Bab tigapuluhdua

Drama Completed 7961

Riana hanya duduk diam di sofa ruang tamu rumah agam tersebut. Walaupun ini bukan kali pertama dia berada di rumah agam ini dan juga bukan pertama kali bertemu dengan Puan Sri Ainnur, namun dia terasa berdebar yang teramat buat masa ini.

Tan Sri Yusran juga ada di situ, serta Daim. "Alhamdulillah. Akhirnya Daim terbuka hati untuk berkenalan dengan Riana. Kan mama dah cakap, instinct mama takkan silap. Memang Riana yang paling sepadan dengan Daim". Suara Puan Sri Ainnur memecah keheningan di tengah ruang tamu tersebut.

Daim dan Riana masing-masing hanya mampu tersenyum kecil. "Ya, Daim sedar Riana ni memang baik orangnya. Sesuai sangat untuk jadi isteri Daim". Jawab Daim sambil matanya merenung wajah Riana.

Jika dipandang betul-betul, Riana ini tidaklah begitu teruk dan buruk seperti yang difikirkan. Cantik juga dia. Tapi maaf, seorang Daim tidak akan tergugat. Dia sendiri sekarang sedang berlakon sahaja di hadapan mamanya.

"Bagus macam tu, Daim. Jadi kalau dah you all berdua sama suka, baik kita proceed ke next step kan?". Seloroh Tan Sri Yusran pula.

"Ya papa, mama. Kami berdua dah plan pun untuk next step tu. Kami plan nak tunang tak lama lagi. Then after tunang, dalam sebulan tu, kami akan terus menikah". Jawab Daim.

Riana sudah membuntangkan matanya. Sesedap rasa mulut dia je, plan itu ini tanpa bertanya persetujuannya. Apa dia fikir Riana ni patung cendana ke?

"Riana? Agaknya bila kami boleh masuk meminang Riana ni? Dah maklum pada parents Riana?". Soal Puan Sri Ainnur sambil tersenyum nipis. Walaupun begitu, wajahnya tetap kelihatan agak pucat.

Riana tiba-tiba kelu lidah untuk menjawab soalan Puan Sri Ainnur itu. Apa dia hendak jawab jika memang tiada langsung perhubungan yang wujud antara mereka berdua?

"Er...aunty..Riana....". "Riana already told her parents about relationship. Mama don't worry okey. Maybe dua minggu lagi kita boleh datang ke rumah family Riana". Belum sempat Riana menghabiskan kata-katanya, Daim pantas memotong. Dia tahu Riana sedang tergagap-gagap saat ini kerana semua perbualan ini tidak dibincangkan sama sekali dengan Riana. Jadi, supaya tidak kantoi, baik Daim yang bercakap sahaja.

Riana sudah terkulat-kulat di situ, tidak tahu hendak bereaksi apa. Nampaknya, hanya Daim sahaja yang banyak bercakap sedari tadi. Tapi memang patutlah Daim yang banyak bercakap, dah Daim langsung tidak memberitahunya apa-apa mengenai perkara ini.

"Alhamdulillah lega sangat mama mendengarnya. Terima kasih ya Riana sudi juga jadi menantu mama. Sekurang-kurangnya tercapai juga impian mama sebelum mama menutup mata". Jawab Puan Sri Ainnur bernada lirih.

"Aunty, jangan cakap macam tu. Riana tahu, aunty kuat orangnya. Walau apapun yang jadi, aunty kena terus kuat demi kami semua. Sepatutnya Riana yang kena berterima kasih sebab sudi terima Riana. Riana hargai sangat, aunty". Ucap Riana pula dengan penuh terharu.

"Lepas ni, Riana panggil mama je ya? Riana pun kan dah nak jadi menantu mama". Jawab Puan Sri Ainnur sambil tersenyum manis. "Okey sekarang jomlah kita jemput anak dengan bakal menantu kita ni menjamu selera ya?". Tan Sri Yusran pula bersuara.

"Ya betul tu bang. Jom Daim ajak Riana, kita lunch sekali. Mama masak simple je, tapi inshaallah Riana suka". Pelawa Puan Sri Ainnur. Lantas mereka berdua terlebih dahulu bangun dan meninggalkan ruang tamu.

"Awak ni memang tak reti bagitahu saya dulu eh apa yang awak plan dalam kepala otak awak tu?". Soal Riana bengang. Suaranya diperlahankan kerana bimbang didengari oleh ibu bapa Daim.

"Ala yang penting aku coverline kau kan? Lagipun kalau aku bagitau, kau mesti banyak bantah je nanti. Aku semak nak dengar kau membebel". Bidas Daim lantas turut bangun dan meninggalkan Riana berseorangan di ruang tamu.

"Sayang! Jomlah makan. Tunggu apa lagi?". Laung Daim dari kejauhan. Sengaja dia hendak mengenakan Riana. Riana sudah mengigit bibirnya tanda geram dengan sikap Daim itu. Memang layaklah Daim bergelar pelakon lelaki terbaik abad ini. Pandai betul dia berlakon di hadapan ibu bapanya.

Riana lantas perlahan bangun dan juga berlalu ke ruang makan. Ikutkan hati mahu saja dia beredar dari situ. Tidak sanggup terus menerus bersengkokol dengan Daim untuk membohongi mereka. Riana kini hanya mampu pasrah saja dengan jalan hidupnya. Entah apa lagi yang Daim rancangkan selepas ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akhirnya tiba hari di mana keluarga Daim datang ke rumah keluarga Riana bagi meminang Riana. Acara berlangsung dengan sangat ringkas dan sederhana. Ibu bapa masing-masing tampak seperti mesra dan selesa berbual sesama mereka.

Sementara itu, Riana berada di biliknya dan ditemani oleh Adya. Riana juga tampil sederhana dengan mengenakan baju kurung moden bermotif bunga timbul rona dusty pink serta tudung bawal berwarna senada. Wajahnya juga disolek ringkas namun tetap menyerlahkan kecantikannya.

"Kau dah yakin ke dengan keputusan kau ni?". Soal Adya teragak-agak. Riana menundukkan wajahnya. Dia sendiri tidak tahu sama ada ini yang terbaik untuknya atau tidak.

"Aku pun tak pasti, Adya. Aku sekarang hanya pasrah dan serahkan semua pada Allah". Jawab Riana lembut. "Kau jangan pasrah sangat macam ni, Riana. Ni soal masa depan kau. Aku tak nak, kawan aku ni sakit lagi". Jawab Adya.

"Aku bukan tak nak support kau. Aku cuma tak nak kau paksa diri kau terima Daim. Aku tahu korang berdua tak ada perasaan antara satu sama lain kan?". Sambung Adya lagi.

"Ya kita orang memang tak saling mencintai tapi..aku tak nak kecewakan harapan aunty Ainnur. Ditambah pula aunty Ainnur tengah sakit sekarang ni". Jawab Riana meleret. "Tapi...aku risau pasal kau. Aku tak nak benda sama terulang lagi". Jawab Adya. Riana hanya memandang wajah Adya. Dia faham akan maksud Adya itu.

Akhirnya, Daim dan keluarga beransur pulang setelah hampir sejam berada di kediaman keluarga Riana. Tiba di pagar luar, Daim memandang lagi sekali ke arah rumah keluarga Riana. Dia tidak menyangka bahawa rumah keluarga Riana agak mewah dan elegan.

"Alhamdulillah beberapa langkah je lagi Daim sebelum Riana nak jadi isteri kamu". Ujar Puan Sri Ainnur ketika mereka berada di dalam kenderaan yang dipandu oleh pemandu peribadi mereka. Daim hanya tersenyum kecil.

Dia dapat lihat sinar kebahagiaan terpancar begitu jelas di wajah mamanya saat ini. Walaupun wajah Puan Sri Ainnur agak pucat dan kesihatannya juga tidak begitu baik, namun kelihatan beliau gembira saat ini.

Daim agak lega melihat mamanya begitu. Walaupun semua ini berlaku bukan atas kemahuannya, namun sekurang-kurangnya mampu menggembirakan hati mamanya dan itu sudah cukup buat Daim.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mellina membukakan pintu buat Khaleel yang datang menjenguk dirinya petang itu. Sudah beberapa bulan dan Mellina masih lagi tinggal di kondominium milik Khaleel. Sebenarnya Mellina sudah menemukan sebuah bilik sewa tidak jauh daripada situ namun Khaleel berkeras untuk tidak membenarkan Mellina keluar daripada situ dengan alasan supaya mudah untuk Khaleel melawatnya.

Mellina terpaksa akur dengan kehendak Khaleel itu. Baginya, buat masa sekarang hanya Khaleel sahaja yang mengambil berat mengenai dirinya.

Dia juga tidak pernah lagi menghubungi ibunya sejak pemergiannya daripada rumah. Memang dia sengaja berbuat begitu. Malas dia hendak serabutkan kepala mendengar leteran ibunya kelak.

"Awal awak datang harini. Tak ada case ke pagi ni?". Soal Mellina. Jam baru menunjukkan pukul 9:30 pagi dan Khaleel sudah berada di situ. "Pagi ni saya tak ada appointment dengan patients. So, saya nak spend time dengan awaklah". Jawab Khaleel.

Dia membawa sebuah beg kertas berisi sarapan untuk mereka berdua. Mellina hanya mengangguk faham. Hari ini dia pun bekerja namun masuk agak lewat. Sebab itu dia masih berada di rumah pada jam begini.

"Awak ni selalu bawa breakfast macam ni.. Sampai naik segan saya nak makan. Saya rasa awak dah provide saya banyak benda tau". Ujar Mellina perlahan. Dia segan sebenarnya kerana Khaleel begitu baik terhadap dirinya.

Khaleel hanya diam sambil tersenyum kecil. Dia ralit mengeluarkan nasi lemak daripada beg kertas yang dibawanya tadi. "Kenapa nak segan? Kan saya cakap saya nak jaga awak, so macam nilah caranya. Semua ni saya buat untuk awak je, sayang". Jawab Khaleel sambil memandang dalam wajah Mellina.

Mellina sedikit tersentak mendengar perkataan terakhir Khaleel itu. Sayang? Dia tidak salah dengar kan? Khaleel ni sedang mengigau ke?

Mellina tidak menjawab sebaliknya terus berlalu ke dapur untuk mengambil utensil. Wajahnya sedikit memerah kerana segan mendengar perkataan Khaleel tadi. Tanpa disedarinya, Khaleel mengikuti langkah Mellina dari belakang.

"Saya tahu awak mesti ingat saya salah cakap kan? Tak. Saya tak salah cakap. I meant what I said". Sambung Khaleel lagi sambil berjalan menghampiri Mellina. Mellina sudah menelan air liurnya. Dia agak risau melihat Khaleel yang terus berjalan menghampirinya. Apa Khaleel sudah hilang akal ke?

"Saya suka awak, Mellina. Dah lama pun. Cuma saya tak mampu nak bagitahu awak. And now..its the time. Saya nak jaga awak selalu, selalu ada dengan awak, teman awak di saat susah dan senang". Ucap Khaleel perlahan.

Dia kini berada tepat di hadapan Mellina. Begitu dekat jarak antara mereka sehingga dia mendengar nafas Mellina. Kedua tangannya memegang tepi meja sinki, mengunci Mellina daripada lari.

Jantung Mellina berdegup laju melihat sikap Khaleel itu. Dia tahu, dia bukannya perempuan yang baik, namun dia tidak akan merelakan sekiranya Khaleel hendak berbuat perkara yang tidak baik terhadap dirinya. Dia hanya mampu memejamkan matanya sahaja kerana tidak mampu untuk terus menatap wajah Khaleel lama-lama.

"Dah, jom makan". Ujar Khaleel lantas berlalu pergi meninggalkan Mellina. Mellina membuka semula matanya. Aik, macam tu je dia pergi? Cepat betul berubah mood.

Namun Mellina bersyukur kerana Khaleel masih tidak berbuat perkara yang tidak baik itu. Risau dia melihat Khaleel tiba-tiba begitu terhadapnya. Mellina mulai terasa janggal selepas kejadian tadi.

Bersungguhkah apa yang dikatakan oleh Khaleel tadi? Khaleel menyukai dirinya? Seorang gadis yang sedang bertarung nyawa dengan kanser? Tetapi jika dari cara Khaleel bercakap tadi tiada langsung tanda Khaleel sedang bergurau.

Tetapi jika benar Khaleel menyimpan perasaan terhadapnya dia sendiri tidak tahu dia perlu menerima Khaleel dalam hidupnya atau tidak. Sejujurnya dia masih belum boleh melupakan Daim.

Seteruk mana pun dirinya dihina oleh Daim, masih Daim juga yang berada dalam hati dan ingatannya. Dia sendiri masih berharap, Daim akan datang menemuinya dan menyambung semula hubungan mereka yang telah terputus.

Namun, semua itu hanya mimpi sahaja kerana Daim bakal bertunang dengan Riana tidak lama lagi dan Mellina masih belum mengetahui tentang hal ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daim melihat jam di pergelangan tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Ini bermakna dia perlu beransur pulang ke rumah. Semenjak dia mengetahui mamanya kurang sihat, dia selalu balik kerja tepat waktu dan meluangkan masa bersama ibunya. Ini semua kerana dia tidak mahu ibunya berada sedih dan teringat akan penyakitnya.

Baru sahaja dia hendak melangkahkan kaki berjalan menuju ke keretanya, dia hampir sahaja berlanggar dengan Mellina yang entah dari mana arahnya.

"Mel?". Tegur Daim. Mellina juga kelihatannya agak kaget dengan kehadiran Daim disitu. "Daim?". Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Mellina. Dia tidak berniat pun untuk lalu di situ dan terserempak dengan Daim.

"Kau buat apa kat sini? Sengaja nak jumpa aku?". Soal Daim dengan angkuhnya. "Mana ada. I memang nak pergi block sebelah sanalah". Jawab Mellina.

"Ala tak payah tipulah. Aku tahu perempuan macam kau ni. Masih nak pay attention aku kan? Apa kau fikir aku akan tertarik balik dengan kau?". Bidas Daim. "Kenapa eh you benci I sangat, Daim? Apa yang I buat tu terlalu teruk ke?". Soal Mellina pula.

"Yes ofcourse! Memang teruk pun. Kau tipu aku hidup-hidup, kau cakap kau anak orang kaya padahal kenyataannya kau miskin kan? Lepas tu ada hati nak on relay dengan aku. Tak sedar diri langsung!". Hinaan demi hinaan terus meniti di bibir Daim. Jiwa Mellina pula terus terguris mendengar hinaan Daim itu.

Enough Daim! Cukuplah you hina I, I pun dah sedar silap I tu". Jawab Mellina bernada lirih. "Sebab memang hinaan je yang layak dengan kau. Oh ya by the way, aku akan bertunang next week ni. So harap kau stop ganggu aku lagi". Ujar Daim.

"Tunang...? Secepat itu you jumpa pengganti I, Daim?". Soal Mellina tersekat-sekat. Air mata mulai turun di pipinya. "Yes! Orang macam I memang cepat jumpa pengganti. I petik jari je, ramailah perempuan nak ke I". Jawab Daim dengan penuh rasa bangga.

"So I harap you stop kejar I lagi okey?". Sambung Daim lagi sebelum berlalu pergi bersama senyum sinisnya. Mellina sudah mengenggam tangannya.

Sudah cukuplah dia dihina oleh Daim. Kini, dia membalas dendam atas semua hinaan Daim. Dia akan pastikan hidup Daim takkan bahagia, ditambah lagi bersama tunangnya itu. Takkan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience