Bab lapanbelas

Drama Completed 7961

Farah memandang persekitaran rumahnya. Hari ini, setelah hampir sebulan, Farah pulang semula ke rumahnya. Danish dipimpin lantas dia membuka pintu pagarnya.

Ikutkan hatinya, dia masih belum bersedia untuk pulang, tetapi Faiq terus menerus memaksanya untuk pulang dan Faiq akan tinggal bersama. Farah terpaksa akur walaupun dia tidak rela mengikut segala arahan Faiq.

Farah terus masuk ke rumah tanpa menghiraukan Faiq yang sedang membawa beg-begnya. Perasaannya benar-benar kosong saat ini. Tiada rasa simpati buat Faiq.

"Farah, awak duduk rehat eh. Abang nak masak kejap lagi". Panggilan Faiq mulai berubah terhadap Farah. "Tak payah masak. Saya tak ada selera nak makan". Jawab Farah yang sedang duduk di sofa ruang tamunya.

"Jangan macam tu. Awak tu masih belum sihat sepenuhnya. Awak kena jaga kesihatan awak". Nasihat Faiq. Farah sekadar menjeling Faiq. Dia berasa muak dengan sikap Faiq itu. Terlalu nampak kepura-puraannya.

"Awak mimpi apa nak ambil berat pasal saya? Sebelum ni tak pernah pun". Sindir Faiq. "Awak, kan saya dah cakap, saya akan berubah jadi yang terbaik untuk awak. Saya tengah buktikanlah ni". Jawab Faiq penuh sabar. Dia sedar, emosi Farah masih belum stabil.

Farah tidak menjawab, sebaliknya terus bangun dan berlalu pergi menuju ke biliknya. Danish turut dibawa sekali. Dia sudah malas melayan Faiq. Faiq pula sekadar memerhati Farah berlalu pergi. Dia mengeluh kecil. Hati Farah benar-benar dah beku...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Riana melepaskan keluhan besar. Dia baru pulang daripada mahkamah syariah untuk pembicaraan perceraiannya dengan Faiq hari ini tetapi malangnya, Faiq tidak menghadirkan diri.

Dia sebenarnya sudah menjangkakan perkara ini. Sekarang, tarikh pembicaraan ditangguhkan lagi. Dia juga perlu mengambil cuti lagi bulan hadapan memandangkan sekarang dia telah pun kembali bekerja di syarikat lamanya dulu.

Ikutkan hati, dia mahu sahaja menelefon Faiq, tetapi dia menahan diri. Tetapi jika dia tidak menghubungi Faiq, entah bagaimana dia perlu memohon dan merayu supaya Faiq menghadirkan diri dan menyelesaikan hubungan mereka dengan cara yang baik.

Riana mengeluh lagi. Dia akhirnya memutuskan untuk menghubungi Faiq walaupun terpaksa. Nombor Faiq segera didail. Lama dia menunggu, akhirnya panggilan diangkat jua.

"Assalamualaikum sayang. Ada apa ni call abang?". Soal Faiq mesra. "Waalaikumusalam. Awak memang sengaja eh tak nak datang hari ni?". Soal Riana terus tanpa berselindung. Faiq melepaskan keluhan kecil sebelum bersuara, "Abang busy sayang. Dah lama kan abang ambil cuti, jadi bila abang masuk kerja, banyak kerja sikit". Jawab Faiq.

"Lagi pun kenapa abang nak datang ke tempat yang akan memisahkan kita?". Soal Faiq lagi. "Awak tahu tak, bila awak buat macam ni, awak pun dah menyusahkan urusan saya". Jawab Riana.

"Menyusahkan kenapa? Awak sendiri yang nak macam ni, Riana. Awak yang nak perpisahan. Saya tak pernah pun inginkannya". Jawab Faiq tenang. "Memang saya yang nakkan perpisahan sebab saya tak sanggup untuk bersama awak lagi. Saya tak sanggup jadi yang kedua". Jawab Riana jujur sambil menahan hiba.

"Tak boleh ke awak bagi saya peluang untuk saya ubah semula semuanya?". Soal Faiq. "Saya tak rasa saya mampu untuk bagi awak peluang lagi. Awak bukan tipu benda kecil, awak tipu mengenai sesuatu yang serius". Jawab Riana.

"Saya tak sanggup lagi nak biarkan saya menyakiti hati wanita lain. Cukuplah saya dah sakiti dia selama ni. Sekarang, saya nak tebus kesilapan saya dengan berpisah dari awak". Sambung Riana lagi. Air mata mulai menuruni pipinya.

"Jadi, saya minta awak tolong lepaskan saya. Tolong izinkan saya cari kebahagiaan saya". Sambung Riana lantas terus menutup panggilan. Dia sudah tidak sanggup meneruskan lagi kata-katanya.

Hatinya memang masih sayangkan Faiq namun dia sendiri tidak sanggup untuk diduakan dan menyakiti hati isteri pertama Faiq itu. Cukuplah selama ini dia telah membuat isteri pertama Faiq itu makan hati dalam diam.

Faiq meraup wajahnya. Sudahlah dia serabut dengan pekerjaannya yang bertimbun ditambah pula dengan masalah rumah tangganya. Bosnya juga telah memberi surat amaran pertama kepadanya disebabkan kehadiran Faiq yang kurang memuaskan. Dia melepaskan keluhan berat.

Berat sungguh ujiannya kali ini. Bahunya terasa begitu berat untuk membuat keputusan. Entah bagaimana lagi dia harus memujuk hati kedua-dua isterinya. Kalau setakat merajuk dia masih boleh memujuk, tapi ini bukan lagi merajuk. Ini kecewa namanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daim mencicip sedikit kopi latte di cawannya. Pagi itu dia, bersarapan bersama sepupunya, Zariff. Zariff mengerutkan dahinya ketika melihat wajah Daim hanya masam mencuka dan beberapa kali mengeluh.

"Kau ni kenapa Daim? Aku dengar dari tadi kau mengeluh je. Kau ada problem ke?". Soal Zariff memecahkan kesunyian. Daim mengeluh lagi. "Mellina...". Jawab Daim meleret.

"Kenapa lagi dengan Mellina? You all berdua bergaduh ke?". Soal Zariff ingin tahu. "Aku dengan dia dah break up". Jawapan itu membuatkan Zariff tersentak. Hampir saja dia tersedak cappucino yang baru diminum.

"But why? What happen?". Soal Zariff separa terkejut. Memang patut sajalah wajah Daim seperti cicak berak kapur. "Dia tipu aku, bro. Dia bukan anak orang kaya and dia tu miskin. Dia duduk rumah flat busuk tu". Jawab Daim sambil di hujung dia membuat gaya geli geleman mengingatkan kawasan flat tempat tinggal Mellina.

"Pasal tu je? Apa yang sampai putus?". Soal Zariff selamba. "Dia tipu aku kot! Kau pun tahu aku benci penipu. Dah miskin tu, buatlah cara miskin, ni berlakon jadi kaya pulak! Nak kikir harta akulah tu!". Bidas Daim seraya memeluk tubuh.

"Kau ni jangan asyik downgradekan orang boleh tak? Miskin or kaya ni kita tetap sama, kita manusia juga, Daim. Semua ni pinjaman dari yang atas je". Tarbiah Zariff. Daim menjeling tajam ke arah Zariff

"Aku bukan dowgradekan dia, dah memang betul pun dia memang miskin. Dia fikir, dengan muka cantik dia tu, aku nak terima dia gitu je? Menyesalnya aku pernah kenal dia. Sumpah menyesal". Jawab Daim. Zariff sekadar menggelengkan kepalanya.

"Ni Daim, 2 bulan lagi aku nak bertunang tau. Kau kena ikut aku". Zariff menukar topik perbualan mereka. "Bertunang dengan perempuan kampung tu ke? Kau ni pun, tak boleh ke cari perempuan sama level dengan kita?". Soal Daim geram.

"Kampung kau cakap? Hmm, tak kisahlah semua tu Daim. Aku tak pandang pun pasal pangkat dan harta seseorang. Asalkan dia baik, ikhlas dan sayang ke aku, itu dah cukup memadai". Jawab Zariff.

"Aku bukan apalah, kita ni dari keturunan baik-baik kot, Zariff. Bukan setakat keturunan baik-baik, family kita ni ada imej, semua orang pun kenal. Lepas tu kau cari perempuan dari ceruk kampung mana entah". Panjang lebar Daim membebel. Zariff hanya tersenyum kecil sambil menggelengkan kepalanya. Dia sudah lali dengan sikap membangga diri Daim. Dia sedikit pun tidak terasa saat Daim merendah-rendahkan Adya.

"Aku tak kisah semua tu, Daim. Macam aku cakap tadi, harta kekayaan, pangkat atau imej nama baik semua ni pinjaman aje. Kita ni tetap sama, manusia biasa je. Tak ada apa yang perlu dibanggakan". Jawab Zariff pula.

"Lagi pun family aku semua suka suka dengan tunang aku tu, so tak ada masalah apa pun. Kau tak suka, then that's not my problem". Sambung Zariff lagi membidas kenyataan Daim tadi.

"Macam kes kau ni, kau jangan cepat menghukum Mellina sebab dia tipu kau. Kau tanya dulu dia kenapa dia buat macam tu, there must be a reason". Sambung Zariff lagi. "Alasan apa lagi kalau bukan sebab nak kaut harta aku kan?". Soal Daim sinis. "See? Kau awal-awal lagi dah bersangka buruk dengan dia tanpa dengar statement daripada dia. Macam mana relationship kau nak long lasting if macam mana ni sikap kau?". Soal Zariff.

Zariff mengerling jam di pergelangan tangannya. Sudah menunjukkan hampir 9 pagi. "Okeylah, aku nak masuk office dulu. Duduk sini dengan kau, buatkan aku lambat masuk office. Ok, gotta go". Pamit Zariff dan lantas berlalu pergi meninggalkan Daim yang masih lagi duduk di situ.

Daim mencicip lagi lattenya. Dia cuba menghadam kata-kata Zariff tadi tapi dia tak sudi lagi berbuat sedemikian disebabkan oleh rasa ego yang tinggi. Biarlah begini, biar Mellina mendapat pengajaran atas apa yang dilakukan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Faiq hanya merenung sepi kertas-kertas kerja di hadapannya. Raganya memang berada di situ, namun jiwanya melayang memikirkan masalah rumah tangganya. Dia langsung tiada semangat untuk membuat kerja.

Faiq mengeluh kecil. Dia teringat, tempoh hari dia ada melawat ibu bapanya. Agak lama juga dia tak balik ke dumah ibu bapanya selepas kejadian tersebut.

Ketika dia datang, Faiz tiada di rumah. Tak pasti pula ke mana dia ketika itu. Dia masih lagi teringat kata-kata ibunya yang menasihatinya untuk melepaskan sahaja kedua-dua isterinya.

Namun, perkara ini bukan mudah bagi Faiq. Faiq sayang kedua-duanya walaupun sudah tentu dia lebih menyayangi Riana. Tidak mungkin dia akan melepaskan mereka berdua begitu sahaja.

'Mama ni ikutkan kecewa sangat dengan kamu Faiq. Mama dan papa besarkan kamu, didik kamu jadi anak soleh dan berguna, tapi dalam diam kamu berani teguk air haram tu sampai kamu dah rosakkan anak dara orang'.

'Kamu bertanggungjawab tu dah cukup bagus. Tapi kamu tak jalankan sepenuhnya tanggungjawab kamu. Faiz cerita, kamu selalu culas bagi nafkah kan? Mama tak dapat bayangkan macam mana deritanya hidup dia selama ini, Faiq'.

Masih lagi terngiang kata-kata Puan Yasmin itu dalam otak Faiq. Di sisi lain juga Faiq mulai benci akan adiknya sendiri, Faiz. Semua ini berpunca daripadanya yang membocorkan rahsianya. Menyesal dulu dia ceritakan semua kebenaran kepada Fais kerana menyangka Faiz akan menyimpan rahsianya.

Sekarang, penyesalan pun tiada guna. Semuanya telah pun terjadi. Faiq mengeluh sekali.

"Psst..Faiq. Bos panggil kau masuk bilik dia". Tegur Aina, rakan sekerja di meja sebelahnya. "Kenapa?". Soal Faiq. Aina sekadar mengangkat bahunya. Faiq memandang sekejap ke arah bilik bosnya. Entah apa lagi masalah yang timbul.

Faiq lantas berjalan perlahan menuju ke bilik bosnya dan mengetuk pintu terlebih dahulu. "Masuk". Arah bosnya. "You duduk, Faiq". Arah bos berbangsa cina yang berusia lingkungan 60-an.

"Ada apa ya bos panggil saya?". Soal Faiq perlahan. "Saya tengok sini, you punya sales manyak kurang 3 bulan ini, kenapa ha?". Soal bosnya itu dengan slang Cina.

Faiq hanya menundukkan kepalanya. Tidak tahu harus memberi respon apa. "Faiq, you kerja sini sudab lama. Since you graduated lagi. Dari awal kerja lagi, I nampak you punya potensi. You selalu bersungguh-sungguh nak kejar itu target sales". Sambung bos cina itu.

"Tapi lately ni I tengok you punya sales manyak drop. Attendence you drop sangat. Prestasi you pun tak okey. You kenapa? You ada problem ke? Wanna share with me?". Soal bosnya itu. "Tak ada bos. Cuma masalah rumah tangga sikit". Jawab Faiq. "You tak boleh macam ni oo, Faiq. Personal matter you kena settle dekat rumah, you bincang baik-baik dengan bini you. Jangan campur itu kerja office". Nasihatnya.

Faiq hanya mengangguk. "Sorry bos. Saya akan settlekan hal personal saya sebaiknya. Sorry again bos". Ucap Faiq. Dia sedar dia telah melampaui batas sejak kebelakangan ini.

"Sorry Faiq but I terpaksa kasi you ini warning letter. Ni arahan daripada CEO". Jawab bosnya itu sambil menghulurkan sepucuk sampul surat berwarna putih kepada Faiq.

"I hope with this warning letter, you akan come back as Faiq yang rajin and berdedikasi dulu". Sambung bosnya bersama senyuman nipis di bibirnya.

Faiq sebenarnya sedikit tersentak dengan pemberian surat amaran itu namun salahnya juga. Disebabkan masalah rumah tangganya, prestasi kerjanya kini terjejas.

"Okey, I will bos. Sorry again". Ucap Faiq sebelum meminta diri keluar dari bilik bosnya itu. Hawa dingin di ruangan itu tidak lagi dirasakan olehnya. Dia terasa bahang. Wajahnya juga memerah.

Semua ini masih lagi berpunca daripada Faiz. Kalau Faiz tidak buka mulut, sudah tentu semuanya tidak akan jadi begini. 'Tunggulah, Faiz'. Getusnya sambil tangannya digenggam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience