Bab limapuluh

Drama Completed 7961

Daim memeluk erat tubuh Tan Sri Yusran ketika mereka tiba di hadapan balai berlepas. Air mata mula bertakung di tubir mata Daim tatkala mengenangkan akan berjauhan dengan papanya selepas ini.

Tan Sri Yusran membuat keputusan untuk menetap di tanah Arab sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah. Selain itu, Tan Sri Yusran tidak mahu terus dibayangi oleh bayangan isterinya jika dia terus tinggal di rumah agam tersebut.

Keputusan itu sebenarnya ditegah oleh Daim namun Tan Sri Yusran tetap berkeras untuk berhijrah ke sana kerana pada hujung usianya yang dicari hanyalah pahala sebanyak yang mungkin.

"Papa jaga diri baik-baik dekat sana ya? Tolong jangan lupa update keadaan papa dekat sana ya?". Pesan Daim sambil menahan sebaknya.

"Ya, Daim. Papa takkan lupa semua tu. Percayalah cakap papa ni, papa akan lebih tenang berada di sana. Inshaallah nanti kalau Riana dah nak bersalin, papa akan balik Malaysia untuk tengok cucu papa". Jawab Tan Sri Yusran sambil tersenyum sebaris.

Riana juga turut tersenyum sambil mengusap lembut perutnya yang kini kandungannya telah mencecah 7 bulan. Agak mengah juga dirinya sekarang kerana perlu membawa perut yang besar ke mana pun dia pergi. Tetapi demi anak yang dinantikan, Riana rela malah menikmati momen-momen indah ini.

"Papa jangan lupa balik Malaysia tau untuk tengok cucu papa ni. Nanti merajuk pulak baby kalau tak jumpa atuk dia". Jawab Riana sambil tergelak kecil.

"Inshaallah papa takkan lupa. Daim dan Riana tu, jaga diri baik-baik ya. Jangan bergaduh selalu, korang berdua kena saling menjaga antara satu sama lain tau". Pesan Tan Sri Yusran lagi.

"Baik pa. Daim akan selalu jaga Riana, takkan pernah siakan dia. Papa jangan risau tu". Jawab Daim penuh yakin.

Daim akhirnya memeluk tubuh papanya sekali lagi kemudian menyalami tangan tua Tan Sri Yusran. Ikutkan hati dia tidak mahu Tan Sri Yusran pergi jauh darinya namun ini sudah keputusan Tan Sri Yusran sendiri.

Walau Daim membantah, papanya itu tetap akan pendiriannya. Akhirnya Daim terpaksa akur dengan keputusan beliau dan hanya mampu mendoakan kekuatan, kesihatan serta keselamatan Tan Sri Yusran ketika berada di sana.

Sebaik kelibat Tan Sri Yusran telah hilang selepas memasuki pintu di balai berlepas tersebut, Daim dan Riana mula mengatur langkah meninggalkan KLIA.

"Awak larat jalan tak ni?". Soal Daim yang agak bimbang melihat Riana yang agak mengah itu. "Saya okey je, awak janganlah risau". Jawab Riana.

"Kalau awak penat, saya dukung awak. Boleh?". Soal Daim. "Eh tak payahlah. Malulah saya". Jawab Riana bersama pipinya yang memerah.

"Kenapa awak nak malu? Saya suami awak kot. Lagi pun awak tu kan pregnant, mestilah penat berjalan". Jawab Daim. "Bukan macam tu. Nanti apa pula orang cakap. Ingat saya ni sengaja nak buli suami saya ni pulak! Lagi pun awak larat ke nak dukung saya? Awak kena dukung dua orang tau". Jawab Riana panjang lebar.

"Tak apa, dua orang pun saya sanggup. Semua demi awak, sayang". Jawab Daim separa berbisik. Inilah kali pertama Daim memanggilnya sayang.

Pipi Riana mulai memerah kerana malu dipanggil begitu. Dia lantas memaut erat lengan Daim bersama senyuman lebarnya. Siapa sangka, yang dulunya lelaki paling bongkak dan sombong kini boleh jadi semanis dan sebaik itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Loceng rumah agam tersebut berbunyi tanda ada orang yang menekannya. Daim dan Riana yang ketika itu sedang duduk santai di ruang tamu mula tertanya. Sudah malam begini, siapa pula yang datang ke rumah?

"Siapa pula datang tu? Awak ada jemput siapa-siapa ke?". Soal Riana kepada Daim. "Tak ada pula saya jemput siapa-siapa. Dah malam macam ni. Kejap saya intai". Jawab Daim lantas bangun ke arah tingkap untuk melihat empunya tuan yang menekan loceng rumah mereka.

Daim melihat ada seorang wanita lengkap bertudung serta membawa sebuah beg pakaian sedang berdiri di luar pagar rumah mereka. Daim sudah mengerutkan dahinya. Siapa pula itu?

"Awak, ada perempuan dekat luar tu. Cuba awak tengok, awak kenal ke?". Soal Daim lantas meminta Riana untuk melihat juga ke arah tingkap.

"Tak kenal. Siapa tu?". Soal Riana semula sambil menggelengkan kepalanya. Riana cepat-cepat mencapai tudungnya. Bersedia saja.

Loceng rumah berbunyi lagi. Daim masih ragu-ragu lagi untuk membuka pintu untuk tetamu yang tidak mereka kenali itu. Risau juga jika itu merupakan modus operandi daripada perompak. Sudahlah dengan keadaan Riana yang sedang hamil, dia tidak mahu membahayakan keselamatan mereka.

"Dia tekan loceng banyak kali tu. Jomlah kita cuba jenguk dan tanya dia cari siapa. Mungkin dia tersalah rumah". Ujar Riana kerana agak rimas mendengar bunyi loceng yang berterusan itu.

"Tak naklah saya. Risaulah. Mana tahu tu taktik perompak ke. Sekarang ni dahlah musim perompak tengah panas macam ni". Bantah Daim. "Awak, kita tanya dia dekat pagar luar tu je. Inshaallah tak ada apa". Jawab Riana yang masih yakin tiada apa akan berlaku.

Daim mahu tidak mahu terpaksa akur dengan permintaan Riana itu dan lantas mereka berdua berjalan keluar ke arah pagar. Suasana sekeliling sudah agak sunyi walaupun baru pukul 8 malam.

"Ya, cari siapa?". Soal Daim tatkala mereka berdua sudah sampai di pagar rumah mereka. Di sebalik pagar, ada seorang wanita yang memakain jubah serta bertudung dengan membawa beg pakaiannya. Umurnya dalam lingkungan 30-an, teka mereka berdua.

"Awak ni Daim Emiir ke?". Soal wanita tadi sambil tersenyum nipis. "Ya betul. Awak siapa? Kenapa cari saya?". Soal Daim bertalu-talu.

"Daim, ni akak. Akak, kakak kandung Daim". Jawapan daripada wanita itu membuatkan Daim dan Riana tersentak. Kakak kandung Daim?

"Kakak kandung? Maaf, setahu saya kakak kandung saya dah meninggal. Awak jangan cuba nak tipu sayalah". Jawab Daim tegas. Dia bimbang sekiranya itu hanyalah modus operandi untuk kes rompakan.

"Ya Daim. Panjang ceritanya kalau akak nak ceritakan. Akaklah satu-satunya ahli keluarga yang awak ada. Cuma semuanya dirahsiakan selama ni". Jelas wanita itu.

Daim dan Riana sudah saling berpandangan. Rasa ragu-ragu mula muncul dalam hati. Datang pada waktu malam lalu mengaku sebagai kakak kandung Daim?

"Percayalah cakap akak ni, Daim. Tak mungkin akak nak tipu untuk benda macam ni". Wanita tersebut bersuara lagi ketika melihat Daim dan Riana terdiam tidak membalas apa-apa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akhirnya, Daim dan Riana membenarkan wanita tersebut untuk masuk ke rumah, bagi menjelaskan semua kekusutan yang baru terjadi. Daim dan Riana cuma berharap wanita ini tidak mempunyai niat tidak baik terhadap mereka.

Riana meminta diri untuk mengambil air terlebih dahulu buat tetamu tidak diundang mereka itu. Tidak lama kemudian Riana datang semula bersama dua buah mug berisi air coklat panas.

"Sekarang ni, cuba awak jelaskan, apa dah jadi sebenarnya? Kenapa awak cakap, awak kakak kandung saya?". Dan siapa nama awak?". Daim terus mendesak wanita itu untuk menerangkan segalanya.

"Nama akak, Dayyini. Akak dah lama sangat cuba cari Daim, tapi akak tak tahu kat mana Daim berada. Akhirnya, akak dapat jumpa Daim. Akak bersyukur sangat". Ujar Dayyini.

"Kalau Daim nak tahu, lepas accident tu, kita berdua sebenarnya dihantar ke rumah kebajikan. Cuma masa tu, hanya Daim je yang diambil sebagai anak angkat dengan keluarga kaya tu". Sambung Dayyini lagi.

"Akak merayu sangat dengan penjaga kita dekat rumah kebajikan tu supaya dia orang tak benarkan Daim diambil dengan keluarga angkat Daim. Tapi apalah daya akak, dia orang tak hiraukan pun permintaan akak".

"Akhirnya, Daim diambil dengan keluarga orang kaya tu dan akak terpisah daripada Daim dan membesar dekat rumah kebajikan. Cukup umur 18, akak keluar dari rumah kebajikan tu dan cuba untuk cari Daim". Cerita Dayyini lagi.

"Apa bukti memang awak ni kakak kandung saya?". Soal Daim lagi. Dia masih lagi ragu walaupun selepas mendengar cerita Dayyini itu.

Dayyini tidak bersuara apa-apa sebaliknya menunjukkan beberapa keping gambar sewaktu mereka kecil. Daim menatap lama gambar tersebut.

"Sekarang Daim percaya kan? Tak mungkin akak nak tipu Daim. Tak ada gunanya pun. Lebih 10 tahun akak cari Daim ke sana sini, alhamdulillah akhirnya akak dapat jumpa Daim juga". Jawab Dayyini bernada sebak.

"Jadi selama ni akak masih hidup? Mati-mati Daim ingat akak dah tak ada. Kenapa rumah kebajikan tu kata semua family Daim dah tak masa dalam kemalangan tu?". Soal Daim yang masih lagi tidak mengerti.

"Akak rasa rumah kebajikan tu memang sengaja nak pisahkan kita, Daim". Jawab Dayyini. "Akak selama ni dekat mana?". Soal Daim yang mulai mempercayai Dayyini itu sebagai kakak kandungnya.

"Lepas keluar dari rumah kebajikan tu, akak cuba bina hidup sendiri dekat luar. Tapi ramai susah nak terima orang sebatang kara macam akak. Macam sekarang ni pun, akak dah tak ada tempat tinggal. Akak dah kena halau dari rumah sewa akak". Jawab Dayyini dengan wajah sugulnya.

Daim mula berasa simpati dengan nasib Dayyini itu. Dia mula berkira-kira untuk menempatkan Dayyini di rumahnya memandangkan Dayyini itu pun bukan orang lain, melainkan kakak kandungnya sendiri.

"Maafkan Daim ya kak sebab dah biarkan akak sengsara dekat luar tu. Daim sendiri pun baru tahu tentang kebenaran Daim ni hanya anak angkat pun baru-baru ni je. Daim masih tak sangka yang akak masih hidup". Ujar Daim panjang lebar.

"Tak apa Daim. Akak tak pernah salahkan Daim pun. Daim memang tak ingat sangat apa yang jadi waktu kemalangan tu sebab Daim pun kecil lagi kan. Apa yang penting sekarang, akak bersyukur sangat dapat jumpa Daim, adik akak". Jawab Dayyini diringi rasa sebaknya.

"Macam tu, akak tinggallah dengan Daim. Oh lupa pula, ni isteri Daim kak, Riana". Daim memperkenalkan Riana yang duduk di sebelah kepada Dayyini.

"Alhamdulillah, Daim dah berkahwin rupanya. Akak tumpang gembira ya untuk kamu berdua". Jawab Dayyini sambil tersenyum manis melihat Daim dan Dayyini.

Riana juga turut tersenyum kecil namun jauh di sudut hatinya dia terasa walang dengan kehadiran Dayyini. Seolah-olah Dayyini merancangkan sesuatu namun tidak tahu apa.

"Akak tinggal dekat sini dengan Riana ya? Sambil-sambil boleh juga akak tolong tengok-tengokkan Riana ni". Putus Daim. Riana sendiri pun sudah tidak bekerja lagiatas permintaan Daim. Daim bimbang jika kandungan Riana akan terjejas jika Riana stress bekerja. Jadi sekarang Riana sekali sekala keluar untuk menguruskan restoran milik keluarganya itu.

"Betul ke ni, Daim? Akak seganlah macam ni. Macam menyusahkan Daim dan Riana pula". Jawab Dayyini segan. "Nak segan apa kak? Kita kan adik beradik. Memang dah jadi tanggungjawab Daim untuk jaga akak sekarang ni". Jawab Daim penuh yakin.

"Alhamdulillah, terima kasih Daim. Akak sayang Daim". Ucap Dayyini terharu. Daim sekadar menguntumkan senyum nipis. Dalam hatinya dia bersyukur kerana akhirnya dia dipertemukan semula dengan kakak kandungnya yang disangkakan telah pergi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sudah hampir seminggu Dayyini tinggal bersama mereka. Dayyini sendiri masih belum mempunyai pekerjaan dan mengharapkan untuk kerja di syarikat milik Daim.

Hampir seminggu juga, Dayyini sering melekat bersama Daim. Dayyini sepertinya ingin meluahkan semua kerinduan selama dia tidak dapat berjumpa dengan adiknya itu.

Riana sebenarnya agak sangsi melihat setiap gerak geri Dayyini selama dia berada di rumah itu. Hampir setiap pagi, Dayyini menggantikan tugasnya menyediakan sarapan pagi buat Daim walaupun Riana bangun awal untuk menyediakan sarapan.

Dayyini berkeras untuk menyediakannya kerana dia ingin memberikan kasih sayang kepada adiknya itu. Riana terpaksa akur namun jauh di sudut hati dia agak hampa kerana tugasnya itu diambil alih oleh Dayyini.

Petang itu, Riana menyediakan menu makan malam mereka seperti kebiasannya. Cadangnya dia hendak memasak ikan siakap tiga rasa bersama sayur kubis tumis. Ringkas saja kerana Riana sendiri pun merasa kurang sihat hari itu.

"Ehem, Riana masak apa tu?". Tegur Dayyini dari arah belakang Riana. Riana menoleh untuk melihat kelibat Dayyini. Namun sebaik saja menoleh, Riana agak terkejut melihat penampilan Dayyini. Dayyini hanya memakai seluar pendek ketat atas lutut serta tshirt ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya.

Riana pula yang jadi malu melihat pakaian Dayyini itu kerana walaupun Daim itu suaminya, dia tidak pernah berpakaian terlalu seksi begitu di rumah.

"Oh, Riana ingat nak masak ikan siakap tiga rasa dengan sayur kubis. Akak nak makan apa-apa yang lain ke?". Soal Riana sambil matanya tidak lepas memandang pakaian Dayyini itu.

"Eh tak adalah. Akak makan je apa yang Riana masak. Daim mana?". Soal Dayyini. "Ada dekat bilik. Nanti kalau dinner dah siap, dia mesti akan turun". Jawab Riana sambil menyambung memotong bahan-bahan untuk ditumis.

"Oh I see. Okeylah tak apa, akak masuk bilik jap lah". Pamit Dayyini lantas berlalu pergi meninggalkan Riana berseorangan.

Riana sudah menyengetkan mulutnya. 'Ingatkan datang nak tolong!'. Rungut Riana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience