dya. Take your time okay? Aku yakin kau akan ingat semula. Cuma aku harap kau tak terlalu push diri kau untuk ingat semuanya. Insha Allah sampai masa nanti, kau akan sembuh dan ingat semuanya kembali". Pesan Riana panjang lebar.

"Aku tahu tu cuma aku kesian dekat Zariff. Dia macam terabai sejak aku sakit ni. Aku sendiri tak tahu macam mana nak berhadapan dengan dia. Aku memang tak ada ingatan langsung pasal dia. Even perasaan aku ke dia pun tak ada". Luah Adya lagi.

Riana mengangguk perlahan mendengar luahan hati kawan baiknya itu. Dia tahu bagaimana dilemmanya menjadi Adya. Dia tidak ingat kepada suaminya namun dalam masa yang sama dia juga tidak sanggup membiarkan Zariff begitu sahaja.

"Tak apa Dya. Kau sekarang bawa bertenang je. Aku yakin kau akan ingat semula semuanya nanti". Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Riana.

"Kau pula okey ke? Aku tak sangkalah Riana, kau pun dah nak ada anak sekejap lagi. Yelah aku pun bukannya ingat apa dah jadi pada kita untuk tempoh beberapa tahun ni. Jadi, aku rasa macam cepat je masa berlalu kan". Ujar Adya pula.

"Kalau aku nak ceritakan semuanya sekarang, memang takkan habis satu hari ni, Adya. Aku cuma berharap ingatan kau akan pulih tak lama lagi. Then kau sendiri akan ingat semuanya". Jawab Riana sambil tersenyum sebaris.

Riana sendiri tidak tahu hendak bagaimana dia membantu Adya lagi. Yang mampu dibuat hanyalah berdoa sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience