Hujung minggu dimanfaatkan oleh Daim Emiir untuk berehat di rumah. Dia tiada rancangan untuk keluar ke mana-mana. Jumpa dengan Mellina? Memang sudah hampir seminggu juga mereka tidak bertemu kerana Mellina memberi alasan sedang sibuk menguruskan syarikat miliknya ayahnya.
Jadi Daim mengambil keputusan untuk hanya berehat di rumah sahaja sebelum esok pagi dia perlu menghadiri mesyuarat bersama kliennya dari Singapura.
"Daim, jarang kamu nak duduk rumah weekend ni. Tak keluar dengan Mellina ke?". Sapa ibunya, Puan Sri Ainnur yang melihat Daim sedang berbaring di sofa rumah banglo tiga tingkat itu. "Taklah. Saja Daim nak relaks dekat rumah hari ni". Jawab Daim bersahaja. Matanya begitu khusyuk menatap telefon bimbitnya.
"Zariff? Tak jumpa dia juga ke?". Soal Puan Sri Ainnur lagi. Beliau tahu benar bagaimana keakraban anaknya itu dengan Zariff, sepupunya itu. Zariff merupakan anak kepada adik perempuanya yakni, Puan Sri Zalifah.
Adiknya itu mempunyai dua orang anak iaitu Zariff dan Zahirah, adik kepada Zariff. Namun kini Zahirah sedang menyambung pelajarannya di Australia dan hanya sesekali sahaja pulang ke tanah air.
Puan Sri Zalifah pernah menyuarakan hasratnya untuk menjodohkan Daim dengan anaknya, Zahirah. Namun sudah tentu perkara itu ditentang oleh Daim kerana dia sudah mempunyai Mellina sebagai kekasihnya. Zahirah juga tidak pernah menyimpan perasaan terhadap Daim kerana menganggap Daim seperti abangnya sendiri.
Zahirah sendiri pun belum bersedia untuk menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki kerana baginya mengejar karier dan impian adalah lebih penting dalam hidupnya.
"Mellina? Biasanya hujung minggu macam ni Daim dah melekat je dengan dia". Soal Puan Sri Ainnur lagi sambil menyakat anaknya itu. "Tak juga ma. Mel busy lately ni". Jawab Daim bersahaja sambil matanya masih lagi menatap skrin telefon.
"How progress hubungan Daim dengan Mellina? Bila nak bawa jumpa mama dengan papa?". Soal Puan Sri Ainnur. Daim yang sedari tadi menatap telefon bimbitnya kini menutup telefonnya itu dan mulai memandang mamanya itu.
"I don't know. Setiap kali Daim cakap pasal our relationship, dia selalu mengelak and alasan dia is she is not ready for married". Jawab Daim dengan nada kesalnya. "Maybe Daim kena cari tahu apa punca Mellina cakap macam tu". Let say family dia still tak bagi Mellina kahwin awal, maybe Daim boleh cari cara untuk solve the problem".
"Maksud?". Soal Daim tidak begitu faham dengan kata-kata mamanya itu. "Maksudnya Daim kena cari the problem than you jugak yang kena solvekan. Try to confront her parents, cuba yakinkan mereka yang Daim betul-betul ikhlas dengan Mellina". Jelas Puan Sri Ainnur.
"Mama bukannya memaksa Daim untuk cepat-cepat kahwin atau paksa Mellina cuma mama tak naklah tengok Daim ke hulu ke hilir dengan Mellina tu tanpa ikatan yang sah. Tak manis orang tengok". Sambung Puan Sri Ainnur lagi. Daim hanya mengangguk perlahan sahaja.
"Kalau ikutkan hati Daim ni, memang Daim nak cepat-cepat nikah dengan Mel, ma. Mel tu memang perfect 10 dah untuk Daim. Daim tak nak sampai kehilangan Mel nanti kalau Daim lambat bertindak".
"Then? Daim kena bertindak daripada sekarang. Mama dengan papa always support Daim. Asalkan apa yang Daim buat tu perkara yang baik-baik then, we all support je". Ujar Puan Sri Ainnur memberi semangat kepada anak semata wayangnya itu.
Walaupun dirinya belum pernah bertemu secara empat mata dengan Mellina, namun dia yakin Mellina adalah perempuan yang baik dan mampu membahagiakan Daim. Masakan Daim boleh begitu menyayanginya jika Mellina tidak baik?
Harapannya semoga Daim dan Mellina segera disatukan sebagai pasangan suami isteri. Umur Daim juga bukannya semakin muda, sudah menghampiri usia 30an. Memang sudah tiba masanya untuk Daim segera berkahwin dan membina keluarganya sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Riana dan Adya berjalan keluar dari kawasan meletak kereta di sebuah pusat beli belah tersebut. Mereka berjalan menuju ke pintu utama pusat beli belah tersebut. Hujung minggu sebegini, sudah pastinya pusat membeli belah akan dipenuhi oleh orang-orang yang bercuti.
Adya mempercepatkan langkahnya menuju ke sebuah restoran Itali yang berada di dalam pusat beli belah itu. Dia sudah lambat dari waktu yang sepatutnya dia sampai. Dia risau jika si dia yang menunggu kedatangannya itu akan kecewa dengan sikapnya yang tidak menepati masa, ditambah pula ini kali pertama dia akan berjumpa dengan lelaki itu.
Namun semua ini bukan salahnya. Bukan dia sengaja untuk datang lambat, melainkan jalan raya begitu sesak tadi ditambah pula dengan banyaknya jumlah lampu isyarat untuk menuju ke sini.
Sambil berjalan, Adya sesekali membetulkan rambutnya supaya tidak kelihatan kusut dan membetulkan juga blouse bermotif flora kecil supaya penampilan dirinya tidak memalukan.
Dia harus menjaga penampilannya dengan sebaik yang mungkin kerana inilah kali pertama dia akan berjumpa dengan lelaki itu yang dikenali melalui aplikasi mencari jodoh. Pada awalnya Adya agak ragu-ragu untuk terus berkenalan dengan lelaki itu kerana risau jika lelaki itu hanya akan menipu dirinya sahaja. Namun lelaki itu terus menerus berusaha untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan Adya.
Jadi selepas hampir 2 bulan mereka hanya berhubung melalui chat sahaja, hari ini tibalah masanya untuk mereka berdua saling berjumpa dan bertatap mata. Dan disebabkan rasa bimbang dan berdebar terlalu tinggi, akhirnya Adya mengajak Riana untuk menemaninya.
Riana mahu tak mahu terpaksa akur sahaja untuk menemani sahabatnya itu dating. Lagipun, Faiq tiada di rumah, jadi agak bosan juga untuknya hanya menghabiskan masa di rumah sahaja.
"Cepatlah sikit Riana! Kita dah lambat ni". Panggil Adya apabila mendapati Riana masih lagi terkocoh-kocoh berjalan jauh di belakang cuba untuk mengejar langkah kaki Adya. "Sabarlah cik kak oi! Tak lari pun jodoh pun kau tu". Sempat lagi Riana mengusik dan dibalas jelingan oleh Adya.
"Tapi kita dah lambat ni. Aku tak naklah bagi imej yang buruk at our first dating ni. Aik dating ke? Kan ada kau sekali. Haih apa-apa jelah!". Sempat juga Adya membebel sendirian lalu menyambung semula perjalanan mereka ke restoran Itali yang berada di tingkat 3 itu.
Akhirnya mereka berdua tiba di hadapan restoran tersebut. Adya lagi sekali membetulkan rambutnya dan menghadap memandang Riana. "Weh aku dah cantik kan? Tak comot ke apa ke?". Soal Adya cemas. Risau betul dia sekiranya penampilannya itu bakal memalukannya di hadapan lelaki yang mungkin akan duduk dalam hatinya selepas ini. Siapa tahu kan?
Riana tersenyum kecil melihat Adya. Begitu sekali Adya ingin kelihatan cantik di hari pertama blind datenya itu. "Kawan aku ni memang dah cantik sejak azali dah. Kau jangan risaulah, dah tiptop habis dah ni". Jawab Riana lantas Adya juga turut tersenyum.
Mereka berdua berjalan perlahan masuk ke restoran tersebut. Tidak ramai pelanggan berada di dalam restoran tersebut. Hanya dua hingga tiga meja sahaja ada pelanggan. Adya terlihat seorang lelaki duduk bersendirian di sebuah meja yang terletak di sudut restoran tersebut. Meja tersebut adalah meja yang paling hujung yang ada di restoran tersebut.
Penampilan lelaki itu kelihatan biasa sahaja. Dia hanya mengenakan tshirt berkolar bersama seluar jeans serta kasut sukan. Kelihatan bersahaja namun wajahnya yang tampan itu membuatkan dia kelihatan menawan.
Adya berjalan perlahan menghampiri lelaki tersebut. Riana pula berjalan di belakang jauh sedikit daripada Adya. Dia membiarkan sahaja Adya menegur sendiri lelaki tersebut.
"Err...Zariff ke?". Soal Adya sedikit gagap. Debaran dalam hatinya yang sedari tadi kencang kini semakin kencang. Inilah kali pertama dia keluar dating bersama seorang lelaki. Sepanjang hidupnya dia tidak pernah lagi keluar berdua atau keluar dengan lelaki melainkan short trip vacation bersama rakan sekerjanya. Itupun ada perempuan yang lain juga.
"Adya?". Soal Zariff pula sambil mengangkat punggung dari kerusinya. Dia menguntum senyuman yang cukup membuatkan Adya terpana seketika. "Ya...sorry lambat". Jawab Adya tergagap-gagap. Dalam masa yang sama juga dia berasa sedikit bersalah kerana telah terlambat tiba di situ.
"Tak apa. Saya pun baru je sampai. Duduklah, takkan kita nak berbual sambil berdiri je kan?". Pelawa Zariff sambil tersenyum lagi. Tak boleh tidur malamlah nampaknya Adya nanti sebab terbayangkan senyuman Zariff saja.
"Saya bawa kawan saya sekali untuk temankan saya. Boleh ke dia duduk sekali?". Pinta Adya teragak-agak. Bimbang juga dia jika Zariff tidak selesa dengan kehadiran Riana di situ. "Boleh. Panggillah dia duduk sini sekali". Zariff memberikan lampu hijau untuk Riana menemani Adya.
Adya lantas memanggil Riana yang sedari tadi berdiri berdekatan dengan kaunter restoran tersebut. Dia hanya memanggil Riana menggunakan isyarat mata untuk menyuruhnya ke situ. Riana hanya akur dan mendekati meja mereka berdua.
Belum sempat Riana mengambil tempat duduk, matanya sudah terpandangkan wajah Zariff. Seperti pernah dilihatnya sebelum ini, tapi di mana ya? Riana mengerutkan dahinya cuba mengingat semula di mana dia pernah bertemu dengan lelaki ini sebelum ini.
"Saya macam pernah nampak awak before this, tapi dekat mana ya?". Soal Riana sambil dia mencuba untuk memerah otaknya itu. Belum tua lagi tapi dah nyanyuk dah dia ni!
"Cik ni yang dulu keretanya pernah kena block dengan sepupu saya tu kan?". Mendengar jawapan Zariff itu membuatkan Riana akhirnya teringat kembali peristiwa itu. Ya peristiwa yang sememangnya menyakitkan dan menyebalkan.
"Oh jadi dia sepupulah? Awak tolong pesan dekat dia, jangan berlagak sangat jadi orang tu. Saya tahulah dia tu kaya jutawan, tapi hormatlah sikit masa orang lain". Riana membebel sambil dia melabuhkan punggung ke kerusi.
"Kau kenal Zariff ke, Riana?". Soal Adya sedikit bingung. "Dia ni lah yang aku cerita dekat kau tempoh hari tu. Cousin dia rupanya..". Bisik Riana. "Maafkan sepupu saya cik. Dia memang macam tu orangnya, susah sikit nak tolerate dengan orang lain. Maafkan dia sekali lagi ya". Ucap Zariff lembut.
"Tak apa. Saya pun nak minta maaf juga sebab cakap macam ni dekat awak. Saya geram sangat. By the way, tak payahlah panggil cik, panggil je nama saya. Nama saya Riana, member kamcheng si Adya ni ha hehehe". Jawab Riana panjang lebar sambil tersengih. Dia malas hendak memanjangkan isu itu. Harapannya jangan sampai dia berjumpa dengan lelaki itu lagi selepas ini.
"Oh Riana. Memang nampak sangat dah you all ni best friend, nampak chemistry tu". Jawab Zariff sambil tersenyum nipis. "Eh you all, orderlah. I yang belanja". Ujar Zariff. Mata Adya sedikit membulat. "Belanja? Tak payahlah. Malu saya jadinya". Jawab Adya tersipu malu.
"Tak apa. Bukan selalu pun kan". Jawab Zariff sambil menatap wajah Adya dalam-dalam. Adya masih lagi tersipu malu. Memang calon suami idaman si Zariff ni!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Farah ralit membungkus nasi lemak yang hendak dijualnya. Begitulah rutin hariannya, sejak 4 tahun yang lalu. Setiap pagi dia akan bangun seawal 4 pagi untuk memasak nasi lemak dan lauk serta sedikit kuih muih. Ada masa semua jualannya habis, ada masa banyak belum habis terjual. Begitulah adat meniaga.
Bukannya Farah tidak mahu bekerja namun dia memikirkan kos untuk pengasuh anaknya lagi. Dia tidak mempunyai sesiapa lagi untuk diharapkan. Ibu saudaranya pun tinggal jauh dari dia. Jadi, ini sahajalah yang termampu dia lakukan.
Sejak bangun dari tadi, Farah merasa sedikit tidak sihat sebenarnya. Badannya terasa sejuk dan hidungnya sedikit sumbat. Faktor cuaca yang tak menentu agaknya.
Tiba-tiba sahaja perutnya terasa mual lantas dia bangun dan memuntahkan isi dalam perutnya ke sinki dapurnya. Dia belum makan apa-apa lagi, lagipun sekarang baru pukul 6 pagi. Kepalanya juga terasa sedikit pening.
Farah kembali duduk di kerusi dapurnya. Dia menongkat dahinya menggunakan tangannya. Kenapa pula dengan dia ni? Jarang sekali dia rasa begini atau lebih tepat lagi, dia jarang jatuh sakit. Tapi dia tak tahu mengapa pagi ini, dia terasa lemah sekali.
Farah menghembuskan nafas besar. Dia tidak boleh terlalu berlarutan dengan keadaannya. Dia kembali menyambung membungkus nasi lemak tadi. Sebentar lagi, dia perlu membuka meja di hadapan rumahnya. Seawal 7 pagi biasanya sudah ada pelanggan yang datang membeli nasi lemaknya.
Share this novel