Faiq mundar mandir di tempat menunggu. Jiwanya tidak tenang memikirkan keadaan Farah. Dia mengagak Farah sedang hamil jika dilihat dari keadaanya tadi. Farah tidak mengalami sebarang luka-luka tetapi dia hanya memegang perutnya.
Tetapi jika benar Farah hamil, mengapa Farah tidak pernah memberitahunya? Keadaan di wad kecemasan waktu itu, sedikit lenggang. Hanya ada 3 orang pesakit sahaja termasuk Farah.
Faiq sesekali melihat jam di pergelangan tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Sudah hampir sejam Farah di dalam bilik rawatan, namun masih belum ada seorang jururawat atau doktor yang keluar. Hati Faiq benar-benar gusar saat ini.
Tidak lama kemudian keluar seorang doktor wanita lingkungan 30-an dan seorang jururawat di sisinya. "Doktor, macam mana dengan keadaan isteri saya?". Soal Faiq mendekati doktor tersebut. "Encik ni suami Puan Farah ke?". Soal doktor tersebut.
"Ya, saya suami dia. Dia baik-baik je kan doktor?". Soal Faiq lagi. "Keadaan Puan Farah baik-baik sahaja tetapi maafkan saya, bayi dalam kandungan Puan Farah tidak dapat diselamatkan". Terang doktor itu. "Ya allah. Apa aku dah buat ni?". Soal Faiq sendiri.
Dia terduduk di bangku. Dia menekup mulutnya. Matanya mulai berkaca. Apa yang sudah dia lakukan? Akibat mengikuti emosinya, anaknya yang perlu menjadi korban. Dia meraup wajahnya. Keluhan berat dilepaskan.
"Sekarang saya boleh tengok isteri saya ke doktor?". Soal Faiq lagi. "Maaf buat masa sekarang Puan Farah masih dalam pemantauan, Encik masih tak boleh melawat Puan Farah. Nanti selepas Puan Farah dipindahkan ke wad, barulah Encik boleh melawat isteri Encik ya". Info doktor itu. Faiq sekadar mampu menganggukkan kepalanya sahaja.
Kakinya terasa lemah untuk berdiri. Dia menyesal. Menyesal kerana telah terlalu mengikuti emosinya. Dia tidak patut mengikuti rasa amarahnya. Dia meraup wajahnya lagi sekali. Riak wajahnya kelihatan kesal.
Tetapi dia tidak tahu mengenai kandungan Farah itu. Kalaulah dia tau, tak mungkin dia akan berkasar dengan isterinya itu. Dia menggelengkan kepalanya. Air mata mulai tumpah. 'Maafkan saya, Farah..', getusnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Puan Yasmin mengetuk pintu bilik Riana. Sejak kejadian tadi, Riana belum pun keluar dari biliknya. Sekarang jam sudah pun menghampiri pukul 10 malam. Puan Yasmin mulai risau akan keadaan menantunya itu.
"Riana..Riana okey tak tu, nak? Jomlah keluar makan. Dari tadi kamu berkurung dalam bilik tu". Puan Yasmin bersuara lembut memujuk. Masih lagi membisu.
"Riana sayang. Bukalah pintu ni. Mama faham apa yang kamu rasa Riana. Tolonglah buka pintu ya Riana". Rayu Puan Yasmin lagi tanpa asa. Tidak lama kemudian pintu pun terbuka. Terjengul Riana dengan mata sembab teruk dam masih tersisa tangisannya.
"Ya Allah Riana. Kamu okey tak ni?". Soal Puan Yasmin lantas memeluk tubuh Riana. Ketika dipeluk, Riana menangis lagi. Kedengaran esakan halus darinya.
"Sabar Riana. Kita semua ni mangsa keadaan. Mama sendiri kecewa sangat dengan apa yang Faiq dah buat". Ujar Puan Yasmin sambil menggosok lembut belakang badan Riana. Dia mengajak Riana untuk duduk di atas katil.
"Ma, Riana minta maaf ya". Riana bersuara. "Kenapa Riana yang minta maaf pula? Riana tak buat apa-apa salah pun". Jawab Puan Yasmin. "Riana minta maaf sebab Riana dah buatkan Faiq menipu semua orang. Kalaulah dari awal Faiq tak kenal Riana, semua ni takkan jadi macam ni". Jawab Riana menyalahkan dirinya.
"Kenapa Riana cakap macam tu? Semua ni bukan salah Riana pun. Takdir yang dah tentukan semuanya. Lagipun kalau Riana tak berkahwin dengan Faiq, belum tentu Faiq akan jujur dengan mama dan papa. Riana tak salah". Jawab Puan Yasmin panjang lebar.
Riana hanya mampu menangis. Dia mulai tersedu sedan lagi. "Ma, Riana nak minta izin dengan mama, esok pagi Riana nak balik rumah kawan baik Riana". Riana bersuara meminta izin untuk tinggal sementara di rumah Adya.
"Riana dah minta izin Faiq ke?". Soal Puan Yasmin. Dia sebolehnya tidak mahu jika Riana keluar tanpa meminta izin Faiq kerana walau apapun terjadi, Riana masih lagi isteri Faiq. "Ma, Riana nak minta maaf sangat sebelumnya. Riana masih tak mampu nak berhadapan dengan Faiq buat masa sekarang ni. Riana masih tak boleh nak cerna semua benda ni. Riana harap sangat mam faham ya?". Panjang lebar Riana menjelaskan kepada ibu mertuanya itu.
Puan Yasmin sekadar mengangguk. "Yelah dah kalau kamu cakap macam tu. Carilah dulu ketenangan buat sementara waktu ni ya. Tapi mama harap sangat kalau kamu dah sedia, kamu kena berhadapan juga dengan Faiq. Bincang dengan dia". Nasihat Puan Yasmin dan dibalas anggukan oleh Riana.
"Riana nak minta satu benda lagi..." Ujarnya terhenti seketika sebelum menyambung semula, "Tolong jangan bagitau Faiq, Riana ada di mana. Riana mohon sangat dengan mama. Tolong ya ma?". Rayu Riana lagi sambil tangan ibu mertuanya itu diraih dan digenggam.
Puan Yasmin lambat-lambat mengangguk. Dia faham benar bahawa Faiq telah pun melukai hati isterinya itu, tetapi di sisi yang lain Puan Yasmin tidak mahu sekiranya Riana pergi meninggalkan Faiq tanpa berbincang.
"Bila Riana nak pergi sana?". Soal Puan Yasmin. "Esok pagi-pagi, Riana akan gerak ke sana naik teksi. Mama jangan risaukan Riana tau. Macam yang mama cakap tadi, kalau Riana dah sedia dari segi mental dan fizikal, Riana akan duduk berbincang dengan Faiq". Jawab Riana. Dia cuma perlu waktu seketika untuk bertenang.
Buat masa sekarang Riana belum terfikir hendak memberitahu ibu bapanya mengenai perkara ini. Dia tidak mahu ibu bapanya pula yang risau akan keadaannya serta hubungannya dengan Faiq. Dia perlu luahkan segalanya ke Adya, sahabat baiknya yang sentiasa menjadi pendengar setianya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Faiq membuka pintu bilik wad Melati yang menempatkan 4 katil di dalamnya. Tetapi pada ketika itu kebetulan hanya Farah seorang sahaja di situ, selebihnya katil kosong.
Faiq berjalan mendekati Farah yang sedang berbaring itu. Dia melihat Farah sedang tidur. Dia menatap lama wajah Farah. Isteri pertamanya yang dirahsiakan dari mata dunia.
Faiq hanya diam membisu sahaja memandangkan Farah pun sedang tidur. "Awak buat apa kat sini?". Soal Farah datar. Faiq sedikit kaget kerana menyangka Farah sedang tidur. "Maaf kalau saya dah buat bising ke, dah ganggu awak tidur". Faiq meminta maaf.
"Saya tanya awak buat apa kat sini, Faiq?". Soal Farah lagi dengan nada yang mulai naik seoktaf. "Saya nak tengoklah. Takkan saya tak boleh tengok isteri saya sendiri?". Soal Faiq sambil tersenyum nipis.
Farah yang tadinya memandang Faiq kini membuang pandangan ke sebelah yang lain. "Nak tengok saya lepas awak dah bunuh anak kita?". Soal Farah sinis. "Astagfirullahaladzim, apa yang awak cakap ni Farah? Saya tak ada niat pun nak buat macam tu. Lagi pun saya tak tau pasal anak kita tu". Jelas Faiq.
"Macam mana awak nak tahu kalau awak sendiri pun jarang sangat nak balik rumah. Awak fikirlah sendiri Faiq. Bila last awak balik rumah? Bila last awak jumpa Danish?". Soal Farah bertubi-tubi.
"Ya saya tahu saya salah. Maafkan saya Farah. Saya tak ada niat pun. Sumpah saya tak ada niat pun". Jelas Faiq lagi. "Tak payah main sumpahlah Faiq! Demi nak pertahankan perempuan tu awak sanggup bunuh anak saya! Awak memang jahat Faiq! Awak bunuh anak awak sendiri!". Bidas Farah lagi.
Faiq sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Air matanya kembali turun membasahi pipinya. Dia sendiri pun kesal dengan kesalahannya itu. "Sekarang keluar! Saya tak nak tengok awak lagi! Keluar!". Arah Farah tegas. "Tolong maafkan saya Farah. Saya betul-betul tak sengaja". Rayu Faiq lagi. Dia cuba meraih tangan Farah namun pantas Farah menarik tangannya.
"Jangan berani sentuh saya. Keluar sekarang Faiq sebelum saya menjerit". Ugut Farah. Dia memberikan pandangan tajam ke arah Faiq. Matanya juga turut berkaca dan merah. "Keluar!!!". Jerit Farah. Seorang jururawat masuk ke bilik Farah dan meminta Faiq untuk keluar.
"Encik tunggu luar ya. Puan Farah perlu berehat". Arah jururawat itu lembut. Mahu tidak mahu, Faiq terpaksa menurut arahan jururawat itu.
Ketika sudah tiada orang lagi, giliran Farah pula menangis semahunya. Perutnya yang sudah rata itu dipegang. "Maafkan mama sayang tak dapat selamatkan awak". Farah meratap sendirian. Dia benar-benar terpukul bila mengetahui bahawa bayinya tidak dapat diselamatkan.
Farah membiarkan air mata membasahi pipinya. Hidupnya terasa gelap dan tiada harapan lagi. Entah bagaimana dia hendak kembali senyum di saat mengetahui anak yang dikandungnya telah pun tiada.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adya menghidangkan secawan milo panas kepada Riana. Dia sedikit terperanjat bila mengetahui Riana akan datang ke rumahnya pada pagi itu. Datang pula dalam keadaan wajah sembab dan sambil menangis juga.
"Kenapa Faiq tergamak buat macam ni ke aku Adya? Aku terkilan gila tau tak? Aku sayang Faiq sangat tapi ini yang dia balas ke aku?". Luah Riana. Adya hanya diam menjadi pendengar setia.
"Aku tak sangka dia akan tipu aku hidup-hidup macam ni. Aku percayakan dia sepenuhnya, Adya. Aku percaya dia setia dan sayang aku je tapi rupanya dalam diam dia ada isteri lain". Sambung Riana sambil mengongoi dalam tangisan.
"Sabar Riana. Aku pun tak sangka Faiq akan buat macam tu". Jawab Adya ringkas sambil menggosok bahu Riana. Tidak pernah dia melihat Riana semurung itu. "Aku tak kisah kalau dia jujur dari awal yang dia dah kahwin. Aku takkan teruskan hubungan aku dengan dia. Tapi dia tak pernah jujur pun, Dya. Dia teruskan je hubungan kami sampai ke tahap ni". Luah Riana lagi.
"Aku kesian dengan isteri dia juga. Dengan anak dia, dengan isteri yang mengandung tu lagi. Aku rasa aku kejam, Dya. Aku dah rampas suami orang". Sambung Riana lagi. "Jangan cakap macam tu. Kau bukan perampas pun. Kau pun tak tahu dia suami orang kan? Dialah salah kenapa tak terus terang dari awal?". Tegah Adya.
"Memang patutlah Faiz dari awal lagi dah tak suka aku. Dia cakap aku ni perampas. Dia dah bagi hint tapi aku je yang tak sedar lagi". Luah Riana seraya menangis lagi. Dia lalu memeluk Adya untuk cuba menenangkan hatinya.
"Ush..Sabar Riana. Semua ni bukan salah kau pun. Kau pun mangsa keadaan juga. Sabar Riana, sabar". Pujuk Adya. Dia sendiri pun keaal dengan kelakuan Faiq itu. Tergamaknya Faiq melukakan hati sahabat baiknya ini?
"Semua yang berlaku ni pasti ada hikmahnya Riana. Kau kena terus bersabar je, ya?". Pujuk Adya lagi.
Riana sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Dia terus berlarutan dalam tangisannya. Entah sampai bila dia akan boleh bertenang. Biarlah waktu akan menentukan.
Share this novel