Bab limapuluhlima

Drama Completed 7961

Riana tekad, walau apapun yang terjadi dia perlu berusaha untuk mengubati Daim. Riana akhirnya memutuskan untuk menjemput ustaz tersebut untuk datang ke rumahnya. Usahanya untuk mengajak Daim gagal, jadi dia perlu menjemput ustaz itu datang sendiri ke rumah mereka.

Riana mempersilakan ustaz tersebut untuk masuk ke rumahnya. Riana naik sebentar ke bilik untuk memanggil Daim turun. Setibanya di bilik, Riana mengeluh kecil tatkala melihat Daim masih berkelubung dalam selimut, masih lagi tidur walaupun matahari sudah tegak memancarkan sinarnya.

"Awak..bangun jap. Ada orang nak jumpa". Riana mengoyangkan perlahan tubuh Daim. Daim lambat-lambat membuka selimut yang membaluti tubuhnya.

"Siapa pula nak jumpa saya? Saya malaslah nak jumpa sesiapa". Keluh Daim. Matanya separa saja terbuka kerana rasa mengantuk yang begitu kuat. "Bangunlah sekejap. Please?". Rayu Riana lagi lembut.

Daim akhirnya lambat-lambat bangun dari pembaringannya dan duduk sebentar untuk mengumpul tenaga dan semangat. Daim akur mengikuti langkah kaki Riana keluar dari bilik mereka.

Riana sempat mengerling ke arah pintu bilik Dayyini yang tertutup rapat itu. 'Tunggulah kau Dayyini! Aku akan kalahkan kau dan buat kau jadi tak berdaya langsung', getus Riana sendirian.

Daim mengerutkan dahinya tatkala melihat ada tiga orang lelaki sedang duduk di ruang tamu tersebut. "Siapa ni?". Soal Daim kepada Riana. Wajah mereka begitu asing bagi Daim. Dia tidak mengenali sesiapa pun antara mereka.

"Awak duduk dulu. Kita bincang". Ujar Riana lantas bersama-sama Daim duduk di salah sebuah sofa yang ada. Sejak tadi lagi sebenarnya Riana tidak henti berselawat serta membaca ayat-ayat lazim di dalam hatinya supaya Daim berlembut hati untuk mengikutinya. Dia hanya ingin menyembuhkan Daim sahaja, bukannya hendak membuat Daim terseksa.

"Assalamualaikum, Encik Daim. Tujuan kami datang ke sini atas jemputan Puan Riana untuk mengubati encik. Niat kami datang ke sini baik, hanya untuk melindungi keluarga". Jelas ustaz yang bernama Khairi itu.

"Nak ubati apa? Saya tak sakit pun!". Ujar Daim bengang. Dia memandang sekilas ke arah Riana yang berada di sebelahnya. Ini semua pasti idea Riana yang membawa ustaz ke sini.

"Macam ni encik, sakit yang encik alami memang tak nampak dek mata kasar tapi dirasai oleh orang sekeliling. Encik mungkin tak sedar yang ada orang cuba untuk pisahkan encik dan isteri encik. Siapa orangnya tu, hanya Allah saja yang tahu". Jelas Ustaz Khairi lagi.

"Aduh ustaz. Saya tahulah pasal diri saya sendiri. Saya rasa kalau tak ada apa nak cakap baik ustaz semua pergi dari rumah saya ya? Saya memang tak berminat nak buat apa-apa rawatan". Putus Daim.

"Awak, tunggulah jap. Tak baiklah cakap macam tu". Riana pula bersuara menahan Daim daripada pergi dari situ. "Saya penatlah Riana. Tolong minta dia orang balik. Saya nak naik rehat". Pamit Daim lantas terus mendaki tangga.

Riana menggelengkan kepalanya melihat sikap Daim itu. "Maafkan saya dan suami saya ya ustaz". Ucap Riana dengan penuh rasa bersalah.

"Tak apa Puan kami faham. Saya bekalkan air minuman ni untuk diminum oleh Encik Daim. Inshaallah, boleh melembutkan sedikit hatinya. Kalau nanti dah bersedia, boleh datang jumpa saya semula untuk kita buat rawatan". Jelas Ustaz Khairi.

Riana sekadar mengangguk faham dengan kata-kata Ustaz Khairi itu. "Baik ustaz terima kasih". Ucap Riana. "Tapi boleh ke kalau saya nak minta izin untuk pasang 'pagar' di rumah Puan terlebih dahulu? Ini untuk langkah berjaga-jaga supaya sihir tu tak sampai secara terus, inshaallah". Pinta Ustaz Khairi.

Riana sekadar mengangguk dan menemani Ustaz Khairi serta dua orang lagi rakannya membacakan ayat suci dan azan di setiap sudut rumah tersebut.

Sementara itu, Dayyini yang berada di dalam bilik sudah seperti cacing kepanasan setelah mendengar azan serta bacaan ayat suci. Walaupun berada di dalam bilik berhawa dingin, namun peluhnya merenik keluar.

Nafasnya turun dan naik. Dendamnya terhadap Daim dan Riana semakin membara. Terutama sekali kepada Riana. Dia harus bertindak lebih daripada Riana. Dia mulai memasang niat baru untuk menghancurkan Riana.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sudah tiga hari Riana memberikan minuman yang dibekalkan oleh Ustaz Khairi kepada Daim. Alhamdulillah, Daim mulai bersikap agak lembut dan tidak terus mengabaikan Riana lagi. Itu sahaja pun sudah cukup melegakan untuk Riana.

"Daim! Daim!". Riana melepaskan keluhan tatkala mendengar suara Dayyini memanggil Daim dari arah bawah. Memang mengganggu betullah perempuan ni!

Riana akhirnya mengagahkan diri untuk bangun dan keluar dari bilik mereka. "Kau nak apa perempuan panggil-panggil suami aku?". Soal Riana bengang dengan Dayyini yang terus menerus memanggil Daim.

"Daim mana? Dah pukul berapa ni, takkanlah belum bangun lagi kot si Daim tu? Aku dah lambat nak pergi kerja ni. Dia belum masuk kerja lagi ke?". Soal Dayyini bertalu-talu.

"Tak dia tak masuk kerja lagi. Lagi pun suka hati dialah nak masuk kerja atau tidak. Tu kan company family dia. Kau ni dah kenapa nak suruh-suruh suami aku pulak? Pandai-pandai kaulah nak pergi kerja". Bidas Riana.

"Aku tak nak. Aku nak Daim je hantar aku. Dia tu kan adik aku, dia kenalah dengar cakap kakak dia ni". Jawab Dayyini dengan penuh yakinnya.

"Kau fikir suami aku tu kuli batak kau ke? Pirahh! Dah aku malas nak bertekak dengan kau, baik kau berambus sana". Halau Riana terus meninggalkan Dayyini dengan hati yang mendongkol.

Dayyini pula sempat menghadiahkan satu jelingan tajam kepada Riana. 'Kau berlagak sangat kan sekarang? Kau tunggu, kejap lagi masa kau akan tiba'. Gumam Dayyini. Mahu tidak mahu, hari itu dia terpaksa menaiki teksi sahaja untuk ke tempat kerja.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Khaleel baru sahaja mendirikan solat Zuhur di surau di dalam kawasan hospital tersebut. Sudah hampir seminggu juga Mellina masih ditahan di ICU dan masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk sedar.

Anak lelaki mereka, keadaannya sudah stabil dan dibenarkan discaj. Terasa sebak di hati Khaleel saat menatap wajah anak lelakinya itu kerana sepatutnya Mellina turut meraikan kegembiraan ini. Namun kini, Mellina harus bertarung dengan nyawanya.

Sejurus itu, Khaleel berjalan menuju ke tempat menunggu semula. Di sana ada Puan Haida yang setia menanti Mellina sedar semula.

Namun belum sempat pun Khaleel tiba di ruang menunggu, matanya sudah tertumpu ke arah Puan Haida yang sudah menangis semahunya itu sambil disebelahnya ada doktor yang merawat Mellina.

Lantas, Khaleel berlari anak untuk mendapatkan Doktor Rafidah. "Doctor Rafidah, what happen?". Soal Khaleel cemas.

"Khaleel, I am so sorry but I dah sedaya upaya untuk selamatkan your wife but Allah lebih sayangkan Mellina. Dia kehilangan banyak darah sehingga menimbulkan pelbagai komplikasi. I am so sorry, Khaleel. Banyakkan bersabar". Maklum Doktor Rafidah.

Khaleel terus terjatuh saat mendengarkan itu. Wajahnya beku tanpa sebarang reaksi. Mellina sudah tiada sekarang?

"Khaleel, Mellina.....anak mak dah tak ada". Rintih Puan Haida yang juga turut terduduk itu. Sudah lencun dia dek air mata menangisi berita pemergian anak semata wayangnya.

"Allah, Allah. Mel...kenapa Mel??". Rintih Khaleel pula. Dia sudah mula membayangkan bagaimana dia akan membesarkan anaknya tanpa Mellina di sisi. "Mel! Kenapa awak tinggalkan saya? Macam mana dengan anak kita?". Soal Khaleel bertalu-talu sendirian. Air mata mulai laju membasahi pipinya.

Suasana pilu menyelimuti ruang menunggu tersebut dengan suara tangisan mereka. Seorang kehilangan anak, seorang lagi kehilangan isteri serta anak pula kehilangan ibu sebelum sempat mereka bertemu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pukul 8 malam, baru Dayyini tiba di rumah agam tersebut dengan menaiki teksi. Agak lewat kerana dia perlu menyiapkan banyak tugasan yang tertangguh dan ditambah pula agak sukar mendapatkan teksi pada waktu puncak.

Lantas tangannya ralit menekan kod yang biasa dipakai di pintu kayu yang menggunakan kunci elektronik tersebut. Namun malam itu, Dayyini gagal membuka pintu tersebut. Kod yang dimasukkan asyik salah sedari tadi.

'Hisy! Apa susah sangat pintu ni ha?!', gumam Dayyini kasar. Badannya sudah terasa melekit begini, dengan penatnya lagi dan sekarang dia tidak boleh masuk ke rumah pula!

Dayyini lantas mengetuk pintu kayu tersebut secara bertalu-talu. Dia tahu Riana dan Daim ada di dalam. Dayyini terus mengetuk pintu tanpa henti.

"Kau nak apa lagi ha?". Soal Riana yang terasa begitu rimas dengan ketukam pintu oleh Dayyini itu. "Eh kau tukar code pintu ni ke? Kau dah nyanyuk ke apa? Tak ingat aku belum balik?". Soal Dayyini bengang.

"Aku ingat. Ingat sangat. Memang aku sengaja pun tukar code pintu supaya kau tak boleh masuk sebab ini saja cara untuk kau berambus dari sini". Ujar Riana sambil menghulurkan senyum sinisnya.

"Eh kau ni ada apa masalah eh sebenarnya? Kenapa kau beria nak pisahkan aku dengan Daim walhal kami memang adik beradik". Soal Dayyini.

"Adik beradik? Kau dan dia bukan adik beradik, Dayyini. Cukuplah stop buat diri kau tu nampak bodoh! Aku tak nak rumah ni makin jadi sarang syaitan kalau kau terus ada dekat sini!". Herdik Riana.

"Cukuplah Riana. Kau tu tengah mengandung ke? Tak takut ke kalau tiba-tiba anak kau...". Dayyini tidak menghabiskan kata-katanya sebaliknya terus tersenyum meleret sambil memandang ke arah perut Riana yang semakin membukit itu.

Riana terus memegang perutnya. Dia terasa bimbang juga dengan pandangan mata Dayyini itu. Namun dia tidak henti berdoa dalam hatinya supaya Dayyini tidak mengapa-apakan anak dalam kandungannya itu.

"Sekarang kau baik kau pergi dari sini Dayyini. Aku cakap baik-baik dengan kau ni. Kalau tidak sekarang juga aku telefon polis sebab kau kacau ketenteraman orang lain". Ugut Riana dengan berani.

"Kenapa sampai nak libatkan polis? Aku tak buat salah apa pun". Jawab Dayyini masih berpura-pura bodoh itu. "Aku ada bukti Dayyini. Senang je aku nak buat report pasal kau! Sekarang kau pilih nak pergi dari sini sekarang atau aku call polis?". Riana memberi kata dua.

Dayyini melepaskan keluhan berat. Cuba menenangkan dirinya. Jika sampai Riana melibatkan polis, maka tergendalalah rancangannya untuk membalas dengam terhadap Daim dan Riana. Dia cuba memerah otaknya untuk memikirkan idea yang bernas dekarang ini.

"Okey fine! Aku akan keluar dari sini. Puas hati kau? Tapi aku minta dan merayu sangat dekat kau, tolong benarkan aku tinggal dekat sini untuk satu malam je. Kau fikirlah logik, aku nak pergi mana dah malam macam ni?". Ujar Dayyini.

"Tak boleh! Kau kan dah cukup besar. Boleh je kot kau keluar pergi carilah mana-mana tempat untuk kau tinggal! Jangan berani nak jejak kaki lagi dekat sini!". Riana memberi amaran tegas kepada Dayyini sambil matanya tajam mencerlung wajah Dayyini.

"Atleast bagi aku kemas barang aku dululah! Takkan kau nak kemaskan pula?! Lagi pun aku tak sudilah kau sentuh barang-barang aku. Malam ni jelah. Esok pagi-pagi aku keluar". Jawab Dayyini lagi.

Riana mula terfikir-fikir semula kata-kata Dayyini itu. Tak mungkinlah dia yang harus mengemas barang milik Dayyini pula. Hari itu masuk ke bilik Dayyini seketika sajaj membuatkannya lemas dan sesak, dan sekarang dia harus mengemas barangan bilik Dayyini?

"Ok fine! Malam ni je! Esok pagi-pagi tu aku nak tengok kau dah tak ada dekat sini! Kalau kau ada juga esok, memang aku call polis". Ugut Riana lagi. Dia lantas ke tepi sedikit untuk memberi laluan kepada Dayyini untuk masuk.

Ikutkan berat hatinya untuk membenarkan Dayyini masuk semula ke dalam namun biarlah dia memberi peluang kepada Dayyini untuk mengemas semua barangannya.

Riana hanya memerhati sahaja kelibat Dayyini yang terus masuk ke biliknya. Riana menutup semula pintu rumah tersebut dan bersedia untuk masuk ke biliknya.

Daim pula sekarang sering mengeluh penat dan masuk tidur awal. Mungkin kesan daripada pemulihannya, teka Riana.

Yang penting sekarang, esok dia perlu bangun awal untuk menyaksikan Dayyini keluar dari rumah itu.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience