Zariff dan Adya berpegangan tangan sambil berjalan di pesisir pantai. Sesekali rambut panjang Adya yang dilepas begitu sahaja ditiup angin. Mereka berhenti dan berdiri di tepi pesisir pantai.
"Sayang, abang ada soalan nak tanya awak ni". Zariff bersuara menyoal isterinya itu. Adya mendongak sedikit untuk memandang wajah Zariff. Dia menanti soalan daripada mulut suaminya.
"Sepanjang sayang bergelar isteri abang, pernah tak sayang menyesal kahwin dengan abang?". Soal Zariff sambil memandang wajah Adya. Dia juga menantikan sebuah jawapan dari isterinya itu.
"Bang, tak pernah terlintas sekali pun dalam fikiran dan hati sayang, menyesal menikah dengan abang. Malahan sayang bersyukur sangat, abang sudi terima kekurangan dan kelebihan diri sayang". Jawab Adya tulus.
Zariff mengukir senyuman manis mendengar jawapan Adya itu. Dia dapat rasakan jawapan itu paling tulus dari hati Adya. "Kenapa abang tanya? Abang menyesal menikah dengan sayang ke?". Soal Adya bertubi-tubi.
Zariff lantas memeluk bahu Adya. "Abang ni orang paling bertuah dapat kenal sayang tau tak? Abang bersyukur dapat kenal sayang, dapat jadikan sayang ni sebagai isteri abang. Terima kasih sayang sebab sudi terima abang". Ucap Zariff.
Adya tersenyum manis mendengar kata-kata Zariff itu. Memang mulut manis, Zariff ni!
"Abang, saya sebenarnya ada surprise nak tunjuk abang". Ujar Adya bersama senyumannya yang masih tersisa. "Apa dia tu?". Soal Zariff ingin tahu. "Tapi abang tutup mata dulu". Arah Adya dan Zariff hanya akur mengikuti arahan Adya itu.
Adya lantas mengeluarkan sesuatu dari sling beg yang dipakainya. Dia mengenggam objek tersebut dan membuka genggaman tangannya di hadapan wajah Zariff.
"Tahniah bang!". Ucap Adya membuatkan Zariff membuka matanya perlahan-lahan. Zariff tergamam ketika melihat testpack yang dipegang oleh Adya menunjukkan simbol positive.
"Sayang betul ke ni?". Soal Zariff yang masih tidak mempercayai perkara tersebut. "Betul sayang. Ada baby dalam perut sayang ni. Tanda cinta kita". Jawab Adya sambil mengusap lembut perutnya yang masih kempis.
"Ya allah, syukur alhamdulillah. Terima kasih sayang". Ucap Zariff lantas memeluk erat isterinya itu. Adya juga turut memanjatkan kesyukuran atas titipan-Nya ini.
8 bulan mereka menikah dan akhirnya mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Zariff dan Adya sudah membayangkan bagaimana mereka jika sudah bergelar ibu dan bapa suatu hari nanti. Pasti keluarga kecil mereka akan lebih meriah dengan kehadiran cahaya mata mereka.
"Abang, sayang cuma nak pesan satu je. Kalau ada apa-apa jadi pada sayang, tolong jaga anak kita ni baik-baik ya bang?". Pesan Adya. "Apa sayang cakap ni? Kita berdua akan sama-sama jaga anak kita ni. Sayang jangan cakap macam tu lagi lepas ni!". Tegah Zariff tegas.
"Sayang bagitahu je. Manalah tau....". "Apa? Diam sayang, jangan cakap apa-apa yang buat abang sakit hati". Belum sempat Adya menghabiskan katanya, Zariff pantas memotong. Dia menjeling kecil kepada Adya.
Dia lantas memeluk bahu Adya dan mereka berdua berjalan menuju ke homestay mereka. Adya berasa tenang bila berada dekat dengan Zariff. Terasa seperti Zariff adalah pelindung buat dirinya. Dia berdoa semoga perkahwinannya dengan Zariff akan berkekalan dan bahagia hingga ke anak cucu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mellina duduk dan bersandar di sofa rumah sewanya. Ya, dia baru sahaja menyewa di rumah ini. Malam pada kejadian dia bergaduh besar dengan Khaleel di kafe itu, dia segera mengemas semua pakaiannya dan bergegas keluar dari kondominium Khaleel.
Kini, dia terasa lebih tenang tanpa Khaleel mengetahui keberadaannya. Dia menalakan pandangan matanya ke arah kipas syiling yang terus berputar. Fikirannya juga melayang-layang entah ke mana-mana.
Dia lantas mengambil telefon bimbitnya dan saja-saja dia scroll sosial media, Instagramnya. Baru beberapa minit scroll, matanya terbuntang luas melihat apa yang terpapar di skrin telefon bimbitnya. Dadanya mulai berombak dan nafasnya juga mulai turun dan naik.
'Walimatulurus Daim Emiir dan Riana Suffiyah'
Jantungnya berdegup kencang membaca kapsyen pada kad jemputan yang dimuatnaik oleh Puan Sri Yasmin. Mellina melihat tarikh yang tertera di situ, hanya tinggal tempoh seminggu sahaja lagi sebelum tibanya hari pernikahan Daim dan Riana.
Dia menyangka Daim hanya sekadar omong kosong semasa mereka terserempak tempoh hari. Ternyata itu semua adalah benar. Apa yang Daim katakan itu adalah perkara serius.
Mellina melihat gambar mereka berdua yang turut tertera di kad jemputan tersebut. Dia memandang lama wajah Riana yang tersenyum di samping Daim. Dia mengetapkan giginya tanda menahan amarah. Dia tidak boleh membiarkan perempuan itu bahagia bersama Daim.
Dia lantas menutup sosial medianya kembali. Mellina merasakan inilah saat yang sesuai untuk dia menjalankan rancangannya yang telah lama disimpan. Cuma, dia memerlukan seseorang untuk menjayakan rancangannya.
Mellina lantas mencari nombor seseorang di kenalan telefonnya, lantas dia terus mendail nombor tersebut.
"Hello, Sally ke ni?". Soal Mellina mesra ketika panggilan sudah dijawab oleh orang di dalam talian. "Yes, this is Sally. Who is this?". Soal wanita yang dipanggil Sally.
"Ingat aku lagi tak, Mellina?". Soal Mellina lagi. "Mellina...?". Meleret nada suara Sally tanda dia cuba mengingat kembali siapa Mellina.
"Oh ya! Mellina kelas 5 Amanah dulu tu kan? Yang acah-acah baik je tu kan?". Soal Sally lantas diiringi oleh tawanya. Mellina hanya menjeling mendengar ejekan Sally itu.
Sally atau Saleha merupakan rakan sekolahnya dulu namun mereka tidak pernah sama kelas. Sally kelas 5 Intergriti, manakal Mellina 5 Amanah. Sally merupakan pelajar yang mempunyai masalah disiplin sewaktu di sekolah dulu. Pernah digantung sekolah dan hampir dibuang sekolah. Namun sikapnya masih juga begitu, tiada serik.
Mereka berdua boleh berkenalan disebabkan suatu hari Mellina melihat Sally sedang berpelukan dengan seorang pelajar lelaki yang merupakan boyfriendnya dia belakang sekolah. Mellina yang melihat itu, segera ingin melaporkan kepada guru disiplin namun ditahan oleh Sally.
Sally berjanji untuk belanja sahaja apa yang Mellina hendak makan di kantin sekolah asalkan dia tidak melaporkan hal tersebut kepada guru disiplin. Namun dalam masa yang sama, Sally sering juga mengugut dan mengejek Mellina selepas kejadian tersebut.
Hari ini, Mellina menghubungi Sally kembali setelah sekian lama dia tidak bertanya khabar dengan Sally. Dia merasakan Sally orang yang paling sesuai untuk membantunya dalam rancangannya ini.
"Whateverlah Sally, kau nak kata apa pun. Aku tak kesah langsung! Tujuan aku call kau ni sebab aku nak minta tolong kau je. Sebab aku rasa kau je satu-satunya manusia yang paling sesuai untuk tolong aku". Jelas Mellina.
"Tolong? Kau ni kelakarlah Mel. Dari dulu tak pernah berubah. Masih lagi mengharapkan aku kan?". Sindir Sally. "Tak. Aku tak harapkan kau. Cuma aku tahu tahap jahat kau macam mana sebab tu aku yakin kau boleh jayakan plan aku". Jawab Mellina bersahaja.
"Plan apa kau nak buat? Dahsyat mana plan kau ni?". Soal Sally bertubi-tubi. "Kau sekarang dah jadi boss kan? Kau mesti ada anak-anak buah yang kerja dengan kau? Kau ajak dia orang sekali join dalam plan aku ni". Ujar Mellina.
"Oh jadi kau taulah aku ada bussiness apa kan?". Soal Sally pula sambil senyum tersungging. Dia tidak menduga Mellina tahu tentang 'perniagaan' yang dia usahakan. Perniagaan jual beli maruah.
"Apa je aku tak tahu, Sally. Kau ingat aku bodo-bodo macam dulu ke?". Sindir Mellina pula. "Aku malas nak cakap banyak dengan kau, aku cuma nak kau suruh anak buah kau kenakan sorang manusia ni". Sambung Mellina lagi.
"Sebelum kau sambung cerita ke aku pasal plan kau, apa reward yang aku akan dapat?". Soal Sally. "Kau nak apa?". Soal Mellina yang faham akan maksud Sally itu. "No money no talk lah Mel!". Jawab Sally berkias.
"Nak berapa?". Soal Mellina. "10 ribu, agak-agak kau ada ke? Kan kau cakap kau bukan macam yang dulu. So aku assume kau dah kaya jutawanlah kot sekarang. Siap nak ajak aku sekali untuk join plan kau ni". Jawab Sally.
Mellina terdiam seketika mendengar amaun yang disebut oleh Sally. 10 ribu? Mana dia nak cari duit sebanyak itu? Dia bukannya ada duit sebanyak itu.
"Boleh ke tak? Kalau tak, sorrylah i am not interested to join". Sambung Sally lagi. "Okey fine! Aku akan bagi 10 ribu lepas kerja kau siap". Putus Mellina. Dia terpaksa bersetuju asalkan rancangannya boleh berjalan dengan baik.
Soal duit tahulah dia hendak cari di mana. Pandai-pandailah dia memikirkannya nanti.
"Good. Macam tu lah yang aku suka. So, apa plan kau?". Soal Sally penuh minat selepas mengetahui dia bakal menerima duit sebanyak itu. Mellina terus memberitahu mengenai rancangannya. Apakah rancangan Mellina sebenarnya? Yang pasti rancangan untuk menghancurkan hidup Daim.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terkumat kamit mulut Riana melafaz selawat dan zikir. Hatinya terasa berdebar saat ini. Hari ini dia akan akan menjadi isteri kepada Daim. Udara sekeliling terasa bahang walhal dia berada dalam bilik yang ada penghawa dingin.
Dulu, sewaktu dia menikah dengan Faiq, perasaannya tidaklah begini. Tidak begitu berdebar seperti sekarang. Sekarang, entah mengapa dia begitu berdebar untuk menjadi isteri orang buat kali kedua. Padahal beberapa hari sebelum hari pernikahannya, dia sudah membuat istikharah dan jawapannya Riana perlu pasrah dan redha dengan segala keputusannya ini.
Riana melihat dirinya sendiri di cermin. Dia mengenakan baju kurung satin berona putih serta selendang berona senada dan veil. Ringkas sahaja penampilannya. Wajahnya juga dirias ringkas membuatkan kecantikannya makin terserlah.
Pintu biliknya dibuka dari luar dan terlihat kelibat Adya masuk. "Riana, kau okey tak ni?". Soal Adya kerana melihat Riana seperti tidak tenang. "Aku takut. Betul ke keputusan aku ni?". Soal Riana meluahkan keresahannya.
"Riana. Hari ni kau dah nak menikah tau! Tak ada makna keputusan kau tak betul. Kau dah buat istikharah kan? Inshaallah, kau dah buat keputusan yang tepat". Nasihat Adya.
Riana mengangguk kecil. Dia cuba menenangkan dirinya sendiri. Dia perlu yakin dengan keputusannya. "Dah jom kita gerak sekarang". Ajak Adya. Daim dan Riana akan menikah di kediaman keluarga Daim. Oleh sebab itu, mereka perlu bergerak ke sana.
Riana akur dengan ajakan Adya itu. Dengan langkah yang lemah, dia terpaksa berjalan mengikuti Adya menuruni tangga di rumahnya.
Di ruang tamu rumahnya ada ibu bapa Riana dan beberapa orang saudara dari belah Riana. Riana dapat lihat dengan jelas ada beberapa orang wanita berusia lingkungan 60-an, memandang ke arahnya sambil berbisik sesama sendiri.
"Cantiknya anak mama ni. Mama tak sangka, Riana nak menikah lagi dah. Mama harap pernikahan Riana ni berkekalan hingga ke akhirnya ya sayang. Mama nak tengok Riana bahagia sentiasa dengan suami Riana". Ucap Puan Sarah terharu.
Beliau lantas memeluk tubuh anak perempuannya itu. Walaupun hubungan Riana dan ibu bapa tidak begitu akrab namun Puan Sarah tetap mendoakan yang terbaik buat anak semata wayangnya itu.
"Terima kasih ma. Riana minta maaf sebab Riana jarang jumpa mama dengan papa. Mama doakan Riana ya". Jawab Riana menahan sebak. Walau bagaimanapun, dia tetap sayang kepada ibu dan bapanya.
Encik Rahim dan Puan Sarah lantas keluar dari rumah dan meluru ke arah kereta. Beberapa orang dulang girl juga telah siap menunggu di luar.
"Tengoklah tu muka perampas suami orang, langsung tak ada seri pengantin!". Riana mendengar suara sumbang itu ketika dia ingin keluar dari rumah. Kelihatan dari tadi lagi dua orang mak cik itu sibuk berbisik sesama sendiri.
"Maaf, makcik berdua cakap apa tadi? Boleh ulang balik?". Soal Riana mendekati mak cik tadi. "Kau memang perampas kan? Tak betul ke apa aku cakap?". Soal makcik tersebut dengan beraninya.
"Kau ni kan Riana. Dulu kau rampas suami orang. Sekarang? Kau nak suami orang kaya pulak! Memang licik kau ni!". Bidas makcik tadi lagi. Entah apa yang dia tidak puas hati sangat.
"Apa masalah makcik ni sebenarnya? Saya ada ganggu hidup makcik ke? Saya minta maaf kalau saya dah biadab dengan makcik tapi saya tak betul-betul tak faham apa masalah makcik dengan saya". Jawab Riana.
"Riana, jomlah. Nanti kita lambat pula nak layan makcik bawang ni". Adya berbisik di sebalah Riana lantas menarik tangan Riana keluar dari kediaman keluarganya itu. Riana terpaksa akur dan dia dapat lihat makcik tadi menjeling ke arahnya.
Riana memejamkan matanya sejenak. Cuba menenangkan diri dan hatinya. Hari ini dia sepatutnya tenang dan bergembira walaupun dia tidak menginginkan pernikahan ini. Ini, terpaksa pula melayan makcik bawang yang sibuk mengata dirinya.
Apalah nasibnya agaknya...
Share this novel