Bab tigapuluhtujuh

Drama Completed 7961

Daim melangkahkan kakinya masuk ke dalam pejabatnya. Masuk saja pejabat, dia dapat merasakan banyak mata memandang serong terhadapnya serta mereka juga saling berbisik antara satu sama lain.

Daim cuba mengabaikan suara-suara sumbang itu dan terus berlalu masuk ke biliknya. Dia tahu, berita mengenai ceritanya itu sudah menyebar ke setiap media sosial. Daim meraup wajahnya ketika dia sudah duduk di meja kerjanya.

Dia menyesali kerana telah menolong wanita itu, malam itu. Dia tidak seharusnya terlalu baik hati menolong wanita itu. Sekarang, dia pula yang perlu menghadap kesannya.

Zariff yang menyedari kehadiran Daim segera masuk ke bilik Daim. "Bro, apa cerita ni? Kau tahu, banyak cerita panas pasal kau dah tersebar kat semua social media. Even client kita pun ramai yang tarik diri dari join our tender". Ujar Zariff.

"Aku tak tahulah, Zariff. Ada orang cuba aniaya aku. Aku serabutlah sekarang ni". Jawab Daim lemah. Memang kelihatan dari riak wajahnya dia kelihatan lemah dan tidak berdaya. Ramai yang mengecamnya di media sosial.

"Sekarang ni apa kau nak buat? Kau ada tau siapa-siapa yang buat macam ni dekat kau?". Soal Zariff. "Otak aku ni macam dah tak boleh nak berfungsi, kau tahu tak? Aku langsung tak boleh fikir apa sekarang ni". Luah Daim lagi.

"Tak apa, aku akan tolong kau cari siapa yang buat macam ni. Aku akan pastikan dia sendiri akan mengaku depan kau, bro". Jamin Zariff. Dia akan membantu sepupunya itu keluar dari permasalahan ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sepulang dari tempat kerja, Riana singgah sebentar ke farmasi berdekatan untuk membeli toiletriesnya. Seusai membeli barangan yang diperlukan, langkah Riana teehenti tatkala merasakan ada kelibat seseorang berdiri di hadapannya.

Riana mendongakkan kepalanya sedikit untuk melihat figura yang berdiri dekat di hadapannya. Faiq?! Dia sudah bebaskah?

"Faiq? Awak dah bebas?". Soal Riana kaget dengan kehadiran Faiq disitu. "Ya. Kenapa? Awak mesti terkejut kan tengok saya dah bebas. Awak pun tak pernah jenguk saya. Last awak jenguk saya pun masa saya baru masuk penjara dulu je". Jawab Faiq dengan nada sindirannya.

"Saya minta maaf sebab lama sangat tak jenguk awak. Banyak perkara yang jadi dalam hidup saya dan saya pun busy kerja". Jawab Riana. "Oh ya, saya lupa nak ucapkan selamat pengantin baru ya. Semoga awak berbahagia terus dengan suami baru awak tu ya". Lagi, Faiq menyindir Riana. Panas telinga Riana yang mendengar sindiran Faiq itu.

Berbeza betul sikap Faiq sejak keluar penjara ni ya. "Mana awak tahu saya dah kahwin?". Soal Riana sambil mengerutkan dahinya. "Mama bagitahu saya. Nasib baik mama bagitahu, kalau tidak memang saya dah niat nak rujuk semula dengan awak, Riana". Jawab Faiq.

Riana memandang sekejap wajah Faiq. "Yelah tapi apalah daya saya ni. Bekas banduan je, tak mungkin awak nak terima saya lagi. Awak pun dah jumpa cinta baru". Sambung Faiq lagi.

"Kalau saya tak kahwin lagi sekali pun itu tak bermakna saya akan terima awak semula, Faiq. Kisah kita dah lama berakhir. Tak mungkin akan berulang semula". Putus Riana. "Cepat ya awak lupakan saya. Sekelip mata je. Awak tak beri saya peluang pun". Jawab Faiq.

"Saya tak beri awak peluang? Setahun perkahwinan kita, awak dah tipu saya. Awak bodohkan saya. Peluang macam mana lagi saya nak bagi?". Soal Riana geram.

"Sekarang ni saya mohon awak jangan ganggu saya lagi. Kita dah tak ada apa-apa ikatan lagi. Saya minta diri dulu". Pamit Riana lantas meninggalkan Faiq dan terus berlalu pergi bersama keretanya.

Faiq pula cuba mengejar Riana, namun gagal. Keluhan dilepaskan. 'Aku akan pastikan kau jadi milik aku semula, Riana', getus Faiq sendiri.

Dari kejauhan ada mata yang memerhati mereka berdua. Daim melepaskan keluhan kecil. Dia dapat mengagak lelaki itu mesti bekas suami Riana. Mengapa mereka berjumpa di situ? Adakah Riana berniat hendak kembali kepada bekas suaminya?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mellina mengatur langkah kakinya menuju ke arah Daim yang duduk di sebuah meja di kafe tersebut. Kelihatan Daim sedang ralit melihat telefon bimbitnya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Mellina lantas mengambil tempat duduk berhadapan dengan Daim sambil menguntum senyum sinis terhadapnya. "Mel? You buat apa kat sini?". Soal Daim sambil mengerutkan dahinya.

"Kenapa? I tak boleh ada kat sini ke? You ingat you sorang je ke boleh ada kat sini hmm?". Sindir Mellina. "You memang perhatikan I kan? Sebab tu you tahu je I ada dekat sini". Ujar Daim.

"Euww, what a disgusting! I tak hinginlah nak stalk you, Daim. Benda memang dah kebetulan I lalu depan cafe ni tadi, then I nampak you. Why not I tegur you right? Lagipun, I tengok you kusut semacam je". Jelas Mellina.

"Better you pergi jelah dari sini. I tengah serabut tau tak? Please go!". Nada suara Daim mulai naik seoktaf. Dia sudah meraup wajahnya kerana berasa rimas dengan kehadiran Mellina di situ. "Kenapa serabut sangat ni? Oh ya, I think I know the reason you look like this! Dengar kata you ni melanggan GRO ya? Tak sangka kan seorang Daim Emiir yang ego tinggi, always jaga image rupanya perangai jantan keparat jugak?". Sindir Mellina lagi sambil tertawa halus.

Daim sudah mengecilkan matanya ketika melihat Mellina. Rasa kecil besar saja dia melihat Mellina ini. Memang Mellina sengaja mengundang kemarahannya.

"You better go now, Mellina! Jangan sampai I heret you keluar dari sini!". Arah Daim dengan nada suara yang menahan emosinya. Wajahnya mulai memerah kerana menahan amarah terhadap Mellina.

"Fine, I akan pergi. But one thing you should know Daim, I boleh buat lebih daripada ini tau! Simpan ni dalam otak you". Ugut Mellina bersama senyum sinisnya. Dia sengaja merapatkan dirinya ke arah Daim supaya Daim akan lebih faham dengan kata-katanya.

Daim sempat mengerutkan dahinya mendengar kata-kata Mellina itu. Lantas dia segera bangun untuk mengejar langkah Mellina yang beransur keluar daripada kafe tersebut.

"What do you mean with you boleh buat lebih lagi?". Soal Daim sambil menarik kasar lengan Mellina. Hampir saja Mellina terjatuh disebabkan oleh Daim itu.

"You jangan kurang ajar eh Daim! You ni memang takkan pernah berubah kan? Dari dulu selalu nak menang sendiri je. Selalu rasa you tu paling mulia dekat mata semua orang! You memang patut pun dapat apa yang you tengah hadap sekarang ni! You deserve it!". Herdik Mellina dengan nada suara yang mulai menaik.

"Then you fikir you ada hak untuk malukan I sampai macam ni? I tak nak tahu, now you kena clear everything. Make sure you bersihkan semula nama I!". Tengking Daim.

"No! Ni baru sikit je, Daim. I akan buat lebih daripada ini sampai baru you tahu langit tu rendah atau tinggi! I akan make sure, you, your wife and your family akan dimalukan!". Ugut Mellina dengan penuh keberanian.

"You ni memang melampau Mel!". Jerit Daim. Tangannya hampir saja ingin menampar pipi Mellina namun dia masih lagi menahan tangannya. "Kenapa you nak tampar I ke? Tamparlah! Tapi you kena ingat, I takkan biarkan hidup you tenang, Daim!". Ugut Mellina yang langsung tidak lut akan amarah Daim itu.

Lantas dengan begitu sahaja Mellina meninggalkan Daim yang masih lagi dalam api kemarahannya. Mellina berasa puas melihat Daim dalam keadaan begitu. Padanlah dengan sikap angkuh dia. Memang dia layak dapatkan itu semua.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Riana tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Dia melihat jam dinding di biliknya, jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahmalam dan kelibat Daim masih belum kelihatan.

Riana melepaskan keluhan berat. Ke mana pula Daim pergi sehingga dia belum balik lagi sekarang. Dia risaukan juga keadaan Daim. Bimbang sekiranya perkara yang berlaku beberapa hari lepas terulang kembali.

Sambil menunggu Daim, otaknya kembali mengingat pertemuannya dengan Faiq petang tadi. Dia sendiri tidak menyangka akan bertemu semula dengan bekas suaminya di situ. Dan yang paling dia tidak sangka, Faiq sudah pun bebas daripada hukumannya.

Dia berharap dia tidak perlu berjumpa lagi dengan Faiq pada masa akan datang. Dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan Faiq dan mendengar pujuk dan rayu daripada Faiq lagi. Cukuplah dia pernah ditipu sebelum ini dengan Faiq, sekarang dia takkan ulangi lagi.

Sedang asyik Riana mengelamun, pintu biliknya terkuak. Terjengul Daim dari luar, masuk ke bilik tanpa sebarang kata pun. Riana yang duduk di sofa hanya memerhati sahaja setiap gerak geri Daim.

"Lambatnya awak balik malam ni. Busy kerja ke?". Tegur Riana ketika melihat tiada tanda-tanda Daim akan menyaoanya terlebih dahulu. "Not your business". Jawab Daim dingin.

Riana sudah agak pelik dengan jawapan Daim itu. Mengapa Daim kelihatan agak moody malam ini? Mungkin dia masih lagi stress mengenai berita memalukan tentang dirinya itu.

"Urusan saya juga untuk tahu kenapa awak balik lambat sebab saya risau benda sama terulang semula". Jawab Riana tenang. "Kau tak payah sibuk hal aku boleh tak? Kalau benda sama nak terulang lagi pun ada kacau hidup kau ke? Semaklah kau ni!". Marah Daim.

Hati Riana mulai terasa apabila dimarahi sebegitu oleh Daim. Padahal niatnya hendak menyapa suaminya saja tapi kenapa sampai perlu dimarahi begitu?

"Saya cuma risau pasal awak. Walau macam mana pun, awak tu suami saya. Dah jelas saya ada hak untuk fikir dan risaukan awak". Jawab Riana.

"Oh kau masih anggap aku suami kau rupanya? Aku fikirkan kau dah lupa yang kau ada suami lepas kau dah bertemu kembali dengan mantan terindah kau tu". Sindir Daim sambil tersenyum sinis.

Riana mengerutkan dahinya cuba menghadam maksud Daim itu. Adakah Daim ternampak dia dan Faiq petang tadi?

"Apa maksud awak? Saya tak faham". Riana berpura-pura tidak faham dengan maksud Daim itu. Sengaja dia ingin mendengar lebih lanjut daripada Daim.

"Kau tak payah buat-buat bodohlah! Aku sendiri nampak kau syok sangat berbual dengan ex kau kan? Kenapa? Lepas tersebarnya fitnah pasal aku tu, kau dah tak sabar nak cerai dengan aku ke?". Soal Daim sinis.

"Oh jadi awak nampaklah ya? Maaf cakaplah ya, kami berdua terserempak dan tak ada istilah saya berbual dengan dia. Lagi satu, saya tak pernah pun rancang nak bercerai dengan awak, itu semua plan awak sendiri". Jawab Riana tegas. Dia harus mempertahankan dirinya sendiri.

"Yes memang aku yang plan nak kita bercerai pun! Tak mungkin aku nak habiskan hidup aku ni dengan orang yang tak sedar diri macam kau! Dahlah miskin, lepas tu ada hati nak pasang skandal pula". Jawab Daim bernada sinis.

"Apa masalah awak sebenarnya, Daim? Saya ni punyalah cuba menyakinkan hati saya untuk percaya awak tak buat semua benda tu. Sekarang, baru sejali ni je awak tengok saya terserempak dengan dia, dah bermacam-macam tuduhan dan hinaan awak lempakan pada saya?". Jawab Riana kesal.

"Benda memang jelas terang lagikan bersuluh. Kau memang syok borak dengan dia, kau nak nafikan apa lagi? Tak apa, kau tunggu je, sampai waktu memang aku akan lepaskan kau". Jawab Daim.

"Bab cerai jangan buat main, Daim. Tak ada orang menikah untuk bercerai. Dan awak kena ingat kuasa cerai terletak pada awak. Saya cuma tak nak awak menyesal je". Jawab Riana dengan kesal lantas terus keluar dari bilik.

Dia masih lagi menahan dirinya daripada derhaka terhadap Riana. Walaupun dia sendiri terpaksa bergelar isteri kepada Daim, namun itu tidak bermakna dia akan berbuat sesuka hati dan boleh berlaku derhaka terhadap suaminya itu.

Riana lantas masuk ke dalam bilik tamu dan mengambil duduk di birai katil. Tanpa disedari air matanya mulai mengalir. Masih belum habis lagi penghinaan Daim terhadap dirinya serta tuduhan Daim yang tidak berasas itu.

Entah di mana letaknya budi pekerti seorang Daim ini. Hanya ego dan keangkuhan sahaja yang sentiasa dipamerkan. Entah untuk berapa lama juga Riana perlu menghadapi sikap Daim ini.

Semuanya akan berubah seiring perubahan masa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience