Bab limapuluhempat

Drama Completed 7961

Riana menatap hasil keputusan DNA yang dihantar ke klinik tempoh hari. Nyatanya, keputusan DNA itu benar-benar membuat hatinya terluka dan semakin yakin bahawa Dayyini hanya datang ke rumah tersebut untuk membuatkan rumah tangganya dengan Daim hancur.

Masih teringat jelas perbualannya dengan doktor tadi, ketika dia datang untuk mengambil keputusan DNA tersebut.

'Maaf puan, kalau saya boleh tahu. Puan buat DNA ni untuk siapa?', soal doktor lelaki yang bernama Doktor Hafiz itu.

'Saya buat ni untuk suami saya dan kakak dia. Jadi apa keputusannya doktor?'. Soal Riana tidak sabar lagi untuk mengetahui keputusannya.

'Jadi menurut laporan ni menunjukkan DNA dua sampel rambut yang puan bawa tempoh hari tidak sepadan'. Jawab Doktor Hafiz.

'Tak sepadan? Maksudnya dia orang bukan adik beradik ke?'. Soal Riana yang masih kurang mengerti itu. 'Biasanya begitu. Sebab tu saya tanya lagi sekali, betul ke sampel yang puan bawa ni? Saya cuma nak pastikan saja'. Soal Doktor Hafiz lagi.

'Betul doktor. Saya ambil sampel rambut tu dari sikat rambut masing-masing. Jadi memang dia orang bukan adik-beradiklah kan?'. Ujar Riana lagi.

Riana melepaskan keluhan berat. Jadi selama ini dia telah membiarkan suaminya bergelumang dengan dosa. Dia membiarkan Daim terus bergaul dengan Dayyini yang nyatanya bukan mahram kepada Daim pun.

Riana menyapu air mata yang keluar membasahi pipinya. Dia tidak boleh lemah begini. Malam ini juga, dia perlu memastikan Dayyini keluar dari rumah mereka dan juga kehidupan mereka.

Riana lantas keluar dari bilik dan terus menuruni tangga. Baru sahaja dia turun tangga, matanya sempat menangkap kelibat Daim mengikuti Dayyini masuk ke biliknya.

Hati Riana semakin membara melihat itu. Untuk apa Daim mengikuti Dayyini ke biliknya lantas pintu bilik ditutup pula. Nafas Riana jadi turun dan naik mengenangkan apa yang akan jadi.

Riana lantas terus mengetuk pintu bilik Dayyini secara bertalu-talu. "Hei perempuan! Kau keluar sekarang sebelum aku pecahkan pintu ni!". Jerit Riana dari luar.

Rasa marah meluap-lupa menguasai diri sampaikan dia lupa yang dia sedang hamil. "Woi perempuan! Keluarlah!!". Jerit Riana sekali lagi.

Akhirnya Dayyini dan Daim keluar jua dari bilik. Riana sempat melihat ke arah Dayyini yang hanya memakai baju tidur dress seksi bertali halus itu.

"Kau buat kat dalam dengan suami aku ha?! Kau nak menggatal dengan dia kan?!". Jerkah Riana. "Apa ni Riana? Akak cuma nak tunjuk something je dekat Daim. Apa Riana merepek ni?". Soal Dayyini berpura-pura tenang.

"Kau jangan nak buat-buat bodohlah Dayyini! Kau ingat aku tak tahu yang kau sengaja datang sini sebab kau rosakkan rumah tangga aku dan Daim kan?". Soal Riana dengan penuh emosi.

"Riana, please stop merepek boleh tak? Awak jangan nak biadab dengan kakak saya!". Giliran Daim pula bersuara. "Kakak? Kakak apa ha? Ni, bukti dia bukan kakak awak, Daim. Tolonglah sedar Daim!". Ujar Riana sambil menunjukkan keputusan DNA yang dibawa tadi.

Dayyini mulai terkulat-kulat tatkala melihat keputusan DNA tersebut. Aduh macam mana pula Riana boleh buat test DNA tu?

"Sejak bila awak pandai ingkar arahan saya ni? Kan saya dah cakap saya tak nak buat test DNA tu? Kenapa awak buat juga? Awak teringin nak jadi isteri derhaka ke, Riana?". Sindir Daim membuatkan hati Riana direntap rasanya.

"Sebelum awak cakap saya isteri derhaka, cuba awak tengok diri awak dulu, Daim. Dia bukan kakak awak tapi korang berdua dah buat apa je? Dan kau Dayyini! Aku nak berambus dari sini sekarang juga". Jerkah Riana kepada Dayyini.

"Kalau akak keluar dari sini, akak nak duduk mana? Lagi pun kenapa Riana percaya sangat dengan keputusan DNA tu? Keputusan tu belum tentu betul". Hujah Dayyini panjang lebar.

"Betul tu. Kenapa awak percaya sangat dengan keputusan tu? Entah-entah itu cuma edit je kan sebab awak memang nak halau kak Dayyini kan? Awak kan busuk hati sangat dengan kak Dayyini". Bela Daim pula.

"Sampai hati awak cakap macam tu. Dayyini! Apa yang kau dah buat dengan suami aku? Kau dah sihir dia kan sampai dia tunduk ikut cakap kau macam ni?". Soal Riana sambil matanya tajam mencerlung Dayyini yang hanya berpeluk tubuh itu.

"Sekarang ni kan, akak tengok Riana makin melampau tau. Lepas Riana tuduh akak menipu sebagai kakak kandung Daim, sekarang Riana tuduh akak sihir Daim? Riana ni dah gila agaknya". Jawab Dayyini.

"Aku jadi macam ni punca dari kaulah perempuan! Kau cuba nak rampas suami aku! Apa motif kau buat semua ni ha?!". Jerkah Riana lagi. Semakin hilang sabarnya untuk menghadapi Dayyini.

Daim yang berada di sebelah Dayyini sudah memegang kepalanya yang terasa berdenyut itu. Wajahnya mulai memerah menahan sakit kepalanya.

"Diam!! Semua orang diam boleh tak?! Serabut tau tak, serabut! Kau Riana, jangan sampai kau yang aku campak tepi jalan tu. Biar merempat kau dengan anak kau tu! Blahlah!". Jerit Daim lantas terus mendaki tangga dan menghempas pintu bilik mereka.

Riana terpaku saat mendengar kata-kata Daim itu. Dia sedar itu bukanlah kata-kata dari hati Daim. Dia tahu, Daim sebenarnya telah ditundukkan oleh Dayyini. Oleh sebab itu, sikap Daim berubah 180 darjah.

"Tengok? Adik akak dah marah kan? Pandai-pandailah kau pujuk suami kau tu". Ujar Dayyini sambil tersenyum sinis. "Tapi aku cuma nak bagitau sikitlah, aku akan pastikan kau akan kehilangan Daim, Riana. Kau ingat tu". Bisik Dayyini sebelum berlalu masuk ke biliknya.

Riana sudah mengetap bibirnya menahan tangis. Ternyata betul tekaannya. Dayyini memang mempunyai niat yang jahat terhadap mereka berdua.

Air mata sudah tidak mampu dibendung, lantas turun laju membasahi pipinya. Apa lagi ujian untuknya kali ini? Sekarang yang paling penting adalah dia perlu menyelamatkan Daim daripada terus digunakan oleh Dayyini.

Dia tidak akan biarkan Dayyini menang. Dia akan pastikan Dayyini tewas dan kemenangan berpihak kepadanya. Riana perlu menyelamatkan rumah tangga mereka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adya meneguk sedikit jus oren yang dipesannya tadi sejurus mendengar semua cerita Riana itu. Tidak menyangka begitu hebat sekali dugaan yang dihadapi kawan baiknya itu.

"Aku buntu sangat sekarang ni, Adya. Aku tak tahu dah cara nak halau perempuan tu keluar dari rumah tu". Luah Riana berbaur nada sebak.

"Ya aku faham perasaan kau tu. Aku sendiri pun naik mendidih dengar cerita kau pasal perempuan tu. Eh aku tak fahamlah apa motif dia buat semua ni? Kenapa dia boleh terfikir nak menyamar jadi kakak Daim dan masuk ke dalam rumah tu?". Ulas Adya panjang lebar.

"Aku pun tak faham, Adya. Aku kecewa gila dengan Daim tapi aku tak boleh salahkan Daim juga sebab aku tahu Dayyini dah kawal dia". Jawab Riana kesal.

"Kau tak boleh biarkan dia terus buat yang lebih teruk. Aku rasa kau dan Daim dah kena sihir pemisah. Kau kena buat sesuatu, Riana tambah pula kau tu tengah sarat mengandung. Aku risau benda tu nanti mudaratkan anak kau pula". Jawab Adya meluahkan kerisauannya.

"Apa aku kena buat sekarang ni?". Soal Riana mengharapkan idea yang bernas daripada Adya. "Zariff ada kenalan seorang ustaz. Ustaz ni selalu dah ubati orang-orang yang kena sihir macam tulah. Ramai kata dah sembuh hasil bantuan daripada ustaz tu juga. Cuba kau ajak Daim berubat". Cadang Adya.

"Tapi Daim nak ke? Asal aku cakap je nanti ada yang salah. Asal kita bercakap je nanti hujung-hujung bergaduh". Luah Riana lagi.

"Kau cuba dulu, Riana. Kau cuba slowtalk dengan dia. Inshaallah Daim akan dengar". Adya cuba memujuk Riana lagi. Dia tahu Riana sepertinya sudah putus harapan sekarang ini.

"Inshaallah aku akan cuba. Thank you tau Adya sudi dengar cerita aku". Ucap Riana. "Small matter. Aku akan sedaya upaya cuba tolong kau Riana. Kau sahabat aku dunia akhirat". Ucap Adya sambil tersenyum sebaris.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sedari tadi Khaleel berjalan mundar mandir di hadapan bilik bersalin. Mellina di dalam sedang bertarung untuk melahirkan zuriat mereka. Khaleel pula tidak dapat menemani Mellina sehingga ke dalam bilik bersalin disebabkan peraturan hospital tersebut.

"Khaleel, kamu bawa bertenang sikit. Cuba duduk dulu sambil doakan untuk Mellina". Nasihat Puan Haida yang sedari tadi memerhati menantunya itu kehulu dan kehilir.

Khaleel terpaksa akur dan duduk sebentar untuk merelakskan uratnya tegang buat seketika. Khaleel tidak henti-henti mendoakan keselamatan isteri serta anaknya. Dia mahu melihat Mellina berjaya keluar dari bilik bersalin itu bersama anak mereka dengan selamat.

Hampir 15 minit Khaleel cuba menenangkan dirinya sendiri, pintu bikik bersalin terbuka dan seorang doktor wanita keluar bersama seorang jururawat.

"Doktor Rafidah, macam mana wife saya? Dia selamat kan? Anak saya juga?". Soal Khaleel sambil berjalan menghampiri doktor bernama Rafidah itu. Khaleel memang kenal dengan Doktor Rafidah memandangkan Doktor Rafidah merupakan rakan sekolejnya sewaktu mereka belajar dahulu.

"Doktor Khaleel, first of all, I nak bagitahu yang anak lelaki you selamat and nurse tengah bersihkan dia. After this you boleh azankan". Maklum Doktor Rafidah.

"But your wife..on critical condition. Dia mengalami pendarahan yang banyak. So for now Mellina kena ditahan di ICU dulu untuk kita buat blood transfusion". Sambung Doktor Rafidah lagi.

Khaleel sudah terpempan mendengarnya. Mellina sedang kritikal saat ini. Dia tidak salah dengar kan?

Khaleel terduduk semula ketika mendengar kata-kata Doktor Rafidah itu. Mellina telah melahirkan anak lelaki mereka namun kini Mellina pula perlu bertarung nyawa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Riana membuka pintu bilik mereka dan mengintai ke dalam. Ternyata Daim ada di atas katil sedang ralit bermain telefon bimbitnya. Riana lantas masuk dan menutup pintu semula. Dia duduk di tepi katil.

"Awak, saya ada nak cakap dengan awak". Riana mula bersuara memecah kesunyian. "Hmm?". Itu sahaja yang dibalas oleh Daim.

"Hujung minggu ni kita pergi Perak nak tak?". Soal Riana penuh berhati-hati. "Nak buat apa? Awak nak pergi jalan-jalan ke sana dengan keadaan awak dah sarat macam ni?". Soal Daim.

"Bukan untuk berjalan tapi untuk berubat. Saya nak bawa awak berubat". Jelas Riana menerangkan tujuannya mengajak Daim ke sana. Ini pun Adya yang mencadangkan kepadanya.

"Berubat untuk apa? Saya tak sakit pun". Jawab Daim bengang. "Awak mungkin rasa awak okey, Daim tapi sebenarnya tak pun. Dayyini dah racun otak dan hati awak. Saya dah tak kenal suami saya". Jawab Riana.

"Awak ni sebenarnya kenapa Riana? Masih tak habis lagi nak salahkan kakak saya? Apa awak benci sangat dengan kak Dayyini tu ha?". Soal Daim sambil matanya tajam merenung wajah Riana.

"Saya tak pernah suka benci orang, Daim. Tapi apa yang Dayyini buat dekat kita tu dah melampau. Dia menyamar jadi kakak awak, dia cuba goda awak dan sekarang dia sihir awak". Terang Riana lagi.

"Awak nak tahu kenapa saya berubah sikap ke awak? Awak tengoklah diri awak sekarang. Asyik nak bersangka buruk dengan kakak saya sendiri. Suka nak ikut emosi sendiri. Lepas tu cuba awak cermin diri awak tu. Awak selekeh tau tak sekarang? Saya tahu awak tengah mengandung tapi tak payahlah sampai malas nak bersiap". Panjang lebar Daim berkata.

Riana memandang dirinya sendiri. Selekeh di bahagian mana dia? Setiap hari dia tetap berpakaian kemas walaupun sekadar duduk di rumah. Tapi Daim memandangnya begitu?

"Nasib baik awak baik saya tak cari perempuan lain, Riana. Awak jangan sampai saya cari orang lain pula kalau awak terus macam ni". Ugut Daim membuatkan Riana agak tersentak. Sampai begitunya Daim membenci dirinya?

"Dahlah, serabut saya bila bercakap dengan awak. Baik saya keluar cari angin". Ujar Daim lantas bingkas bangun dari katil. "Saya tak habis cakap lagi, Daim!". Ujar Riana namun tidak lagi dihiraukan oleh Daim.

Riana mulai buntu bagaimana untuk membantu Daim. Dia yakin Daim berubah bukan kerana kehendak hatinya melainkan kerana telah disihir oleh Dayyini. Jadi apa yang dia lihat di bilik Dayyini tempoh hari memang benar. Itu adalah barang-barang digunakan untuk sihir.

Sejak kehadiran Dayyini, tiada langsung kemanisan dalam rumah tangga mereka. Yang ada hanya saling bertekak, bergaduh dan kesalahfahaman. Riana terus mengusap perutnya. Sepatutnya di waktu begini, di mana lebih kurang sebulan sebelum dia melahirkan, Daim perlu sentiasa menemaninya.

Tetapi sekarang, Riana terpaksa ke klinik untuk check up bersendirian tanpa ditemani Daim. Daim semakin jauh daripadanya. Riana tidak boleh berputus asa. Dia perlu menghalau Dayyini keluar dari kehidupan mereka. Itu tekadnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience