Selepas sahaja Daim beredar ke tempat kerja, Riana terus ke dapur untuk mengemas apa yang patut di dapur. Dayyini pula keluar dari biliknya yang terletak di tingkat satu dan terus meluru ke arah dapur.
"Riana, meh sini sekejap boleh?". Dayyini yang mengambil tempat duduk di meja makan, memanggil Riana. Riana yang sedang mengelap di bahagian dapur terus mengerutkan dahinya.
"Ada apa kak?". Soal Riana tatkala dia sudah tiba di meja makan. Segera dia duduk kerana semenjak hamil, dia cepat terasa penat. Ditambah pula dia sudah sarat saat ini.
"Ni, akak ada nak bagi Riana try something. Akak ada jual vitamin untuk pregnant mommy macam Riana ni. Vitamin ni bagus tau untuk perkembangan baby and untuk mommy juga. Riana nak try sekarang tak?". Soal Dayyini sambil tersenyum.
"Tak apalah kak, mungkin nanti Riana akan try". Tolak Riana yang sebenarnya berasa ragu-ragu akan vitamin tersebut. "Ala, Riana tak nak try sekarang ke? Vitamin ni lagi bagus kalau Riana makan pagi-pagi macam ni lepas breakfast". Dayyini cuba menyakinkan Riana lagi.
"Memang akak baru je start jual vitamin ni. Tapi akak adalah dapat beberapa feedback daripada consumer. Semua cakap pun memang okey". Sambung Dayyini lagi.
Riana rasa teragak-agak untuk mencuba vitamin tersebut. Dengan Dayyini sendiri pun dia tidak yakin, apatah lagi untuk mencuba vitamin yang dibimbangi akan memudaratkannya dan juga anak dalam kandungannya.
"Riana try ya? Kejap akak ambilkan air". Pujuk Dayyini lagi lantas dia bangun untuk mengambil air. Tidak lama kemudian dia datang semula bersama segelas air dan duduk semula.
"Nah air. Riana trylah sekarang". Dayyini seolah-olah memaksanya untuk makan vitamin itu di pada waktu itu juga. Riana lambat-lambat mengambil vitamin itu daripada tangan Dayyini. Kalaulah dia boleh lari sekarang ni.
Baru sahaja vitamin itu bertukar tangan, telefon bimbit Riana berbunyi menandakan ada panggilan masuk. "Kak, Riana angkat call dulu eh?". Pamit Riana sambil bersedia untuk bangun dan mengangkat panggilan telefon.
"Tak apa. Nanti kejap lagi Riana makan tau". Ujar Dayyini sambil tersenyum. Riana sekadar mengangguk dan terus beredar dari situ. Jauh di sudut hatinya dia lega kerana dapat juga melarikan diri daripada dipaksa makan vitamin oleh Dayyini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adya berjalan menuju ke arah rumahnya. Sambil berjalan otaknya ligat memikirkan ke mana hala tujuannya dengan Zariff? Sudah hampir 5 bulan sejak dia hilang ingatan, masih lagi tiada tanda dia akan ingat Zariff semula.
Bila berhadapan dengan Zariff memang dia rasakan sesuatu namun perasaan sayang dan cinta itu tiada. Dia langsung tiada memori dengan Zariff. Bagaimana dia hendak bermesra dengan Zariff andai tiada langsung memori yang diingat?
Dari kejauhan Adya terlihat ada seorang kanak-kanak sedang mengutip bolanya di tengah jalan dan tidak jauh daripada kanak-kanak tersebut, ada sebuah kereta menghala ke arah kanak-kanak itu dengan lajunya.
Adya refleks berlari untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. Tindakan pantas itu membuatkan Adya tidak mampu mengawal keseimbangan badannya dan terus jatuh ke tepi jalan sebaik dia menyelamatkan kanak-kanak lelaki tersebut.
Kepalanya terhantuk ke pembahagi jalan dan dia terus tidak sedarkan diri. Kanak-kanak tersebut cuba membangunkan Adya dengan menggoncangkan badan Adya.
Tidak lama kemudian ibu kepada kanak-kanak itu berlari ke arah mereka dan segera menelefon pihak ambulans kerana Adya masih lagi tidak sedarkan diri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Riana melemparkan vitamin yang diberikan oleh Dayyini pagi tadi ke atas meja tamu ketika Dayyini dan Daim sedang duduk bersantai di ruang tamu.
"Ubat apa yang akak cuba nak bagi ke saya ni? Akak cuba nak bunuh saya dengan anak saya ke?". Soal Riana dengan nada suara meninggi. Nafasnya jadi turun naik dek menahan amarah.
"Bunuh? Apa maksud awak ni Riana? Ni bukan ubat, ni vitamin je. Kenapa sampai nak membunuh pula ni?". Soal Dayyini berpura-pura polos.
"Akak tak payah buat-buat tak tahulah! Saya sendiri pergi farmasi, nak check ni ubat apa. Ni ubat untuk gugurkan kandungan yang paling kuat kan? Apa motif akak nak bagi saya makan benda ni? Patutlah bukan main lagi beria akak nak suruh saya makan ni kan? Rupanya memang akak nak tengok saya mati!". Jerkah Riana.
Memang tengah hari tadi, Riana ada meminta izin daripada Daim untuk keluar sebentar ke farmasi. Tujuannya untuk memeriksa jenis vitamin yang diberikan oleh Dayyini itu. Ternyata itu bukan vitamin melainkan ubat mengugurkan kandungan yang kemungkinan membahayakan nyawa ibu sekali.
Daim terus berdiri ketika mendengar pernyataan Riana itu. Dia memandang wajah Riana dan Dayyini silih berganti. "Betul ke apa yang Riana cakap tu kak?". Soal Daim meminta kepastian.
"Tak, Daim. Daim percayakan akak kan? Mana mungkin akak nak buat adik ipar akak sampai macam tu? Akak yakin ni semua mesti agent vitamin tu yang sengaja sabotaj akak". Dayyini masih lagi cuba mempertahankan dirinya.
"Eh cukuplah kak. Tak payah nak salahkan orang lain kalau itu memang niat buruk akak. Baik sekarang akak jujur, akak siapa sebenarnya? Akak bukan kakak kandung Daim kan?". Soal Riana lagi.
"Ya Allah kenapa Riana tanya macam tu? Ya faham Riana marah pasal vitamin tu kan tapi tak perlulah Riana persoalkan hal yang dah terang lagikan bersuluh tu". Ujar Dayyini.
"Riana, kenapa awak persoalkan lagi hal ni? Kita kan dah bincang hari tu? Kalau awak marah pasal vitamin tu, ya saya faham. Tapi betullah macam kak Dayyini cakap, mungkin dia pun dah kena sabotaj. Kenapa awak tiba-tiba awak persoalkan hal tu pula?". Soal Daim yang tidak bersetuju dengan soalan Riana itu.
"Kenapa awak bela sangat dia ni ha? Saya yakin, dia dah tipu kita selama ni. Dia cuba nak bunuh anak kita, Daim. Kenapa awak masih nak bela dia?". Soal Riana yang masih tidak percaya bahawa Daim lebih membela Dayyini berbanding dirinya.
"Daim percaya akak kan? Tak mungkinlah akak sakitkan adik ipar akak sendiri. Akak yakin akak dah kena tipu ni, Daim. Percayalah cakap akak ni". Rayu Dayyini lagi.
"Awak dengar kan Riana? Saya tak back up sesiapa tapi awak tak bolehlah naik angin macam ni secara tiba-tiba. Awak tu pun tengah mengandung, mana elok marah-marah macam ni". Ujar Daim panjang lebar.
"Saya takkan naik angin macam ni kalau perempuan ni tak bagi ubat yang bukan-bukan ke sayalah! Eee dahlah. Tak ada guna saya cakap dengan awak ni". Bidas Riana lantas terus meninggalkan mereka berdua dengan hati yang membara. Kecewa dia tatkala melihat Daim lebih memilih untuk mempertahankan Dayyini berbanding dirinya.
Daim masih agak tergamam dengan apa yang baru terjadi tadi. "Daim percaya kan akak tak buat semua tu? Akak pun tak sabar nak jumpa anak buah akak, tak mungkinlah akak nak bunuh dia". Ujar Dayyini dengan nada manjanya. Dia lantas memaut lengan Daim dan menyandarkan kepalanya di bahu Daim.
Anehnya Daim hanya diam dan membiarkan sahaja Dayyini memeluk lengannya begitu. "Daim tahu akak tak mungkin buat macam tu. Ni semua salah faham je kan?". Jawab Daim.
Dayyini sempat tersenyum sinis tanpa pengetahuan Daim. Kalaulah Daim tahu memang Dayyini sengaja memberikan ubat tersebut kepada Riana supaya nyawa mereka berdua tidak dapat diselamatkan. Barulah Dayyini akan berasa lega dan puas hati.
"Ya Daim. Akak ni masih tak gila lagilah nak buat benda macam tu. Sampai hati Riana tu tak percaya akak kan". Dayyini sengaja meminta simpati Daim. "Tak apa kak. Nanti Daim explain ke Riana. Inshaallah dia akan faham". Jawab Daim lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daim masuk ke bilik mereka dan melihat Riana sedang berdiri sambil menghadap ke luar tingkap bilik mereka. Daim berdehem sedikit untuk menyedarkan Riana tentang kehadirannya.
"Awak ni kenapa sebenarnya Riana? Kenapa awak terus tuduh kak Dayyini tanpa dengar penjelasan dia?". Soal Daim lembut. Dia cuba ingin menyelami hati dan perasaan Riana.
"Saya yang sepatutnya tanya awak. Awak ni dah kenapa sebenarnya? Kenapa awak terlalu percaya dia berbanding saya? Saya ni isteri awak, Daim. Jelas-jelas saya bukti tapi awak lebih percayakan dia". Bidas Riana sambil berpeluk tubuh.
"Ya saya faham dengan kerisauan awak tu. Tapi tak perlulah awak marah-marah kak Dayyini sampai macam tu sekali. Dia kakak saya, awak tau tak?". Balas Daim yang masih mengharapkan agar Riana mengalah.
"Nasib baik saya tak makan ubat tu tadi. Kalau saya makan, mungkin awak dah takkan jumpa saya dan baby ni sampai bila-bila". Jawab Riana dengan nada kesal. Hatinya mulai sebak kerana Daim masih lagi cuba menyalahkan dirinya.
"Apa awak cakap ni Riana? Awak terlalu overthinking ni. Dahlah tu, jangan macam ni. Riana yang saya kenal bukan sejenis yang mudah melenting kan?". Pujuk Daim.
Dia lantas mendekati isterinya dan menggosok belakang isterinya itu. Riana masih lagi memeluk tubuh. Apa Daim ingat dia akan terpujuk ke sekadar dengan sentuhannya itu? Riana perlu mencari bukti yang lebih kukuh bahawa Dayyini itu bukanlah kakak kandung Daim dan sekadar ingin memusnahkan rumah tangga mereka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Adya membuka matanya perlahan lahan. Matanya agak silau dek cahaya lampu yang terpasang betul-betul di atas matanya. Sebaik membuka mata, dia melihat sekelilingnya. Kelihatannya seperti dia berada di hospital.
Di tepi katilnya dia melihat Zariff sedang meletakkan kepalanya. Nampak begitu lena sekali tidurnya. Pasti Zariff kepenatan.
"Abang..". Adya bersuara lemah memanggil Zariff. Zariff yang sekadar tidur-tidur ayam itu segera mengangkat kepalanya ketika mendengar suara Adya.
"Adya, sayang. Awak dah bangun ke? Awak nak apa-apa ke?". Soal Zariff dengan senyuman di bibirnya. "Tak.. Saya tak nak apa-apa". Jawab Adya lemah.
"Abang, Adya rindu sangat dengan abang. Rasanya Adya lama tak jumpa abang". Ucap Adya. Zariff agak tersentak mendengarkan itu? Adakah Adya sudah mulai ingat semula?
"Adya, awak dah ingat dah ke?". Soal Zariff terharu. "Dah. Adya dah ingat abang ni suami Adya. Kita happy sangat dan kita dah nak ada baby kan? Kejap, mana Aisyah bang? Kenapa saya tak nampak dia?". Soal Adya.
Zariff melepaskan satu keluhan kecil. Ternyata Adya masih tidak ingat jika anak mereka itu tidak dapat diselamatkan.
"Sayang, Aisyah dah tak ada. Aisyah ada kat syurga sekarang ni, tengah tunggu kita". Jawab Zariff sebak. "Apa maksud abang? Aisyah tak ada? Jadi selama saya hilang ingatan, Aisyah dah tak ada?". Soal Adya.
"Maafkan abang sayang sebab tak pernah bagi tahu sayang pasal ni. Abang tak tergamak tambah pula awak tak sihat masa tu. Abang taknak tambah tekanan awak". Jawab Zariff jujur.
Adya mulai menitikkan air matanya ketika mengenangkan tentang Aisyah. "Semua salah Adya bang. Kalaulah Adya tak drive sendiri masa tu, semua ni takkan jadi. Kita takkan hilang anak kita". Luah Adya bersama sisa tangisannya.
"Shh dah, jangan salahkan diri awak. Ini semua dah ketentuan takdir untuk kita. Percayalah pasti ada yang lebih indah selepas ini". Pujuk Zariff. Dia mengenggam tangan Adya dengan harapan isterinya itu tidak lemah semangat.
Adya sudah tidak mampu berkata apa-apa sebaliknya terus menerus menangis. Terus terlayar kembali bagaimana bahagianya dia apabila mengetahui bakal bergelar seorang ibu. Sudah bermacam-macam perkara yang dirancang apabila anak mereka lahir kelak.
Namun kuasa Allah melebihi segalanya. Mereka hanya perlu pasrah dan redha dengan takdir ini. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Share this novel