Mellina berjalan perlahan menuju ke klinik berhampiran rumahnya. Sudah tiga minggu sejak dia demam tempoh hari. Namun selepas dia sembuh daripada demam, kepalanya sering sakit, perutnya juga kerap terasa mual walaupun dia belum menjamah sebarang makanan dan yang paling ketara ialah kulitnya kini sering gatal-gatal dan timbul ruam merah.
Pada awalnya Mellina hanya membiarkan sahaja semua perkara itu dan menganggap mungkin dia telah masuk angin. Namun makin hari, masalah tadi makin berlarutan hingga membuatkan Mellina tergerak hati untuk membuat pemeriksaan doktor.
"Mengikut daripada pemerhatian saya terhadap simptom-simptom yang Cik Mellina hadapi ini, lazimnya ialah simptom bagi kanser. Namun Cik Mellina jangan risau sebab semuanya bukan 100% accurate. Kita tunggu ujian darah Cik Mellina siap, then kita boleh tengok tahap kesihatan cik ya". Jelas doktor wanita tersebut.
Berderau darah Mellina mendengar perkataan kanser tersebut. Masakan dirinya akan terkena kanser sedangkan sebelum ini dia adalah seorang yang menjaga kesihatannya dengan baik dan tidak mungkin dia akan terkena kanser. Mellina cuba menyedapkan hatinya sendiri.
Mellina melihat Iphonenya. Ada pemberitahuan mesej masuk daripada Daim. Mellina menelefon Daim. Memandangkan sekarang telah pun masuk waktu tengahari, jadi Mellina berhasrat untuk makan tengahari bersama Daim sambil cuba menghibur hatinya yang gundah kerana kata-kata doktor tadi.
"Mel? You sure you totally recovery right now?". Soal Daim curiga tatkala terlihat ruam merah yang timbul pada kulit tangan Mellina yang putih bersih itu. Mereka telah pun bertemu di sebuah restoran yang berada tidak jauh dari pejabat Daim.
Mata Mellina melilar. "I...I okey je. Ni I allergic actually. Two days ago I ada makan seafood, jadinya tu yang gatal-gatal sikit tu". Dalih Mellina. "Before this you pun ada makan seafood tak pernah pulak you allergic macam ni". Daim tampak tidak berpuas hati dengan alasan Mellina tadi. Dia cuma risau sekiranya Mellina belum sembuh sepenuhnya.
Mellina mulai terasa rimas dengan persoalan Daim itu. Mengapa Daim seolah-olah curiga terhadap dirinya. "You ni kenapa Daim? You macam tak percaya je dengan apa yang I cakap? You dah mula lost trust ke I ke?". Soal Mellina.
"Nope. I tak maksudkan macam tu. I cuma risau kalau you ada sakit apa-apa Mel. I just want to make sure you baik-baik selalu, sayang". Jawab Daim tenang. Mungkin salahnya yang terlalu banyak menyoal. Namun dia hanya bimbang akan kesihatan Mellina. Tambahan pula sejak kebelakangan ini Mellina sering mengadu bahawa dirinya sering jatuh sakit.
Mellina hanya mendiamkan diri. "Mel, you marah I ke? Sorrylah". Pujuk Daim apabila melihat Mellina hanya mendiamkan diri sahaja. "I tak marah pun Daim. I cuma sedih bila rasa yang you tak percayakan I". Jawab Mellina perlahan.
"I bukan tak percaya you. You faham kan, I ni terlalu sayangkan you. I tak nak apa-apa jadi ke you Mel. I nak you sihat selalu, I nak you happy selalu, lagi-lagi bila you dengan I". ujar Daim sambil meraih tangan Mellina lantas digenggam erat tangan gadis itu.
Mellina cuma tersenyum nipis. "I faham kerisauan you tu. I sendiri pun tak faham kenapa lately ni I selalu demam lepastu rasa lemah sangat badan I ni. But now I okey je. You jangan fikirkan sangat tau? Anything happen to me, I mesti akan bagi tau you". Jawab Mellina cuba meyakinkan Daim.
Daim hanya mengangguk perlahan. Tangan Mellina masih lagi tidak dilepaskan. Matanya juga tidak berkalih daripada memandang wajah Mellina yang hanya mengenakan solekan ringkas itu.
"Oh by the way, ada something lagi yang I nak tanya you. Dulu kan you pernah cerita kalau papa you ada company automobil right?". Soal Daim membuatkan Mellina menjadi kelu dan terkedu.
Lagi satu penipuan yang dicipta olehnya. Mellina pernah memberitahu Daim bahawa ayahnya adalah seorang pemilik syarikat automobil dan Mellina pula sebagai ceo dia syarikat ayahnya itu. Namun sepanjang tempoh perkenalannya dengan Daim tidak pernah sekali pun, Mellina memberitahu lokasi sebenar syarikat automobil tersebut.
Ini kerana semua cerita tersebut hanyalah rekaan Mellina semata-mata. Mellina hanyalah berkerja sebagai seorang kerani pembilan di sebuah syarikat tekstil. Daim sudah tentu tidak mengetahui hal tersebut. Mellina mengangguk lemah dengan persoalan Daim itu.
"Okey so I dengan papa ada planning nak beli beberapa buah kereta daripada company papa you untuk dijadikan kereta company I. Plan ni dibuat pun sebagai tanda penghargaan kepada staff papa yang dah lama berkhidmat di situ. Jadi kereta ni akan dipinjamkan kepada staff yang tak ada own transport tu". Jelas Daim.
Mellina hanya membatukan dirinya. Bingung mahu memberi alasan apa kepada Daim. "So boleh tak you arrange schedule for this transaction ni?". Soal Daim lagi. "Boleh je". Jawab Mellina ringkas sambil tersenyum kelat.
"Okey then nanti I akan suruh staff I untuk urusan ni. So now boleh tak you share location your office?". Permintaan Daim itu membuatkan Mellina tidak tentu arah jadinya. "Location?". Soal Mellina. "Ya location and nama company you sekali. You pun tak pernah kan bagitau I nama company you tu. So after this I pun senanglah nak ambik you dari office you kalau dah tau your address". Jawab Daim lagi sambil tersenyum.
"Alamak, I tak berapa ingat alamat company papa I tu. Takpe nanti kalau free I tunjuk je kat you mana company papa I tu ye". Dalih Mellina. "Aik location office sendiri pun tak ingat? Peliklah you ni Mel". Daim mengeluh kecil. Tampak Mellina begitu tertutup tentang keluarga dan perniagaan mereka.
"Ya. I hari-hari pergi sana pun boleh lupa alamat. Sorry tau you. Takpe I janji I tunjuk dekat you tau. Kalau you nak cepat pun, balik ni kita lalu depan office papa tu dulu eh?". Pujuk Mellina sambil jantungnya berdebar laju kerana bimbang penipuannya akan terbongkar.
"Okey". Jawab Daim ringkas. Mellina pula sekadar tersenyum nipis sambil otaknya ligat memikirkan pejabat mana yang harus dijadikan sebagai miliknya di hadapan Daim. Dia bimbang sekiranya Daim serius untuk berurus niaga dengan syarikat automobil tersebut, sudah pasti segala rahsia yang telah disimpan rapi akan bocor.
Mellina cuba menenangkan dirinya sendiri. Dia tidak boleh terlihat jelas sedang menipu di hadapan Daim. Walau bagaimanapun dia akan tetap cuba untuk memikirkan jalan keluarnya. Itu sudah pasti.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Faiq memberhentikan keretanya di hadapan kediaman Farah. Jam sudah menunjukkan pukul 9:30 malam. Setelah hampir 1 bulan dia tidak balik ke rumah Farah, akhirnya malam ini dia singgah jua ke sini.
Tapi ada yang aneh dengan Farah kerana sejak sebulan ini Farah langsung tidak menghubunginya sama sekali. Biasanya walaupun jarang, adalah juga dia menghantar mesej kepada Faiq. Namun dalam tempoh sebulan ini Farah hanya mendiamkan diri sahaja. Oleh kerana itu, Faiq balik ke sini kerana jauh di sudut hatinya dia ingin tahu apakah Farah baik-baik ataupun tidak.
"Hello sayang. Malam ni abang tak balik rumah tau. Abang ada urgent outstation ni dekat Johor. Maybe esok or lusa abang balik tau". Ujar Faiq ketika menghubungi Riana. "Tapi ni last minute sangat ni bang. Abang kan tak bawa baju apa semua tu". Luah Riana risau.
"Ala takpe. Abang boleh beli baju bundle dekat sini. Sayang jangan risau tau". Jawab Faiq tenang. "Mestilah risau bang. Kenapa abang tak balik dulu tadi? Kalau tak mesti boleh Riana kemaskan baju untuk abang tak pun bawakan bekal sikit ke". Jawab Riana.
Riana memang sudah sedia maklum jika Faiq tiba-tiba harus ke luar negeri atas urusan kerja. Maklumlah kerjanya sebagai ejen hartanah yang menbuatkan dia perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Tetapi terkadang alasan outstation itu digunakannya apabila dia balik ke rumah Farah. Begitulah nasib mempunyai dua orang isteri.
"Abang betul-betul rushing tadi. Jadinya abang tak sempat nak balik rumah dulu. Takpe Riana jangan risaukan abang sangat tau. Abang taulah nak uruskan diri abang dekat sini. Lagi pun abang dah biasa dah pun macam ni". Jawab Faiq lagi. "Sekarang abang betul-betul penat ni sayang. Long drive tadi kan. Abang masuk tidur dulu ye. Jangan lupa kunci pintu semua lepastu masuk tidur tau. Jangan lupa mimpikan abang juga hihi". Sambungnya lagi.
"Yelah bang. Abang rehatlah, mesti abang penat sangat kan sekarang ni. Selamat malam bang, assalamualaikum". "Waalaikumusalam". Lantas panggilan ditutup dan Faiq melepaskan nafas lega kerana penipuannya masih lagi tidak dapat dihidu oleh Riana.
Faiq lantas turun dari kereta dan masuk ke dalam rumah tersebut. Kelihatan Farah sedang duduk di ruang tamu rumah tersebut sambil menonton televisyen. Dia hanya mengerling sekilas ke arah Faiq yang berada di muka pintu tersebut. Tiada sapaan mahupun wajah yang manis untuk Faiq.
Farah sekadar diam dan memalingkan semula kepalanya ke arah televisyen. Faiq sedikit hairan dengan kelakuan Farah itu. Dah kenapa? Buang tabiat ke? Telahnya.
"Tengok tv sorang je ke? Mana Danish, dah tidur ke?". Soal Faiq sambil berjalan menghampiri Farah. "Danish dah tidur". Ringkas sahaja jawapan Farah dengan nada suara mendatar.
"Awak ni kenapa Farah? Saya tengok lain macam je. Biasanya awak paling gembira bila tengok saya balik rumah ni". Tegur Faiq sambil mengambil tempat duduk di sebelah Farah. "Kenapa tak tidur dengan isteri awak tu je malam ni?". Soal Farah. Faiq sedikit tergamam dengan persoalan Farah itu. Dia dah tahu ke?
"Apa maksud awak ni Farah? Isteri mana pulak?". Soal Faiq berpura-pura polos. "Dahlah Faiq. Sampai bila awak nak bodohkan saya? Dalam diam awak dah duakan saya". Jawab Farah sambil matanya tepat memandang ke arah Faiq bersama mata yang mulai berkaca.
"Siapa bagitau awak ni? Faiz ke?". Soal Faiq perlahan. Dia sudah membayangkan jika dia dapat menumbuk wajah adiknya itu saat ini. "Tak kisahlah dari mana saya tau pun tapi sampai hati awak buat saya macam ni Faiq? Apa salah saya dekat awak?". Soal Farah bertalu-talu.
"Saya sanggup korbankan cita-cita saya demi nak kehidupan kita lebih bahagia lepas ni dan dah tak nak dibayangi oleh dosa silam kita. Tapi apa yang saya dapat? Pengkhianatan macam ni?". Soal Farah bersama esakan tangisan.
"Saya tahu Faiq saya memang bukan pilihan awak. Tapi kenapa dulu saya yang awak jadikan tempat lampiaskan nafsu awak tu? Kenapa saya Faiq?". Soal Farah dengan tangisan yang semakin deras. Dia mulai mengungkit semuanya. Hatinya terasa begitu sakit saat ini.
"Sekarang kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa perlu awak sakitkan hati saya Faiq? Apa salah saya? Saya pun nak bahagia macam orang lain". Sambung Farah lagi. Faiq hanya sekadar membatukan diri.
"Saya tahu saya dah banyak buat salah silap ke awak. Saya betul-betul minta maaf dekat awak. Dengan penuh keikhlasan saya menyesal dan minta maaf kepada awak. Saya tau apa yang saya buat ni memang salah. Saya tak sepatutnya rahsiakan hal ni daripada awak. Tapi saya tak bersedia lagi Farah". Jawab Faiq berhati-hati.
"Tak sedia? Memang itu jelah alasan awak dari dulu lagi. Even dengan family awak pun, awak cakap tak sedia nak kenalkan saya. Saya ni isteri sah awak Faiq, bukan perempuan simpanan awak. Tapi bila awak buat semua ni, awak dah anggap saya ni tak ada harganya langsung". Jawab Farah lantang.
"Saya memang nak kenalkan awak dengan family saya pun. Saya pun memang nak terus terang dengan isteri saya tu cuma saya masih ragu-ragu. Tapi percayalah saya tetap akan kenalkan awak kepada dia orang". Jawab Faiq sambil meraih tangan Farah.
Namun Farah pantas menepis tangan Faiq. Hatinya sakit saat ini. Tidak ada gunanya kata-kata manis Faiq itu. "Cakap tapi tak ada tindakan pun tak ada gunalah Faiq. Sekarang ni apa kata kita selesaikan masalah ni baik-baik. Awak ceraikan saya. Jadi lepas ni awak tak perlulah susah-susah nak kenalkan saya dekat dia orang".
"Tak mungkin. Saya takkan ceraikan awak sampai bila-bila pun Farah. Saya takkan tinggalkam kesalahan saya macam tu je. Walau macam mana pun saya sayangkan awak jugak Farah". Balas Faiq lagi cuba meyakinkan Farah.
Ya memang betul apa yang dikatakan Faiq itu. Walaupun kini dia sudah mempunyai Riana sebagai isterinya tetapi dia masih juga menyayangi Farah walau pada awalnya Farah bukan pilihan hatinya.
"Sayang? Kalau sayang awak takkan buat macam ni pun Faiq. Sekarang ni suka hati awaklah nak buat apa pun. Tak nak balik sini sekali pun saya dah tak kisah. Saya sedar siapalah saya ni kan dalam hati awak. Saya ni langsung tak berharga pada awak Faiq". Luah Farah terkilan. Wajahnya juga kelihatan hampa dengan sikap Faiq itu.
Andai benar dirinya disayangi oleh Faiq lantas mengapa harus Faiq berbuat sedemikian kepada dirinya? Itupun secara rahsia daripada dirinya?
"Sekarang saya nak masuk tidur dulu. Dah lewat malam dah ni. Risau nanti Danish dengar apa yang kita cakapkan tadi. Saya tidur dululah". Pamit Farah lantas segera dia masuk ke biliknya yang mana Danish sedang tidur di dalamnya.
"Farah! Farah!". Faiq berusaha untuk memanggil Farah lagi. Masih belum habis lagi perbincangan mereka tadi sebenarnya. Namun Farah langsung tidak mengendahkan panggilan Faiq tersebut. Dia pantas mengunci pintu biliknya bimbang sekiranya Faiq mengikutinya masuk juga. Bimbang menganggu Danish yang sedang pulas tidur.
Ketika melihat kelibat Danish, air mata Farah jatuh berjuraian lagi sekali. Dia masih lagi tidak mengerti mengapa dia harus diperlakukan sebegini oleh Faiq. Sepanjang tempoh pernikahannya dengan Faiq, dia sendiri sudah sering makan hati dengan sikap Faiq acuh tak acuh menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Kini dia perlu terima kenyataan yang dia telahpun diduakan.
Farah pasrah jika dirinya diceraikan sekalipun, namun dia tahu Faiq tidak akan semudah itu menceraikan dirinya. Dia sendiri tidak faham apa yang Faiq fikirkan sebenarnya. Dia tahu Faiq bukan sepenuhnya mencintai dirinya, lantas mengapa susah untuk Faiq menceraikan dirinya?
Dia berasa kasihan melihat Danish. Anak kecil itu tidak tahu apa-apa. Bagaimana agaknya jika dia mengetahui hal sebenar? Namun itu mustahil untuk Farah membiarkan Danish mengetahui hal sebenar.
Farah masih lagi membiarkan air matanya terus keluar barulah dia akan puas.
Share this novel