Bab tigapuluhenam

Drama Completed 7961

Daim perlahan-lahan membuka matanya. Sinar mentari terik memancar hingga membuatkan pandangan matanya silau. Daim berusaha untuk bangun dari baringnya. Ketika dia sudah duduk, Daim lantas memegang kepalanya kerana terasa begitu berat. Butang baju kemejanya juga sudah terbuka separuh.

Daim memandang sekeliling. Dimanakah dia? Mengapa tempat ini begitu asing baginya? Dia kini berada di sebuah bilik yang kelihatannya seperti bilik hotel. Namun mengapa dia di situ dan bagaimana dia disitu?

Daim berusaha untuk bangun dan pergi meninggalkan tempat itu. Perlahan-lahan dia berjalan dan menuruni tangga menuju ke lobi hotel bajet itu. "Encik, okey?". Soal receptionist yang berada di kaunter lobi. Dia bimbang melihat keadaan Daim yang berjalan terhuyung hayang begitu.

"Okey, I okey. Sorry..kalau I boleh tahu, siapa bawa I ke sini?". Soal Daim. Seingatnya kali terakhir dia sedang membantu wanita yang hampir dilanggarnya malam tadi. Selepas itu, dunianya gelap, dia tidak mengingat apa-apa yang telah terjadi.

"Semalam ada dua orang perempuan bawa encik naik ke bilik. Tapi...selepas iti saya tak pasti apa jadi sebab saya tukar shift dengan kawan kerja saya yang lain". Jawab gadis receptionist itu dengan lembut.

"Oh ye ke? Okey takpe, thanks". Ucap Daim lantas berjalan perlahan keluar dari hotel. Dia yakin dia telah termasuk dalam perangkap seseorang saat ini. Dia mulai sedar, wanita semalam hanya ingin menjerat dirinya. Namun dia tidak pasti siapa dalang di sebalik semua ini dan apa tujuannya berbuat begini.

Daim mencari-cari keretanya yang ternyata diparkir tidak jauh dari hotel tersebut. Dia baru berkesempatan melihat jam di pergelangan tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi.

Daim baru teringat yang hari ini dia ada meeting bersama shareholder perniagaannya. Daim mulai cemas. Dia perlu balik ke rumah dulu untuk bersiap. Tidak mungkin dia terus datang ke pejabat dengan keadaannya yang serabai begini.

Daim lantas memecut keretanya menuju ke rumah dengan keadaannya yang masih agak pening lalat itu. Namun dia gagahkan jua agar dia sempat tiba di meeting hari ini.

Setibanya di perkarangan rumah, Daim lantas turun dan terus menuju masuk ke dalam rumah. Dia perlu pantas sekarang ini. Dia sudah tidak mengendahkan apa yang baru berlaku terhadap dirinya. Meeting ini lebih penting daripada dirinya.

Namun setibanya di ruang tamu, Daim melihat Tan Sri Yusran, Puan Sri Ainnur serta Riana sedang berada di situ. Tan Sri Yusran yang menyedari kehadiran Daim di situ lantas bangun dan terus menampar pipi Daim.

"Kenapa ni pa? Kenapa tampar Daim tiba-tiba ni?". Soal Daim bingung dengan tindakan melulu Tan Sri Yusran itu. "Memang patut kau kena tampar tu, Daim! Dasar anak tak kenang budi!". Bidas Tan Sri Yusran. Dia sudah mencekak pinggang sambil memandang tajam ke arah anak lelakinya itu.

Sementara itu, Puan Sri Ainnur sedang menangis sambil ditenangkan oleh Riana yang duduk di sebelahnya. Daim bingung melihat situasi itu. Apa yang sudah jadi sekarang ini?

"Okey pa. Apa-apa kita bincang nanti ya. Daim nak cepat ni, kena pergi meeting dengan shareholder kita". Jawab Daim yang menepikan seketika situasi yang sedang terjadi sekarang ini.

"Meeting apa? Meeting dah batallah! Ni semua punca kau, shareholder kita dah kecewa dengan kita! Kau ni memang buat malu jelah!". Marah Tan Sri Yusran. Daim pula sudah mengerutkan dahinya, cuba untuk memahami maksud papanya itu.

"Apa semua ni pa? Daim tak fahamlah pa. Cuba papa bagitahu apa yang dah jadi sebenarnya ni?". Soal Daim meminta penjelasan daripada Tan Sri Yusran. "Kau tanya aku apa dah jadi? Kau sendiri kan yang buat onar, sekarang kau pura-pura tak tahu pulak! Ish kau ni, memang nak kena lagi sekali dengan aku ni". Marah Tan Sri Yusran lagi.

Tangannya rasa ringan untuk menampar Daim, namun ditahan. "Daim tak faham sebab tu Daim tanya papa. Ma, apa semua ni? Kenapa mama menangis macam tu? Apa dah jadi sebenarnya?". Soal Daim bertalu-talu.

"Oh kau masih buat-buat tak tahu ya? Ni, kau tengok sendirilah!". Bidas Tan Sri Yusran sambil menyuakan artikel di telefon bimbitnya kepada Daim. Daim membaca tajuk artikel akhbar yang terpampang pada skrin telefon.

'CEO Yusran Automobil kantoi langgan kupu-kupu malam'

'Daim Emiir, CEO syarikat automobil terkenal, didakwa melanggan gadis pelayan (GRO)'

Mata Daim terbuntang saat membaca tajuk-tajuk artikel pagi itu. Dia menggelengkan kepalanya sambil mulutnya mengucap.

"Tak. Semua ni fitnah je pa! Tak mungkin Daim nak buat benda jijik macam ni". Nafi Daim sekeras-kerasnya. Dia sedar bukanlah orang yang baik namun dia juga tidaklah begitu teruk sehingga melakukan perkara terkutuk sebegitu.

"Kau tak buat tapi kau tengok semua artikel penuh pasal kau je! Apa nak jadi dengan kau ni, Daim?! Kau lupa ke kau dah jadi suami orang sekarang ni? Aku malu tau tak, malu!". Bentak Tan Sri Yusran. Wajahnya mulai memerah kerana menahan amarah.

"Papa dengan mama dah besarkan Daim dengan penuh ilmu di dada. Tapi sekarang kenapa Daim buat macam ni? Kenapa Daim tergamak buat benda terkutuk ni?". Soal Puan Sri Ainnur mendayu-dayu. Air matanya terus menerus mengalir. Riana pula setia menemaninya dan memujuknya.

"Jadi sekarang papa dengan mama lagi percaya dengan apa yang ada dekat social media tu daripada Daim? Pa, ma, tak mungkin Daim buat macam tu. Daim tak seteruk sampai tahap tak boleh beza haram dan halal". Jawab Daim bagi mempertahankan dirinya.

"Bukti dah ada Daim! Kau nak nafikan apa lagi?!". Marah Tan Sri Yusran lantas menunjukkan beberapa gambar Daim bersama seorang wanita seksi dalam keadaan separuh bogel di atas katil.

Daim menekupkan mulutnya saat dia melihat gambar itu. "Tak mungkin! Semua tu tak mungkin! Daim dah kena aniaya pa. Bagi Daim explain dulu". Ujar Daim cuba menjelaskan hal sebenar.

"Kau nak explain apa lagi? Kau dahlah tak tak datang meeting pagi ni lepas tu kantoi buat benda jijik ni. Daim, aku malulah dengan perangai kau ni! Aku menyesal sebab kutip kau jadi anak aku!". Bidas Tan Sri Yusran lantas berlalu pergi meninggalkan kediaman tersebut.

Beliau berlalu pergi menuju ke pejabatnya. Fikirnya daripada terus menghadap Daim, yang ada buat sakit hati, lebih baik beliau terus ke pejabat.

Daim tergamam mendengar kata-kata papanya itu. Menyesal kutipnya sebagai anak? Apa maksud papanya itu?

"Ma, mama percaya kan Daim tak buat semua tu?". Soal Daim sambil mendekati mamanya dan berlutut di hadapan mamanya. Puan Sri Ainnur tidak dapat menjawab apa-apa, sebaliknya beliau terus menangis.

"Tapi...apa maksud papa tadi ma? Kenapa papa cakap papa menyesal jadikan Daim sebagai anaknya? Daim bukan anak papa dan mama ke?". Soal Daim bertalu-talu. Puan Sri Ainnur tidak menjawab sebaliknya terus berlari menuju ke biliknya. Dia tidak mampu menahan emosinya lagi. Sebuah rahsia lagi akan terungkap. Mengenai asal ususl Daim sebenarnya.

Kini hanya mereka berdua berada di ruang tamu. Riana memandang sepi figura Daim yang sudah terduduk lemah merenung lantai. Dia tidak tahu sama ada dia perlu percaya Daim atau tidak. Dia sendiri pun baru sahaja 4 hari bergelar isteri kepada Daim. Dia tidak begitu mengenali Daim, mengenai budaya hidup Daim.

"Kau pun sama kan? Mesti fikir aku dah buat benda jijik tu?". Soal Daim lemah. "Kalau memang betul awak tak buat, kita sama-sama cari bukti dan cari tahu siapa yang aniaya awak". Jawab Riana.

Riana sendiri pun tidak begitu yakin yang Daim akan buat perkara terkutuk itu. Namun dia tidaklah begitu mempercayai Daim. Namun, untuk membantu Daim, merungkaikan hal sebenar, dia tiada masalah.

"Aku tak buat...aku tak gila lagi nak buat macam tu...". Rintih Daim sambil diringi oleh tangisnya. Dia meraup wajahnya. Apa lagi ujian buatnya kali ini? Siapa yang sudah rancangkan ini semua dan apa motif orang tersebut berbuat sebegitu? Dan yang paling membuatkan Daim terduduk begini kerana pernyataan Tan Sri Yusran tadi. Apa maksud papa sebenarnya?

Daim perlu mencari tahu tentang hal ini. Namun dia yakin yang Tan Sri Yusran tidak memaksudkan kata-katanya tadi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malam itu, suasana agak sepi. Daim keluar dari biliknya dan berjalan perlahan menuju ke bilik mamanya. Dia perlu jelaskan hal sebenar kepada mamanya dan bertanya tentang pernyataan papanya pagi tadi.

Dia melihat jam dinding, jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.Daim sempat menjenguk ke arah ruang tamu yang terletak di tingkat bawah. Kelibat papanya tidak kelihatan. Belum balik lagi barangkali.

Daim melihat pintu bilik mamanya terbuka separuh dan Puan Sri Ainnur baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Beliau masih lagi berada di atas sejadahnya.

"Ma..boleh Daim masuk?". Pinta Daim yang berdiri di muka pintu bilik. "Masuklah Daim". Jawab Puan Sri Ainnur ringkas. Beliau bangun sambil melipat sejadahnya dan duduk di birai katilnya. Telekung masih belum buka. Daim juga turut mengambil tempat duduk di sebelah mamanya.

"Ma, Daim minta maaf kalau Daim dah buat mama sedih dan sampai menangis hari ni. Tapi Daim nak ceritakan hal sebenar apa yang jadi". Daim bersuara memulakan bicara.

Puan Sri Ainnur hanya diam mendengarkan saja apa yang ingin disampaikan oleh anak lelakinya itu. "Semalam Daim memang balik lewat dari office ma. Then on the way nak balik, Daim hampir terlanggar sorang perempuan yang Daim pun tak tahu dari mana arahnya". Cerita Daim.

"Daim turun tolong dia dan Daim ajak dia pergi klinik sebab dia kata dia sakit kepala. Tapi perempuan tu tak nak. Dia minta Daim hantar dia balik rumah je. Daim terpaksa setuju sebab Daim dah bawa dia masuk dalam kereta". Sambung Daim lagi.

"Kenapa kali ni Daim boleh percaya orang luar? Cepat je Daim bawa masuk dia dalam kereta and nak tolong dia". Jawab Puan Sri Ainnur yang masih lagi berasa syak wasangka terhadap anaknya itu.

"Daim pun tak faham kenapa Daim macam percaya sangat dengan dia. Daim akhirnya turunkan dia kat one place ni sebab dia suruh Daim berhenti kat situ. Lepas tu, Daim ingat ada orang yang pukul Daim dari belakang lepas tu Daim tak ingat apa yang jadi". Sambung Daim lagi.

"Daim sedar-sedar dah dekat bilik hotel murah. Daim langsung tak boleh ingat apa yang jadi". Sambung Daim. "Ada apa-apa barang berharga Daim yang hilang ke? Mama risau ada cubaan nak menyamun". Soal Puan Sri Ainnur. "Tak ada apa yang hilang pun ma. Semuanya ada tapi kenapa Daim kena macam ni? Daim tak boleh nak fikir". Jawab Daim.

"Daim ada rasa sesiapa cuba nak balas dendam teehadap Daim ke? Ada sesiapa yang tidak puas hati dengan Daim?". Soal Puan Sri Ainnur. Nalurinya mengatakan ada seseorang yang ingin menjatuhkan anaknya itu.

"Tak tahulah ma. Daim tak boleh nak fikir apa-apa sekarang ni. Tapi mama percaya kan apa Daim cerita ni? Daim ni masih ada iman lagi, tak mungkin Daim nak buat pedkara terkutuk tu. Daim tak mungkin malukan mama and papa". Luah Daim lagi bernada sebak.

"Mama kenal Daim ni macam mana. Cuma Daim kena cari tahu siapa yang rancangkan semua ni. Mama rasa mesti ada orang sengaja nak malukan Daim". Jawab Puan Sri Ainnur dengan penuh ketenangan.

"Tapi ma, Daim ada satu lagi benda nak tanya mama". Soal Daim. Dia merenung lama wajah mamanya untuk mencari kekuatan bertanya soalan ini. "Apa dia tu, Daim?". Soal Puan Sri Ainnur.

"Apa yang papa cakap tadi tu betul ke? Yang papa cakap Daim ni anak kutip je". Soal Daim perlahan. Riak wajah Puan Sri Ainnur yang tadinya tenang mulai berubah menjadi serba salah.

"Taklah Daim. Papa tu tengah marah. Biasalah orang kalau marah, main cakap je apa yang terlintas. Daim jangan ambil hati ya". Jelas Puan Sri Ainnur. Baginya, Daim masih tidak perlu mengetahui mengenai rahsia yang disimpan olehnya dan suaminya sejak bertahun lalu.

"Betul ke ma? Kalau ada apa-apa, please mama jangan rahsiakan dari Daim". Rayu Daim. "Betul, Daim. Takkanlah mama nak simpan rahsia apa-apa dari Daim kan? Dah, Daim jangan fikir sangat pasal tu. Sekarang ni, Daim fokus tentang masalah Daim ni dulu. Make sure Daim cari orang yang dah malukan Daim ni". Nasihat Puan Sri Ainnur.

Daim hanya mengangguk perlahan. Dia fikir mungkin hanya dia saja terlalu mengambil serius tentang kata-kata Tan Sri Yusran. Sekarang yang perlu dia fikirkan adalah mencari tahu siapa yang berbuat begini terhadapnya dan motifnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience