Puan Yasmin mengambil tempat duduk di sebelah katil Faiz. Hanya seorang sahaja dibenarkan melawat dalam satu-satu masa kerana Faiz kini berada di wad Unit Rawatan Rapi(ICU).
Puan Yasmin hanya memandang sepi sekujur tubuh Faiz yang terbaring bersama topeng oksigen yang dipakainya. Mata Puan Yasmin berkaca semula mengenangkan nasib anaknya itu.
Dia hanya mempunyai dua orang anak namun kini kedua-duanya berbalah sesama mereka hingga ada yang terluka. Faiq pula hilang entah ke mana selepas kejadian tersebut dan masih menjadi buruan polis.
"Faiz, cepatlah sedar. Mama nak tengok Faiz sihat semula". Rayu Puan Yasmin sambil memegang tangan anak lelakinya itu. Hatinya tidak sanggup melihat Faiz terus terlantat begitu. Sudah 2 hari, Faiz masih belum sedarkan diri.
Tangan Faiz yang dipegang oleh Puan Yasmin mulai bergerak perlahan. Puan Yasmin yang menyedari hal itu segera memerhati tangan Faiz. Bibirnya mengukir senyum kecil kerana lega Faiz akhirnya sedar jua.
"Ma...ma...". Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Faiz. "Ya nak. Mama kat sini". Jawab Puan Yasmin lembut. Air matanya terus turun membasahi pipinya. "Faiz...kat mana ni ma..? Kenapa perut Faiz rasa...sakit sangat..". Ujar Faiz lemah.
"Faiz kat hospital sekarang ni. Lama Faiz tak bangun tau tak? Lama mama tunggu Faiz bangun. Faiz sakit ya? Mama panggilkan doktor ya". Jawab Puan Yasmin.
"Tak...apa ma.. Kenapa abang tergamak buat macam ni ke Faiz. Niat Faiz cuma tak nak dia tipu semua orang terus". Lemah saja suara Faiz. "Mama faham niat Faiz. Mama sendiri pun tak faham kenapa abang Faiq sanggup buat macam tu. Dah Faiz tak payah fikir dulu ya. Yang penting sekarang Faiz dah sedar. Mama pun lega sangat. Mama panggil nurse dulu ya untuk monitor Faiz". Ujar Puan Yasmin lantas bangun untuk keluar memanggil jururawat yang berada di kaunter luar.
Faiz hanya mampu mengangguk lemah. Dia terasa semua badannya sakit dan dirinya seperti tiada tenaga. Masih segar lagi dalam ingatannya tentang peristiwa 2 hari lepas.
Abang kandungnya sendiri sanggup menyakiti dirinya hanya untuk memuaskan hatinya sendiri. Dia bukan hendak menghancurkan hidup Faiq atau membuatkan rumah tangga Faiq berpecah belah, namun dia tidak sanggup lagi melihat penderitaan Farah dan juga melihat abangnya terus membohongi semua orang.
Namun, begini pula jadinya. Sekarang dirinya pula yang merana menahan kesakitan. Syukur saja, masih belum tiba ajalnya. Kalau tidak? Memang mati kutu sajalah dia waktu itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Riana melihat lama wajah Adya yang disolek ringkas namun menaikkan seri wajahnya. Hari ini merupakan hari pernikahan Zariff dan Adya. Pernikahan mereka akan diadakan di sebuah masjid manakala malam nanti pula adalah majlis di sebelah pihak lelaki.
"Tak sangka kawan aku ni dah nak nikah. Sebak pula aku rasanya". Ucap Riana bernada sebak. Dia menahan tangisnya daripada keluar. Dia pun sudah berhias cantik, sayang mekapnya jika dia menangis.
"Kalau kau tak sangka, aku lagi tak sangka weh. Aku ingatkan dulu hubunga aku sekejap je dengan Zariff, rupa-rupanya dah nak nikah kita orang". Jawab Adya dengan penuh terharu.
"Aku doakan pernikahan kau orang akan berkekalan hingga Jannah ya. Saling bertolak ansur dan jangan gaduh selalu tau. Apa-apa masalah selesaikan dengan tenang". Nasihat Riana panjang lebar.
"Ya baiklah kawanku yang paling baik kat muka bumi ni. Aku sayang kau sangat". Ucap Adya seraya memeluk tubuh Riana. "Aku pun sayang kau, Adya". Jawab Riana membalas pelukan Riana.
"Dah jom kita gerak, nanti lambat pula!". Riana memberi ingatan kepada Adya. Mereka berdua segera turun bilik hotel yang disewakan oleh keluarga Zariff buat penginapan Adya sekeluarga.
Setelah hampir sejam pemanduan, akhirnya mereka tiba di masjid yang akan menjadi saksi ikatan pernikahan mereka berdua.
Semua tetamu yang tiba telah pun duduk berkumpul di suatu tempat. Kelihatan Zariff sendiri sudah bersedia duduk di hadapan tok kadi yang akan menikahkan mereka.
Zariff sempat menghulurkan senyuman kepada Adya dan dibalas senyuman manis oleh Adya. Puan Sri Ainnur yang turut berada di situ mengecilkan matanya untuk melihat Riana yang mengiringi Adya. Dia kan tempoh hari yang membantunya ketika dia hampir pitam. Tapi bagaimana dia boleh berada di sini? Siapa dia? Puan Sri Ainnur tertanya-tanya sendiri.
"Zariff Aryan Bin Zahar, aku nikah kau dengan Adya Binti Ismail dengan berwakil walikan ke atas aku dengan mas kahwin RM500 dibayar tunai". Lafaz tok kadi yang berusia separuh abad itu.
"Aku terima nikahnya Adya Binti Ismail dengan mas kahwin RM500 dibayar tunai". Senafas saja Zariff melafazkan akad nikah tersebut. "Sah semua?". Soal tok kadi kepada saksi dan tetamu yang hadir di situ.
Masing-masing menganggukkan kepalanya dan tok kadi mula membacakan doa kesyukuran. Adya menitikkan air mata tatkala mendengar lafaz akad yang diucapkan oleh Zariff. Kini dia telah pun bergelar isteri kepada Zariff.
Adya lantas menyalami tangan ibunya yang berada di sebelah kanannya juga menyalami tangan ibu mertuanya, Puan Sri Zalifah.
"Alhamdulillah Adya dah jadi menantu mama sekarang ni. Mama harap Adya boleh sayangkan Zariff dengan sepenuh hati ya". Ucap Puan Sri Zalifah seraya mengelus lembut pipi Adya. Adya hanya mengangguk sambil tersenyum.
Majlis pada hari itu pun berakhir. Orang ramai mulai bersurai termasuklah Riana yang kngin pulang dan bersiap untuk majlis malam ini pula.
Tiba-tiba dia terasa seperti ada yang memegang pergelangan tangannya. Adya menoleh dan melihat rupa-rupanya Puan Sri Zalifah yang memegang tangannya.
"Awak ni Riana kan? Ingat aunty lagi tak?". Sapa Puan Sri Ainnur sambil tersenyum manis. Riana terdiam sejenak buat mengingat balik siapa yang berdiri di hadapannya.
"Oh ya, betul saya Riana. Aunty buat apa kat sini?". Soal Riana lembut. "Aunty ni mak saudara Zariff, pengantin lelaki tu. Riana pula buat apa?". Soal Puan Sri Ainnur kembali.
"Oh lah ye ke. Kecil je dunia ni kan? Saya kawan baik Adya, pengantin perempuan tu. Tak sangka kita boleh jumpa semula ya". Jawab Riana ramah.
"Kalau Riana boleh tahu, nama aunty siapa? Supaya senang sikit Riana nak panggil aunty nanti". Soal Riana pula. "Panggil aunty Ainnur je, Riana. Majlis malam ni Riana ada?". Soal Puan Sri Ainnur.
"Mestilah ada aunty. Adya tu kawan baik saya. Saya dah anggap dia macam adik beradik saya sendiri memandangkan saya pun anak tunggal". Jawab Riana jujur.
"Baguslah kalau Riana pun ada malam ni. Nanti aunty nak kenalkan Riana dengan anak aunty ya. Jumpa malam ni ya". Ujar Puan Sri Ainnur mesra. Riana hanya membalas dengan anggukan dan senyuman. Tapi dalam masa yang sama dia tidak tahu pula anak Puan Sri Ainnur itu lelaki atau perempuan. Dan yang pasti, Riana tidak tahu yang anak Puan Sri Ainnur adalah Daim yang angkuh dan sombong itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Farah sedang mengira duit jualannya untuk hari ini. Dia baru sahaja memulakan perniagaannya menjual donat pelbagai perisa di kawasan kampung tersebut, tidak jauh daripada rumah Mak Som.
Setakat ini jualannya belum begitu laris memandangkan dia baru sahaja mula meniaga. Namun Farah bersyukur kerana dia masih berpeluang untuk meniaga. Cukuplah untuknya membeli keperluan dirinya dan Danish serta Mak Som walaupun Mak Som tidak pernah meminta.
Sedang ralit Farah mengira wang-wang jualannya, telefon bimbitnya berbunyi dan tertera nama Faiz di skrin telefonnya. Farah mengerutkan dahinya tanda hairan mengapa Faiz tiba-tiba menghubunginya malam-malam begini sedangkan Faiz sudah lama tidak menghubunginya.
"Hello assalamualaikum, ya Faiz?". Sapa Farah lembut. "Waalaikumusalam, Farah. Ni mama". Farah sedikit kaget mendengar suara Puan Yasmin di hujung talian dan bukannya Faiz.
"Ya mama, kenapa tu?". Soal Farah lembut. "Mama minta maaf ya sebab dah call Farah malam-malam macam ni. Mama tak ada nombor Farah sebab tu Mama pinjam telefon Faiz untuk call Farah". Ujar Puan Yasmin.
"Tak apa ma, lagi pun Farah belum masuk tidur lagi ni. Mama ada apa-apa nak cakap dengan Farah ke?". Soal Farah lembut. "Faiz sekarang kat hospital. Minggu lepas dia bergaduh dengan abang dia". Jawapan Puan Yasmin itu nyatanya mengejutkan Farah.
"Ya Allah ma. Sekarang macam mana keadaan Faiz? Apa yang Faiq dah buat ke dia?". Soal Farah bertubi-tubi. "Alhamdulillah Faiz dah semakin membaik. Esok dia mungkin dah boleh balik. Faiq cucuk perut Faiz. Mama pun tak fahamlah macam mana asalnya pergaduhan tu jadi. Sekarang ni Faiq dalam buruan polis. Tak ada yang tahu Faiq ke mana". Luah Puan Yasmin kesal.
"Ya Allah kenapa sampai jadi macam ni ma? Habis tu sekarang ni Faiq ada contact mama atau papa tak?". Soal Farah lagi. "Tak ada Farah. Mama sendiri pun buntu dah nak fikir ke mana agaknya dia pergi. Kami ada cuba call dia tapi tak berangkat". Jawab Puan Yasmin.
"Tak apa, mama sabar ya. Insha Allah lambat laun kita akan jumpa Faiq juga. Kita doa banyak-banyak ya ma?". Pujuk Farah walaupun hanya dalam talian. Dia sendiri tidak menduga perkara besar begini akan berlaku ke atas keluarga Faiq.
"Aamiin, harapnya begitu Farah. Mama call Farah sebab nak bagi tahu Farah tentang hal ni. Mama faham Farah sekarang tengah cari ketenangan dan kebahagiaan Farah tapi mama rasa Farah perlu tahu juga". Ujar Puan Yasmin.
"Tak apa ma. Terima kasih sebab masih ingat Farah lagi, ma. Apa-apa mama update ke Farah ya". Balas Farah. "Ya baik, nanti apa-apa mama bagi tahu Farah lagi ya? Okeylah, mama tutup dulu ya, assalamualaikum". Ucap Puan Yasmin sebagai penutup talian dan dibalas oleh Farah.
Farah termenung sendiri memikirkan Faiq yang tergamak melakukan perkara itu terhadap Faiz, adiknya sendiri. Mengapa Faiq jadi begitu? Malahan sekarang Faiq jafi buruan polis.
Farah memandang ke arah Danish yang sedang nyenyak tidur. Jika Danish tahu yang bapanya bersikap begitu, Danish pasti sedih. Dia hanya mampu mendoakan supaya segala urusan Faiq sekeluarga dipermudahkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Riana yang anggun mengenakan baju kurung moden berona cream duduk di meja makan tetamu VIP. Sambil duduk dia memerhati Zariff dan Adya yang duduk di pelamin yang indah itu.
Kelihatan merrka berdua begitu sepadan dan bahagia. Riana tiba-tiba teringat sewaktu majlis pernikahannya dengan Faiq tiga tahu yang lalu. Waktu itu dia bahagia sekali di samping Faiq tanpa mengetahui semua rahsia Faiq yang membawa kepada penceraian mereka.
"Ehem..Riana. Jauh termenung tu". Tegur Puan Sri Ainnur sambil tersenyum. Dari tadi dia sudah melihat Riana hanya diam termenung. "Eh aunty Ainnur. Tak adalah, Riana cuma impress tengok pelamin tu je". Dalih Riana.
"Tadi aunty ada cakap nak kenalkan Riana dengan anak aunty kan? Meh ikut aunty kejap, anak aunty yang duduk sana tu". Ajak Puan Sri Ainnur sambil menarik lembut tangan Riana.
Riana terpaksa akur mengikut langkah kaki Puan Sri Ainnur. "Ha.. inilah anak aunty. Anak tunggal aunty, namanya Daim Emiir". Puan Sri Ainnur memperkenalkan Daim kepada Riana.
Daim yang mendengar kata-kata mamanya itu segera mengangkat kepalanya untuk melihat mamanya itu memperkenalkan dirinya dengan siapa.
Lama Daim merenung wajah Riana yang anggun itu. Pandangannya seperti tertancap di wajah Riana sahaja. Riana kelihatan cantik malam itu tidak seperti pada kebiasaannya.
"Kau?!". Daim dan Riana sama-sama bersuara menyebabkan Puan Sri Ainnur terpinga-pinga. "You all berdua dah kenal ke?". Soal Puan Sri Ainnur bingung. "Yeah of course Daim kenal dia ma. Dialah yang selalu huru harakan hidup Daim". Ujar Daim selamba membuatkan Riana ternganga.
"Excuse me? Elok sikit ya. Bila masa pula saya huru harakan hidup awak? Awak tu yang tak reti berterima kasih bila saya tolong. Dasar lelaki kerek!". Bidas Riana geram sampai dia terlupakan kewujudan Puan Sri Ainnur.
"Sorry aunty. Saya tak ada niat nak gaduh dengan anak aunty, anak aunty ni selalu cari pasal dengan saya. Saya pun tak tahulah apa salah saya". Riana rasa serba salah dengan Puan Sri Ainnur.
"Baguslah kalau you all dah kenal. Bolehlah you all kenal-kenal lebih mendalam lagi ya? Daim, mama pergi sana kejap ya nak jumpa dengan kawan mama jap. Aunty pergi sana dulu ya, Riana". Pamit Puan Sri Ainnur terus berlalu pergi seolah-olah tiada apa yang terjadi.
"Kau buat apa kat sini lagi? Berambuslah sana!". Halau Daim. Riana sudah menjegilkan matanya. "Ya saya pun tak inginlah nak berdiri dekat awak macam ni. Tak payah halau-halaulah ek!". Bidas Riana.
"Dah tu tak payahlah membebel lagi. Blahlah sana. Eh kau ni buat spoil mood aku jelah!". Bidas Daim pula. "Habis awak tu pun apa kurangnya? Selalu nak cari pasal sampai buat rosak mood saya. Eh dahlah sakit otak saya bila dekat dengan awak ni". Riana segera bergegas pergi dari situ.
Memang boleh sakit otaknya melayan Daim. Daim pula hanya menjeling dan menyambung semula melihat telefon bimbitnya.
Kepada semua readers dan viewers, silalah tinggalkan komen-komen anda supaya author lebih bersemangat untuk menulis dan publish ty :)
Share this novel