Riana mengetuk pen yang dipegangnya di atas meja kerjanya. Jauh dia termenung memikirkan Daim yang sudah hampir seminggu menghilang.
Telefon tidak berangkat, WhatsApp pun tidak dibalas. Entah ke mana Daim menghilang membawa diri. Mereka sendiri sudah berusaha untuk mencari ke tempat kemungkinan Daim berada, namun tiada juga.
"Riana? Kau okey tak ni?". Soal Adya mendekati meja Riana. Sejak kehilangan Daim, dia dapat lihat Riana selalu berwajah sugul dan kelihatan tidak fokus bekerja. Yelah, suami hilang, siapa tak susah hati kan?
"Hmm macam tu lah, Adya. Aku tak tahu macam mana lagi aku nak cari Daim. Aku buntu dah". Luah Riana seraya mengeluh. "Aku faham. Suami kita hilang, isteri mana je tak susah hati". Jawab Adya.
"Daim betul-betul merajuk kali ni. Entah macam manalah keadaan dia sekarang. Aku risau betul". Luah Riana lagi dengan riak wajah kusutnya itu.
"Aku nampak kau memang betul-betul dah sayangkan Daim ni, Riana. Aku lega sebenarnya kalau kau orang berdua dah boleh saling menerima. Syukur alhamdulillah". Jawab Adya tulus.
Riana diam sejenak mendengar kata-kata Adya itu. Memang diakui dia mulai sayang kepada Daim. Begitu juga Daim. Daim mula melayannya dengan baik dan sering menghabiskan masa bersama.
Namun mengapa di saat hubungan mereka mulai menampakkan manisnya, kebenaran ini perlu terbuka? Lantas Daim membawa hati yang lara, entah ke mana arahnya.
"Aku dan Daim memang dah mula berbaik. Kami dah mula terima satu sama lain. Lagi pun perkahwinan kami kan dah cecah empat bulan, mungkin kami berdua dah mula boleh sesuaikan diri". Jawab Riana.
"Alhamdulillah. Aku yang mendengarnya pun tumpang happy. Nanti anak aku ni bolehlah tengok aunty dengan uncle dia sweet-sweet kan?". Jawab Adya sambil mengelus lembut perutnya yang semakin membukit. Kandungannya telah pun mencecah 5 bulan.
"Ish ada jelah kau ni. Baby, tengoklah mummy awak ni. Nakallah dia". Seloroh Riana sambil mencuit perut Adya
"Tapi aku lagi risau dengan keadaan mama. Aku tengok dia sekarang, tak ada selera makan, kemo pun tak nak pergi since Daim menghilang ni". Luah Riana kembali berwajah sugul.
"Kau kenalah pujuk dia, Riana. Kesian aunty Ainnur. Dahlah dengan tak sihatnya, fikirkan anak dia menghilang lagi". Jawab Adya. "Aku dah sehabis baik pujuk mama weh. Aku sebolehnya tak nak mama sakit atau makin drop. Aku nak mama sihat je tapi mama asyik fikirkan Daim je". Jawab Riana kesal.
"Faham sangat perasaan aunty Ainnur tu. Walaupun Daim bukan anak kandung dia, tapi dia dah jaga Daim tu dari kecil. Dia dah anggap Daim tu macam anak sendiri". Jawab Adya sambil mengenangkan bagaimana sedihnya hati seorang ibu yang memikirkan tentang anaknya yang menghilangkan diri.
"Zariff pun tak ada tahu apa-apa ke pasal Daim?". Soal Riana. "Tak ada. Kalau dia tahu apa-apa, mesti dia dah bagitahu kau cepat-cepat. Aku cuma mampu doakan semoga Daim dah tenang hatinya, lepas tu dia balik jumpa kau dengan parents dia. Daim tak sepatutnya buat macam ni. Kesian dekat kau orang cari dia". Jawab Adya panjang lebar.
Riana hanya mampu menganggukkan kepala. "Aamiin. Aku pun harap begitu". Jawab Riana ringkas. Jauh di sudut hatinya sudah tentu dia menginginkan Daim segera pulang dan keluarga mereka bersatu kembali.
Harapannya satu, semoga Daim segera terbuka pintu hatinya untuk pulang dan berjumpa mereka semula. Dia tidak sanggup rasanya untuk menghadapi situasi ini lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Petang itu, Faiz menjemput Farah dan Danish dari rumahnya dan membawa mereka keluar berjalan di taman permainan. Faiz memang sering menjenguk Farah dan Danish jika dia berkelapangan.
Faiz dan Farah mengambil tempat duduk di sebuah bangku batu yang berada di taman tersebut. Sementara itu, Danish begitu riang bermain bersama kanak-kanak yang lain.
"Seronok kan tengok Danish semakin happy je sekarang. Dia pun dah ramai kawan kan dekat tadika tu?". Soal Faiz sambil tersenyum nipis. "Alhamdulillah Faiz, Danish sekarang makin gembira. Dekat sekolah pun, dia dah boleh adapt dengan situasi baru. Akak lega sangat rasa". Jawab Farah tenang sambil membalas senyuman Faiz.
"Akak tahu, Faiz sebenarnya kagum tau dengan kak Farah sebab berjaya besarkan Danish walaupun abang Faiq tak membantu sangat. Tengok, bussiness akak pun makin maju sekarang ni. Siap dah ada kedai sendiri". Luah Faiz.
"Alhamdulillah. Semuanya rezeki Allah bagi pada akak. Akak sendiri pun macam tak sangka akak boleh sekuat ini. Besarkan Danish, run bussiness sendiri. Akak bersyukur sangat". Jawab Farah tidak henti memanjatkan kesyukuran kepada yang maha Esa.
"Ruginya abang tinggalkan orang macam akak kan? Dahlah baik, kuat, tabah orangnya". Ujar Faiz lagi. "Akak ni tak ada apa pun Faiz. Akak kuat demi Danish. Akak akan pastikan dia cukup kasih sayang walaupun tiada ayah dia di sisinya". Jawab Farah tenang.
"Tapi Faiz ada soalan nak tanya akak sebenarnya..". Ujar Faiz dengan nada meleret. "Apa dia tu?". Soal Farah yang ingin tahu soalan apa yang bakal ditanya oleh Faiz.
"Akak tak rasa nak cari pengganti abang ke? Ya...macam mana pun akak perlukan seorang lelaki untuk tempat berlindung akak dengan Danish". Soal Faiz dengan penuh berhati-hati. Farah membiarkan soalan itu sepi buat seketika waktu.
"Akak tak rasa nak cari sesiapa buat masa sekarang ni. Akak lebih tenang hidup begini, dengan Danish. InshaAllah akak boleh jaga diri akak dan Danish". Jawab Farah penuh yakin.
Faiz hanya diam sahaja mendengar jawapan Farah itu. Lantas dia mengeluarkan sebuah kotak cincin berwarna merah dari kocek seluarnya. Lantas kotak cincin tersebut dibuka dan disua kepada Farah.
"Akak, Faiz tahu apa yang Faiz buat ni mungkin nampak macam Faiz ni terburu-buru. Tapi Faiz nak akak tahu, Faiz memang tulus buat semua ni". Ujar Faiz penuh berhati-hati.
"Apa ni Faiz..?". Soal Farah mulai rasa tidak sedap hati dengan tindakan Faiz itu. "Faiz nak jaga akak dan Danish. Cukuplah akak terseksa selama ni hidup dengan abang Faiq. Sekarang, izinkan Faiz untuk jaga akak dan Danish pula? Izinkan Faiz jadikan akak suri hati Faiz?". Pinta Faiz penuh bersungguh. Wajahnya penuh dengan pengharapan.
Memang sudah lama dia menyimpan hasrat untuk menyunting Farah namun dia masih lagi menunggu masa yang sesuai. Dia sudah cukup lama memerhatikan Farah yang hidup terseksa bersama Faiq. Tidak sanggup dia melihat Farah terus begitu. Dia ingin bahagiakan dan menjaga Farah serta Danish.
"Faiz..akak dah anggap Faiz macam adik akak sendiri. Tak mungkin untuk akak terima Faiz untuk jadi pengganti abang". Jawapan Farah itu nyatanya mengecewakan Faiz. "Sedikit peluang pun tak ada?". Soal Faiz menduga.
"Maafkan akak. Akak tak boleh terima ni, Faiz. Akak boleh jaga diri akak dan Danish. Faiz tak perlu risau. Sekarang ni, akak cuma nak fokus pada Danish, diri akak dan juga bussiness akak. Akak tak fikir pun benda lain". Jawab Farah tenang.
"Lagi pun, Faiz muda lagi. Faiz boleh cari perempuan lain yang lebih sesuai dengan Faiz. Yang pasti akak bukan orangnya. Maafkan akak, Faiz". Tolak Farah lagi sekali.
Dia sendiri sebenarnya serba salah menolak permintaan Faiz itu namun sekarang dia hanya memikirkan dirinya dan Danish sahaja. Tidak terdetik langsung di fikirannya untuk mencari pengganti Faiq.
Faiz mengangguk lemah dan menyimpan kembali kotak cincin tadi ke dalam kocek seluarnya dengan penuh kehampaan. "Faiz faham kak. Memang bukan mudah untuk akak buka hati pada orang lain kan?". Jawab Faiz hampa.
Farah hanya memandang sepi diri Faiz. Tidak mungkin juga dirinya boleh menerima Faiz yang merupakan adik kepada Faiq. Tidak pasal pula nanti dia perlu menghadap Faiq lagi jika sekeluarga berkumpul.
Sekarang suasana menjadi janggal antara mereka selepas Faiz meluahkan isi hatinya. Masing-masing hanya diam melayani perasaan. Faiz melayan kehampaannya, Farah pula memikirkan mengenai perkara yang baru sahaja berlaku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Riana ralit menyiapkan kerjanya pada petang itu. Walaupun dia masih lagi belum bertemu dengan Daim, namun hidup tetap perlu diteruskan. Dia tetap harus menyiapkan semua tugasan kerjanya.
Sedang ralit dia menyiapkan laporan, telefon bimbitnya berbunyi tanda panggilan masuk. Tertera nama customer service syarikatnya itu menelefonnya. 'Ada apa pula customer service telefon aku ni?', getusnya sendiri.
"Ya hello". Ucap Riana tatkala panggilan diangkat. "Hello Puan Riana. Sorry for disturbing you but ada orang nak jumpa puan dekat bawah ni". Suara wanita yang bekerja sebagai customer service itu kedengaran.
"Siapa?". Soal Riana ringkas. "Ex husband Puan Riana". Jawapan daripada pekerja customer service itu membuatkan Riana kaget. Ada apa pula, faiq datang ke sini, di tempat kerjanya?
"Awak suruh dia balik jelah. Saya busy ni. Tak boleh turun". Jawab Riana acuh tidak acuh. "Saya sudah minta dia balik sebab sekarang waktu bekerja, risau menganggu tapi dia tak nak pergi. Dia nak tunggu juga sampai puan turun jumpa dia sendiri". Jawapan pekerja customer service itu membuatkan Riana mengeluh kesal.
"Ok tak apalah, saya turun kejap". Putus Riana dan panggilan pun dimatikan. Dia melepaskan keluhan berat sebelum dia bangun dari kerusinya dan berjalan dengan penuh kemalsan menuju ke lift.
Setibanya di lobi, Riana sudah melihat figura Faiq sedang duduk di sofa lobi tersebut. Riana sudah menjelingkan mata dan memaksa dirinya untuk melangkahkan kaki menuju ke arah Faiq.
"Awak nak apa?". Soal Riana sambil memeluk tubuhnya. Dia bertanya pun dengan nada yang malas. "Saya nak awak. Hehe tak adalah saya gurau je". Seloroh Faiq.
"Kalau awak tak ada benda penting nak cakap, baik awak baliklah Faiq. Saya tak ada masa nak layan awak". Jawab Riana kesal dengan gurauan Faiq tadi.
"Saya datang sini sebab nak bagi awak ni. Bubur ayam favourite awak". Jawab Faiq sambil menyuakan sebuah bungkusan bubur ayam kepada Riana. Bibirnya menguntum senyuman manis buat Riana dengan harapan Riana akan membalasnya balik.
"Saya tak nak. Lagi pun saya dah tak suka bubur ayam lagi. Macam makan orang sakit!". Jawab Riana tegas. "Tapi dulu awak suka sangat kan dengan bubur ayam tu? Saya ingat lagi dulu awak sampai minta saya belikan hari-hari sebab awak suka sangat". Jawab Faiq sambil cuba mengimbau kenangan mereka dahulu.
"Cukuplah Faiq. Tak payah nak ulang balik cerita lama. Lagipun manusia ni berubah. Dulu mungkin saya suka sangat dengan bubur ayam ni, sekarang dah tak lagi. Awak dah tak ada apa lagi nak cakap kan? Sekarang saya minta awak pergi dari sini". Jawab Riana tegas.
"Kalau awak dah tak suka pun, sekurang-kurangnya awak ambillah untuk dinner nanti ke? Penat je saya belikan ni untuk awak". Rayu Faiq lagi. "Siapa suruh awak belikan untuk saya? Awak bawak balik jelah, makan sendiri. Saya tak nak, terima kasih". Putus Riana lantas sudah bersedia untuk berlalu pergi.
"Awak tunggu dulu". Ujar Faiq cuba menghentikan Riana. Riana memberhentikan langkah kakinya. "Ada apa lagi?". Soal Riana dingin.
"Saya rindu awak. Saya rindu kita yang dulu". Ucap Faiq. "Faiq, tolong sedar situasi kita dah berbeza sekarang ni. Saya sekarang pun dah jadi isteri orang, Faiq. Awak rasa manis ke awak cakap macam tu kepada isteri orang?". Jawab Riana.
"Kenapa cepat sangat awak jumpa pengganti saya? Kenapa awak tak tunggu saya?". Soal Faiq lagi bernada lirih. Riana sudah melepaskan satu keluhan berat. Mengapalah Faiq perlu berdrama begini di tempat kerjanya?
"Sebab kalau saya masih nak setia bersama awak, itu akan mengingatkan saya pada macam mana sakitnya hati wanita lain. Dahlah tu Faiq. Lupakan kita. Awak kena ingat awak tu ada anak. Jangan lupa tanggungjawab awak". Jelas Riana panjang lebar.
"Sekarang saya mohon sangat, awak baliklah. Ni tempat kerja saya. Tolong jangan buat hal". Arah Riana tegas lantas terus melangkahkan kaki meninggalkan Faiq tanpa melihat ke belakang lagi.
Faiq hanya mampu menghantar kelibat Riana dengan pandangan matanya. Dia menundukkan kepalanya melihat lantai. Mengapa susah untuknya mendapatkan hati Riana semula? Mengapa mudah untuk Riana melupakannya dan menyuruhnya untuk melupakan semua kenangan mereka bersama.
Dia mulai berputus asa untuk mengusahakan Riana semula. Kelihatannya saja Riana sudah benar-benar melupakannya.
Mungkin memang Riana bukan takdirnya. Perlukah dia berhenti di sini dan fokus terhadap dirinya sendiri?
Share this novel