Riana menggosok matanya tatkala terasa seperti pancaran matahari tajam menusuk ke dalam matanya. Riana melihat jam yang tergantung di dinding. Apa?! Sudah jam 10 pagi?
Riana terus membuntangkan matanya dan dengan kadar segera dia bingkas bangun dari katilnya. Macam mana dia boleh terlewat bangun? Dayyini pula bagaimana? Dia sudah keluar atau belum? Daim pula tiada di sebelahnya, ke mana pula Daim?
Riana segera keluar dari bilik dan mulai memanggil nama Daim. Namun senyap. Tiada langsung sahutan daripada Daim. Masakan Daim telah pergi kerja sedangkan Daim sendiri ingin cuti agak panjang untuk memulihkan dirinya.
Riana menjenguk ke arah bawah sebelum dia menuruni tangga. Memang sunyi, tiada orang langsung. Lantas Riana menuruni tangga perlahan-lahan. Namun ketika sampai di tangga paling bawah, Riana tidak menyedari ada tumpahan minyak masak di lantai dan dia memijaknya.
"Aduhh. Ya Allah sakitnya". Raung Riana tatkala dia sudah jatuh terduduk ke lantai. Perutnya dipegang dengan kuat kerana rasa sakit yang teramat. Peluh mula merenik di dahinya.
"Allah..sakit...". Rintih Riana lantas dia cuba mencapai telefon bimbitnya yang tercampak tidak jauh daripadanya. Dengan susah payahnya Riana mengengsot sedikit untuk mengambil telefon bimbitnya yang turut berada di lantai
Lantas nombor Daim didail sambil dia mendesis kesakitkan. "Awak...tolong saya. Perut saya sakit sangat". Rintih Riana tatkala panggilan sudah diangkat. Daim yang sedang berada di pejabat sudah mengerutkan keningnya.
"Awak kenapa?". Soal Daim lemah. Sebenarnya dia sendiri berasa lemah dan kurang sihat, namun pagi tadi Dayyini menelefonnya dan memaksanya untuk masuk kerja.
"Saya jatuh dari tangga. Tolong saya cepat. Saya tak nak apa-apa jadi anak saya". Jawab Riana lagi. Daim tersentak mendengarkan itu namun dalam masa yang sama kepalanya semakin teruk berdenyut dan dadanya terasa sesak.
Rasa sakit kepalanya semakin kuat membuatkan Daim tidak mampu untuk membalas kata-kata Riana itu. Telefonnya diletakkan di atas meja dan kedua tangannya memegang kepalanya yang terasa sakit seperti hendak pecah itu.
Zariff yang kebetulan biliknya berada berdekatan dengan Daim itu, melihat Daim seperti sedang kesakitan. Lantas dia masuk ke bilik Daim, sekiranya ada apa-apa pertolongan boleh dihulurkan.
"Daim, kau okey tak ni?". Tanya Zariff cemas. "Zariff, tolong ni". Ujar Daim sambil menyuakan telefon bimbitnya kepada Zariff. Zariff lantas mengambil telefon itu dan meletakkannya pada telinga.
"Riana, awak okey tak?". Soal Zariff yang tidak tahu situasi sebenar Riana. "Tolong saya. Saya baru jatuh tangga ni. Perut saya sakit sangat". Rintih Riana lagi.
Zariff lantas mematikan panggilan telefon dan bergegas untuk keluar menyelamatkan Riana. Sebelum itu dia sempat memapah Daim juga untuk dibawa ke hospital kerana melihat keadaan Daim yang agak teruk itu.
Dayyini yang terperasan akan hal itu segera bangun dari mejanya dan cuba untuk menghalang Zariff daripada membawa Daim pergi.
"Err Encik Zariff.. Encik nak bawa Daim pergi mana?". Soal Dayyini lembut. Zariff yang terperasan akan kehadiran Dayyini terus menghadiahkan satu jelingan buatnya. Bukannya dia tak tahu perangai sebenar Dayyini itu. Adya pun banyak bercerita kepadanya tentang perangai Dayyini.
"Awak tak nampak ke dia sakit ni? Saya nak bawa dia pergi hospital lah! Lagi pun Riana dekat rumah tu, perlukan pertolongan". Jawab Zariff tegas. "Daim ni okey je encik, tak payah bawa pergi hospital pun. Tak apa, saya tolong tengokkan je Daim ni. Encik kata Riana jatuh kan? Encik tolong jelah dia dulu, takut pula kalau baby dia tu mati pula". Jawab Dayyini selamba.
"Awak cakap apa ni, Dayyini? Jaga mulut awak tu sikit. Sekarang saya mohon, awak jangan cuba halang saya kalau tidak, awak tahulah apa saya boleh buat". Ugut Zariff. Dayyini akhirnya terpaksa ke tepi untuk memberi laluan kepada Zariff membawa Daim. Tahu takut juga dia kepada Zariff.
Zariff terus memecut keretanya menuju ke rumah Daim. Daim pula didudukkan di sebelahnya. Daim sedari tadi merayu agar Zariff segera tiba ke rumahnya untuk menyelamatkan Riana namun dalam masa yang sama dia juga semakin lemah menahan rasa sakit kepala dan dadanya.
Akhirnya Zariff tiba di kediaman Daim. Dia segera masuk ke dalam dan melihat Riana sudah terbaring lemah dengan darah yang sudah mengalir.
Daim juga menggagahkan diri untuk mengikuti langkah Zariff dan berlari anak mendapatkan Riana. "Ya Allah Riana! Apa dah jadi dengan awak ni?". Soal Daim cemas. Rasa sakit semua dilupakan buat seketika kerana terlalu cemas melihat keadaan isterinya itu.
"Daim kita kena cepat selamatkan Riana. Dah jom". Ujar Zariff. Daim lantas mencempung tubuh Riana dan meletakkannya ke kereta Zariff. Dia juga turut duduk di sebelah isterinya di bahagian belakang kereta.
"Awak sabar sikit eh. Kejap lagi kita sampai di hospital". Pujuk Daim sambil memeluk bahu Riana yang sedang kesakitan itu. Sambil Daim juga menahan rasa sakitnya, dalam hatinya berdoa semoga Riana dan anak mereka akan selamat saja.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Khaleel membuka pintu rumahnya sambil mendukung anak lelakinya yang sedang nyenyak tertidur itu. Sudah seminggu sejak pemergian Mellina, baru hari ini dia memberanikan dan menguatkan hati untuk pulang ke rumah mereka.
Masuk saja rumah, hatinya sudah terasa sebu. Khaleel meletakkan anaknya di katil bayi yang telah dibeli sewaktu Mellina masih hamil dulu. Matanya terus berkaca saat melihat anaknya tidur pulas.
Dia memandang ke arah persekitaran rumahnya. Setiap sudut mengingatkannya kepada arwah isterinya itu. Banyak kenangan antara mereka berdua yang takkan mungkin dilupakan oleh Khaleel.
Khaleel terus meletakkan punggungnya di tepi katilnya dan mengambil sebuah gambar yang dibingkai di tepi katilnya itu. Dia mengusap lembut gambarnya dan Mellina sewaktu majlis akad nikah mereka.
"Kenapa cepat sangat awak tinggalkan saya, Mellina? Anak kita tak sempat jumpa awak lagi tapi awak dah pergi dulu. Saya masih tak sanggup untuk hilang awak". Rintih Khaleel sendirian.
Terus gambar tersebut dilekapkan di dadanya dan air matanya terus mengalir. Bagaimana dia hendak meneruskan kehidupannya tanpa Mellina di sisi. Tambah pula dia perlu membesarkan anaknya bersendirian. Bagaimana dia perlu menguruskannya sendirian?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Air..air". Rintih Riana sebaik saja dia sedar. Adya yang berada di sebelahnya segera menghulurkan segelas air kepada Riana. Riana mengangkat kepalanya sedikit untuk minum.
"Mana anak aku?". Soal Riana perlahan tatkala dia tidak melihat anaknya. "Anak kau ada dekat nursery. Alhamdulillah kau dan anak kau selamat. Nanti kejap lagi nurse akan bawa baby kau ke sini". Jawab Adya.
Riana selamat melahirkan seorang anak perempuan secara pembedahan. Itu pun dia perlu menjalani pembedahan kecemasan disebabkan keadaannya yang semakin merudum itu. Jika terlambat, nyawanya dan anaknya mungkin tidak dapat diselamatkan. Tambahan pula masih belum tiba masanya untuk dia bersalin.
"Daim pula?". Soal Riana lagi. "Daim ada dekat wad lain sekarang ni. Tadi sampai saja dekat hospital, dia terus pitam". Maklum Adya. Sebaik sahaja mereka tiba di hospital, Daim terus saja tidak sedarkan diri sehingga perlu dikejarkan ke bahagian kecemasan.
"Ya Allah, apa dah jadi ni? Dia tak sihat sangat tapi kenapa dia pergi kerja juga?". Soal Riana bertalu-talu. "Tadi Zariff cerita ke aku, katanya masa dia dan Daim nak pergi ambil kau, Dayyini macam cuba nak halang dia orang". Ujar Adya.
"Aku rasa semua ni memang kerja dia. Aku langsung tak sedar pun masa Daim keluar rumah pagi tadi. Lepas tu, aku tak tahu macam mana tiba-tiba ada minyak dekat tangga tu". Luah Riana.
"Aku bukan nak burukkan sesiapa tapi aku rasa Dayyini memang sengaja nak buat macam ni. Kau rasa macam mana?". Soal Adya meminta pendapat.
"Adya, aku sebenarnya ada pasang CCTV dekat ruang tamu tu. Sengaja aku pasang since Dayyini masuk rumah tu. Mungkin kau boleh tolong tengokkan rakaman dalam tu, atleast boleh jadi bukti kalau kita nak buat report polis. Aku tak tahan dah macam ni lagi. Dia sampai tahap ke nak bahayakan nyawa aku dan anak aku. Aku kena report polis juga". Jelas Riana panjang lebat.
"Okey, nanti aku tengokkan. Tapi buat masa sekarang kau rehat dulu ya. Jangan terlalu stress. Aku dan Zariff akan tolong kau dan Daim". Ujar Adya dan dibalas anggukan oleh Riana.
Tidak lama kemudian, datang seorang jururawat wanita bersama bayinya di baby cot. "Puan, dah sampai untuk baby menyusu ya". Ujar jururawat tersebut. Riana lantas menyambut anaknya daripada jururawat tersebut.
"Assalamualaikum anak mama". Ucap Riana. Dia mengelus pipi anaknya yang sedang tidur itu. Hatinya sebak tatkala melihat anak perempuannya itu. Tambah sebak lagi mengenangkan Daim tiada di sisinya saat ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daim berjalan perlahan menuju ke wad di mana Riana dirawat. Lantas dia menghampiri Riana yang sedang mendukung anaknya di atas katil.
"Riana...". Sapa Daim. Matanya berkaca tatkala melihat wajah anak perempuannya buat pertama kalinya. "Anak kita". Jawab Riana. Daim pula cuba mendukung anaknya itu dan mengiqamahkan anaknya itu dengan rasa sayu.
"Riana, saya nak minta maaf sebab sejak kebelakangan ni saya selalu abaikan awak, saya jarang spend time dengan awak. Saya pun tak tahu apa kena dengan saya". Ujar Daim.
"Tak apa, saya tak salahkan awak pun. Saya faham, awak pun mangsa keadaan juga. Sekarang awak macam mana? Masih sakit lagi?". Soal Riana.
"Saya dah okey sikit. Tadi doktor ada datang tengok saya dan bagitahu result darah saya. Doktor kata result saya tu tak tunjuk apa-apa yang pelik pun. Semuanya okey je. Doktor sendiri pun tak faham macam mana saya boleh sakit kepala dan dada yang teruk". Ulas Daim.
"Daim, awak percaya tak kalau semua ni berpunca dari Dayyini? Sebelum dia datang, kita baik-baik je kan? Tapi lepas Dayyini datang, kita selalu bergaduh, awak pun dah tak pernah percaya saya. Semua ni angkara dia". Jawab Riana sebak.
"Sekarang saya dah mula sedar semuanya. Saya tak tahu kenapa saya boleh jadi macam ni. Saya macam terlalu percaya dia sangat. Saya selalu cuba nafikan apa saja tanda-tanda dia tu menipu. Saya still tak faham kenapa dia buat kita macam ni? Apa motif dia". Luah Daim.
"Tak apa. Saya dah dapat bukti yang cukup untuk buat laporan polis. Inshaallah kita akan tahu juga sebab dia buat semua ni". Balas Riana sambil tersenyum.
"Kita nak bagi nama apa dekat anak kita ni?". Soal Riana sambil memandang wajah anaknya itu. "Nur Dariya Alisha?". Soal Daim pula.
Riana sekadar mengangguk sahaja. Memang itu adalah nama yang mereka pilih sejak Riana hamil 5 bulan lagi.
Riana berharap agar rumahtangganya dengan Daim akan berkekalan selamanya. Soal Dayyini dia akan memastikan dia mendapatkan balasan yang setimpal dengan perbuatannya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dayyini berlari sejauh yang mungkin daripada kediaman Daim dan Riana. Dia buntu, tidak tahu ke mana arah tujuannya sekarang kerana dia sedang diburu pleh pihak polis.
Dayyini tidak habis-habis menyumpah seranah Riana kerana telah bertindak melaporkannya kepada pihak polis. Sekarang dia pula yang terpaksa lari membawa diri.
Dayyini akhirnya memberhentikan dirinya di kawasan belakang kedai. Dia bersandar sebentar untuk menghilangkan rasa penatnya.
Dalam kepalanya dia mila memikirkan cara bagaimana untuk melenyapkan Daim dan Riana. Bibirnya menguntum senyum sinis. Jika dengan cara membunuh boleh menghapiskan mereka berdua dengan cepat, maka Dayyini sanggup melakukannya. Cuma sekarang, dia tidak tahu bagaimana cara untuk mendekati mereka lagi.
Share this novel