Petang itu, Daim balik sedikit awal dari pejabatnya. Memang sengaja dia balik awal kerana dia berasa kurang sihat. Kepalanya terasa pening dan kerana itu ingin berehat.
Baru sahaja melangkah masuk ke rumah, suara Puan Sri Ainnur sudah kedengaran memanggilnya. "Daim, sini kejap". Tegur Puan Sri Ainnur yang sedang duduk di ruang tamu.
"Ada apa ma?". Soal Daim sambil melangkah dengan penuh kemalasan menuju ke ruang tamu. Wajah Puan Sri Ainnur kelihatan tegang. Entah apa yang ingin disoal.
"Semalam Daim hantar Riana sampai rumah kan?". Soal Puan Sri Ainnur. Dia memandang tepat ke arah wajah anak lelakinya itu. "Yelah, kan mama suruh hantar dia sampai rumah". Dalih Daim.
"Ke Daim turunkan dia tepi jalan je?". Soal Puan Sri Ainnur sinis. Daim tersentak mendengar kata-kata mamanya itu. Macam mana mamanya boleh tahu? Riana complaint ke?
"Jawablah! Daim tak hantar dia sampai rumah kan? Daim turunkan dia tepi jalan je kan? Kenapa Daim?". Soal Puan Sri Ainnur bertalu-talu dengan nada suara tegas. "Dia complaint ke mama ke?". Soal Daim pula.
"Zariff yang bagitahu mama. Riana cerita dengan Adya yang malam tadi dia hampir kena samun tau tak masa jalan kaki balik rumah. Daim ni dah kenapa? Bahaya tau tak biarkan perempuan jalan sorang, dah lewat malam pula tu". Leter Puan Sri Ainnur.
"Daim tak nak hantar dia sampai rumah sebab Daim bukan driver dia! Tak kuasalah Daim nak hantar dia. Apa dia ingat dia princess ke? Dahlah hidup susah, lepas tu kerja asik nak menyusahkan orang!". Daim merungut.
"Daim! Daim jangan kurang ajar sangat! Mama tak ajar tau Daim bersikap macam ni! Tak kisahlah apa pun pangkat dan harta seseorang tu, kita kena saling hormat orang". Nasihat Puan Sri Ainnur tegas. Kecewa hatinya melihat sikap sombong Daim itu.
"Mama tak nak tahu apa-apa, mama nak Daim minta maaf dengan Riana. Selagi Daim tak minta maaf, mama tak akan bercakap dengan Daim!". Putus Puan Sri Ainnur lantas berlalu pergi meninggalkan Daim yang terpinga-pinga.
Minta maaf? Seorang Daim perlu meminta maaf kepada orang lain? Oh...itu mungkin tidak akan terjadi!
Daim memicit kepalanya yang semakin terasa pening. Entahlah mengapa mamanya itu begitu membela Riana. Entah apa yang begitu istimewa dengan Riana sehingga Puan Sri Ainnur sanggup berkata begitu kepada anaknya sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Puan Haida merenung jauh di gerai sayurnya. Jualannya hari ini kurang laris ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.
Walaupun jasadnya berada di situ, namun otaknya dan jiwanya melayang memikirkan pelbagai perkara. Dan sudah tentu yang difikirkan adalah mengenai keadaan anaknya itu, Mellina.
Sudah seminggu Mellina tidak pulang ke rumah. Ada juga beliau mencuba untuk menghubungi Mellina, namun jangan berharaplah Mellina untuk mengangkat panggilannya. Entah di manalah Mellina berada sekarang.
"Aih jauh termenung tu, Haida". Sapa Pak Saad sambil tersenyum. Dia berjalan menghampiri gerai sayur Puan Haida. "Eh bang. Nak beli sayur ke?". Soal Puan Haida dengan nada yang dibuat-buat ceria.
"Ingat nak beli sayur sikit. Abang teringin pula masak dalca sayur. Tapi dalca bodo jelah, maklumlah abang bukannya mahir memasak pun". Seloroh Pak Saad dan dibalas tawa oleh Puan Haida.
"Ada aje abang ni. Abang nak beli sayur apa ni?". Soal Puan Haida. "Hmm abang nak terung tu dengan cili padi setengah kilo ya". Jawab Pak Saad. Puan Haida lantas mengambil cili dan ditimbang.
"Ni abang lupa pula nak tanya, lama abang tak jumpa anak kamu, Mellina tu? Dia pergi mana?". Soal Pak Saad. Puan Haida memanjang sekejap wajah Pak Saad lantas menundukkan kepalanya.
"Dah seminggu ni bang dia keluar dari rumah, tak balik-balik lagi. Saya call, dia tak angkat. Naik risau juga saya ni". Luah Puan Haida. "Astagfirullahaladzim. Kenapa sampai jadi macam tu? Haida tau tak dia pergi mana?". Pak Saad tersentak mendengar jawapan Puan Haida itu.
"Tak tahu bang. Naik buntu kepala saya ni fikir dia pergi mana. Setahu saya, dia tak ada kawan rapat yang tinggal berdekatan sini. Saya betul-betul tak dapat agak dia pergi mana". Jawab Puan Haida buntu.
"Mungkin dia ke rumah kekasih dia tu?". Duga Pak Saad. "Saya tak rasa bang sebab last sebelum dia keluar rumah dia ada bagi tahu yang dia dengan Daim dah putus. Risau saya fikir pasal keadaan dia". Jawab Puan Haida meluahkan kerisauannya.
"Ya Allah kenapa Mellina buat macam ni? Buat mak dia risau macam ni. Maaf kalau abang tanya, tapi Haida ada tegur Mellina ke sampai dia merajuk macam ni?". Soal Pak Saad teragak-agak.
"Malam tu saya cuma panggil Mel sebab nak tanya dia tentang hubungan dia dengan Daim. Tapi Mellina menyalahkan saya punca dia putus dengan Daim. Dia cakap, saya ni miskin, tak mampu nak beri kehidupan yang baik buat dia". Luah Puan Haida bernada sebak.
"Ya Allah tergamaknya Mellina cakap macam tu. Kenapa dia nak menyalahkan takdir yang sudah tertulis?". Ujar Pak Saad yang tidak menyangka Mellina boleh berkata sedemikian.
"Salah saya ke bang kalau hidup kami begini? Saya bukan tak berusaha untuk pastikan kehidupan kami lebih baik. Saya usahakan semuanya dah. Dari Mel kecil, tak pernah sekali pun dia terkurang makan. Saya tak makan tak apa, tapi jangan anak saya". Rintih Puan Haida. Air mata mulai turun laju membasahi pipinya.
"Sekarang bila dia putus dengan Daim, dia salahkan saya yang biarkan dia hidup macam tu. Jujur, saya terkilan dengan kata-kata Mel tu bang". Sambung Puan Haida lagi.
"Sabar ya Haida. Abang yakin, Mellina tu baik anaknya cuma mungkin pengaruh sekeliling buat dia jadi macam tu. Haida jangan pernah rasa gagal tau. Abang sendiri saksi tengok perjuangan Haida besarkan Mellina seorang diri". Pak Saad memberi kata-kata semangat.
"Apa yang paling penting sekarang ni, kita sama-sama berdoa supaya Mellina cepat-cepat balik dan sentiasa dilindungi di mana pun dia berada". Pak Saad memanjatkan doa untuk keselamatan Mellina.
"Aamiin bang. Saya pun harap begitu". Jawab Puan Haida bernada lirih. Beliau pantas mengelap air matanya keranan bimbang dilihat oleh pelanggan yang berada berdekatan.
Walau terkilannya hati seorang ibu, beliau tetap berharap Mellina kembali semula di pangkuannya dengan selamat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daim memberhentikan keretanya di hadapan bangunan yang menempatkan pejabat di mana Riana bekerja. Dia melihat sekeliling bangunan. 'Hmm..tak adalah gah mana office perempuan ni', getus Daim.
Petang itu, dia sengaja datang ke office Riana. Tujuannya datang ke situ adalah untuk menjemput Riana dan ingin berbaik dengannya. Ikutkan hatinya memang tak sudilah dia hendak berbaik dengan Riana. Namun semuanya disebabkan mamanya, dia terpaksalah.
Sudah seminggu lebih Puan Sri Ainnur langsung tidak bertegur dengan Daim. Daim ada cuba menegurnya namun tidak endahkan oleh Puan Sri Ainnur. Setiap kali ada kelibat Daim, mamanya itu pasti mengelak daripada bersua muka dengan Daim.
Daim buntu. Tidak menyangka mamanya betul-betul merajuk sehingga sedemikian rupa. Ingatnya Puan Sri Ainnur tidak serius dengan kata-katanya namun sangkaannya meleset.
Jadi Daim tahu apa boleh membuatkan rajuk mamanya itu hilang. Satu-satu caranya adalah dengan berbaik dengan Riana meskipun hatinya meronta tidak mahu. Jadi dia meminta alamat pejabat Riana dengan Adya melalui Zariff.
Tidak lama kemudian, Daim melihat kelibat Riana berjalan keluar dari officenya. Daim segera memandu keretanya menuju ke arah Riana yang sedang berjalan. Dia membunyikan hon tatkala keretanya sudah menghampiri Riana.
Riana yang terperanjat lantas memandang kereta yang berada di belakangnya. Dia cuba melihat siapa gerangan pemandu. Apalah masalah nak hon-hon dia.
Daim segera turun dari keretanya dan membuka kaca mata hitamnya. Dia sekadar mengangkat kedua keningnya tanpa bersuara.
Memang diakui, pesona seorang Daim mampu membuatkan hati mana-mana wanita cair. Namun bila mengetahui sikat angkuhnya itu, semua pun pasti melarikan diri.
"Awak? Awak ni kenapa? Hon-hon saya. Ada saya ganggu awak ke?". Soal Riana sebal. "Memang kau ganggu aku pun. Kau punca aku kena datang sini untuk jumpa kau". Bidas Daim.
"Apasal pulak? Saya tak minta awak datang jumpa saya pun! Mulut tu jaga sikit, jangan nak tuduh orang pulak!". Jawab Riana tidak berpuas hati. "Dah. Jangan banyak cakap. Sekarang kau naik kereta aku, kita jumpa mama aku". Arah Daim.
"Naik kereta awak? Tak naklah saya! Dah kenapa pula saya nak naik dengan awak? Saya boleh balik sendirilah!". Jawab Riana. "Kau jangan perasan aku nak hantar kau balik eh minah. Aku cuma nak pujuk mama aku. Kau tahu dah seminggu dia tak nak bercakap dengan aku? Dia marah aku sebab hari tu aku tak hantar kau sampai rumah. Kaulah ni....kaki complain". Leter Daim panjang lebar.
"Heh! Saya tak complain pun. Saya cuma cerita balik je kejadian sebenar ke Adya. Yang awak trigger sangat ni kenapa?". Leter Riana pula.
"Dah sekarang jangan banyak cakap, kamu masuk dalam". Arah Daim tegas. Malas dia hendak terus berbalah dengan Riana. "Tak naklah saya nanti awak jijik pula bila saya naik kereta mahal awak ni". Jawab Riana sambil memeluk tubuh.
"Aku cakap, naik, naik jelah! Jangan nak jadi keras kepala sangat boleh tak? Cepatlah! Aku tak ada masa nak layang kau ni". Arah Daim lagi bernada sebal.
"Tak nak! Kenapa awak nak paksa saya ni? Pandai-pandailah awak pujuk mama awak tu. Dah kenapa libatkan saya pula?". Riana masih lagi berkeras tidak mahu mengikuti kemahuan Daim.
Lagi pula dia bukannya sengaja mencari muka dengan mengadu sana sini. Dia hanya bercerita kepada Adya mengenai kejadian malam itu. Memang benar dia hampir disamun waktu itu. Ada sebuah kereta yang menghampirinya dan sepenuh tenaga dia berlari. Mujur, jarak ke ruamhnya sudah tidak begitu jauh.
"Baik kau dengar cakap aku sekarang, Riana!". Daim menaikkan seoktaf nada suaranya. Matanya tajam merenung wajah Riana. Riana juga turut memandang wajah DAaim yang mulai memerah itu.
Jantungnya tiba-tiba terasa berdebar ketika ditatap begitu. Kedudukannya dengan Daim saat ini juga agak rapat. Wajahnya terasa panas membahang. Ini tidak boleh jadi.
"Ok fine! Saya ikut". Putus Riana lantas segera menaiki kereta Daim. Dia tidak boleh membiarkan Daim terus merenungnya sebegitu. "Good". Jawab Daim lantas dia juga masuk ke dalam perut kereta.
Sepanjang perjalanan mereka banyak mendiamkan diri. Masing-masing hanya melayan perasaan. 30 minit kemudian, mereka tiba di kediaman keluarga Daim.
"Assalamualaikum ma!". Ucap Daim sambil berjalan masuk ke rumah. Riana lambat-lambat berjalan mengekori langkah kaki Daim. "Waalaikumusalam". Jawab Puan Sri Ainnur datar sambil beliau sedang menuruni tangga.
"Mama tengok Daim bawa siapa?". Ujar Daim dan muncullah Riana tidak jauh daripada Daim. "Daim sengaja bawa Riana ke sini sebab Daim nak mama tengok Daim berbaik dengan dia. Ini kan yang mama nak?". Sambung Daim lagi.
Wajah Puan Sri Ainnur yang tadinya ketat kini berubah ceria dan tersenyum lebar tatkala melihat kelibat Riana di situ.
"Riana". Ucapnya lantas segera berjalan menghampiri Riana. Riana lantas menyalami tangan Puan Sri Ainnur dan beliau memeluk Riana erat.
"Riana baik-baik saja kan? Aunty risau dengar cerita pasal Riana hampir kena samun tu". Luah Puan Sri Ainnur. "Alhamdulillah Riana okey je aunty. Aunty janganlah risau sangat". Jawab Riana mesra.
"Ni semua Daim punya pasallah! Orang suruh hantar balik rumah, dia hantar sekerat jalan je". Leter Puan Sri Ainnur sambil menjeling ke arah Daim. Daim hanya mengangkat keningnya dan mendiamkan diri.
"Yang penting Daim dah bawa dia datang sini and mama pun tak marah Daim lagi kan?". Soal Daim. Dia sebolehnya tidak mahu mamanya terus merajuk dengannya.
Puan Sri Ainnur sekadar menjeling ke arah Daim. Beliau sebenarnya tidaklah merajuk dengan Daim. Sengaja beliau ingin menduga sejauh mana Daim berusaha untuk memulihkan keadaan.
"Dah Riana. Tak payah layan dia. Riana belum makan lagi kan? Jom makan, kebetulan aunty dah siap masak untuk dinner". Pelawa Puan Sri Ainnur sambil memaut lengan Riana.
"Tak apa aunty. Lagi pun Riana baru balik kerja ni. Tak mandi apa lagi ni. Buat susah ainty je". Jawab Riana segan. "Tak mandi pun, cantik lagi ni. Dah jom, kita makan". Pelawa Puan Sri Ainnur dan Riana terpaksa akur dengan Puan Sri Ainnur.
Puan Sri Ainnur memang baik hati dan mesra orangnya. Jauh berbeza sifatnya dengan Daim. Daim seorang yang angkuh, sombong dan dingin. Entah ikut sikap siapalah dia...
maaf sebab lama tak menulis. lepasni akan rajin menulis balik hihiw. selamat hari raya to all✨
Share this novel