Bab empatpuluhsatu

Drama Completed 7961

Mellina membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat, wajah dan badannya juga terasa lenguh yang dahsyat. Namun dia terasa selesa dapat berehat begini.

Mellina memandang sekeliling. Dia di mana sekarang? Mengapa keadaan di sini terasa tenang, nyaman dan selesa? "Awak dah sedar Mel? Awak nak minum air ke?". Kedengaran suara Khaleel menyoalnya.

Pandangan Mellina lagi agak kabur. Dia tidak dapat melihat wajah Khaleel dengan jelas. "Saya dekat mana ni?". Soal Mellina perlahan dan bernada lemah.

"Awak kat hospital, Mellina. Awak ingat tak apa yang terjadi?". Soal Khaleel lagi. Mellina mengangguk perlahan. "Sakit. Muka dengan kepala saya sakit sangat". Rintih Mellina.

"Ya saya faham. Awak rehatlah dulu. Teruk keadaan awak ni". Jawab Khaleel yang simpati dengan keadaan Mellina. "Nasib baik polis datang tepat waktu tadi. Kalau tidak, saya tak tahulah apa nadib saya". Ujar Mellina perlahan.

"Mel, Mel. Apa yang awak dah buat ni? Awak tahu, nasib baik saya follow awak dari jauh lepas awak balik kerja. Kalau tidak, saya tak tahu apa jadi pada awak". Jawab Khaleel.

"Awak ikut saya? Kenapa?". Soal Mellina bingung. "Mel, kalau awak nak tahu selepas saja awak keluar dari rumah saya, saya selalu ikut awak. Saya perhatikan awak sebab saya risaukan awak. Risau apa-apa jadi pada awak. Tengoklah sekarang, kan betul firasat saya". Ujar Khaleel panjang lebar.

"Awak ingat saya tak tahu ke apa yang awak dah buat selama ni? Awak berkomplot dengan geng Sally tu untuk malukan ex boyfriend awak, Daim tu kan? Duit yang awak pinjam dari saya haritu untuk awak bayar Sally kan?". Soal Khaleel bertubi-tubi.

Mellina agak tersentak kerana ternyata Khaleel mengetahui semua perkara. "Awak dah bekerjasama dengan orang yang salah, awak tahu tak? Sally tu salah satu ketua sindiket penyeludupan dadah, geng-geng dia pula semua ketua samseng". Jelas Khaleel lagi.

Mellina tidak menyangka yang Sally lebih teruk daripada yang dibayangkan olehnya. Akibatnya sekarang dia perlu dalam keadaan sebegini.

"Saya tak tahu pun semua tu. Lagi satu, macam mana awak tahu pasal semua ni? Awak stalk saya ke, Khaleel?". Soal Mellina. "Ya, memang saya stalk awak sebab macam saya cakap tadi, saya risaukan awak. Even rumah sewa awak pun saya tahu tapi saya tak pernah nak kacau awak sebab saya tahu awak rimas dengan saya kan?". Jelas Khaleel lagi.

Mellina menggigit hujung bibirnya. Tidak menyangka selama ini Khaleel memerhati setiap gerak gerinya. Seprihatin itukah Khaleel terhadap dirinya.

"Mel, saya faham perasaan awak dihina oleh orang yang awak pernah sayang. Tapi bukan macam ni caranya. Tak perlu pun berdendam sampai macam ni". Ujar Khaleel cuba menasihati Mellina.

"Saya sakit hati sangat dengan hinaan dia ke saya. Hati saya tak tenang selagi saya tak tengok dia hancur dan dimalukan. Dia kena rasa apa yang saya rasa". Jawab Mellina.

"Ya tapi sekarang apa yang awak dapat? Awak pun merana juga kan? Sudahlah tu, Mel. Cuba awak buang rasa dendam dari hati awak. Percayalah cakap saya, hati awak akan lebih tenang". Nasihat Khaleel lagi.

Mellina tidak mampu menjawab apa-apa. Hatinya terasa sebak dan tersentuh dengan kata-kata Khaleel itu. Ada benarnya juga kata-kata Khaleel itu. Mungkin dia perlu ikhlaskan saja apa yang telah terjadi dan hidup dengan lebih tenang.

"Terima kasih Khaleel sebab sentiasa ada dengan saya. Maafkan saya sebab saya menjauhkan diri daripada awak. Baru sekarang saya sedar yang awak memang sentiasa bersama saya". Ucap Mellina sebak.

"Sama sama kasih, Mel. Awak ingat kan dulu saya dah pernah cakap dengan awak yang saya akan sentiasa ada bersama awak. Jadi, saya tengah buktikan, Mel". Jawab Khaleel tulus.

"Saya memang ikhlas nak jaga awak Mel. Saya sanggup buat apa saja demi awak. Jujur saya cakap, saya dah mula sayangkan awak. Cuma saya faham, awak takkan pernah boleh terima saya. Tapi sekurang-kurangnya saya dapat pastikan awak selamat, itu pun dah cukup buat saya lega". Khaleel membuat pengakuan jujurnya.

Mellina terkedu mendengar kata-kata Khaleel itu. Layakkah dirinya untuk disayangi oleh seseorang yang sempurna seperti Khaleel? Dia sedar yang dirinya terlalu teruk dan tidak layak pun untuk bersama Khaleel.

Khaleel yang tampan orangnya, memiliki kacukan Pakistan, mempunyai karier yang bagus yakni sebagai seorang doktor, masakan mahu dengan seorang gadis seperti Mellina?

"Awak, saya nak rest dulu boleh?". Soal Mellina cuba menghentikan suasana janggal di situ. Dia tidak tahu hendak membalas apa untuk kata-kata Khaleel tadi.

"Okey. Awak restlah dulu. Nanti awak nak apa-apa, awak panggil saya ya?". Jawab Khaleel dan dibalas anggukan oleh Mellina. Mellina berpura-pura memejamkan matanya. Dia mahu Khaleel membiarkan dirinya berseorangan buat seketika.

Biarlah dia tenangkan diri dan minda buat seketika selepas menghadapi beberapa kejutan. Mengenai apa yang dikatakan oleh Khaleel sebentar tadi, biarlah dia fikirkan terlebih dahulu. Biar dia hadam dan cerna sebelum membuat tindakan seterusnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daim dan Puan Sri Ainnur berjalan beriringan menuju ke Audi milik Daim. Seperti yang dijanjikan, Daim akan menemani mamanya untuk menjalani sesi kemoterapinya.

"Eh, Daim jap. Mama rasa, mama lupa bawa appointment card mamalah!". Ujar Puan Sri Ainnur sambil menggodek beg tangannya. Setiap celah poket telah diperiksa, namun kad temujanjinya tiada. Memang sah dia telah tertinggalnya di biliknya.

"Mama sure ni? Kalau macam tu, Daim masuk ambillah kejap". Jawab Daim. "Tak apa, Daim. Mama masuk sekejap ambil". Jawab Puan Sri Ainnur yang tidak mahu menyusahkan Daim.

"It's okay ma. Daim ambil sekejap okey?". Pintas Daim lantas berlari anak masuk ke rumah agam tersebut. "Dalam laci meja sebelah katil ya". Laung Puan Sri Ainnur kepada Daim yang hampir masuk ke dalam rumah. Mengah juga terasa ketika dia sampai di hadapan pintu bilik mamanya. Maklumlah, perlu menaiki tangga kan?

Daim segera memulas tombol pintu dan mencari kad temujanji tersebut di laci meja seperti yang dikatakan oleh mamanya tadi. Buka saja laci, Daim sudah melihat kad tersebut.

Namun Daim melihat sebuah sampul kertas berukuran A4, dengan warna putih agak lusuh turut berada di dalam laci tersebut. Tidak tahu mengapa tetapi, Daim rasa tertanya-tanya tentang sampul itu.

Daim perlahan-lahan mengeluarkan sampul tersebut daripada laci dan membuka sampul itu untuk melihat isinya. Ada beberapa helai kertas di dalamnya dan beberapa keping gambar lama.

'Surat Kebenaran Pengambilan sebagai Anak Angkat'

'Hak Penjagaan Anak Angkat'

Daim mengerutkan dahinya melihat semua surat dan dokumen tersebut yang tertera namanya juga di situ. Apa maksud semua dokumen ini? Adakah benar seperti yang dikatakan oleh papanya dulu yang dia sebenarnya hanya anak angkat?

Daim merenung lama dua keping gambar yang didalamnya ada papa, mama, dirinya semasa bayi dan seorang lagi wanita yang dia tidak kenali. Gambar tersebut diambil di hadapan sebuah rumah kebajikan.

Matanya mulai berkaca. Jadi selama ini dia hanya anak angkat kepada papa dan mamanya? Lantas mengapa mereka merahsiakan perkara ini selama bertahun-tahun?

Lamunannya terhenti tatkala telefon bimbitnya berdering menandakan panggilan masuk. Nama 'Mama' tertera di skrin telefonnya.

"Ya mama?". Soal Daim dengan suara yang agak serak kerana menahan tangis. "Daim jumpa tak appointment card mama tu? Mama risau kita lambat je sampai hospital nanti" Ujar Puan Sri Ainnur.

"Dah jumpa ma. Sekejap Daim turun". Jawab Daim lantas terus mematikan panggilan tersebut. Dia perlu bertanyakan hal ini kepada mamanya. Sekarang dia perlu fokus untuk menemani mamanya menjalani rawatan terlebih dahulu.

Daim lantas keluar dari bilik mamanya dan segera keluar menuju ke keretanya. Mamanya sudah pun duduk di dalam kereta menunggu kehadiran Daim. Daim hanya diam saja sepanjang perjalanan kerana fikirannya mulai bising dan menimbulkan 1001 persoalan mengenai perkara tadi.

Nanti malam, dia perlu segera bertanykan hal ini kepada mamanya. Dia perlu tahu akan perkara sebenar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Mama macam mana kemo mama tadi? Okay ke?". Soal Riana ketika mereka sedang bersantai di ruang tamu pada malam itu. "Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma memang mama rasa penat sangat lepas kemo. Rasa nak tidur je". Jawab Puan Sri Ainnur lembut.

"Kalau macam tu, mama pergilah masuk tidur. Rehat". Jawab Riana lembut. "Betul tu, Ainnur. Awak masuklah rehat. Rehatkan badan tu". Celah Tan Sri Yusran pula.

"Baiklah. Mama masuk rehat dulu ya". Jawab Puan Sri Ainnur. Baru sahaja dia hendak bangun dari duduknya, dia melihat Daim berdiri diam di tepi tangga. Wajahnya hanya diam membeku tanpa reaksi.

"Daim? Kamu kenapa berdiri situ? Duduklah sini dengan papa dan Riana". Pelawa Puan Sri Ainnur yang agak pelik melihat sikap Daim sejak pagi tadi.

Daim masih lagi diam tanpa sebarang reaksi. "Daim kamu kenapa ni, nak? Kamu sakit ke? Dari pagi lagi mama perasan kamu lain. Tadi masa hantar mama pun, Daim banyak diam je". Soal Puan Sri Ainnur lagi sambil berjalan menghampiri Daim yang masih lagi statik berdiri di tepi tangga.

Riana sendiri pun mulai pelik dengan sikap Daim yang banyak mendiamkan diri hari ini. Tidak seperti kebiasaannya, pasti ada sesuatu yang akan dibicarakan oleh Daim.

"Ma...". Hanya itu sahaja yang diucapkan oleh Daim sambil riak wajahnya mulai berubah, sudah ingin menangis. "Kenapa ni Daim? Cuba Daim cerita ke mama". Soal Puan Sri Ainnur cuba menyelami hati anak lelakinya itu.

"Apa semua ni ma?". Soal Daim sambil tangannya menyuakan sampul putih tadi kepada mamanya. Riak wajah Puan Sri Ainnur mulai berubah dek melihat sampul putih tersebut.

"Dari mana Daim ambil ni?". Soal Puan Sri Ainnur tergagap-gagap. "Daim tanya, apa semua ni ma?". Soal Daim lagi. Tan Sri Yusran yang mulai menyedari hal itu segera melangkahkan kaki menuju ke arah mereka berdua.

"Daim! Kenapa kamu tengok privasi orang ha?! Kenapa kamu geledah laci bilik kami?". Soal Tan Sri Yusran kasar sambil mencekak pinggangnya. Beliau memang pantang ada masuk campur soal privasinya walaupun itu anaknya sendiri.

"Tak apa bang. Saya yang salah sebab biarkan Daim ambilkan appointment card saya tadi". Jawab Puan Sri Ainnur bernada lirih. "Betul ke....Daim ni cuma anak angkat ma?". Soal Daim lambat-lambat. Air mata jantannya mulai keluar membasahi pipinya.

"Apa kamu merepek ni Daim? Kamu salah faham je". Pintas Tan Sri Yusran yang masih tidak mahu Daim mengetahui hal sebenar. "Bang, dah sampai masa untuk Daim tahu hal sebenar. Dah lama kita rahsiakan hal ni". Jawab Puan Sri Ainnur bernada lemah.

"Daim, maafkan mama dan papa sebab rahsiakan hal ni dari kamu hampir 30 tahun. Mama tak sampai hati nak beritahu hal ni kepada Daim sebab mama dan papa sayang sangat pada Daim". Puan Sri Ainnur memulakan bicaranya bernada sebak.

"Tapi lama sangat mama dan papa rahsiakan hal ni...Daim selama ni hidup dalam kepalsuan ke ma?". Soal Daim yang sudah lencun dek air mata.

"Kasih sayang kami pada kamu tak pernah palsu Daim. Kami tulus sayangkan kamu. Kami tak pernah anggap kamu ni anak angkat kami". Jawab Puan Sri Ainnur.

Tan Sri Yusran membuang pandangan ke arah kerana terlalu sebak melihat isterinya serta Daim sudah saling menangis. Beliau tidak menyangka, harinya telah tiba. Hari di mana semua rahsia telah terbongkar.

"Siapa ibu bapa kandung Daim, ma, pa? Kenapa papa dengan mama ambil Daim dari rumah kebajikan ni? Ibu bapa kandung Daim buang Daim ke, ma?". Soal Daim bertubi-tubi.

"Ibu bapa kandung kamu dah lama meninggal dalam kemalangan. Kakak Daim pun sama meninggal dalam kemalangan tu. Hanya Daim saja yang terselamat. Oleh sebab itu, Daim dihantar ke rumah kebajikan kerana tiada siapa boleh menjaga Daim". Cerita Puan Sri Ainnur.

Daim mulai merasai lemah kakinya untuk berpijak. Perlahan-lahan dia terduduk di lantai bersama air mata yang terus berjujuran keluar.

"Papa dan mama lama menikah tapi kami belum dapat zuriat sendiri lagi. Jadi kami decide ambil kamu untuk jadi anak angkat kami. Daim, kamu kena tahu, kami berdua sayang sangat dengan Daim. Kami tak anggap Daim ni sebagai anak angkat pun". Sambung Puan Sri Ainnur lagi.

Riana hanya jadi penonton, berdiri di belakang Puan Sri Ainnur. Dia tidak tahu hendak berbuat apa untuk menenangkan keadaan yang sedang tegang itu.

Daim tidak berkata apa-apa lantas terus bangun dan menaiki tangga menuju ke biliknya. Sementara itu, Puan Sri Ainnur sudah pun menangis semahunya sambil ditenangkan oleh suaminya.

Tidak lama kemudian, Daim keluar semula bersama beg pakaiannya. "Awak nak pergi mana Daim?". Soal Riana. "Daim tak layak berada di sini. Daim tak layak dapat ni semua". Ujar Daim dengan nada bergetar.

Dia lantas keluar dari rumahnya dan meninggalkan rumah agam tersebut bersama keretanya di kegelapan malam. Dia tidak menghiraukan lagi suara-suara daripada keluarganya yang memanggilnya. Hatinya benar-benar terluka dengan rahsia ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience