Bab empatpuluhtiga

Drama Completed 7961

Riana berjalan perlahan menuju ke pesisir pantai. Dia lantas duduk di sebuah batang kayu terbiar dan membuang pandangan ke arah pantai yang terhampar luas itu.

Riana mulai teringatkan akan Daim ketika dia tiba di pantai ini. Sudah seminggu sejak kehilangan Daim. Tipulah jika Riana tidak risau dan terfikirkan mengenai Daim.

Riana memandang sepi ke arah cincin nikahnya yang tersarung di jari manisnya. Mengapa begini ujian yang menimpa perkahwinannya. Riana hanya menginginkan rumah tangga yang bahagia namun kini, Daim pula hilang entah ke mana.

Tan Sri Yusran ada mencadangkan Riana untuk membuat laporan polis kerana sudah terlampau penat mencari Daim entah ke mana. Namun Riana berfikir itu bukan suatu tindakan terbaik. Baginya, Daim sendiri yang keluar dari rumah, bukannya hilang diculik atau apa.

Riana faham akan perasaan Daim yang begitu terluka kerana kisah yang diselindungi oleh papa dan mamanya. Riana faham, sudah pasti Daim memerlukan sedikit masa untuk menenangkan diri namun ini sudah terlalu lama.

Riana teringat, di pantai inilah kali pertama Daim mengajaknya menikah walaupun tiada perasaan sayang antara mereka. Walaupun ketika itu Riana agak ragu-ragu untuk menerimanya namun dia akurkan juga demi membahagiakan hati seorang ibu yakni Puan Sri Ainnur.

Kini, di pantai ini juga, Riana datang bersendirian untuk mengenang kisah itu. Tanpa disedari, air matanya mulai bergenang mengenangkan Daim.

"Daim, awak dekat mana sebenarnya? Kenapa lama sangat awak tinggalkan saya, mama dan papa?". Soal Riana sendirian. Dia mulai bermonolog sendiri.

"Setiap hari saya fikirkan awak. Saya risau pasal awak. Ke mana awak menghilang, Daim?". Soalnya lagi. Tiada sebarang jawapan. Yang ada hanya bunyi deruan ombak silih berganti dengan bunyi burung laut.

"Sampai bila awak nak hilang, Daim? Kami semua tunggu awak. Saya. Saya rindu awak, Daim...". Rintih Riana lagi sambil air matanya mulai menitis.

"Saya dekat sini, Riana". Riana tersentak tatkala mendengar suara Daim dari arah belakangnya. Dia sedang bermimpikah? Riana lantas laju memandang ke arah belakang dan terlihat Daim berdiri di belakangnya.

"D--Daim? Awak dekat sini?". Tergagap-gagap jadinya Riana tatkala menyedari kehadiran Daim. "Ya saya dekat sini, Riana". Jawab Daim tenang. Dia lantas melangkahkan kakinya untuk duduk di sebelah Riana.

"Saya tak bermimpi kan? Awak...memang betul dekat sini kan? Depan saya?". Soal Riana bertubi-tubi kerana masih tidak mempercayai dengan apa yang dilihat.

"Awak tak mimpi pun Riana Suffiyah. Saya dekat depan mata awak sekarang ni". Jawab Daim lagi sambil tersenyum nipis melihat Riana yang kebingungan itu.

Riana tidak menjawab apa-apa sebaliknya menangis kerana terharu akhirnya Daim muncul jua di depannya.

"Awak ke mana selama ni? Awak tahu saya cari awak merata. Sebulan awak hilang tanpa khabar". Luah Riana hiba. "Maafkan saya sebab lama menghilang. Saya perlukan masa untuk hadam semua ni". Jawab Daim.

"Bukan mudah untuk saya terima semudah itu je kenyataan ni. Susah Riana, susah sangat". Sambung Daim lagi. "Saya faham sangat apa awak rasa. Tapi lama sangat awak tinggalkan saya. Awak tahu, rindu tu berat". Jawab Riana bersama sisa tangisnya.

"Awak rindu saya ke?". Soal Daim sengaja mahu menguji Riana. "Rindulah juga". Jawab Riana ringkas kerana segan disoal begitu oleh Daim. "Saya pun rindu awak, Riana. Sepanjang sebulan saya hilangkan diri ni, hampir setiap hari saya teringatkan awak, papa dan mama". Jawab Daim.

"Awak pergi mana je sebenarnya selama ni?". Soal Riana. "Saya ada je dekat sini. Cuma saya pilih untuk hilangkan diri dari semua orang sebab saya perlukan masa untuk bertenang". Jawab Daim.

"Sepanjang sebulan ni, saya mulai sedar yang selama ni saya dah terlalu bangga dengan kehidupan saya sedangkan saya sendiri tak layak pun untuk semua ni". Sambung Daim lagi.

Ternyata Daim menyewa di sebuah resort berdekatan pantai itu dan hampir setiap hari ke pantai untuk menenangkan fikirannya.

"Dulu, saya selalu rendahkan orang, bangga dengan harta yang saya miliki. Termasuklah dengan awak pun. Saya selalu hina awak dan orang lain sedangkan saya juga hanya menumpang". Luah Daim lagi.

"Allah, terlalu banyak dosa saya ni. Saya dah terlalu hanyut dengan nikmat dunia ni sedangkan apa yang saya ada bukan milik saya dan sebenarnya saya tak layak miliknya pun". Luah Daim lagi bernada sebak.

Dia mendongak sedikit menatap langit yang redup itu. Betapa selama ini dia terlalu bangga dan sombong dengan harta keluarganya sedangkan hakikatnya dia bukanlah pemilik sebenar harta itu, melainkan dia hanya menumpang sahaja.

"Dahlah tu, awak. Syukur kalau sekarang awak dah sedar dengan kesilapan awak. Semua orang pun buat silap kan? Jadi lumrah kita sebagai manusia untuk berbuat kesilapan. Sekarang ni, saya nak awak jadi lebih kuat dan semangat teruskan hidup. Macam mana pun papa dan mama tu tetap sayang awak dan tak pernah anggap awak sebagai orang luar". Nasihat Riana panjang lebar

"Saya minta maaf lagi sekali sebab lama menghilang dari semua orang. Sekarang saya janji saya takkan menghilang lagi. Saya pun akan sentiasa dengan awak, Riana. Awak janji dengan saya kitanakan harungi rumah tangga kita bersama?". Soal Daim sambil meraih tangan Riana dan digenggam.

"Ya, saya janji. Saya akan sentiasa temani awak tak kisah di saat susah atau senang". Jawab Riana sambil tersenyum nipis. Matanya lama memandang mata Daim untuk menyalurkan kekuatan kepada Daim.

"Saya ingat, lepas ni saya nak cari rumah kebajikan, tempat di mana papa dan mama ambil saya. Saya nak cari siapa ahli keluarga saya yang sebenarnya. Kenapa dia orang tak nak jaga. Awak boleh temankan saya kan?". Soal Daim.

"Ya awak, saya akan temankan awak. Awak cakap je bila". Jawab Riana penuh yakin. Daim sendiri sebenarnya kesal mengapa tiada satu pun ahli keluarganya yang mahu menjaganya selepas ibu bapa kandungnya meninggal. Tidak mungkinlah ibu bapanya itu tiada langsung ahli keluarga atau adik beradik.

"Sekarang, jom kita balik ye awak? Kesian mama dengan papa, rindu awak". Ajak Riana lembut. "Saya sebenarnya masih terkilan dengan papa dan mama, kenapa dia orang sanggup rahsiakan hal ni daripada saya. 30 tahun dia orang simpan rahsia ni, tak pernah pun cuba nak ceritakan pada saya". Luah Daim kembali.

"Awak, mesti ada sebab kenapa papa dan mama rahsiakan hal ni. Tapi saya rasa sebab dia orang rahsiakan hal ni sebab tak nak awak rasa tersisih atau awak sedih. Dia orang sayang awak, dia orang tak pernah pun anggap awak sebagai orang luar". Jelas Riana.

"Awak tak tahu betapa dia orang terseksa tahan rindu dan sedih sepanjang awak menghilang ni. Sekarang jom kita balik ye? Kita mulakan buku baru". Sambung Riana lagi.

Daim lambat-lambat menganggukkan kepalanya. Dia lantas bersetuju jua untuk pulang ke rumah menemui papa dan mamanya.

Riana lega kerana akhirnya Daim bersetuju jua untuk pulang ke rumahnya. Dia faham akan perasaan Daim itu, namun dalam masa yang sama, Daim juga perlu memikirkan perasaan papa dan mamanya yang telah menjaganya sedari kecil.

Riana berharap keluarga mereka akan berbaik dan bahagia semula seperti sediakala. Semoga kepulangan Daim dapat mengubati jiwa yang bersedih.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Begitulah ceritanya". Ujar Riana menutup ceritanya sambil dia menghirup caramel macchiatonya. Adya yang duduk di hadapannya hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis.

Seusai habis waktu kerja, merrka berdua singgah di kafe berdekatan pejabat mereka dan menikmati minum petang terlebih dahulu. Ini kerana suami-suami mereka akan pulang lebih lambat disebabkan meeting.

Jadi Riana dan Adya memutuskan untuk minum petang sebentar, kemudian barulah pulang ke rumah masing-masing.

"Alhamdulillah, aku lega sangat bila tahu kau dan Daim dah berbaik dan Daim pun dah balik semula". Jawab Adya sambil menarik nafas lega.

"Aku sendiri pun bersyukur sangat Daim dah nampak banyak sangat perubahan sekarang ni. Dia dah mula sedar dengan kesilapan-kesilapan dia yang lepas. Aku harap sangat rumah tangga aku dengan Daim, berkekalan. Kau doakan ya?". Jawab Riana panjang lebar.

"Aamiin. Aku sentiasa doakan untuk sahabat aku ni". Jawab Adya tulus. "Tapi satu benda je aku nak cakap dekat kau". Ujar Riana.

"Apa?". Soal Adya menanti perkara yang hendak disampaikan oleh Riana. "Kau cantik sangat macam ni, Adya. Aku bersyukur sangat akhirnya kau terbuka hati untuk berhijrah". Puji Riana.

Hari ini, Adya baru sahaja mula bertudung ke tempat kerjanya. Sebenarnya niat ini sudah lama terbuku di hati, namun dia bimbang jika hatinya tidak mampu istiqomah untuk menjalaninya.

Kini Adya sudah lebih yakin, tambahan pula tidak lama dia bakal bergelar seorang ibu. Dia perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anaknya nanti.

"Thanks Riana. Alhamdulillah. Dari dulu dah sebenarnya aku niat nak pakai tudung cuma aku risau aku tak boleh nak istiqomah. Aku tak naklah jadikan bertudung ni sebagai trend sahaja". Jawab Adya panjang lebar.

"Betul tu. Tak apa, aku akan sentiasa doakan kau istiqomah untuk bertudung dan untuk berbuat perkara baik yang lainnya". Doa Riana dan diaminkan oleh Adya.

"Eh sekarang jomlah kita balik. Risau pulak husband kita yang sampai rumah dulu". Ajak Adya sambil tertawa halus. Dia sudah mulai mengemas beg tangannya dan menghabiskan sisa chocolate frappenya.

"Ni aku hantar kau balik eh?". Soal Riana yang menghulurkan bantuan untuk membantu menghantar Adya. "Eh tak apa. Aku kan tadi datang kerja drive sendiri. Kalau kau hantar aku, takkan kereta aku nak biar dekat situ kan?". Jawab Adya.

"Kau drive sendiri? Jaranglah Adya nak drive sendiri". Jawab Riana pelik kerana kebiasaannya Zariff yang akan menghantar dan menjemputnya dari tempat kerja.

"Ya memanglah aku jarang drive tapi apa guna license aku kalau tak guna untuk drive kan? Rugi jelah kan? Aku kenalah indepedent juga sekali sekala". Jawab Adya panjang lebar.

"Indepedent pun fikir juga awak tu tengah bawa dua nyawa. Jangan nak berdikari sangat". Jawab Riana cuba mengingatkan yang Adya perlu lebih berhati-hati.

"Okeylah fine. Aku janji, aku hati-hati. Ala lagipun bukan jauh sangat pun. Dahlah jom". Ajak Adya lagi sekali. Mereka berdua lantas keluar dari kafe tersebut dan mula masuk ke kereta masing-masing.

Riana memerhati saja kereta Adya bergerak keluar dari parkir. Entah mengapa perasaannya mulai tidak sedap memikirkan Adya. Riana cepat-cepat menghilangkan fikiran buruknya. Dia hanya berdoa Adya pulang ke rumah dengan selamat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daim dan Riana menikmati makan malam bersama papa dan mamanya di rumah agam tersebut. Mereka masing-masing terlihat gembira kerana dapat berkumpul begini semula.

"Daim, Riana. Kamu berdua nak tahu tak, mama rasa lega sangat dapat tengok family kita bersatu macam ni semula". Suara Puan Sri Ainnur memecah kesunyian di meja makan.

Daim dan Riana tersenyum mendengar kata-kata Puan Sri Ainnur itu. "Maafkan Daim ya ma, pa dah buat papa dan mama susah hati. Inshaallah lepas ni Daim tak akan ulang semula". Jawab Daim.

Tak apa Daim. Papa dan mama faham sangat dengan perasaan Daim tu. Salah kami juga terlalu merahsiakan hal ni. Sepatutnya dari awal lagi kami beritahu kamu tentang hal ni". Celah Tan Sri Yusran pula.

"Betul tu Daim. Tapi satu je mama nak pesan pada Daim. Jaga Riana baik-baik ya? Dan Daim kena sentiasa ingat yang papa dan mama sayang sangat pada Daim, takkan ada galang gantinya". Sambung Puan Sri Ainnur pula.

"Baik ma. Daim akan ingat pesan mama tu. Daim pun sayang papa dan mama". Jawab Daim lagi. Baru sahaja dia hendak menyuap makanannya ke mulut, telefonnya berdering menandakan panggilan masuk.

Nama Zariff tertera di skrin telefonnya. 'Haih Zariff ni. Takkan tak cukup lagi briefing time meeting tadi?', getus Daim sambil dia mengangkat panggilan Zariff tersebut.

"Ha Zariff? Ada apa call malam-malam ni? Ada apa yang kau tak faham ke?". Soal Daim. "Daim....". Itu sahaja yang disebit pleh Zariff dengan nada sebaknya.

"Ha...kau kenapa?". Soal Daim lagi. "Adya, Daim... Adya accident". Daim lantas membuntangkan matanya mendengar perkhabaran daripada Zariff itu.

Riana yang mulai terperasan akan riak wakah Daim yang berubah segera bertanya. "Kenapa tu awak?". Soal Riana bingung melihat riak wajah terkejut Daim.

"Adya accident masa dia balik kerja tadi.. Sekarang aku dekat hospital ni...". Sambung Zariff diringi tangisannya. "O...Ok aku dengan Riana pergi sekarang". Putus Daim lantas mematikan panggilan tersebut.

"Kenapa ni awak?". Soal Riana lagi. "Adya accident. Sekarang dia dekat hospital, kita kena pergi sana sekarang". Maklum Daim.

Riana menekup mulutnya mendengarkan itu. Adya kemalangan? Itu tidak mungkin. Baru saja petang tadi dia masih berbual dengan Adya. Adakah firasatnya benar?

"Ya Allah. Dah cepat Daim dengan Riana pergi sana. Ya Allah kesiannya Zariff dan Adya". Celah Puan Sri Ainnur pula. Lntas mereka berdua segera bersiap ala kadarnya dan bergegas menuju ke hospital.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience