Bab duapuluhtiga

Drama Completed 7961

Faiq hanya duduk diam di dalam keretanya. Riak wajahnya ketat dan matanya mulai berkaca. Dia meraup wajahnya dengan penuh rasa penyesalan.

Hidupnya hancur saat ini. Bermula dengan kehilangan Riana diikuti pula dengan kehilangan Farah, kini dia juga telah dibuang kerja akibat prestasi kerja yang merosot.

Dia tidak tahu hendak berbuat apa lagi saat ini. Memang diakui, sejak kebelakangan ini dia sering tidak hadir ke tempat kerja disebabkan masalah rumah tangganya. Ditambah pula dia selalu teringatkan Riana, membuatnya tidak boleh fokus bekerja.

Kliennya juga satu per satu mulai tidak mahu berurusan dengannya lagi membuatkan dia mendapat maklum balas yang buruk serta hasil jualannya juga merosot.

Faiq menjerit di dalam keretanya. Dia sudah mulai menangis dan meraung meratapi nasib dirinya. Tiba-tiba dia teringatkan Faiz. Semua ini punca Faiz. Faizlah punca hidupnya hancur dan berantakan.

Dia perlu memberi balasan yang setimpal ke atas adiknya itu. Faiz perlu mendapatkan balasan atas apa yang telah dibuat olehnya. Dia mula terfikirkan sesuatu perkara yang boleh dilakukan untuk membuatkan Faiz sedar akan kesilapannya.

Faiq segera mencapai telefon bimbit di tempat duduk sebelahnya. Nombor ibunya didail dan dipanggil. Seketika, panggilan pun diangkat.

"Assalamualaikum, ma". Ucap Faiq dengan nada yang ditahan. 'Waalaikumusalam ya Faiq, ada apa call mama malam-malam ni?". Soal Puan Yasmin hairan melihat Faiq meneleponnya pada lewat malam itu.

"Tak ada apa ma. Faiq cuma nak tanya, Faiz ada kat rumah ke?". Soal Faiq. "Tak ada pun. Biasalah dia tu Faiq, jarang balik awal kalau hujung minggu ni. Mesti dia pergi lepak dengan kawan-kawan dia tu". Jawab Puan Yasmin.

"Kenapa Faiq tanya ni? Faiq nak jumpa Faiz ke?". Soal Puan Yasmin pula. "Ya. Faiq nak jumpa dia. Faiq ada try call dia, tapi tak angkat". Dalih Faiq.

"Oh ye ke. Esok Faiq datang jelah rumah. Lepas habis waktu kerja ke". Jawab Puan Yasmin yang tidak mengesyaki apa-apa yang pelik dari Faiq.

"Hmm okey ma. Ma, sebelumnya Faiq nak minta maaf ke mama eh. Faiq minta ampun atas segala salah silap Faiq selama Faiq jadi anak mama ni. Maafkan Faiq, kalau Faiq dah lukakan hati mama". Ucap Faiq.

"Kenapa Faiq cakap macam ni? Faiq okey tak? Faiq ada apa-apa masalah ke?". Soal Puan Yasmin yang mulai tidak sedap tatkala mendengar kata-kata anak lelakinya itu. "Faiq okey je. Saja, Faiq minta maaf awal-awal andai ada terjadi sesuatu pada Faiq. Okeylah ma, assalamualaikum". Ujar Faiq lantas menutup panggilan.

Sementara itu, Puan Yasmin terpinga-pinga mendengar kata-kata Faiq itu. Kenapa Faiq berkata begitu? Apa yang terjadi kepada dia sebenarnya? Hatinya mulai tidak tenang. Dia bimbang sesuatu terjadi kepada Faiq atau Faiz.

Sebaik panggilan dimatikan, Faiq melempar telefonnya ke sebelahnya. Dia membuka drawer pada dashboard keretanya dan mengambil sebuah pisau lipat. Pisau lipat tersebut kemudian dimasukkan ke dalam kocek seluar jeansnya.

Dia perlu berjumpa dengan Faiz malam ini juga. Dia perlu memberikan 'pengajaran' yang cukup kepada Faiz. Keretanya segera meluncur menuju ke port lepak Faiz dan rakan-rakannya.

Faiq tahu benar Faiz biasanya akan berjumpa rakan-rakannya di mana. Biasanya mereka akan sekadar melepak di restoran mamak yang berada tidak jauh dari kawasan perumahan mereka.

Dalam 20 minit kemudian, Faiq akhirnya tiba di restoran mamak di mana Faiz dan rakan-rakannya berada. Dari dalam kereta lagi, dia sudah melihat kelibat Faiz dan rakan-rakannya sedang ketawa di situ.

Panas hati Faiq melihat situasi tersebut. Adiknya boleh bergembira bagai tiada masalah sedangkan dia sedang mengalami kesusahan dan kesedihan.

Faiq segera turun dari keretanya dan berjalan menghampiri Faiz. Rakan-rakan Faiz yang melihat Faiq dari kejauhan segera menegur Faiz.

"Weh abang kau tu kan?". Tegur salah seorang rakan Faiz membuatkan Faiz memandang ke arah belakang. Dia mengerutkan dahinya tanda pelik mengapa abangnya berada di situ.

"Faiz, sini kejap. Aku ada benda nak cakap dengan kau". Ujar Faiq sebaik tiba di hadapan Faiz. "Cakap apa? Penting sangat ke? Kan aku tengah lepak dengan member aku ni". Jawab Faiz acuh tidak acuh.

"Penting. Kau jalan sendiri ke atau aku heret kau?". Soal Faiq tegas. Dia sudah tidak boleh bersabar lagi dengan Faiz. Faiz terpaksa akur dengan arahan Faiq itu. Dengan penuh terpaksa dia mengikuti langkah abangnya itu dan berhenti tidak jauh dari tempatnya tadi.

"Apa yang penting sangat kau nak cakap bang?". Soal Faiz malas. Kawasan sekeliling mereka agak sunyi. "Bukan main lagi kau seronok lepas dah hancurkan hidup aku eh. Kau sedar tak kau punca hidup aku hancur!". Marah Faiq.

"Hancur? Aku tengok kau elok je". Jawab Faiz acuh tidak acuh. Seraya itu, Faiq segera mengenggam leher baju adiknya dan mengacukan pisau lipat tadi ke arah adiknya.

"Kau jangan nak bergurau lah s**l! Kau punca semua ni jadi tau tak? Kalau mulut kau tu tak buka cerita semua ni, hidup aku tenang je!". Tempelah Faiq.

"Woo bang..benda boleh rilek kot. Kau jangan main-main dengan pisau tu. Bahaya..". Tegur Faiz lembut. Dia cuak juga melihat abang sudah menggila itu. "Kau yang buat aku jadi macam ni! Aku dah hilang isteri, hilang kerja dan semua kau punya pasal! Kau tak patut hidup senang sekarang ni! Kau kena rasa sakit yang aku rasa!". Jerit Faiq geram.

Satu tumbukan hinggap di wajah Faiz. Faiz memegang hujung bibirnya yang berdarah. "Kau tuduh aku punca? Kau sendiri yang mulakan semua bang! Kalau kau tak rosakkan anak dara orang, semua ni takkan jadilah!". Kali ini Faiz pula yang membidas kata-kata Faiq.

"Aku menyesal bagitau kau pasal ni! Sumpah aku menyesal! Aku ingat kau boleh dipercaya, rupanya tak! Aku salah besar sebab percaya kau Faiz!". Ujar Faiz dengan nada yang tinggi.

"Aku cuma bongkar kebenaran je sebab kau dah tipu banyak pihak bang! Sampai bila kau nak tipu semua orang? Sampai bila kau nak seksa hidup orang lain?". Soal Faiz bertubi-tubi. Dia tidak takut untuk berhadapan dengan abangnya itu kerana memikirkan dia berani kerana benar.

Satu tumbukan hinggap lagi sekali di wajah Faiz. Dia sudah mengaduh kesakitan. Entah berapa kali lagilah Faiq hendak menumbuk wajahnya yang tampan itu.

"Kau patut mati jelah Faiz! Aku menyesal ada adik macam kau!". Faiq sudah semakin ganas. Faiz ingin membalas tumbukan Faiq tadi dengan menumbuk kembali namun pertelingkahan terjadi antara mereka.

Lantas tanpa sengaja, pisau yang berada di tangan Faiq tertusuk ke bahagian perut Faiz membuatkan mereka berdua terdiam.

Secara perlahan-lahan tubuh Faiz rebah ke tanah bersama pisau yang masih tertancap di perutnya. Faiz menekan kuat perutnya akibat kesakitan luar biasa yang dialami serta darah yang banyak keluar.

Faiq sudah tergamam. Dia tidak sengaja pun untuk mencederakan adiknya sehingga sebegitu. Kakinya perlahan mengundur ke belakang lantas dia membuka langkah seribu berlari dari situ.

Rakan-rakan Faiz yang menyedari tentang hal itu berlari mendekati tubuh Faiz yang sudah terkulai lemah itu. "Sakitt!!". Jerit Faiz lemah.

"Woi jangan lari!". Jerit salah seorang rakan Faiz kepada Faiq yang berlari menuju ke keretanya. Dia berusaha untuk mengejar Faiq namun Faiq lebih pantas dan segera berlalu pergi dari situ bersama keretanya.

Salah seorang rakan Faiz segera menghubungi talian kecemasan ambulans untuk membawa Faiz. Faiz sudah mulai tidak sedarkan diri akibat darah yang terlalu banyak keluar. Wajahnya juga mulai pucat.

Tidak lama kemudian ambulans pun tiba dan bergegas membawa Faiz ke hospital berdekatan. Kawasan yang tadinya agak sunyi kini mulai ramai orang dek kejadian tadi. Ada yang merakam, ada yang sibuk saling mengata.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Puan Yasmin sedari tadi tidak henti-henti menangis mengenangkan keadaannya anaknya yang berada dalam bilik pembedahan.

Dalam hatinya dia tidak berhenti memanjatkan doa buat keselamatan Faiz. "Sabar Yasmin. Bawa bertenang. Dari tadi lagi awak menangis ni". Pujuk Encik Syukri menenangkan hati Puan Yasmin.

"Macam mana saya nak tenang bang? Anak kita dalam tu tengah bertarung dengan nyawa. Ya Allah, kenapalah anak-anak kita jadi macam ni? Saling berbalah sesama sendiri". Ujar Puan Yasmin sesal.

"Abang pun tak tahulah apa kena dengan Faiq sampai buat macam ni ke adik dia. Faiz tu adik dia kot. Tergamak dia cederakan adik sendiri". Jawab Encik Syukri dalam nada kesal.

Pukul 2 pagi tadi, pihak hospital menghubungi ibu bapa Faiz dan serentak itu mereka berdua bergegas ke hospital. Rasa mengantuk semua telah pun hilang.

Sekarang sudah pun hampir 2 jam Faiz berada di dalam bilik pembedahan bagi menjalani pembedahan kecemasan untuk kecederaanya tadi.

"Mama!". Sapa Riana ketika dia tiba di situ. Dia segera memeluk erat tubuh Puan Yasmin. Puan Yasmin tadi ada menghubungi Riana untuk memaklumkan mengenai kejadian ini.

Lantas Riana juga bergegas ke hospital untuk melihat keadaan Faiz walaupun dia sedar Faiz tidak menyukai dirinya. Tapi dalam masa yang sama dia terkejut kerana mengetahui punca Faiz jadi begini adalah disebabkan oleh Faiq. Ini pun diceritakan oleh rakan-rakan Faiz selaku saksi kejadian."Macam mana dengan Faiz, ma pa?". Soal Riana.

"Tak tau lagi Riana. Mama tak tau apa dah jadi sekarang ni. Kenapa anak-anak mama jadi macam ni?". Soal Puan Yasmin bersama tangisan.

Riana menggosok lembut bahu Puan Yasmin. Walaupun Riana bukan lagi menantu mereka namun mereka masih saling berhubung sampai sekarang dan menjaga hubungan baik.

"Sabar ma. Ini semua ujian untuk kita. Mama kena kuat ya". Pujuk Riana untuk menenangkan hati Puan yasmin yang gundah gulana itu.

Beberapa minit kemudian pintu bilik pembedahan terbuka dan keluar seorang doktor bersama seorang jururawat. "Doktor, macam mana dengan anak saya?". Soal Encik Syukri yang segera bangun dan menghampiri doktor.

"Keadaan Faiz agak kritikal buat masa sekarang. Dia mengalami kebocoran usus akibat tusukan pisau agak ke dalam. Kami perlu pantau dulu keadaannya buat masa sekarang dari masa ke masa". Jawab doktor tadi.

Puan Yasmin sudah terduduk tatkala mendengar kata-kata doktor tadi. "Allah". Itu sahaja yang mampu terucap dari bibir Encik Syukri. Dia meraup wajahnya. Riana juga terpempan mendengar itu.

"Abang...anak kita bang". Puan Yasmin sudah lencun dek air mata. Begitu juga Riana. Tidak menyangka Faiq akan setekad ini. Apa punca sehingga Faiq hilang kawalan sebegini.

"Sabar ma, sabar. Ingat ma, Faiz pasti akan selamat. Mama kena doakan Faiz selalu ya". Pujuk Riana lagi. Dia faham bagaimana sedihnya hati seorang ibu melihat anaknya dalam kesakitan.

"Faiq memang dah melampau! Tergamak dia buat naya kat Faiz. Abang kena cari Faiq sekarang ni". Ujar Encik Syukri. "Sabar bang. Abang jangan ikutkan emosi sangat. Abang tu bukan sihat sangat jugak". Larang Puan Yasmin.

Cukuplah sekarang anaknya yang sedang sakit, dia tidak mahu suaminya juga jatuh sakit. Ditambah pula Encik Syukri tidak begitu sihat, maklumlah faktor usia. Encik Syukri terpaksa akur akan kata-kata isterinya itu.

"Betul tu pa. Sekarang kita kena fokus terhadap Faiz dulu. Kita sama-sama doakan kesihatan Faiz ya". Riana bersuara memujuk kedua-dua bekas mertuanya itu.

Riana mengeluh kecil. Mengapa semua ini terjadi? Walaupun dia tidak pernah akrab dengan Faiz namun dia juga risau akan keadaan Faiz. Semoga Faiz akan baik-baik saja dan keadaannya semakin pulih. Itu saja harapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience