Bab sembilan

Drama Completed 7961

Sudah lebih seminggu Mellina tidak bertemu dengan Daim. Daim ada juga menghubunginya dan mengajaknya berjumpa tetapi Mellina sedaya upaya menolak. Mellina kelihatan begitu kusut sejak kebelakangan ini.

Mana tidaknya, dia sendiri mengambil cuti tanpa gaji untuk berehat di rumah. Harapnnya dengan berehat, dapatlah mengurangkan sel kanser yang ada dalam dirinya. Dia juga rutin memakan ubat serta vitamin yang dibekalkan hospital. Sejujurnya dia masih lagi ragu dengan rawatan kemoterapi. Dia bimbang akan kesan sampingannya.

Dia ada juga mencari maklumat serba sedikit mengenai kemoterapi dan kesan sampingannya. Apatah lagi jika dia perlu dimasukkan ke mesin pengimejan. Dia takut dengan semua itu. Oleh sebab itu, sekarang dia hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja.

Dia sendiri belum pernah bercerita kepada ibunya mengenai kesihatannya. Dia tak mahu ada seorang pun yang tahu mengenai penyakitnya ini. Cukuplah dia seorang yang berjuang melawan penyakitnya itu.

Telefonnya tiba-tiba berdering. Tertera nama Daim di skrin iPhonenya. Lambat-lambat dia mengangkat telefonnya.

"Hello sayang". Ceria sahaja suara Daim di hujung talian. "Hai sayang. Kenapa call ni? You rindu I ke?". Soal Mellina dengan nada suara yang diceriakan. "Of course I miss you sayang. Long time we're not meet right? You tak rindu I ke?". Soal Daim semula dengan nada manja.

"I pun rindu you sangat". Jawab Mellina. "So kalau kita sama-sama rindu, why not kita jumpa kan? I tunggu you depan rumah you". Kata-kata Daim itu membuatkan Mellina tersentak. "You dah dekat depan rumah I ke?". Soal Mellina sedikit cemas. "Not yet, but kalau you nak, right now I akan terus gerak and sampai depan rumah you". Jawab Daim yakin.

Mellina sudah menggigit bibirnya. Ikutkan hati dia memang rindu sangat terhadap kekasihnya itu tetapi dia tidak mahu Daim melihatnya dalam keadaannya seperti itu. Wajahnya kusam serta badannya juga mulak susut. Dia bimbang Daim akan bertanya banyak soalan nantinya. Akhirnya Mellina terpaksa akur, Mellina bersetuju juga untuk bertemu dengan Daim.

"Okeyy sayang. Bagi I masa bersiap dulu. Around 30 minutes, I call you back okey?". Putus Mellina. "30 minutes? Hmm why take so long time? You no need take long time to get ready sayang, you are beautiful already". Jawab Daim seperti tidak berpuas hati.

Mellina menguntum senyum. Daim memang pandai mengambil hatinya dengan kata-kata romantisnya itu. "Ada je you ni. Okeylah, I end call dulu tau. Kalau tak, tak habislah nak melayan you je. Okeylah bye". Mellina segara menutup panggilan telefon tersebut. Itulah yang membuatkan dia jatuh cinta kepada Daim. Begitu manis pada setiap perkataannya, rupa yang elok serta yang paling penting adalah, hartanya yang melimpah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daim memberhentikan kereta mewah miliknya di hadapan rumah agamnya. Mellina sedikit bingung dan tidak mengerti tujuan Daim membawanya ke rumah keluarga Daim.

"Sayang, tadi you cakap, you nak bawa I pergi lunch isn't right? Kenapa kita ke sini?". Soal Mellina bingung. Daim hanya tersenyum kecil. "Dah tiba masa untuk I kenalkan you pada family I. I serious dengan you, Mel". Ujar Daim bernada serius sambil matanya memandang dalam wajah Mellina. Mellina juga tidak berkelip jadinya. Terpempan dan terkedu.

"You..., I am not ready yet. I dah selalu cakap kan". Jawab Mellina perlahan bimbang Daim terasa hati. "Itulah alasan you kan setiap kali I bincang about our relationship. I bukannya nak ajak you nikah hari ni, kita bincang dulu kan?". Jawab Daim sedikit tegas. Sudah penat dia hendak sering mengalah dengan Mellina. Hari ini, walau apapun yang terjadi dia akan membawa Mellina berjumpa papa dan mamanya.

Mellina membuang pandangan ke luar tingkap kereta. Matanya memandang rumah agam milik keluarga Daim. Begitu berhartanya seorang Daim dan keluarganya. Kalaulah Daim tahu mengenai realiti dirinya.

"Shall we?". Soalan Daim itu mematikan lamunan Mellina. "Tapi I look okey right? Risaulah nak jumpa your parents". Mellina sedikit janggal sebenarnya. Tapi nasibnya baik kerana dia hari ini, dia memakai blouse separas betis. Tidaklah terlalu menjolok mata.

"You look so fine, sayang. Dah jom". Ajak Daim. Laju sahaja Daim membukakan pintu untuk Mellina. Mellina terpaksa akur jua dengan kehendak Daim. Dia tahu Daim begitu ikhlas terhadap dirinya. Begitu ikhlasnya Daim untuk menjadikan Mellina suri hidupnya. Tetapi Mellina tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan semuanya kepada Daim.

Mellina mengikuti langkah kaki Daim memasuki rumah agam tersebut. "Assalamualaikum pa, ma". Ucap Daim. Kedengaran dari dalam ada suara wanita lingkungan 50-an menjawab salam tersebut.

"Waalaikumusalam". Jawab Puan Sri Ainnur sambil berjalan menghampiri Daim dan Mellina yang berdiri berhampiran muka pintu. "Ni mesti Mellina kan? Daim selalu cerita pasal Mellina tau ke aunty". Sapa Puan Sri Ainnur ramah. Mellina juga lantas menyalami tangan Puan Sri Ainnur.

Puan Sri Ainnur tersenyum tatkala melihat Mellina. Wajah Mellina manis dipandang, redup pandangan matanya. Tidak terlalu kurus dan juga tidak terlalu berisi. Baginya, Mellina sepadan dengan Daim. Mellina tersipu malu tatkala mendengar kata-kata Puan Sri Ainnur itu. Dia tidak menyangka Daim sering bercerita tentang dirinya kepada ibunya itu.

"Jemputlah masuk, Mellina. Duduk dulu ya, aunty buat air dulu". Pelawa Puan Sri Ainnur bersama senyuman tidak lekang di bibirnya. "Eh, tak payah susah-susah aunty. Sepatutnya saya yang kena buatkan air untuk semua". Jawab Mellina segan. "Tak susahlah Mellina. Daim, ajaklah Mellina duduk dulu. Mama ke dapur kejap ya". Pamit Puan Sri Ainnur.

"Ma, mana papa? Dari tadi tak nampak pun". Soal Daim. Kereta papanya ada di luar, sudah tentu beliau juga berada di rumah. "Papa ada kat atas tu. Papa solat Zohor tadi". Jawab Puan Sri Ainnur lantas berlalu ke arah dapur. Daim sekadar mengangguk.

"Mel, jemput duduklah. You buat macam rumah sendiri je. Lagipun memang you bakal duduk sini pun nanti bila kita dah rasmi menikah". Ujar Daim bersama senyuman. Mellina tersenyum nipis. Begitu sempurna kehidupan seorang Daim ini. Hidup bergelumangan harta, mempunyai ibu yang cantik, lembut serta mesra. Jauh berbeza dengan kehidupannya yang berasal dari keluarga sederhana, ditinggalkan ayahnya sejak kecil, tinggal di rumah yang biasa saja.

"Daim". Kedengaran suara Tan Sri Yusran menyapa Daim dari arah tangga. Pantas Daim memandang wajah papanya itu. "Pa. Daim bawa bakal menantu untuk papa and mama". Daim pantas memperkenalkan Mellina ke papanya. Mellina menghulurkan senyuman kepada Tan Sri Yusran dan dibalas senyuman juga.

"Mellina ya nama? Cantik nama, secantik orangnya. Pandai Daim cari ya". Ujar Tan Sri Yusran disertakan tawanya. Makin malu Mellina jadinya dek pujian Tan Sri Yusran itu. Puan Sri Ainnur pun tiba bersama dulang di tangannya.

"Jemput minum Mellina. Jangan segan-segan tau". Pelawa Puan Sri Ainnur sambil menghulurkan secawan teh hijau kepada Mellina. Mellina sekadar tersenyum. Dia tidak tahu harus berekspresi bagaimana lagi. Dia begitu segan berada di situ. Terasa kecil dirinya berada di hadapan ibu bapa Daim.

"Dah berapa lama Mel berkawan dengan Daim?". Soal Tan Sri Yusran. "Almost 2 years, uncle". Jawab Mellina lembut. "Wow, quite long time. So..you all tak ada ke arah itu ke?". Soal Tan Sri Yusran lagi. Daim dan Mellina faham benar dengan maksud 'itu' Tan Sri Yusran. "Thats why Daim bawa Mel jumpa papa, mama. Daim nak bincang about our wedding". Jawab Daim pula. Mellina hanya diam membatu.

"Alhamdulillah, akhirnya anak tunggal mama ni dah nak nikah juga. I am happy for you all". Celah Puan Sri Ainnur pula. "Oh ya, dengar kata your dad ada bussiness automobil right?". Soalan Tan Sri Yusran itu membuatkan Mellina sedikit terkedu. "Yes betul tu uncle". Ringkas sahaja jawapan Mellina. Senyuman palsu yang dilemparkan kerana dia sedar dia sedang berbohong.

"Apa nama company your dad ya Mel? Uncle memang plan nak beli kereta dari your company for our staffs. Rasanya bagus juga kalau kita ada company relationship right?". Soal Tan Sri Yusran lagi. Mellina terdiam sejenak. "Craft Automobile, uncle". Ringkas sahaja jawapan Mellina. "Sounds familiar. Okey Daim, nanti you arrangelah everything. Papa serahkan pada you okey". Arah Tan Sri Yusran.

Mellina meneguk air liurnya sendiri. Aduh makin terbongkarlah rahsianya. Kelihatan Tan Sri Yusran begitu serius tentang perniagaan ini. Sekarang ini, Mellina rasa hendak lenyap sahaja dari muka bumi. Tidak sanggup untuk berhadapan dengan orang tua Daim dan terus berbohong. Aduh..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Farah mengetuk pintu bilik doktor terlebih dahulu sebelum masuk. Hari ini dia tekad untuk membuat pemeriksaan ke klinik. Sudah hampir seminggu dia mengalami simptom yang sama yakni mual, pening. Simptom yang dia alami ini sama persis seperti simptom ketika dia hamil 4 tahun yang lalu.

"Doktor, macam mana dengan keadaan saya?". Soal Farah. Doktor wanita tersebut tersenyum nipis sebelum berkata, "Tahniah puan, puan mengandung. Usia kandungan puan dah memasuki 6 minggu".

Farah juga turut tersenyum mendengar pernyataan doktor tersebut. Tidak menyangka rupanya dia sedang hamil. "Kalau saya boleh tahu, mana suami puan ye?". Soal doktor wanita itu. Wajah Farah yang tadinya tersenyum, berubah ke sugul semula. "Suami saya kerja, doktor. Saya datang sorang je". Jawab Farah teragak-agak. Kalaulah Faiq ada menemaninya di saat gembira ini...

"Tapi kandungan saya baik-baik saja kan doktor?". Soal Farah memecah kesunyian seketika tadi. "Alhamdulillah, semuanya baik sahaja. Nasihat saya, di trimester pertama ni puan jangan terlalu stress dan jaga pemakanan. Make sure rehat secukupnya ya puan. Ni anak keberapa ya?". Soal doktor itu lagi.

"Anak ke dua. Anak pertama saya dah berumur 4 tahun". Jawab Farah sambil tersenyum. Doktor tersebut sekadar mengangguk sambil menulis preskripsi ubat dan vitamin yang perlu dikonsumsi Farah. "Puan, ni saya ada prescription ubat and vitamin untuk puan dan kandungan puanlah ya". "Baik terima kasih doktor". Ucap Farah sambil dia berlalu pergi keluar dari bilik doktor.

Dia memegang perutnya yang masih lagi kempis itu. Dia tidak tahu sama ada Faiq akan gembira dengan perkhabaran ini. Buat masa sekarang, Farah memutuskan untuk memberitahu tentang kandungannya ke Faiq. Tunggulah sehingga Faiq pulang ke rumah nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience