Bab limabelas

Drama Completed 7961

Faiq membuka pintu wad Melati. Dia terpinga-pinga tatkala melihat semua katil kosong termasuklah katil Farah. Katil Farah bukan sahaja kosong malahan telah pun dikemas. Faiq menutup kembali pintu bilik wad dan berjalan menghampiri kaunter jururawat.

"Nurse...patient nama Farah, pergi mana ya?". Soal Faiq kepada jururawat yang duduk di kaunter tersebut. "Oh Puan Farah dah discaj tadi, Encik. Dalam 30 minit lepas". Jawab jururawat itu mesra serta penuh dengan senyuman.

Faiq mengerutkan dahinya. Kenapa Farah tidak memberitahunya apa-apa sedangkan dia langsung tidak pulang ke rumah sebaliknya hanya duduk di surau hospital tersebut. Sehinggakan tengah malam tadi dia tertidur di surau dan tersedar semula waktu Subuh tadi.

"Dah lama ke dia balik, nurse?". Soal Faiq lagi. "Hmm rasanya dalam 15 minit yang lepas Puan Farah baru je keluar dari wad. Rasanya masih ada dekat kaunter bawah untuk urusan discaj". Maklum jururawat tersebut. "Ok baik, terima kasih". Ucap Faiq lantas bergegas menuju ke lift untuk turun ke tingkat bawah.

Setibanya di bawah, dia melihat kelibat Farah serta seorang lagi wanita lingkungan 50-an di sisinya. Faiq segera mengejar langkah kaki Farah yang sedang berjalan keluar dari hospital itu.

"Farah! Tunggu dulu!". Farah lantas menoleh ke belakang untuk melihat empunya suara. Faiq rupa-rupanya. Dia melihat Faiq berlari anak mengejar. Farah tidak menghiraukan Faiq, sebaliknya meneruskan perjalanannya.

"Farah, tunggu!". Faiq segera menarik pergelangan tangan Farah. Dia membuang nafas besar sebelum bercakap dengan Farah. Farah menarik kembali tangannya. Dia langsung tidak memandang wajah Faiq yang berada di hadapannya.

"Kenapa awak balik tak bagitau saya?". Soal Faiq lembut. "Perlu ke?". Soal Farah semula bernada sinis. Mak Som yakni ibu saudara Farah yang berdiri di sebelah Farah hanya memerhati gelagat mereka berdua. "Saya suami awak, Farah. Macam mana pun saya perlu tahu tentang awak". Jawab Faiq lagi.

"Lepas ni awak tak perlu ambil tahu pasal saya lagilah. Saya tak perlukannya. Awak ambil tahu jelah pasal isteri awak lagi satu tu ya". Kata-kata Farah itu nyata membuatkan Faiq sedikit terluka.

"Kenapa awak cakap macam ni, Farah? Awak pun isteri saya juga". Jawab Faiq dengan nada lirih. "Sekarang ya. Lepas ni siapa yang tahu kan? Sekarang tolong jangan ganggu saya dan Danish, saya nak tenangkan fikiran saya seketika". Jawab Farah lagi. Nadanya cukup tenang, tapi ribut dalam hatinya siapa tahu?

"Faiq, bagilah masa untuk Farah bertenang ya. Buat masa sekarang biar Farah dengan Mak Som dulu ya". Celah Mak Som pula. Faiq hanya mengangguk lemah sambil melihat Farah dan Mak Som meninggalkan kawasan hospital itu. Hatinya kecewa mendengar kata-kata Farah tadi. Dia berharap Farah tidak memaksudkan kata-katanya.

Dia sedar, dia banyak kesilapan terhadap Farah. Semuanya memang berpunca daripada dia. Bermula daripada tindakan luar kawalannya hingga membawa kepada kematian anaknya yang dikandung oleh Farah. Faiq hanya diam membisu menunduk memandang lantai. Keluhan berat dilepaskan.

Ini Farah, entah bagaimana pula reaksi Riana. Dia sendiri pun belum sempat menghubungi Riana mahupun keluarganya. Dia perlu pulang ke rumah untuk bertemu dengan Riana pula.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daim memberhentikan keretanya di hadapan rumah agam 'milik' Mellina. Sebelum turun dia melihat keadaan di sekeliling terlebih dahulu. Kawasan agak sunyi dan terlihat di perkarangan rumah agam tersebut sunyi, tiada orang di rumah barangkali.

Dia memerikaa notifikasi di iPhonenya. Ada satu mesej daripada Mellina.

'Hai sayang, kita lunch sekali nanti nak tak?'

Mesej yang dihantar oleh Mellina dibiarkan seketika oleh Daim.

'Sorry, today I busy. I kena lunch dengan CEO dari company lain hari ni. Next time okey?'.

Dalih Daim. Dia perlu menyiasat terlebih dahulu mengenai latar belakang Mellina. Dia tidak boleh membiarkan hatinya meragui Mellina lagi. Biar dia cari sendiri kebenarannya.

Daim turun dari keretanya dan berjalan menghampiri rumah agam tersebut. Loceng yang tersedia di luar ditekan beberapa kali. Dia melihat seorang wanita lingkungan 30-an keluar dari rumah agam tersebut lengkap memakai uniform pembantu rumah. 'Maid dia agaknya', getus Daim.

"Ya pak? Cariin siapa? Ada perlu apa?". Soal amah dari Indonesia itu. "Saya tak nak jumpa sesiapa cuma saya nak tanya siapa owner rumah ni?". Soal Daim. "Oh di sini ada Tuan Hisham dan Puan Tia, pak. Ada apa ya nanyain soal mereka?". Soal amah tadi sambil matanya bergerak dari atas dan bawah melihat Daim yang berada di sebalik pintu pagar tersebut.

"Mereka ada anak perempuan? Nama Mellina?". Soal Daim lagi. Amah tadi mengerutkan dahinya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Nggak ada pak. Anaknya Tuan Hisham itu laki-laki semua kok, ada 4 orang. Mereka nggak punya anak perempuan". Jawapan amah itu membuatkan Daim sedikit tersentak.

"Kamu yakin ni?". Soal Daim meminta kepastian. "Yakinlah pak, soalnya saya aja udah kerja sini 15 tahun loh. Sudah tentu saya kenal betul dengan anak-anak mereka". Jelas amah tadi lagi. "Omong-omong, bapak kenapa ya nanyain begitu? Bapak kenal sama Tuan Hashim atau Puan Tia?". Soal amah itu lagi.

"Tak. Saya tak kenal pun. Saya sekadar bertanya sahaja. Sorry sebab dah tanya banyak soalan. Terima kasih". Ucap Daim lantas berjalan semula menuju ke keretanya.

Wajah Daim yang cerah itu mulai memerah. Dia menahan rasa malu serta malu. Jelaslah sekarang, Mellina telah pun menipunya. Tapi kenapa? Kenapa Mellina perlu menipunya sampai sebegini?

Daim mulai terfikir mengenai sikap Mellina setiap kali dia mengajak Mellina menikah. Pasti ada saja alasan yang diberikan gadis itu. Mungkin inilah puncanya.

Dia perlu siasat siapa Mellina sebenarnya? Dan apa tujuannya berbuat sebegini?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Faiq menjengulkan kepalanya di pintu rumah ibu bapanya. Ruang tamu kosong sahaja, tiada sesiapa pun. "Ma! Pa!". Panggil Faiq. Entah mengapa rumah terasa begitu sunyi sahaja.

"Sayang!". Panggil Faiq lagi lantas menghampiri biliknya. Dia membuka pintu biliknya dan mendapati Riana tiada di situ. Biliknya juga kemas sahaja, tiada tanda-tanda Riana di situ.

Puan Yasmin keluar dari biliknya dan duduk di sofa ruang tamu. Dia hanya diam membisu sambil memerhati gelagat Faiq yang tercari-cari Riana. "Ma, mana Riana?". Soal Faiq sedikit cemas.

Puan Yasmin menjeling Faiq. "Dia balik". Jawab Puan Yasmin ringkas. "Balik mana? Balik rumah kita orang ke?". Soal Faiq lagi. "Tak tahulah dia balik mana. Yang pasti dia cakap dia nak balik je". Dalih Puan Yasmin walhal dia tahu Riana sebenarnya pergi ke rumah Adya.

"Kenapa mama tak tahan dia dulu sampai Faiq balik? Mama ni pun". Jawab Faiq yang ingin membuka langkah keluar dari rumah itu. "Faiq, tunggu dulu". Tegah Puan Yasmin. "Ada apa ma?". Soal Faiq tidak memandang wajah ibunya itu.

"Biarlah Riana tu bertenang sikit. Benda dia perlukan masa untuk bertenang. Kamu faham tak?". Nasihat Puan Yasmin dengan nada tegas. "Tapi Faiq kena jelaskan ke dia ma". Jawab Faiq tidak mahu mengalah.

"Kamu nak jelaskan apa lagi? Benda dah jelas, terang lagi bersuluh, Faiq. Bukti pun dah jelas ada". Jawab Puan Yasmin lagi. "Tapi Faiq buat semua ni bersebab, ma. Faiq takut kehilangan Riana. Faiq tak sanggup kalau Riana pergi dari hidup Faiq andai Faiq jujur tentang status Faiq". Panjang lebar Faiq menerangkan. Dia menundukkan kepalanya tanda menyesali apa yang telah dia buat.

"Bukan macam ni caranya, Faiq. Kamu dah nak bertanggungjawab atas kesilapan kamu, itu dah satu perkara yang baik walaupun kau rahsiakan daripada semua orang. Tapi kamu menipu orang pulak pasal status kamu. Kamu tak fikir ke perasaan orang yang kamu tipu ni?". Panjang lebar Puan Yasmin memberi 'tarbiah'.

"Ni mama ni, ibu kandung kamu Faiq, yang kat dalam bilik tu pula ayah kandung kamu, tergamak kau rahsiakan benda besar macam ni dari kami. Mama kecewa tau tak, Faiq?". Sambung Puan Yasmin lagi. Encik Syukri hanya berehat di biliknya sahaja memandangkan keadaan kesihatan sedikit merosot sejak peristiwa semalam.

"Ya Faiq tau, Faiq salah. Maafkan Faiq, ma". Faiq merayu sambil melutut di hadapan Puan Yasmin. Dia memegang kaki ibunya itu. "Benda dah nak jadi, Faiq. Mama pun tak boleh cakap. Sekarang ni, mama tak taulah macam mana terlukanya Riana sebab perbuatan kamu ni, Faiq". Jawab Puan Yasmin, mengenang bagaimana hancurnya perasaan Riana saat ini.

"Faiq kena cari Riana dulu sekarang. Nanti, Faiq dah jumpa Riana, Faiq datang balik sini. Faiq pergi dulu, ma". Pamit Faiq lantas terus keluar meninggalkan Puan Yasmin. Hatinya tidak tenang selagi dia tidak bertemu dengan Riana.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jam sudah menghampiri 5 petang dan sehingga kini Faiq masih buntu mengenai keberadaan Riana. Riana tidak balik ke rumah mereka. Riana juga tidak mungkin balik ke rumah ibu bapanya. Faiq cuba memerah otaknya memikirkan kemana agaknya Riana pergi.

Puas Faiq memikirkan, akhirnya dia terfikirkan satu nama, Adya! Dia tahu bagaimana rapatnya Riana dengan Adya. Riana juga pernah duduk bersama Adya dulu. Jadi tidak mustahil Riana ke situ.

Faiq cuba mencari semula lokasi rumah Adya. Seingatnya dulu, Riana pernah memberinya lokasi rumah sewa Adya bertujuan untuk mengambil barangan Riana semasa mereka berpindah rumah sebelum ini. Syukur, ternyata lokasi rumah Adya masih disimpan oleh Faiq.

Akhirnya, Faiq meluncur laju membelah jalan raya menuju rumah sewa Adya yang memakan masa 30 minit perjalanan. Setlah hampir 30 minit pemanduan, Faiq tiba di hadapan rumah teres dua tingkat itu.

Faiq segera turun dari keretanya. Dia berjalan laju menuju ke pintu pagar rumah Adya. "Dya! Dya!". Panggilnya. Sunyi, senyap, tiada sebarang jawapan.

"Dya! Riana!". Faiq memanggil lagi tanpa putus asa. Tidak lama kemudian, Adya keluar dari rumahnya. "Faiq, kenapa kau datang sini?". Soal Adya berpura-pura tidak tahu mengenai hal sebenar.

"Riana ada kat sini tak?". Soal Faiq. "Tak ada. Kenapa?". Soal Adya bosan sambil memeluk tubuhnya. "Kau jangan tipu aku. Aku tahu dia ada kat dalam kan? Baik kau panggil dia sebelum aku jerit-jerit kat sini". Ugut Faiq.

"Amboi, kau ugut aku ke? Kau nak jerit, jerit jelah. Kejap lagi aku call polis". Ugut Adya lagi. Apa, Faiq ingat dia ini mudah digula-gulakan?

"Aduh janganlah sampai main polis. Aku merayu kat kau ni, aku nak jumpa Riana je. Pleaselah, Adya". Rayu Faiq lembut. "Ish kau ni bising jelah. Housemate aku kat sini semua perempuan tau! Kalau dia orang dengar kau melalak macam ni, maunya semua tak nak sewa kat sini. Kau pergi jelah, Riana tak ada kat sinilah". Bebel Adya.

"Riana! Sayang! Abang tahu sayang kat sini kan? Sayang keluarlah kejap, abang nak cakap dengan sayang". Faiq terus bersuara tanpa menghiraukan bebelan Adya lagi.

"Ishh bisinglah Faiq, kau pergi tak sebelum aku call polis ni". Adya memberi amaran sekali lagi. "Adya". Dari arah belakang Riana berdiri di muka pintu rumah. Dia memberi isyarat mata kepada Adya untuk membiarkan saja dia dan Faiq berbicara buat seketika.

"Sayang, abang tahu sayang ada kat dalam". Ujar Faiq lembut. Matanya berkaca tanda gembira dapat bertemu Riana juga akhirnya. Adya hanya mengangguk kecil ke arah Riana dan masuk semula ke rumah. Biarkan Faiq dan Riana berbincang buat seketika.

"Kenapa awak buat kecoh kat sini, Faiq? Awak pun tahu kan, kat sini bukan saya dan Adya saja yang tinggal, ada lagi dua orang yang lain tinggal. Awak janglah buat kecoh". Tegas Riana bersuara. Tiada lagi senyuman manis buat Fauq seperti kebiasaannya.

"Sayang, abang minta maaf untuk semua salah abang. Abang tau, abang silap sangat sebab rahsiakan hal besar ni dari sayang. Tapi abang takut sangat hilang sayang". Luah Faiq. "Tapi awak sedar tak, dengan perbuatan awak ni, awak mungkin akan hilang saya". Jawab Riana tenang.

Faiq memandang wajah Riana dalam-dalam. Apa yang dimaksudkan oleh Riana ini? Tambahan pula, panggilan Riana terhadapnya telah pun berubah.

"Apa sayang cakap ni? Abang tak nak sayang pergi! Abang merayu". Rayu Faiq lagi sambil menangism Air mata jantannya mulai keluar.

"Awak dah tipu saya, Faiq. Awak dah buatkan saya macam perampas suami orang. Saya rasa no point untuk saya terus bersama awak". Jawab Riana, kekal tenang.

"Tolonglah sayang! Sayang bukannya oerampas pun. Abang yang bersalah dalam hal ni. Tolonglah sayang". Rayu Faiq lagi tanpa asa. "Sekarang awak baliklah. Nanti apa pula orang kata. Saya masuk dulu, assalamualaikum". Ucap Riana lantas berlalu meninggalkan Faiq yang menangis meronta itu.

Dia sudah tidak menghiraukan rayuan Faiq lagi. Hatinya benar-benar terluka saat ini. Perasaannya juga bercampur aduk namun dia perlu terlihat tenang di hadapan Faiq.

"Riana! Sayang! Tolong maafkan abang". Faiq masih lagi merayu di luar pagar. Dia sudah tidak menghiraukan panas terik matahari serta dia menangis menggila seperti itu.

Akankah ada sinar buat hubungan mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience