Bab 18

Drama Completed 7961

BAB 18 – PERJANJIAN BERDARAH

Aidil masih terdiam. Tawaran Farkas berlegar-legar dalam fikirannya, menimbulkan konflik antara akal dan hatinya.

"Apa yang kau cadangkan itu..." Aidil menarik nafas dalam, "...hampir mustahil."

Farkas hanya tersenyum sinis. "Hampir mustahil... tapi bukan mustahil."

Nabil yang berdiri di sisi Aidil tampak resah. "Abang, kita tak boleh percaya dia. Kita tak tahu siapa dia sebenarnya!"

Farkas mengangkat kening. "Aku hanya seorang tentera upahan. Aku bertarung untuk siapa yang mampu membayar aku... dan sekarang, aku ingin bertarung untuk kau, Putera Aidil."

Aidil mengetap gigi. Tawaran ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Jika dia menerima bantuan Farkas, dia perlu berdepan dengan bahaya yang lebih besar—terutamanya jika perjanjian ini melibatkan sesuatu yang lebih daripada sekadar pertarungan.

"Apa jaminan kau bahawa aku boleh mempercayai kau?" Aidil akhirnya bertanya.

Farkas ketawa kecil sebelum mencabut belati dari pinggangnya. Dengan satu gerakan pantas, dia mengelar telapak tangannya sendiri, membiarkan darah merah menitis ke tanah.

"Darah untuk darah," katanya. "Jika aku mengkhianati kau, biarlah sumpahan darah ini menghancurkan aku."

Aidil terdiam.

Nabil memandangnya penuh kebimbangan. "Abang... ini terlalu berisiko."

Aidil tahu itu. Tetapi dalam keadaan sekarang, dia tidak punya pilihan lain.

Dia menghulurkan tangannya.

Farkas tersenyum sebelum mengelar sedikit tapak tangan Aidil, membiarkan darah mereka bercampur.

"Mulai saat ini, aku adalah pedang kau, Aidil Ackerman," Farkas berbisik. "Dan aku akan pastikan kau mendapat takhta yang sepatutnya menjadi milik kau."

Aidil menggenggam tangan Farkas erat. "Kalau begitu, mari kita mulakan permainan ini."

Dengan perjanjian darah ini, jalan untuk kembali ke Vladivos telah dibuka.

Dan ini bukan sekadar tentang menawan hati Raja Wafiy.

Ini tentang menumbangkan Puteri Dayana dan memastikan tiada siapa lagi yang akan berani merampas masa depan yang sepatutnya menjadi miliknya.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience