Bab duapuluh

Drama Completed 7961

Mellina berlari anak menghampiri Daim yang berjalan menuju ke keretanya yang diparkir tidak jauh daripada pejabatnya.
Mellina lantas mencuit bahu Daim ketika dia sudah berada di berdekatan dengan Daim.

Daim memalingkan kepalanya untuk melihat gerangan yang mencuitnya dari belakang. Apabila melihat Mellina yang di situ terus dia menjeling dan memalingkan semula wajahnya dan meneruskan perjalanannya.

"Daim! Tunggulah sekejap!". Panggil Mellina. Daim tidak mengendahkan panggilan Mellina itu. Akhirnya Mellina mempercepatkan langkah kakinya dan berhenti di hadapan Daim. Dia berdiri tegak memandang Daim.

"You ni jalan jangan laju sangat boleh tak? Penat I kejar!". Marah Mellina. Daim menjeling lagi sekali. "Siapa suruh you kejar I?". Soal Daim sinis. Dia sudah berniat hendak meninggalkan Mellina namun Mellina pantas memegang tangan Daim.

"Lepaslah! I jijiklah orang low class pegang I!". Marah Daim. Dia menarik semula tangannya. Mellina sebenarnya sedikit terguris perasaannya atas hinaan Daim itu. Namun dia tahan demi diterima semula oleh Daim.

"Daim, I kan dah minta maaf dekat you. I minta maaf sebab tipu you and tak jujur dengan you. Kenapa susah sangat you nak maafkan I? I call you tak angkat. I text you tak reply or even seen". Ujar Mellina.

"Mel, ni bukan soal you tipu I. Tapi I takkan boleh terima you sebab your level. Kalau dari awal I tahu about you, I takkan nak you pun Mel". Daim terus menerus merendahkan Mellina.

Mellina menundukkan kepalanya menahan air mata yang ingin gugur. "Dah, tak payah tunjuk air mata palsu you tu. I dah muak tengok semua. Also, please stop kejar-kejar I lagi. I takkan pernah terima you lagi, faham?!". Tegas Daim memberi amaran.

"But, Daim.. I tak ada siapa-siapa lagi untuk sayang I melainkan you je. I tahu, you mesti masih sayangkan I kan? Banyak kenangan kita bersama, Daim. Takkan you lupakan macam tu je". Rayu Mellina lagi.

"Yes, I dah lupakan semuanya. Sebab bagi I semuanya tak penting. Not important at all! Sekarang, you berambus boleh tak? Semak!". Halau Daim kasar lantas berlalu pergi meninggalkan Mellina yang sudah lencun dek air mata.

"Daim!". Panggil Mellina lagi mengharapkan Daim akan berpaling kepadanya. Namun hampa kerana Daim benar-benar meninggalkannya.

Mellina membiarkan air mata terus laju membasahi pipinya. Dia mulai menyimpan dendam terhadap Daim. Dia akan pastikan Daim akan merasakan juga erti kesusahan dalam hidup. Dia tidak akan membiarkan Daim terus sombong dan terus memandang atas.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Faiq mengambil tempat duduk di meja makan itu sementara Farah pula sedang menghidangkan lauk-pauk di meja makan. Farah mengambilkan nasi buat Faiq.

Farah mencuba untuk memberi peluang kepada Faiq. Dia cuba menerima Faiq walaupun susah. Memandangkan sekarang Faiq sudah tidak mempunyai isteri lain, jadi Farah cuba untuk menerima Faiq semula dan berharap supaya kali ini Faiq betul-betul boleh berubah.

"Banyak awak masak hari ni". Tegur Faiq sambil tersenyum nipis. "Mestilah. Saya pun dah lama tak masak macam ni untuk awak. Kali ini, saya masak banyak-banyak dan special untuk awak". Jawab Farah.

Faiq sekadar tersenyum dan mula membaca doa makan. "Err..semalam parents awak ada datang sini". Farah memulakan topik perbualan. Faiq terhenti mengunyah seketika. "Kenapa baru bagi tahu saya?". Soal Faiq tegas.

"Sebab semalam pun kan awak balik lewat sikit. Awak dah penat sebab tu saya tak bagi tahu lagi". Jawab Farah. "Dia orang cakap apa ke awak? Faiz ada sekali?". Soal Faiq bertubi-tubi.

"Ada. Parents awak tak ada cakap apa pun, malahan dia orang boleh terima saya". Jawab Farah teragak-agak. Faiq mulai tidak selera mendengar kata-kata Farah itu.

"Faiz ni selalu buat apa pun tak pernah bagi tahu saya. Saya ni abang dia kot". Jawab Faiq tidak puas hati. "Kenapa kalau dia tak bagi tahu awak pun? Awak tak suka ke kalau parents awak datang sini? Awak tak suka bila dia orang jumpa saya? Awak nak kekalkan status saya sebagai isteri rahsia awak ke?". Soal Farah bertubi-tubi.

Faiq yang menyedari Farah mulai beremosi itu mulai bersuara, "Bukan, bukan macam tu. Saya cuma terkejut saja dia orang datang. Baguslah dia orang suka awak. Dah, depan rezeki ni". Putus Faiq. Dia menyambung makan semula walau nyatanya dia tidak berselera lagi.

"Awak yang mulakan dulu, Faiq. Awak rasa seolah-olah saya ni tak layak dikenali oleh parents awak". Jawab Farah perlahan. Dia juga sudah tidak berselera. Jiwanya mudah sensitif sejak kejadian itu.

"Tak, bukan itu maksud saya. Saya minta maaf sebab saya dah emosi sikit tadi. Saya janji saya tak buat lagi". Pujuk Faiq lagi. "Dah makan ni, nak saya suap ke?". Pujuk Faiq lagi.

Dia sudah berjanji untuk berubah, jadi dia tidak boleh mengikut emosinya lagi. Dia sedar ada perasaan yang perlu dijaga. Dia perlu sentiasa menjaga perasaan Farah. Walaupun hakikatnya hatinya sekarang tidak tenang kerana memikirkan tentang penceraiannya dengan Riana.

Farah hanya menggeleng perlahan dan menyambung suapan yang tergendala tadi. Matanya mulai berkaca namun pantas diseka. Dia perlu lebih bertenang dan jangan terlalu ikutkan emosi.

Dia dan Faiq sendiri yang inginkan hubungan mereka lebih baik, jadi mereka perlu saling beralah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daim melihat beberapa kali persekitaran rumah batu satu tingkat itu. Dia mula terasa bahang dengan terik mentari pagi itu. Di sekeliling rumah itu pula ada beberapa tanaman pokok dan tidak jauh daripada situ, terletaknya sawah padi.

"Kau yakin ke ni rumah tunang kau?". Soal Daim berbisik kepada Zariff yang berdiri di sebelahnya. Zariff menganggukkan kepalanya. "Yakin. Tenang kan rasa bila sampai sini. Jauh dari udara KL". Jawab Zariff santai.

Daim membuat muka meluatnya. "Tenang kau kata? Panas bahang macam ni kot! Adui rosak betul kau ni dah!". Leter Daim. Zariff hanya membiarkan saja Daim berkata-kata.

Hari ini merupakan hari pertunangan Zariff dan Adya. Zariff tiba di situ seawal pukul 9 pagi bersama ibu bapanya, adiknya, Zahirah, Daim serta beberapa orang dari wakilnya.

Sementara di dalam, Adya sudah tidak senang duduk. Hatinya berdebar-debar bagaikan hendak terkeluar jantungnya. Tambah pula dia melihat rombongan keluarga Zariff telah pun tiba di perkarangan rumahnya.

"Aduhh macam ni Riana! Aku nak buat apa ni?!". Soal Adya cemas. Dia begitu anggun pagi itu dengan persalinan baju kurung pahang berona ungu muda bersama selendang berona senada. Rambutnya pula diikat sedikit dan dihias sedikit.

"Kau ni dah kenapa? Kau rileks sikit boleh tak? Bawa bertenang, tarik nafas dalam-dalam". Riana cuba menenangkan Adya yang cemas itu.

"Aku takut ni! Betul ke hari ni aku nak tunang dah? Apa aku nak buat ni?". Soal Adya yang masih lagi cemas. "Iye, hari ini kau nak tunang dah, Adya. Cuba bawa bertenang je sekarang ni. Kau cover sikit cemas kau tu. Sekarang duduk ayu-ayu gitu. Nanti kejap, kau kena keluar untuk sarung cincin pula". Panjang lebar Riana menjelaskan semuanya kepada Adya.

Adya cuba menenangkan dirinya sendiri. Tidak lama kemudian, sepupu Adya, Fira muncul di muka pintu. "Kak Dya, jom". Ajak Fira. Adya akhirnya berjalan keluar dari biliknya diiringi oleh Riana. Adya cuba membuat wajah ayunya untuk menutupi rasa gugupnya itu.

Adya mengambil tempat di atas pelamin mini itu, bersebelahan dengan ibu Zariff yakni Puan Sri Zalifah. Jantung Adya semakin laju berdetak. "Cantik bakal menantu mama ni". Ucap Puan Sri Zalifah bersama senyuman manis tatkala melihat wajah manis Adya.

Adya hanya tersipu malu tatkala dipuji begitu. Puan Sri Zalifah terus menyarungkan cincin di jari manis Adya. Adya juga lantas menyalami tangan Puan Sri Zalifah. Setapak saja lagi sebelum dirinya menjadi menantu Puan Sri Zalifah.

"Terima kasih ma, sebab sudi terima Adya yang banyak kekurangan ni. Mama doakan semuanya dipermudahkan ya?". Ucap Adya sambil mengukir senyuman manis. Puan Sri Zalifah sekadar menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

Zariff dan Daim yang berdiri di muka pintu rumah Adya memerhati saja orang-orang yang berada pada majlis tersebut. "Tengok tu, cantik kan tunang aku?". Soal Zariff sambil memeluk tubuh. Dia turut tersenyum memerhati gelagat ibunya dan tunangnya itu. Sejuk saja matanya memandang.

Daim tidak begitu melayan apa yang diucapkan oleh Zariff. Sedari tadi dia sibuk dengan rasa bahang di sekelilingnya. Wajahnya yang putih cerah juga mulai memerah.

"Eh kejap, macam kenallah perempuan tu". Ujar Daim sambil memfokuskan matanya ke arah Riana yang duduk di antara tetamu yang hadir.

"Ya, dia Riana. Kawab baik Adya". Jawab Zariff yang sudah boleh mengagak siapa yang dimaksudkan oleh Daim. "Hmm kecik je dunia ni. Balik-balik, hadap dia lagi. Menyampah". Jawab Daim.

"Kau ni masih tak puas hati lagi ke pasal tu? Benda dah lama sangat berlalu. Lagi pun kau yang salah kat situ tapi kau salahkan dia pulak". Ujar Zariff. "Tak ada makna aku yang salah. Dia yang salah, kenapa dia letak kereta dekat situ. Kau tunggulah nasib kau kali ni". Jawab Daim sambil mengumam di hujungnya.

Setelah beberapa jam, majlis akhirnya bersurai. Riana membantu mengiringi tetamu yang hadir. Ketika dia berdiri di muka pintu, Daim datang menghampiri.

Daim hanya diam saja memerhati Riana dari atas ke bawah. Riana yang menyedari itu mulai hairan. 'Apa kena pulak dia ni?', getus Riana.

"Sorry. Ada yang boleh saya tolong apa-apa ke?". Soal Riana yang masih tidak mengecam Daim. "Tak ingat I ke?". Soal Daim datar.

Lama Riana cuba mengingati di mana dia pernah bertemu dengan lelaki itu. "Oh, lelaki kerek. Awak buat apa kat sini?". Soal Riana sinis.

"Tu kawan you, tunang sepupu I". Jawab Daim ringkas. "Oh ya. Saya lupa awak sepupu Zariff kan?". Soal Riana. Dia masih lagi berusaha maniskan wajahnya agar tiada orang tahu yang mereka berseteru.

"Entah macam mana Zariff boleh terpikat dekat perempuan kampung macam tu. Dengan kawan dia sekali pun kampung". Sindir Daim lagi. Berderau darah Riana mendengar.

"Hello? Sepupu awak tu bijak sebab dia pandai menilai orang, bukan macam awak asyik nak rendahkan orang. Entah apa-apa jelah perangai!". Bidas Riana.

"Obviously, you all orang kampung kot! Tak boleh terima pula". Jawab Daim yang masih tidak mahu mengalah. "Malaslah saya layan orang kerek macam awak ni. Buang masa saya je". Jawab Riana yang malas hendak melayan Daim.

Baginya orang seperti Daim itu hanya ingin menyakiti hatinya hanya kerana dia mempunyai harta yang melimpah serta imej yang berprestij.

"Ingat, urusan kita belum selesai. You still owe with me". Ugut Daim. Riana memandang wajah Daim. "Apa yang awak tak puas hati lagi sebenarnya? Kita pernah jumpa sekali je dan itu pun untuk pertama kalinya. Awak nak suruh saya buat apa? Melutut minta maaf dekat awak?". Bidas Riana tidak puas hati.

"Yes, kalau boleh. Sebab orang macam you memang itu je levelnya". Jawab Daim. "Memang tak! Awak yang salah then awak suruh saya yang minta maaf? Saya takkan buat, sekian". Jawab Riana lantas berlalu pergi meninggalkan Daim.

Tidak kuasa dia hendak melayan sikap Daim. Boleh sakit kepalanya melayan sikap angkuh Daim. Biarlah Daim hendak berkata apa, dia tidak kisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience