Bab limapuluhtiga

Drama Completed 7961

Riana perlahan-lahan menuruni anak tangga untuk menuju ke arah ruang tamu. Namun baru sahaja Riana berjalan melepasi dapur, dia berpatah balik untuk melihat sesuatu yang dia lihat di dapur.

Dahinya berkerut ketika melihat Dayyini sedang merenjiskan sesuatu cecair ke dalam makanan yang merupakan bekal untuk dibawa oleh Daim. Dia jadi ingin tahu dan hairan ketika melihat itu.

Lantas dia berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur untuk menghampiri Dayyini. Sejak kehadiran Dayyini, dia jarang menyediakan bekal buat Daim disebabkan Dayyini terlalu memaksa untuk membuat sendiri. Alasannya dia ingin adiknya itu merasa air tangannya.

"Akak masak apa tu?". Soalan Riana itu membuatkan Dayyini segera menyimpan semula botol kecil berisi cecair tadi ke kocek dressnya.

"Err..akak masak nasi goreng je hari ni. Rasa tak ada mood pula nak masak yang lebih special". Jawab Dayyini dengan tergagap-gagap. "Kalau akak malas masak, tak payahlah masak. Saya kan boleh". Jawab Riana acuh tidak acuh.

Dia masih lagi memerhati setiap gerak geri Dayyini itu. Dia yakin Dayyini menyembunyikan sesuatu daripadanya. "Eh tak apalah. Riana tu sepatutnya rehat je. Tak perlu pun masak-masak semua ni. Akak okey je buat semua ni". Jawab Dayyini.

"Hmm okeylah kalau macam tu". Jawab Riana acuh tidak acuh. Dia lantas meninggalkan Dayyini begitu sahaja kerana tidak kuasa dia hendak berlama-lama dengan Dayyini di situ. Dia tahu Dayyini meletakkan sesuatu ke makanan Daim namun dia tidak tahu apa.

Tiba-tiba hatinya terasa tidak sedap. Bagaimana jika Dayyini meletakkan racun ke dalam makanan Daim? Dia perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan Daim membawa bekalan tersebut.

Daim akhirnya keluar dari bilik dan menuruni anak tangga. Dayyini yang sedar akan kehadiran Daim segera berlari anak ke arah Daim dan menghulurkan beg berisi bekal kepada Daim.

"Daim, ni bekal untuk hari ni. Akak masak nasi goreng je. Harapnya Daim sukalah ya". Ujar Dayyini dengan nada suara ceria.

"Thank you kak. Nasi goreng pun, Daim okey je sebab masakan akak memang paling sedap". Puji Daim sambil tersenyum manis ke arah Dayyini.

Panas hati Riana melihat kemesraan antara mereka berdua. "Oh ya alang-alang awak ada dekat sini, saya nak bagi tahu start esok kak Dayyini akan kerja dengan saya sekali. So awak mungkin akan boring sikitlah dekat rumah". Maklum Daim.

"Oh really? Okey tak apalah. Lagi tenang rasanya duduk sorang". Jawab Riana seraya memeluk tubuh. "Ada pula cakap macam tu. Okeylah, saya pergi dulu". Pamit Daim lantas Riana menyalami tangan Daim. Walau bagaimanapun, dia tetap perlu hormat kepada suaminya itu walaupun hatinya sedang mendongkol.

Ketika Daim sudah masuk ke dalam kereta, Riana berlari anak untuk mengejar suaminya itu. "Saya lupa nak bagitahu awak, nasi tu dah basi sebenarnya sebab kak Dayyini pakai nasi semalam. Saya pula lupa nak simpan nasi tu dalam peti sejuk. Marilah, saya nak buang je". Ujar Riana.

"Takkan basi pula? Kak Dayyini mesti dah check dulu sebelum goreng kan?". Soal Daim dengan dahinya dikerutkan. "Tak, dia baru bagitahu saya ni. Dia baru perasan. Dah mari bagi saya. Kang tak pasal-pas awak sakit perut pula!". Jawab Riana lagi.

Memang sengaja dia berkata begitu supaya Daim tidak memakan nasi goreng tersebut. Daim pula terpaksa akur dengan permintaan Riana itu dan menyerahkan beg bekal tersebut.

"Nanti lunch saya belanja awak makan dekat luarlah. Jumpa dekat office awak nanti ya". Ujar Riana lantas melambaikan tangan kepada Daim ketika keretanya sudah mulai hendak bergerak.

Sementara itu, Dayyini yang mendengar setiap perbualan mereka tadi mula mengenggam tangannya. Dia sedar yang Riana mulai mengesyaki sesuatu terhadap dirinya. Dia perlu segera melenyapkan Riana dan memastikan Daim menjadi miliknya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Riana memandang ke arah sekelilingnya. Sepi, tiada sesiapa pun di rumah pun melainkan dia seorang sahaja.

Hari ini merupakan hari pertama Dayyini mula bekerja di syarikat Daim sebagai pembantu pemasaran. Walaupun Dayyini tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi atau menjurus ke arah pemasaran, namun Daim ambil juga Dayyini untuk bekerja. Alasannya kerana dia yakin dengan potensi diri Dayyini.

Riana perlahan-lahan berjalan ke arah bilik Dayyini. Dia perlu mencari sesuatu yang boleh dijadikan sebagai sampel DNA. Dia tahu, Daim tidak mempersetujui cadangannya itu, namun Riana tetap akan melakukannya seorang diri tanpa pengetahuan Daim.

Dia perlu membuktikan Dayyini bukanlah kakak kandung kepada Daim. Firasatnya kuat mengatakan Dayyini hanyalah orang luar yang datang untuk memusnahkan rumah tangga mereka. Apa tujuannya? Hanya Tuhan yang tahu.

Namun dia hampa bila mendapati pintu bilik Dayyini terkunci. Pantas saja otaknya teringat akan kunci pendua yang diletakkan di dalam laci di stor simpanan.

Riana terpaksa mengagahkan diri untuk ke stor simpanan yang terletak di bawah tangga. Seingatnya dulu, Puan Sri Ainnur pernah memberitahu bahawa kunci pendua semua bilik di rumah itu, terletak di laci almari itu.

Setelah mendapatkan kunci pendua, lantas Riana membuka pintu bilik Dayyini. Masuk saja, dia agak terkejut dengan keadaan bilik yang bersepah. Cadar dan selimut tidak dilipat elok, kain baju bergantung dan semerbak bau hapak memenuhi ruang.

Riana mengurut dadanya sendiri. Bukan main lagi cantik dan wangi bila keluar, dalam bilik serupa neraka!

Riana terus meluru ke arah meja solek di mana ada sikat rambut yang biasa digunakan oleh Dayyini di situ. Dia mengambil beberapa helai rambut yang melekat pada sikat rambut dan dimasukkan ke dalam plastik kecil yang dibawa bersama tadi.

Namun dalam masa yang sama, ada sesuatu yang menarik perhatian Riana. Ada sebuah botol kecil berisi seperti vitamin di dalamnya dan label di luar botol tertulis, 'antidepresan'.

Riana mulai hairan ketika melihat botol itu. Dayyini ada masalah kemurungankah? Sehingga dia perlu mengambil ubat-ubatan seperti itu?

Riana cuba tidak mengambil tahu tentang itu. Yang paling penting sekarang, dia sudah mendapatkan helaian rambut Dayyini untuk dibuat DNA. Nanti, selepas keputusan DNA keluar, dia akan pastikan Dayyini tidak akan tinggal bersama mereka lagi.

Baru sahaja beberapa tapak Riana hendak keluar dari bilik tersebut, matanya tertumpu ke arah sudut bilik tersebut yang ditutupi dengan kain hitam. Di sebalik kain hitam itu ada beberapa biji limau purut bersama beberapa cucuk jarum.

Hatinya mulai tidak sedap. Serta merta jantungnya berdegup laju. Riana juga tersentak kerana merasakan tendangan yang agak kuat daripada anaknya. Dia terus mengusap lembut perutnya dan cuba menenangkan dirinya.

Riana lantas keluar dari bilik Dayyini dan menguncinya semula. Apa yang dia baru lihat? Mengapa selepas melihat kain hitam tersebut, hatinya terasa berdebar? Fikirannya semakin buruk terhadap Dayyini. Riana teringat semula peristiwa semalam yang mana Dayyini merenjiskan sesuatu ke dalam makanan Daim. Adakah semuanya berkaitan?

Riana melepaskan keluhan berat. Siapa Dayyini sebenarnya? Apa motifnya melakukan itu semua? Sekarang dia perlu keluar ke klinik untuk menghantar sampel tersebut. Dia perlu bertindak segera sebelum keadaan jadi lebih teruk.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mellina menahan rasa sakit contraction yang teramat sekarang. Sesekali rasa itu pergi, sesekali juga rasa itu datang. Dari tadi lagi dia melepaskan nafas besar supaya rasa sakitnya akan berkurangan.

Sudah lebih 5 jam dia dalam keadaan begitu. Malam tadi, Mellina dibawa ke hospital oleh Khaleel kerana tiba-tiba perutnya terasa sakit dan mengalami sedikit pendarahan. Sehingga kini Mellina masih lagi kesakitan.

Khaleel yang baru pulang dari surau berdekatan, berjalan menghampiri katil isterinya. Dia tidak sampai hati melihat isterinya kesakitan begitu. Sebolehnya dia mahu proses bersalin isterinya dipermudahkan.

"Sayang, sakit sangat ke? Awak sabar ya. Kejap je lagi tu sayang". Pujuk Khaleel lembut. Dia mengusap lembut rambut Mellina. "Sakit sangat. Saya tak boleh tahan dah ni. Bila baby nak keluar?". Rintih Mellina lemah. Keadaannya semakin lemah.

"Sabar Mel. Kejap lagi baby kita akan keluar juga okey? Kejap lagi doktor akan datang untuk tengok". Ujar Khaleel cuba menenangkan Mellina yang sudah tidak tentu arah itu.

"Awak.. Saya nak minta maaf dengan awak atas semua kesilapan saya sepanjang saya bergelar isteri awak. Andai ada apa-apa jadi pada saya, tolong sayang anak kita dengan sepenuh hati awak". Ucap Mellina bernada lirih.

"Ya Mel saya dah maafkan semuanya tapi saya tahu awak kuat. Awak pasti kiat untuk lawan rasa sakit ni dan kita sama-sama besarkan anak kita. Kita". Sengaja Khaleel menekan perkataan 'kita' itu.

Tidak lama kemudian Puan Haida datang untuk menjenguk keadaan anaknya itu. "Mel, kamu okey ke nak?". Soal Puan Haida lembut.

"Sakit mak. Mak.. Mel nak cakap ni. Tolong maafkan semua salah silap Mel ya mak? Mel takut Mel tak dapat jumpa mak lagi lepas ni". Rintih Mellina.

"Apa kamu cakap ni, Mel? Mak tahu anak mak ni kuat. Mak tahu kamu tengah bertarung antara hidup dan mati sebab nak lahirkan anak tapi mak tahu kamu kuat demi anak kamu, Mel". Ujar Puan Haida sebak.

"Mak tolong doakan untuk Mel ya?". Ujar Mellina lagi. Dia menguntum senyum sebaris dengan wajahnya yang pucat itu. Dia mahu segera bersalin dan menamatkan rasa sakit yang sedang dialami sekarang. Itu saja.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Riana berjalan mundar mandir di biliknya. Sesekali dia mengerling jam di dinding, sudah masuk ke pukul 11 malam. Namun, kelibat Daim dan Dayyini belum muncul jua.

Riana semakin resah dan bimbang memikirkan Daim yang masih belum pulang lagi ditambah pula dia sekarang pergi dan balik kerja dengan Dayyini, lagi bertambah kerisauannya.

Tidak lama kemudian, pintu bilik terbuka dari luar. Terjengul kelibat Daim dari luar, masuk ke bilik. Tanpa sepatah kata, Daim terus meletakkan beg kerjanya di meja kecil yang tersedia dan bersedia untuk mandi. Dia seolah-olah tidak nampak akan kewujudan Riana di situ.

"Kenapa awak balik lewat malam ni? Dah tu tak inform saya pun nak balik lewat". Soal Riana. Daim mengeluh kecil mendengar soalan Riana itu.

"Saya ada meeting tadi. Lagi pun saya busylah, tak sempat nak inform awak". Jawab Daim acuh tidak acuh. Riana tidak berpuas hati dengan jawapan Daim itu. Biasanya Daim tidak begini. Dia pasti akan memaklumkan jika balik lewat.

"Meeting apa sampai lewat malam ni? Lepas tu pergi dengan Dayyini sekali?". Soal Riana sinis. "Awak pun kan tahu kak Dayyini tu naik sekereta dengan saya, mestilah dia akan ikut saya. Lagipun jalan jammed tadi, tu lewat sikit. Awak ni kenapa? Banyak tanyalah!". Bidas Daim.

"Betul ke awak pergi meeting? Ke sebenarnya awak dating dengan Dayyini tu?". Soal Riana lagi yang membuatkan Daim terus naik angin. "Dating apa awak ni? Dayyini tu kakak sayalah! Kalau saya pergi mana dengan dia pun, suka hati sayalah! Awak jangan jadi cemburu buta sangat boleh tak?". Soal Daim dengan nada suaranya mulai naik.

"Kakak? Kakak apa eh kalau sampai tahap bercium, berpelukan dekat office tu? Awak tak malu ke, Daim? Awak cakap dia kakak awak, tapi perbuatan korang berdua dah macam sepasang kekasih!". Bidas Riana.

Riana bukan sekadar menuduh tanpa bukti. Ada beberapa orang pekerja di pejabat Daim memberitahunya bahawa Daim dan Dayyini sering menghabiskan masa berdua. Lebih teruk lagi, mereka berdua berciuman dan berpelukan di tanggan kecemasan pejabat mereka, di mana tempat sunyi.

"Awak jangan nak buat tuduhan macam tu ke saya, Riana. Awak ada bukti ke?". Soal Daim dengan nada suara yang ditahan daripada menengking Riana.

"Ramai staff awak bagitahu saya pasal tu. Awak nak bukti apa lagi?". Cabar Riana. "Oh sekarang dah pandai pasang spy kat office saya pula eh? Berapa awak bayar dia orang eh untuk spy saya dan Dayyini?". Sindir Daim.

"Awak jangan cuba tukar topik, Daim. Apa dah jadi dengan awak sekarang ni? Kenapa awak percaya Dayyini tu macam dah lama kenal? Awak dah diguna-gunakan dengan dia ke?". Soal Riana.

"Awak jangan berani nak cakap macam-macam pasal kak saya! Awak sedar diri, awak tu isteri saya dan dia kakak kandung saya! Obviously, tempat dia lagi tinggi dari awak". Bidas Daim. Matanya tajam mencerlung Riana.

"Saya tak nak tahu! Sekarang ni saya kena halau dia keluar dari sini! Dia tu jahat!". Jerit Riana sambil berjalan keluar dari biliknya untuk ke bilik Dayyini.

"Riana! Tunggu! Awak jangan buat kerja gila!". Tegah Daim sambil mencuba mengejar langkah kaki Riana. "Perempuan tu yang buat kita macam ni, Daim! Saya kena halau dia juga malam ni!". Tekad Riana.

"Selangkah kaki kau melangkah, kau yang aku halau dari rumah. Silap-silap anak dalam perut kau tu, aku tak nak mengaku tu anak aku!". Jerkah Daim membuatkan Riana terhenti.

Riana tergamam mendengar kata-kata Daim itu. Dia menggunakan 'kau aku'? Tergamaknya Daim berkasar dengannya hanya untuk membela Dayyini? Ini bukan Daim yang dia kenal. Daim sudah jauh berubah sehinggakan tiada langsung kemanisan dalam rumah tangga mereka srmenjak kehadiran Dayyini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience