Bab tigabelas

Drama Completed 7961

Faiq memberhentikan keretanya di belakang Bezza milik Faiz. Dia mengerutkan dahinya. Kereta Faiz di sini, bermakna Faiz ada di rumah. Tapi kenapa dia parkir di luar? Kebiasaannya Faiz akan memarkir keretanya di dalam halaman rumah.

Faiq turun daripada kereta dan melihat pagar rumahnya terbuka sedangkan tiada orang di luar. Faiq mulai tidak sedap hati. Tak mungkin ada perompak datang masuk kot.

Dia menghalakan langkah kaki masuk ke rumahnya dan terlihat ibu bapanya hanya duduk mendiamkan diri di ruang tamu. Faiz pula duduk di lantai ruang tamu sambil bersandar di dinding. Isterinya pula tidak kelihatan. Dia hairan melihat reaksi semua orang yang kelihatan baru habis bergaduh.

"Pa, ma. Kenapa ni? Kenapa semua orang macam tak okey je? Riana mana?". Soal Faiq bingung. Puan Yasmin berdiri dengan wajah bengangnya lantas satu tamparan hinggap di pipi Faiq.

Piap!!

Faiq memegang pipinya yang mulai memerah itu. "Mama ni kenapa? Faiq baru je balik rumah tiba-tiba mama tampar pula". Soal Faiq bingung. Puan Yasmin mendengus kasar sambil nafasnya sudah mulai turun naik.

"Memang itu yang patut kamu dapat untuk penipuan kamu selama ini". Jawab Puan Yasmin tegas. Suaranya naik seoktaf. "Tipu apa ma? Faiq tak fahamlah". Soal Faiq lagi. "Kamu tak faham lagi, Faiq? Habis tu yang kamu sorokkan status perkahwinan kamu selama ni tu apa? Sampai hati kamu Faiq buat kami semua macam ni". Puan Yasmin meluahkan rasa. Air mata mulai bertakung di tubir matanya.

Faiq sudah diam membatu. Tidak tahu hendak membalas apa. Nampaknya rahsianya telah pun terbongkar. "Kenapa kamu diam, Faiq? Betul kan semua ni? Kamu dah berkahwin selama ni dan ada anak tapi kamu rahsiakan dari kami semua. Kenapa kamu buat macam tu?!". Soal Puan Yasmin mulai hilang sabar.

"Ma, dengar dulu apa yang Faiq nak cakap. Bukan...". Belum sempat Faiq menyambung ayatnya, Puan Yasmin pantas memotong kata-katanya. "Kamu nak jelaskan apa lagi ha? Kamu nak nafikan? Bukti semua dah jelas depan mata Faiq! Papa dengan mama dah jumpa pun isteri dan anak kamu". Pintas Puan Yasmin.

Faiq mengalihkan pandangannya ke arah Faiz yang duduk di lantai itu. Nafasnya mulai turun dan naik. Dia segera menghampiri Faiz dan menumbuk pipi adiknya itu sehingga tepi mulut Faiz berdarah.

"Ni semua kau punya pasal kan? Memang ni kan yang kau rancang? Kau nak hancurkan hidup aku?". Soal Faiq bernada keras. Encik Syukri datang untuk meleraikan Faiq dan Faiz. "Sudahlah tu Faiq. Kenapa kamu nak marah dengan Faiz pula?". Soal Encik Syukri.

"Sebab dialah punca semuanya. Dia memang sengaja nak hancurkan kebahagiaan Faiq, pa". Jawab Faiq. "Aku hancurkan hidup kau, bang? Kau sendiri kot yang buat naya kat hidup orang lain. Kau yang dah buat hal kat anak dara orang lepastu kau kononnya nak bertanggungjawab, tapi apa? Kau rahsiakan hubungan kau dengan isteri sah kau, kak Farah sebab kau malu. Kau malu dah buat benda bodoh tu dulu". Jerkah Faiz.

Satu tumbukan hinggap lagi sekali di pipi Faiz. Wajah Faiq mulai memerah. Nafasnya turun naik. "Kau diam! Kau diam aku kata! Kau memang tak guna Faiz!". Faiq pula menjerit. Seketika dia baru teringat akan Riana. Dia tidak melihat Riana dari tadi lagi. Segera dia meninggalkan adiknya dan bergegas menuju ke biliknya. Malangnya, pintu biliknya dikunci dari dalam.

"Sayang. Tolong buka pintu ni sayang. Abang boleh jelaskan semua ni sayang". Rayu Faiq di luar pintu. Sementara itu, Riana di dalam pula duduk di bucu katil sambil menangis semahunya. "Sayang, tolonglah sayang buka pintu ni. Abang minta maaf sangat sayang. Tapi abang ada sebab buat semua ni. Please sayang, buka pintu dulu. Kita bincang dulu". Rayu Faiq lagi ketika tidak mendengar sebarang jawapan daripada isterinya itu. Tangannya tidak penat dari mengetuk pintu bilik.

"Tolonglah sayang. Maafkan abang. Abang tau abang salah sebab abang dah rahsiakan hal ni dari sayang. Tapi abang takut hilang sayang. Anang tak nak sayang pergi dari abang". Rayu Daiq lagi tanpa putus asa. Dia mulai meraung menangis.

Riana masih lagi membisu di dalam. Tidak membalas sedikit pun kata-kata Faiq. Hatinya sudah pun terluka. Dia biarkan sahaja air matanya turun membasahi pipinya.

Faiq yang di luar pintu sudah terduduk, tersandar di pintu bilik. Dia juga sudah lencun dek air mata. Dia tidak menyangka begini pula kejadiannya. Rahsia yang disemat kemas, pecah begitu sahaja. Itu pun bukan daripada mulutnya sendiri. Faiq mulai teringat akan Farah.

Pasti ini semua angkara Farah. Pasti Farah yang mengadu ke Faiz hingga membawa kepada terbongkarnya cerita ini. Dia meneguk air liurnya. Wajahnya kembali bengis. Api kemarahan kelihatan di matanya. Dia perlu jumpa Farah sekarang.

Faiq segera bangun dan bergegas keluar dari bilik. "Faiq, nak pergi mana tu?". Soal Encik Syukri. Faiq tidak menjawab langsung sebaliknya terus bergegas pergi.

"Faiq! Papa panggil ni kamu tak dengar ke?". Soal Encik Syukri dengan nada yang naik seoktaf. Namun Faiq tidak mengendahkan panggilan Encik Syukri itu. Dia terus masuk ke keretanya dan berlalu pergi meninggalkan rumah. Keretanya laju meluncur menuju ke rumah Farah.

Setibanya di hadapan rumah Farah dia terus memberhentikan keretanya dan segera turun dari keretanya. Dia terus membuka pintu pagar rumah Farah. Manakala untuk pintu dalam pula, Faiq segera membuka dengan kuncinya.

"Farah! Farah! Keluar kau!". Jerit Faiq. Farah yang ketika itu baru selesai solat di biliknya terkejut mendengar suara keras Faiq itu. Dia bergegas keluar dari bilik. Danish pula sedang tidur di dalam bilik.

"Ya awak. Kenapa ni? Kenapa sampai jerit-jerit". Soal Farah bingung. Telekungnya juga masih belum sempat dibuka dek kalut keluar menemui Faiq. "Kau tanya aku kenapa aku macam ni? Kaulah punca semua ni, Farah!". Jerkah Faiq.

"Apa yang saya dah buat, Faiq? Perlu ke awak nak tengking saya sampai macam ni?". Soal Farah berani. "Kaulah punca semua rahsia aku terbongkar. Kau kan yang selalu mengadu dengan Faiz? Sekarang kau tengok dah jadi apa? Keluarga aku semua dah tau. Isteri aku tu, Riana pun dah tau, kau tau tak?". Soal Faiq keras.

"Kalau dia orang tahu pun kenapa? Saya ni isteri awak yang sah, Faiq. Saya bukannya perempuan simpanan awak". Jawab Farah tegas. Cukuplah dia bersabar selama ini. "Tapi kau tak ada hak untuk bagi tau family aku pasal ni. Aku kan dah cakap, aku tunggu waktu yang tepat nak bagi tau dia orang". Jawab Faiq emosi.

"Sampai bila? Sampai bila saya kena bersabar tunggu awak perkenalkan saya di hadapan keluarga awak?". Soal Farah mulai larut dalam esak tangisannya. "4 tahun Faiq, saya tunggu awak bawa saya jumpa keluarga awak. 4 tahun saya simpan derita seorang diri. Tiba-tiba saya dapat tahu awak kahwin dengan orang lain. Awak tak fikir pasal perasaan saya ke?". Soal Farah lagi.

"Lantaklah dengan perasaan kau tu! Sekarang ni, isteri aku tu dah tahu kebenaran pasal aku. Puas hati kau ha?". Soal Faiq lagi. Nafasnya naik dan turun menahan amarah. Farah sudah tidak mampu menjawab kata-kata Faiq itu. Dia hanya mampu menangis sekarang.

"Kau nangis apa? Aku yang derita sekarang ni kau tau tak? Aku yang kena tanggung semuanya kau tak?!". Bentak Faiq sambil memegang kuat bahu Farah. "Sakitlah!". Farah mengaduh tapi Faiq tidak melepaskan juga pegangannya.

"Kaulah punca semua ni jadi kau tau tak? Kau punca!". Jerkah Faiq seraya menolak Farah dengan kuat sehingga Farah terjatuh. Farah mengaduh kesakitan. Perutnya dipegang. Kesakitan di perutnya makin lama makin terasa kuat.

"Ya allah sakitnya!". Farah mulai menjerit kesakitan. Tidak semena-mena darah keluar mengalir ke lantai. Jeritan Farah semakin kuat. Faiq yang menyedari hal tersebut segera menghampiri Farah. Wajahnya mulai cuak.

"Farah, kenapa dengan awak ni?". Soal Faiq cemas. "Sakit. Sakit sangat". Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Farah. Tanpa membuang masa, Faiq segera mencempung tubuh Farah dan membawa masuk ke kereta. Baginya dia tidak menolak Farah begitu kuat namun mengapa keadaan Farah kelihatan terlalu serius?

Keretanya laju meluncur ke hospital berdekatan. Farah pula hanya mampu mengaduh kesakitan sambil memegang perutnya. Dalam hati Farah, dia berdoa semoga kandungannya akan baik-baik sahaja.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daim masih memikirkan tentang pertemuannya dengan Tuan Hamdan pagi tadi. Kalau Mellina bukan anak pemilik syarikat Craft Autombile, lantas Mellina anak siapa? Tak mungkinlah Mellina menipu dirinya.

Tetap tidak tahu mengapa dalam hatinya dia tertanya pula soal rumah Mellina. Setakat 2 tahun perkenalan mereka, belum pernah lagi Mellina menjemputnya ke rumah. Dia sendiri pun belum pernah melihat Mellina masuk ke rumahnya.

Setiap kali dia menghantar Mellina di hadapan rumahnya, Mellina pasti menyuruhnya pergi dahulu. Barulah kemudian Mellina masuk ke rumahnya. Katanya hendak memastikan Daim balik dengan selamat. Namun hari ini entah mengapa, Daim mulai rasa curiga dengan Mellina. Masih lagi terngiang kata-kata Tuan Hamdan yang menyuruhnya menyiasat latar belakang seseorang itu sebelum berkenalan.

Daim memutuskan untuk mengambil cuti beberapa hari ini untuk menyiasat latar belakang Mellina dengan lebih mendalam. Baginya, Mellina memang seorang yang tertutup mengenai kisah peribadinya. Tetapi entah mengapa kali ini Daim tertanya-tanya mengenai kisah peribadi Mellina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience