Daim memberhentikan kenderaannya di kawasan parkir di hadapan deretan kedai kaki lima. Seusai turun, dia membuka cermin mata hitamnya dan melihat kawasan sekitar. Riana juga turun dari tempat duduk penumpang.
"Kita nak breakfast dekat sini ke?". Soal Daim. Dia ke sini pun atas ajakan Riana. Katanya pagi ini dia mahu membelanja Daim makan sarapan pagi. Daim akurkan sahaja kerana baginya tidak salah pun makan berdua bersama isterinya.
"Ya. Jom masuk". Jawab Riana ringkas sambil tersenyum kecil. Dia lantas melangkahkan kaki menuju ke debuah restoran berkonsepkan aesthetic nature. Memang tampak tenang dan indah interior design nya.
"Kenapa hari ni kau tiba-tiba baik hati nak belanja aku breakfast bagai ni? Ada apa-apa ke?". Soal Daim sebaik saja mereka berdua duduk di sebuah meja kecil yang cukup menempatkan mereka berdua.
"Saja je. Kenapa? Saya tak boleh belanja suami saya sendiri ke? Dah sekarang ni awak tak payah banyak tanya. Awak order jela apa awak nak. Saya harap menu dekat sini, sesuailan dengan tekak awak". Jawab Riana panjang lebar.
Sambil melihat buku menu yang terhampar di hadapannya, Daim sempat curi-curi pandang ke arah Riana. Riana hari ini kelihatan anggun bersama kemeja putihnya dan tudung bawal bercorak. Wajahnya disolek ringkas namun tetap menyerlahkan kecantikannya.
"Cik Riana, dah siap order ke?". Soal salah seorang pelayan yang menghampiri meja mereka. "Dah. Ni ya order saya". Jawab Riana.
"Okey baik cik Riana". Jawab pelayan wanita muda itu dengan penuh mesra dan lembut. "Macam mana waiter tu boleh tahu nama kau? Kau selalu makan dekat sini ke?". Soal Daim yang bingung dengan situasi ini.
"Hmmm sebenarnya..". Belum sempat Riana menghabiskan katanya, ada seseorang datang ke meja mereka. "Cik Riana kan? Ya Allah lamanya cik Riana tak datang sini! Rindu Siti dengan Cik Riana". Sapa seorang gadis pelayan yang bernama Siti itu.
"Ya, memang lama saya tak datang sini. Busy sikit. By the way, kenalkan ni husband saya, Daim". Jawab Riana sambil tersenyum nipis. "Cik Riana dah menikah ke? Tahniah cik, sampai hati tak jemput kami semua kan. Oh maksudnya lepas ni kami tak bolehlah panggil cik Riana kan? Kena panggil Puan Riana pula". Seloroh Siti bersama tawanya.
"Ada jelah awak ni, Siti. Macam mana saya nak jemput awak, takkan nak tutup terus retoran ni kan? Sebab tak ada orang nak kerja". Jawab Riana juga turut tertawa.
"Wait..wait. Looks like Riana ni familiar sangat ya dengan you all? Riana ni regular customer di sini ke?". Soal Daim yang masih tidak berapa faham dengan situasi yang berlaku. "Eh of courselah kami dengan Puan Riana. Dia kan boss kami. Puan Riana ni owner restoran ni, encik". Jawab Siti dengan penuh yakin.
"Owner? Betul ke Riana?". Soal Daim membulatkan matanya meminta kepastian daripada Riana. "Ya. Restoran ni memang saya punya. Actually parents saya punya, but now mereka turunkan pada saya. Maaf tak pernah cerita hal ni pada awak". Jawab Riana panjang lebar.
Memang sebelum dia bernikah dengan Faiq lagi sebenarnya ibu bapanya ada menyuruhnya mengambil alih perniagan restoran ini namun Riana bermati-matian tidak mahu menguruskan perniagaan ini. Baginya dia tidak begitu berminat dalam dunia perniagaan. Dia lebih suka bekerja dengan majikan lain.
"Okeylah, Siti pergi dapur dulu ya. Enjoy your meal". Pamit Siti lantas berlalu pergi ke arah dapur. "Oh I see.. Kau tak pernah cerita pun dekat aku pasal ni. Tapi cantik juga restoran kau ni, pandai kau pilih konsep". Puji Daim sambil memerhati sekelilingnya.
Namun jauh di sudut hatinya dia tidak sangka Riana memiliki perniagaan juga. Bermakna dia sudah tersilap sangka selama ini. Sangkanya Riana tergolong daripada kelas bawahan rupa-rupanya tidak seperti yang disangkakan.
"Dah makanlah. Enjoy your meal". Ucap Riana. Dia lantas menyuap nasi lemak miliknya dengan penuh berselera. Daim juga menikmati sarapan paginya sambil situasi tadi masih bermain-main dalam kotak fikirannya.
Entah rahsia apa lagi yang disembunyikan oleh Riana. Daim sendiri pun tidak pasti. Cumanya, fikirannya kini mulai berubah. Dia tidak akan menceraikan Riana seperti perjanjian asal mereka. Bukan kerana hal ini, Daim jadi berubah fikiran.
Namun jika difikir secara mendalam, Daim dapat merasakan Riana adalah seorang yang tulus. Selepas tersebarnya berita palsu yang direka oleh Mellina, Riana sedikit pun tidak mempersoalkan hal itu kepadanya.
Malahan Riana menyokongnya untuk mencari tahu siapa dalang di sebalik hal ini. Hanya saja Daim yang sering menuduhnya melulu dan berfikiran buruk tentang Riana.
Adakah ini petanda Daim mulai jatuh kepada Riana? Tak. Daim masih lagi cuba menafikan perasaannya ini. Tidak mungkin dia akan suka kepada Riana.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mellina mempercepatkan langkah kakinya pada malam itu kerana dia terasa seperti diekori. Malam itu, dia balik lewat kerana perlu menyiapkan beberapa kertas kerja yang perlu digunakan pada keesokan harinya.
Bulu romanya mulai menaik. Entah itu menandakan ada mahkluk halus berada berdekatan dengannya atau memang ada manusia yang berniat jahat terhadapnya. Keadaan di kawasan itu juga agak sunyi. Ditambah pula Mellina perlu berjalan lagi untuk sampai ke hentian bas yang berjarak lebih kurang 200 meter lagi.
Mellina dapat menangkap bunyi derapan tapak kasut dari arah belakangnya. Baru sahaja dia hendak menoleh, ada seorang lelaki datang menghampirinya dan terus menekup mulutnya dengan kain.
Sesaat itu juga, dunia Mellina terus gelap tanpa cahaya. Dua orang lelaki terus memapah Mellina dan dimasukkan ke dalam sebuah kereta Vellfire hitam. Vellfire tersebut terus hilang daripada pandangan mata dalam kegelapan malam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mellina membuka mata perlahan-lahan. Kepalanya masih lagi terasa pening dek kerana ubat yang diletakkan pada kain untuk menekup mulutnya tadi.
Mellina merasakan tangan dan kakinya tidak boleh bergerak bebas. Ternyata tangan dan kakinya diikat ketat oleh tali. Mellina cuba menjerit meminta pertolongan. Dia sendiri tidak tahu, dia berada di mana saat ini.
"Tolong! Tolong! Tolong lepaskan aku!". Jerit Mellina tanpa asa. Tiba-tiba pintu bilik stor itu terbuka dari luar dan kelihatan kelibat Sally sedang berdiri di muka pintu. Stor itu agak gelap dan menyukarkan Mellina untuk melihat siapa gerangan yang berdiri di situ.
"Siapa tu? Tolong aku!". Jerit Mellina lagi. Sally lantas berjalan perlahan menuju ke arah Mellina yang masih berusaha untuk melepaskan ikatan kaki dan tangannya.
Akhirnya Mellina dapat melihat Sally dengan jelas. "Kau? Kenapa kau buat semua? Lepaskan aku!". Rayu Mellina. "Lepaskan kau? Hmm tak semudah tu kawan. Kau bayarlah hutang kau dulu baru aku lepaskan kau". Jawab Sally sambil tersenyum sinis melihat Mellina dalam keadaan begitu.
"Kan aku dah cakap, bulan depan aku bayarlah sisa bayaran aku tu. Lagi 3 ribu kan? Aku takkan tipulah! Sekarang ni tolonglah lepaskan aku!". Rayu Mellina lagi.
"Aku dengan budak-budak aku dah tolong kau jayakan plan bodoh kau tu. Kau sendiri dah setuju nak bayar 10 ribu kan? Then sekarang kau pula yang culas nak bayar. Kau fikir kau akan lepas macam tu je ke, bodoh? Aku tak akan lepaskan kau!". Bentak Sally.
"Aku dah janji akan bayar kau kan, Sally? Aku merayu ni, tolong lepaskan aku". Rintih Mellina lemah. Dia sudah mulai menangis kerana merasa ketakutan dan buntu. Tidak tahu bagaimana dia hendak melepaskan diri daripada situ.
"Fine! Kau masih lagi degil tak nak bayar sekarang kan? Tak apa, cukup kau bayar budak-budak aku ni dengan diri kau je". Jawab Sally sinis sambil memerhati tubuh Mellina yang terduduk di lantai dari atas ke bawah.
"Apa maksud kau Sally? Kau jangan berani nak buat yang bukan-bukan!". Mellina memberi amaran. Sally tidak menjawab apa-apa sebaliknya terus memberikan isyarat kepada beberapa orang lelaki, orang suruhannya untuk mendekati Mellina.
"Korang nak buat apa ha? Kau jangan berani dekat dengan akulah! Lepaskan aku!". Jerit Mellina meronta minta dilepaskan. Dua orang lelaki itu tetap berjalan mendekati Mellina dan merentap kasar rambut Mellina.
"Sakitlah!". Jerit Mellina kesakitan. Satu tumbukan hinggap di pipinya. Belum apa-apa, satu tamparan pula hinggap di pipinya. Mellina sudah tidak berdaya. Apalah dayanya untuk melawan dua lelaki yang bertubuh sasa itu.
"Tolong...tolong lepaskan aku". Rintih Mellina dengan darah yang mulai keluar dari tepi bibirnya dan hidungnya. Mellina sudah lemah terbaring lemah.
Salah seorang lelaki tadi mulai membuka tali pinggangnya dan membuka zip seluarnya. Wajah lelaki itu pun sudah kelihatan tidak sabar untuk 'menyantap' tubuh Mellina.
"Tolong..jangan apa-apakan aku". Rintih Mellina lagi. Tubuhnya terasa lemah untuk bangun dan melawan lelaki-lelaki itu.
Belum sempat lelaki itu ingin berbuat lebih lanjut, pihak polis telah pun mengepung tempat tersebut dan mulai masuk ke stor tempat Mellina ditahan oleh Sally.
"Semua diam, angkat tangan! Jangan ada yang bergerak. Tempat ini sudah dikepung". Laung salah seorang pihak polis yang berada di dalam stor terbiar itu. Sementara itu, pihak polis yang lain mulai menggari tangan seorang demi seorang konco-konco Sally.
"Mel! Bangun Mel!". Khaleel segera berlari masuk dan mendekati tubuh Mellina yang sudah terkulai lemah itu. Khaleel membuka ikatan tangan dan kaki Mellina.
"Bangun Mel, please!". Rayu Khaleel berusaha untuk menyedarkan Mellina namun hampa kerana Mellina sudah tidak sedarkan diri. Hancur Khaleel melihat wajah Mellina yang penuh dengan lebam dan kesan darah itu.
"Tolong selamatkan kawan saya, encik". Khaleel meminta pertolongan daripada salah seorang pegawai polis yang berada di situ. Lantas, pihak ambulans dan kecemasan tiba di tempat kejadian dan Mellina segera dikejarkan ke hospital.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Hot chocolate for you". Ujar Riana sambil menyuakan secawan kopi kepada Daim. "Thanks". Jawab Daim ringkas. Dia ralit melihat telefon bimbitnya. Merrka berdua duduk di bangku di halaman rumah.
"Macam mana dengan masalah awak tu? Dah settle semuanya?". Soal Riana memulakan bicara. "Dah. Alhamdulillah ramai client mula percaya pada saya lagi. Saya dah buat press conference untuk explain hal yang sebenarnya. Ya...walaupun saya tak dapat pastikan Mellina sendiri yang explain, but at least everything was settle pun saya dah lega". Jawab Daim panjang lebar.
Riana mulai menyedari yang panggilan Daim mulai berubah terhadap dirinya. Mungkin Daim sedang terlalu bahagia barangkali. Fikir Riana.
"Alhamdulillah. Lega juga saya mendengarnya". Jawab Riana yang turut lega permasalahn ini telah selesai. "Oh ya, esok saya nak teman mama untuk sesi kemoterapi dia". Ujar Daim.
"Oh okay. Esok awak cuti ke?". Soal Riana memandangkan esok bukannya hari minggu. "Saya ambil cutilah. Saja nak teman mama, saya jarang boleh teman dia". Jawab Daim bersahaja.
Riana hanya mengangguk bak burung belatuk. Angin malam itu dirasakan agak sejuk membuatkan Riana memeluk tubuh.
"Saya sebenarnya nak tanya awak. Kenapa ya awak langsung tak marah-marah ke saya atau persoalkan apa-apa lepas kejadian hari tu?". Soal Daim selepas mereka berdiam buat seketika.
"Entahlah. Saya cuma yakin yang awak tak buat semua ni. Walaupun saya tak berapa kenal awak tapi saya tahu awak takkan tergamak nak malukan parents awak". Jawab Riana tulus.
Daim hanya mengangguk perlahan. Dia cuba menghadam kata-kata Riana. Terlihat keikhlasan di sebalik kata-katanya itu.
"Riana, saya nak minta maaf atas semua salah silap saya selama ni. Saya sedar saya dah banyak sangat guriskan perasaan awak selama kita kenal dan selepas kita jadi suami isteri ni". Ucap Daim bersungguh.
"Saya dah maafkan semuanya. Saya pun nak minta maaf andai saya selalu melawan kata awak. Saya bukan isteri yang sempurna". Ujar Riana pula. "Sama-samalah kita ubah untuk jadi yang terbaik ya?". Soal Daim sambil memandang lama wajah Riana.
Riana mengangguk perlahan. Pandangan mata mereka sempat bertaut. Daim lantas meraih tangan Riana buat pertama kalinya. Riana hanya memandang tangan kananya dipegang oleh Daim.
"Kita mulakan hidup baru ya? Saya takkan lepaskan awak seperti mana yang pernah saya rancangkan dulu. Saya nak perkahwinan kita ni berkekalan". Ucap Daim lagi.
Riana hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Tiada kata yang mampu diucapkan. Tidak dinafikan ada perasaan lain mula menjalar dalam sanubarinya. Daim mulai banyak berubah sejak mereka berkahwin. Tidak seangkuh seperti dulu.
Adakah ini petanda baik dalam hubungan mereka? Adakah ada kasih akan bertaut antara mereka?
Share this novel